Fantasy Romance
7 stories
Tolong Pikat Hatinya [PUBLISHED] by IzzaAripin
IzzaAripin
  • WpView
    Reads 36,122
  • WpVote
    Votes 984
  • WpPart
    Parts 20
Antara Zara dengan Ryan, masing-masing ada sejarah hitam yang penuh noda yang tak mahu mereka kenang. Ryan masih meratapi cinta yang hilang hingga sanggup mengecewakan orang lain. Zara hidup dalam kebimbangan kerana melarikan diri daripada hantu silamnya. Lalu Ryan dan Zara bertemu di bawah satu bumbung. Berjanji menjadi teman tapi mesra, tetapi tak siapa sangka, panah sang arjuna sudah mengena hati mereka. Namun cinta yang didambakan Ryan ialah cinta terhalang. Zara tidak boleh menjadi miliknya kerana dia hak orang lain. Lantas bagaimanakah Ryan merebut cinta kali kedua ini? Bagaimana pula Zara membunuh hantu silamnya? Cinta mereka terhalang dek dosa silam, dendam dan kesumat. Mampukah cinta menyatukan mereka? "Usah bimbang, Ryan. Kalau aku nak cari teman istimewa, aku akan pilih kau dulu" - Zara
CALON MENANTU DADDY by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 82,386
  • WpVote
    Votes 1,435
  • WpPart
    Parts 15
Tajuk: Calon Menantu Daddy Penulis: Una Unee Penerbit: karyaseni Isbn: 978-967-469-043-4 Harga: RM34.00 (semenanjung) // RM37.00 (sabah & Sarawak) Terbitan : Mac 2017 Kerana tekad untuk anak kesayangannya berubah, Tan Sri Megat Khalid telah mengambil tindakan mencari sendiri calon menantu untuk anaknya, Eleya. Satu banner besar digantung di hadapan bangunan pejabatnya. "Daddy! Kenapa nak malukan El macam ni? Apa maksud banner dekat luar tu? El malu tahu tak? Nampak macam El ni desperate sangat nak kahwin!" - Eleya "Salah ke apa yang daddy buat tu? Kan El yang suruh daddy cari calon suami untuk El? Cara ni aje yang paling pantas, sayang." - Tan Sri Megat Khalid Berita Tan Sri Megat Khalid yang ingin mencari calon menantu telah sampai ke pengetahuan Syed Thaqif. Dia yang sudah lama memendam rasa kepada Eleya terus mengambil peluang itu untuk menjadi calon menantu Tan Sri Megat Khalid. "Actually, I pun tertanya-tanya macam mana daddy boleh pilih you? Padahal you ni langsung tak ada kriteria yang I nak. Tak kaya pula tu. Low standard!" - Eleya
Mencari Si Pelengkap Hati by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 32,203
  • WpVote
    Votes 769
  • WpPart
    Parts 10
Tajuk: Mencari Si Pelengkap Hati Penulis: Farisha Imani Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-0890-65-4 Harga: RM25 (Semenanjung) // RM28 (Sabah & Sarawak) Terbitan : Oktober 2015 Diskaun : RM3 Postage : Percuma Cara Beli : www.karyaseni.my @ Aplikasi Karyaseni CINTA. Mampukah cinta itu dipaksa? Jawapannya TIDAK bagi Nuha Huda. Kerana merasakan cinta itu harus dipupuk secara ikhlas dan jujur, Nuha menolak cinta suci yang dihulurkan oleh Cikgu Ihsan kepadanya tanpa berfikir panjang. Memasang impian dalam diam, Ihsan Zuhri sangat berharap Nuha Huda akan terbuka hati untuk menerima cintanya. Namun Nuha tetap dengan pendirian. Walau dia terhutang budi dengan Cikgu Ihsannya, hati Nuha tidak mampu diikhlaskan untuk mengorbankan dirinya dengan mengahwini Ihsan Zuhri! “Ya, Nuha terhutang budi dengan cikgu sekeluarga. Cikgu dah bagi Nuha kehidupan baru. Tapi... tapi itu tak bermakna Nuha akan sudi terima cikgu dalam hidup Nuha. Itu satu simpati namanya!” – Nuha Huda “Abang tak sekuat yang Nuha nampak. Abang tak setabah yang Nuha fikir. Sejujurnya abang nak paksa Nuha kahwin dengan abang. Abang nak paksa Nuha terima cinta abang. Tapi… soal hati siapa yang boleh paksa. Jadi sekarang, abang akan tunaikan permintaan Nuha dengan syarat, Nuha perlu pergi dari hidup abang dan keluarga abang!” – Ihsan Zuhri Episod bahagia Nuha bersama keluarga angkat kesayangannya berakhir di situ. Perginya Nuha tiada istilah untuk kembali. Lima tahun membawa diri, menjadikan Nuha Huda seorang wanita yang lebih matang. Matang untuk menguruskan perasaannya. Dia khilaf mengenangkan betapa kejamnya dia saat tidak mampu belajar untuk menerima cinta suci Ihsan Zuhri. Lagi pula, apalah yang budak sekolah tahu tentang erti hati dan perasaan, bukan?
