in love ㅤ♡
5 stories
Let It Be You. by EyaHanns
EyaHanns
  • WpView
    Reads 2,079
  • WpVote
    Votes 234
  • WpPart
    Parts 22
[SLOW UPDATE] SINOPSIS Yana sudah lama berhenti mengharapkan apa-apa daripada manusia. Selepas satu pengalaman yang hampir meragut maruah dan kepercayaannya terhadap manusia, dia membina tembok yang terlalu tinggi untuk ditembusi sesiapa. Hidupnya kelihatan sempurna di mata orang lain. Seorang pensyarah fizik yang berjaya, lahir dalam keluarga berada dan mempunyai masa depan yang terjamin. Namun di sebalik segala yang dimiliki, Yana hanya sedang bertahan dari satu hari ke satu hari yang lain. Sehinggalah dia bertemu Aariz. Seorang jurutera pesawat yang menguruskan sebuah galeri seni bernama Spes pada waktu lapangnya. Berbeza dengan lelaki lain yang pernah hadir dalam hidupnya, Aariz tidak pernah cuba memaksa dirinya masuk ke dalam dunia Yana. Dia hanya hadir. Dengan sabar. Dengan tenang. Dengan kesungguhan yang tidak pernah diminta. Namun semakin rapat mereka, semakin Yana mahu menjauh. Kerana bagi seseorang yang terbiasa bergantung pada diri sendiri, melepaskan terasa jauh lebih selamat daripada berharap. "Why do you keep avoiding me?" - AARIZ KHALED. "Sebab kalau saya tak terlalu dekat dengan awak, saya takkan terlalu sakit bila awak pergi." - IRRYANA MALEEKA. "But leaving you was never part of my plan." - AARIZ KHALED Sebuah kisah tentang luka yang tidak kelihatan, tentang harapan yang ditemui di tempat yang tidak dijangka, dan tentang seseorang yang memilih untuk tinggal ketika semua orang lain memilih untuk berlalu pergi.
Somehow, This Became Love by estellavielle
estellavielle
  • WpView
    Reads 37,216
  • WpVote
    Votes 3,755
  • WpPart
    Parts 40
Tengku Iris Kamelia, seorang wanita bekerjaya yang hebat, namun menyimpan trauma yang sentiasa menghantui dirinya. Demi memenuhi kehendak keluarga, dia terpaksa berkahwin dengan Raja Haris Mikhael, seorang lelaki misteri yang sukar dibaca. Berbeza dengan jangkaannya, Raja Haris sentiasa menerima Tengku Iris dengan hati terbuka, perlahan-lahan meruntuhkan dinding yang dibina wanita itu. Dalam diam, rasa benci mula bertukar menjadi sayang, dan akhirnya cinta yang tidak disangka. Namun, mampukah Tengku Iris melawan trauma silamnya untuk menerima cinta itu? Dan adakah perkahwinan yang bermula dengan paksaan mampu berakhir dengan kebahagiaan?
When We Love Again by lavhmymy
lavhmymy
  • WpView
    Reads 110,665
  • WpVote
    Votes 14,152
  • WpPart
    Parts 41
[3rd romance] Lima tahun lalu, Qisya Irina pergi tanpa menoleh lagi. Dia penat mencintai lelaki yang tidak pernah benar-benar melihatnya. Aidar Zhafran, lelaki yang paling dia cintai sepanjang hidupnya tetapi juga lelaki yang memusnahkan hatinya perlahan-lahan. Setelah bertahun berlalu, takdir mempertemukan mereka semula. Qisya sudah belajar berdiri sendiri, membina hidup tanpa bayangan Aidar. Tapi kedatangan lelaki itu kembali mengusik perasaan yang cuba dia kuburkan sekian lama. Aidar tidak datang untuk meminta simpati, tetapi untuk menebus kesalahan yang menghantui dirinya sejak hari Qisya pergi. Namun memaafkan tidak semudah yang disangka. Luka yang lama berparut kembali berdarah, dan cinta yang disangka telah mati mula bernafas perlahan-lahan. Di antara masa lalu yang menyakitkan dan peluang untuk memulakan semula, Qisya perlu memilih. Terus berpaling, atau membuka hatinya sekali lagi untuk lelaki yang pernah menghancurkannya. Kerana kadang-kadang, cinta yang sebenar bukan tentang jatuh lagi, tetapi tentang berani untuk mencintai semula. beautiful cover: @pplyoumayknow
Satu Mimpi ✔ by suenshenn
suenshenn
  • WpView
    Reads 1,253,139
  • WpVote
    Votes 62,125
  • WpPart
    Parts 54
[Just so you know, aku tak sependapat dengan 18y/o me anymore, like this is so cringy and stupid so read at your own risk] Kau tahu beza sayang dengan cinta? Cerita Nazreen dan Emilin ni bermula dari Senior Year. So yeah, this is a sequel but it still can stand on its own. Walau masa dan benua memisahkan mereka, kalau dah namanya jodoh, larilah sampai Zuhrah sekali pun tetap akan bertemu. Tetapi sekali bertemu, bukan bermakna selamanya. Kalau dah selit nama Azra, celah nama Syed Shukri, nama si Doktor Izham a.k.a. bestest friend completely platonic tu pun boleh jadi isu. Ditabur sedikit perisa iaitu HCC dan infertility, okey, lengkap satu hidangan! "Biy, you cintakan I?" "Let me go, Em!" "Jawab Nazreen, do you love me?!" "Tak pernah ada sehari pun I tak sayangkan you..." Jadi, kau dah faham beza cinta dengan sayang? 'Katanya anggap ini satu mimpi. Yang datang sekadar untuk menguji.' [AMARAN!!] : Typo overdose, mohon jangan mati. Si penulis ialah sejenis sloth. Dia lembab dan pemalas. [AMARAN 2.0!!] : Ada sikit-sikit unsur 'suami isteri' but no worries, takde bed scene (too bad ahahaha). [AMARAN 3.0!!] : Fakta sains atau perubatan yg hanya merujuk pada wikipedia, so jangan nak komplen la kalau tak logik. Kelulusan aku Biology SPM je, bukan MBBS lol.