FatimahMusa's Reading List
23 stories
Tanya Sama Hati ☑ by myladyv
myladyv
  • WpView
    Reads 1,324,569
  • WpVote
    Votes 58,791
  • WpPart
    Parts 59
Cikgu Juwita Natalia dan Doktor Haris Redzuan. Berjumpa buat kali pertama bukan dalam keadaan yang ala-ala seperti cerita Khabi Kushi Khabi Gham. Malah ketika kali pertama mereka bersua mata pun tiada istilah dari mata turun ke hati. Apatah lagi kalau hendak terus jatuh cinta pandang pertama. Memang taklah! Juwita dan Haris ibarat magnet yang berlainan kutub. Sejauh mana Juwita cuba mengelak, selagi itulah Haris makin mendekat. Bagi Haris pula, gadis seunik Juwita perlu didekati. Haris tahu ada sesuatu yang istimewa disebalik seorang Cikgu Juwita. Sesuatu yang istimewa dan tidak patut dilepaskan. Tetapi bagaimana pula jika persaingan untuk mendapatkan Juwita tidak mudah? Mampukah Haris bertahan dengan adanya Khal dan Yusuf yang masing-masing mahu mendapatkan Juwita juga? Ibarat sebuah trofi terulung, siapakah yang bakal memenanginya nanti?
Bekas Kekasih Dia! ☑ by myladyv
myladyv
  • WpView
    Reads 2,470,187
  • WpVote
    Votes 91,339
  • WpPart
    Parts 52
Genap 6 tahun hubungan cinta antara Dian Raisya dan Aidil Zulkarnain, akhirnya hubungan mereka terputus juga. Dian merupakan seorang gadis yang ceria dan setia tetapi hubungan mereka terputus semuanya angkara Aidil yang mahu hubungan cinta mereka dirahsiakan daripada pengetahuan orang ramai. Mula-mula, Dian masih boleh bersabar. Lama-kelamaan, dia mula makan hati. Yelah, siapa tak makan hati kalau terpaksa bercinta senyap-senyap selama 6 tahun? Aidil ingat dia siapa? Lawyer? Majistret? Ahli muzik? Artis sekarang ni kalau bercinta pun dah canang satu Malaysia tau! Aidil Zulkarnain, seorang yang lelaki yang penuh dengan ego dan kerana keegoannya itu, dia sendiri yang memutuskan hubungan antara dia dan Dian yang sudah lama terjalin. Apabila dia tersedar akan kesilapannya melepaskan Dian, Aidil mula menjalankan misi ingin memenangi hati Dian semula. Tetapi, Dian bukan seperti Dian yang dulu. Dian kini menjadi seorang yang degil dan keras kepala apabila berhadapan dengan Aidil. Kehadiran Norman sebagai 'makhluk perosak' menyukarkan lagi misi Aidil. Bagaimanakah kesudahan hubungan mereka? *** p/s Arghhh ini dah masuk kali ketiga tulis sinopsis (setiap kali tulis mesti berlainan). Tak tahu kenapa tapi Wattpad selalu delete sinopsis yang saya dah tulis. Pfft. Dua kali tulis pakai handphone and kali yang ketiga ni try pakai desktop pulak. Kalau yang ini dia delete jugak, nak mogok 20 hari.
