23 Geschichten
Drama Queen untuk Introvert *Ebook*  von syaz_sufiy
syaz_sufiy
  • WpView
    GELESEN 40,802
  • WpVote
    Stimmen 1,933
  • WpPart
    Teile 31
Cintakan orang yang tak cintakan kita? Eh? Kisah? Memang tiada rasa suka pun pada si introvert itu pada awalnya. Hanya sekadar mahu mencabar diri. Lebih lagi si introvert itu bila saat bersamanya sahaja, mulut bukan main laser lagi! Tetapi itulah... Kalau hati sudah berkenan, dia tetap nak juga. Biar orang gelar dia drama queen janji dia berjaya tarik perhatian yang dipuja oleh hati. "I tengah dating dengan manusia atau seulas bawang? Stop making me cry!" - Felicia Bella. Si penawan hati pula, kalau boleh mahu hidup sendiri. Lebih bahagia! Sebab... Kisah hidupnya yang membuatkan dia fikir, lebih baik jangan ada yang mahu masuk ke dalam dunianya kalau tidak mahu ikut rasa apa yang dia rasa. Tetapi. Dunia tenangnya habis hancur ranap bila munculnya... Dia! Spoil brat! Drama queen! Makhluk yang mulut tak pernah berhenti bercakap itu! "Kau cakap aku introvert? Habis kau tu? Elok sangat ke perangai kecoh nak mampus kau yang suka nak tarik perhatian orang tu? Perasan semua orang suka kau?" - Eshal Izz. Perhatian yang melebih-lebih diberikan oleh si drama queen kepadanya sungguhlah buat dia hidup macam dalam neraka dunia! Bila si drama queen bertemu introvert. Pesan awal-awal *slow update.* Start : 01052021 End :
Yang Terlarang Itu Godaan von MrEzekiel79
MrEzekiel79
  • WpView
    GELESEN 310,446
  • WpVote
    Stimmen 3,085
  • WpPart
    Teile 40
"Aku tahu adalah HARAM untuk kita berdua jatuh cinta, namun hati ini tak mampu menidakkan perasaan indah terhadapmu." -Iqbal Zikri. "Rahsiakan cinta ini, biar tersimpan sampai mati. Untuk membunuh 'rasa' ini, aku perlu mati terlebih dahulu." -Mardiana Anoura. "Atas nama CINTA, segala apa yang kulakukan hanyalah untukmu sayang. Hadirlah seribu bidadari, tetap engkau yang kumahu. Tanpamu aku 'mati'. Aku perlukan kesetiaan dan kecintaanmu untuk terus 'hidup'. Jangan kau khianati cinta suci ini. Andai ianya terjadi, maka luluhlah hatiku. Saat itu aku harus redha, namun melepaskanmu bukanlah sesuatu yang mudah. Mungkin aku harus 'mati' agar tiada hati yang tersakiti." - Muzaffar Irsyad. Akan bahagiakah tiga hati, andai CINTA harus dibahagi? Disclaimer: Cerita ini adalah rekaan semata-mata. Tidak ada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Sekiranya ada, ianya hanyalah suatu kebetulan sahaja. Sebuah cerita hasil kolaborasi bersama @MrsYurina
Aisya Medina (OG) von ciktembam
ciktembam
  • WpView
    GELESEN 18,598
  • WpVote
    Stimmen 1,122
  • WpPart
    Teile 30
Perkenalan antara Nur Iman Zulkarnain dan Aisya Medina Muhammad Zaffarin ketika di Tanah Suci menjadikan cinta mereka berputik dan direstui kedua-dua keluarga. Membawa mereka sehingga ke jinjang pelamin. "Saya sayang awak seorang je Medina. Tak ada orang lain, InsyaAllah" - Nur Iman Zulkarnain "Tapi Dee tak kuat macam umi yang boleh terima ibu!" - Aisya Medina Muhammad Zaffarin. "Akak cuma nak menumpang kasih untuk sementara," - Nur Bushra Tidak semua bahtera perkahwinan akan bahagia selamanya. Setiap bahtera itu, akan ada cabarannya. Tetapi, bagaimana pula cabaran Nur Iman dan Aisya Medina? ---------------------- Start publish: 30 September 2019
Beautiful Lies  von appleflakes
appleflakes
  • WpView
    GELESEN 11,782,214
  • WpVote
    Stimmen 482,485
  • WpPart
    Teile 84
Satu pertaruhan, dua jiwa. Di antara Aiden dan Melissa, siapa dulu yang bakal kecundang?
Kerana Dia Aina Isabelle   von H4R33z
H4R33z
  • WpView
    GELESEN 216,631
  • WpVote
    Stimmen 7,784
  • WpPart
    Teile 23
Disebabkan peristiwa yang menghantui hidupnya, Aina Isabelle terpaksa melupakan hasrat mencari ibu kandungnya. Zaharah, terlalu sayangkan Aina Isabelle, telah meletakkan gadis malang itu dalam keadaan serba salah. Dengan satu panggilan, semuanya berubah. Zafran tekad... Dia tidak menoleh ke belakang lagi... Namun sikap cemburunya menyebabkan dia hampir hilang segalanya.