Dia... Julia Matahari - Ery Aieril by EryAieril
EryAieril
  • WpView
    Reads 8,295
  • WpVote
    Votes 328
  • WpPart
    Parts 12
Sebuah cerita yang santai. Thriller romance fantasy. Seorang lelaki yang keliru dengan perasaan dia sendiri sama ada dia dah jatuh suka atau cinta. Susah hendak mendapat kepastian yang tepat.
MR. GREY by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 539,356
  • WpVote
    Votes 6,575
  • WpPart
    Parts 15
PENULIS: SYAMNURIEZMIL TAJUK MR. GREY TERBITAN: MEI 2017 MUKA SURAT: 960 HARGA: RM 34 (SM)/RM 37 (SS) "Malique Gregory Kamal bin Grey Muslim..." "Saya..." "Aku nikahkan dikau dengan anak saudara aku, Nisa Ardina binti Nizar dengan mas kahwinnya sebanyak RM1000 ringgit tunai..." "Aku terima nikahnya Nisa Ardina binti Nizar dengan mas kahwinnya RM1000 tunai." Keputusan mereka untuk berkahwin memecahkan dua hati. Hati Datin Musalma, mummy Mr. Grey yang menuduh Nisa menggoda anaknya demi harta dan hati Ilham Arsyad yang mencintai Nisa sejak daripada kecil lagi. Tetapi, kedua-dua hati telah membuat keputusan yang berbeza. Datin Musalma memilih untuk terus membenci. Ilham Arsyad memilih untuk terus menyayangi. "Tak susah kan kalau saling mencintai? Tak ada risiko." - NISA "Hesy, siapa cakap tak ada risiko? Semua perkara ada risiko. Risiko mencintai ialah hati kita akan sakit kalau orang tu tak mencintai balik. Risiko dicintai ialah kita akan menyakiti hati orang tu kalau kita tak cintai dia balik. Risiko saling mencintai pula, kita akan saling kehilangan." - MR. GREY Ilham terus menyayangi Nisa walaupun gadis itu telah menjadi milik orang lain. Terus menjaga dari jauh dan sentiasa tahu kemahuan gadis itu. Dia menyayangi dengan caranya yang tersendiri hingga timbul persoalan dalam diri Nisa kenapa dia tidak memilih Ilham.
PEMUSNAH HATI by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 38,426
  • WpVote
    Votes 1,079
  • WpPart
    Parts 15
Tajuk: Pemusnah Hati Penulis: Siti Khadijah Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-469-048-9 Harga: RM29.00 (Semenanjung) // RM32.00 (Sabah & Sarawak) Terbitan : April 2017 "Ada ke dalam dunia ni orang yang kena culik, boleh jatuh suka pada penculik? Mengarut, kan? Aku dah mula sukakan kau, Qartal." -AISY RAISYA. "Jangan pernah berharap yang aku ni baik. Kau tak kenal siapa aku yang sebenarnya. Nanti kau akan menyesal! Kita berdua tak boleh jadi kawan ataupun musuh. Lepas keluar dari hutan ni, kau ikut haluan kau dan aku, ikut haluan aku. Anggap saja kita tak pernah berjumpa!" - QARTAL. "Kalau awak perlukan teman untuk ketawa, saya ada. Kalau awak perlukan telinga untuk ceritakan masalah, saya ada. Kalau awak perlukan orang untuk hilangkan kesedihan awak, saya ada! Tak perlulah awak cari orang lain!" - UMAR FARUQ.
Beijing, Aku Cinta Dia! by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 44,160
  • WpVote
    Votes 882
  • WpPart
    Parts 15
Tajuk: Beijing, Aku Cinta Dia! Penulis: Ania Malna Penerbit: Penulisan2u Harga: RM35.00 (Semenanjung) // RM 38.00 (Sabah & Sarawak)