Usah Pergi by dellanasha
dellanasha
  • WpView
    Reads 4,392
  • WpVote
    Votes 552
  • WpPart
    Parts 41
Eiva Jane, seorang gadis kampung yang dihimpit oleh keinginan mami dan dadinya untuk mencari cinta. Tanpa diduga, cintanya berakar kepada Tuan Nick Adrian. Namun, persatuan dua insan yang saling mencintai tidak menjamin kebahagiaan malah memarakkan lagi permusuhan Nick Adrian dengan sahabat kepercayaan Eiva Jane. Apakah yang akan berlaku? Adakah Eiva Jane dan Nick Adrian mampu mempertahankan rumah tangga mereka daripada ancaman musuh terbesar Nick Adrian? Highest rank #519- 10 may 2018 Wattyawards #46- 2022
Cinta Jangan Pergi ☑ by myladyv
myladyv
  • WpView
    Reads 2,285,066
  • WpVote
    Votes 88,070
  • WpPart
    Parts 73
Bagaimana jika anda terjatuh cinta pada bekas suami kawan baik anda sendiri? Yang mana lebih penting? Persahabatan atau percintaan? Ini kisah Hana Dahlia, yang tidak menjangka akan terpaut hati pada bekas suami kawan baiknya sendiri. Antara cinta dah persahabatan, yang manakah menjadi pilihan Hana? Mula : 27 April 2017 Tamat : 20 Februari 2019
demi sebuah rindu(tamat) by EmaEmran95
EmaEmran95
  • WpView
    Reads 578,681
  • WpVote
    Votes 13,287
  • WpPart
    Parts 70
seorang isteri kehilangan suami kerana kemalangan jalan raya.sebelum Irsyad suami Nurhanisa meninggal dunia,dia mengamanahkan doktor Ammar firhad untuk menjaga isterinya sehingga bersalin,kerana Nisa baru hamil 2 bulan dan dia juga meminta Ammar berjanji untuk mengahwini Nisa kerana tidak mahu anaknya dibesarkan tanpa berbapa, doktor Ammar menerima atas tanggungjawab dan amanah...mampukah Nisa menerima! dan bagaimana pula dengan kekasih dan tunang Ammar....bagaimana kesudahannya!!! sila ikuti dalam tajuk demi sebuah rindu
KAKA by Tryfirst612
Tryfirst612
  • WpView
    Reads 7,791
  • WpVote
    Votes 593
  • WpPart
    Parts 43
Kita selalu terdengar tentang penyalah gunaan dadah sebagai ubat untuk menahan kesakitan melampau yang berakhir dengan kematian. Ceritanya hanya mengenai kematian si penyalah guna dadah; lalu memberikannya imej buruk tanpa dia dapat mempertahankan dirinya. Benarlah kata ungkapan bahawa "dead men tell no tales" (orang yang sudah mati tidak boleh bercerita). Walaubagaimanapun pengalaman survivor yang melalui detik-detik antara hidup-mati nya juga tidak dipaparkan. Novel ini mengisahkan pengalaman seorang survival yang melalui detik-detik tersebut. Juga tentang kehidupan: Kekeluargaan, cinta-benci, kesakitan-ubat, erti persahabatan, mempertahankan diri, pseudo sains & matematik (pseudo bermaksud palsu), kewangan, takdir & banyak lagi. Penghargaan penulis kepada : KAKA, Farah, Lisa_m97, KakJelita, Dia dan Steve Jobs yang hidup di kalangan kita. Dan tanpa kepakaran mereka ini, mustahil novel ini dapat dihasilkan : • Dr Sal • Dr Suri, Dr Fatin, Dr Jannah & bare face beauty (kecantikan tanpa atau sedikit lapisan makeup) but garang sikit Dr Yana ....... Jutaan terima kasih kerana tidak berhenti membantu. Dan Sejenis ubat (drug) bernama Gaba Sejenis minuman (keras) bernama Vodka & Sejenis penyakit bernama Cervical Spondylosis. Mengikuti hingga ke akhir bahagian cerita adalah satu penghormatan pembaca kepada penulis. Thanking you readers in advance. Awak ada bahu saya setiap kali awak hendak menangis. Nota Pengarang : 1) Cerita ini hanya rekaan/fiksyen untuk hiburan membaca. Sebahagian watak & peristiwa mungkin benar dan diperbesarkan bertujuan untuk memberi impak kepada jalan cerita. 2) Ada beberapa "adengan dewasa" di dalam penceritaan, sesuatu yang juga ada dalam kehidupan kita. Anggaplah seperti menonton filem yang tidak bertapis. 3) Novel ini hanya sesuai untuk pembaca matang (matured readers). 4) Novel ini ditulis secara suka-suka untuk memenuhi masa yang terluang. Penulis belum pernah menulis novel.
KU ABADIKAN SEKALUNG INGATAN UNTUK KENANGAN 2 by Tryfirst612
Tryfirst612
  • WpView
    Reads 11,265
  • WpVote
    Votes 1,270
  • WpPart
    Parts 136
Menukar momen dalam kehidupan menjadi momento kehidupan
TAKDIR CINTA KITA by MrsYurina
MrsYurina
  • WpView
    Reads 1,986,929
  • WpVote
    Votes 18,002
  • WpPart
    Parts 40
Akur dengan permintaan Nek Mah yang menjaganya sedari kecil, dalam usia 17 tahun, Adra Humaira telah dinikahkan dengan Adam Haris, lelaki bujang terlajak berusia 35 tahun. "Saya setuju kahwin dengan cikgu... Tapi saya harap cikgu tak halang niat saya untuk sambung belajar." - Adra Humaira "Ara terima saya sebagai suami pun dah cukup syukur bagi saya. Belajar lah selagi Ara mahu. In Shaa Allah, saya tak akan halang." - Adam Haris "Kamu dah jadi isteri orang, buat cara isteri orang. Jangan nak berlagak macam anak dara lagi." - Nek Mah "Abang sayang awak Ara... Seribu tahun pun abang sanggup tunggu. Abang akan bahagiakan awak selagi hayat dikandung badan." - Syahid "Patutnya tempat isteri di sisi suami. Yang kau bagi dia sambung belajar kenapa?" - Meor Suhaimi "Saya dah lama suka kan cikgu Adam. Tapi mungkin saya bukan perempuan idaman dia."-Siti Aliah Redha pada ketentuanNya, berserah segalanya. Kalau sudah jodoh, In Shaa Allah tak ke mana.
Love?? Hakthuiii ✔ by dUkeLawa
dUkeLawa
  • WpView
    Reads 1,158,033
  • WpVote
    Votes 18,888
  • WpPart
    Parts 62
Dont trust anyone who says love to you
Ex Wife Mr. W the Billionaire by Sakuyakuz
Sakuyakuz
  • WpView
    Reads 117,331
  • WpVote
    Votes 9,511
  • WpPart
    Parts 30
William Walter pernah berkahwin dengan seorang wanita yang sangat miskin dan dia sangat mencintai wanita itu. Dia yang menjadikan wanita itu terkenal di seluruh dunia dan wanita itu juga memiliki segala-galanya. Hampir 3 tahun perkahwinan mereka harungi dengan penuh bahagia dan cabaran walaupun mereka belum memiliki zuriat. Bagi William isterinya paling penting. Zuriat adalah rezeki dari Tuhan dan kasih sayangnya juga tidak pernah berubah. Semua berakhir apabila wanita yang dicintai telah didapati mencurangi dirinya. Masuk tahun ke-4 berakhirlah saat-saat yang bahagia buat William. Wanita itu adalah Rose Angle. Dia diceraikan oleh suaminya, William Walter. Demi keselamatan William, Rose sanggup berlakon dan berpura-pura mencurangi suaminya. Seandainya Rose tidak berjaya membuat William bercerai dengannya maka William akan dibunuh. Hasil dari penceraian itu, Rose Angle kembali semula ke dunianya masa mula-mula sebelum dia berkahwim dengan William. Malah kehidupannya kini lebih teruk dari sebelum itu. William akan memastikan Rose tidak akan diterima kerja di mana-mana tempat walaupun hanya sebagai tukang cuci atau pembantu rumah. Cabaran paling besar yang dihadapi oleh Rose Angle apabila dia disahkan hamil setelah 2 bulan bercerai dengan William. Anak yang ditunggu-tunggu selama ini akhirnya berhasil namun bukan dalam keadaan yang seperti Rose Angle harapkan. Dia tidak punya kerja, dia tidak punya kediaman yang selesa malah dia terpaksa menjalani kehidupan sebagai seorang pengemis. Nantikan kisah hidup dan suka duka Rose Angle dan William Walter. Adakah Rose mampu bertahan dengan setiap tindasan yang dilalukan oleh William? Siapakah yang menjadi penghalang kebahagian William dan Rose? Bagaimanakah Rose menjalani kehidupannya saat dia sedang hamil dan menjadi seorang ibu? Stay tune..