Cinta Jangan Pergi ☑ von myladyv
myladyv
  • WpView
    GELESEN 2,259,762
  • WpVote
    Stimmen 87,711
  • WpPart
    Teile 73
Bagaimana jika anda terjatuh cinta pada bekas suami kawan baik anda sendiri? Yang mana lebih penting? Persahabatan atau percintaan? Ini kisah Hana Dahlia, yang tidak menjangka akan terpaut hati pada bekas suami kawan baiknya sendiri. Antara cinta dah persahabatan, yang manakah menjadi pilihan Hana? Mula : 27 April 2017 Tamat : 20 Februari 2019
Bekas Kekasih Dia! ☑ von myladyv
myladyv
  • WpView
    GELESEN 2,457,523
  • WpVote
    Stimmen 91,029
  • WpPart
    Teile 52
Genap 6 tahun hubungan cinta antara Dian Raisya dan Aidil Zulkarnain, akhirnya hubungan mereka terputus juga. Dian merupakan seorang gadis yang ceria dan setia tetapi hubungan mereka terputus semuanya angkara Aidil yang mahu hubungan cinta mereka dirahsiakan daripada pengetahuan orang ramai. Mula-mula, Dian masih boleh bersabar. Lama-kelamaan, dia mula makan hati. Yelah, siapa tak makan hati kalau terpaksa bercinta senyap-senyap selama 6 tahun? Aidil ingat dia siapa? Lawyer? Majistret? Ahli muzik? Artis sekarang ni kalau bercinta pun dah canang satu Malaysia tau! Aidil Zulkarnain, seorang yang lelaki yang penuh dengan ego dan kerana keegoannya itu, dia sendiri yang memutuskan hubungan antara dia dan Dian yang sudah lama terjalin. Apabila dia tersedar akan kesilapannya melepaskan Dian, Aidil mula menjalankan misi ingin memenangi hati Dian semula. Tetapi, Dian bukan seperti Dian yang dulu. Dian kini menjadi seorang yang degil dan keras kepala apabila berhadapan dengan Aidil. Kehadiran Norman sebagai 'makhluk perosak' menyukarkan lagi misi Aidil. Bagaimanakah kesudahan hubungan mereka? *** p/s Arghhh ini dah masuk kali ketiga tulis sinopsis (setiap kali tulis mesti berlainan). Tak tahu kenapa tapi Wattpad selalu delete sinopsis yang saya dah tulis. Pfft. Dua kali tulis pakai handphone and kali yang ketiga ni try pakai desktop pulak. Kalau yang ini dia delete jugak, nak mogok 20 hari.
Tanya Sama Hati ☑ von myladyv
myladyv
  • WpView
    GELESEN 1,318,509
  • WpVote
    Stimmen 58,584
  • WpPart
    Teile 59
Cikgu Juwita Natalia dan Doktor Haris Redzuan. Berjumpa buat kali pertama bukan dalam keadaan yang ala-ala seperti cerita Khabi Kushi Khabi Gham. Malah ketika kali pertama mereka bersua mata pun tiada istilah dari mata turun ke hati. Apatah lagi kalau hendak terus jatuh cinta pandang pertama. Memang taklah! Juwita dan Haris ibarat magnet yang berlainan kutub. Sejauh mana Juwita cuba mengelak, selagi itulah Haris makin mendekat. Bagi Haris pula, gadis seunik Juwita perlu didekati. Haris tahu ada sesuatu yang istimewa disebalik seorang Cikgu Juwita. Sesuatu yang istimewa dan tidak patut dilepaskan. Tetapi bagaimana pula jika persaingan untuk mendapatkan Juwita tidak mudah? Mampukah Haris bertahan dengan adanya Khal dan Yusuf yang masing-masing mahu mendapatkan Juwita juga? Ibarat sebuah trofi terulung, siapakah yang bakal memenanginya nanti?
Till the End von aaam96
aaam96
  • WpView
    GELESEN 756,919
  • WpVote
    Stimmen 42,374
  • WpPart
    Teile 81
Balqis Batrisya Menjadi mangsa pada kerakusan dan ketamakan darah daging sendiri membuatkan dia hidup di dalam penyembunyian. Seawal usia masih bayi dia sudah kehilangan kedua ibu bapanya angkara dendam duri di dalam keluarga. Jadilah dia, seorang yatim piatu yang dipaksakan. Dianiaya oleh darah daging sendiri, sungguh sakit rasa itu. Tegar sungguh keluarganya sendiri mengkhianati dirinya. Apa salah dirinya hingga menjadi mangsa kerumitan keluarganya? Apakah tiada sekelumit kebahagiaan buat dirinya? Dendam, Membuatkan dia hidup di dalam kegelapan dan ketakutan. Dendam juga membuatkan dia menyepi dari dunia. Dan dendam juga yang membuatkan hatinya tertutup rapat menolak segala ihsan yang ada di muka bumi. Tetapi, Sampai bila hati yang disakiti mahu dibiarkan tidak berubat? Sampai bilakah dia mahu menyepi dan menyendiri sedangkan masih ada insan yang menyayangi dirinya? Sanggupkah dia berterusan menyakiti dan mengeji dirinya di atas kesalahan yang tidak pernah dilakukan? Apakah kesudahannya kisah Balqis Batrisya? Akankah dia kuat seperti Ratu Balqis yang suatu ketika dahulu pernah menaungi sebuah kerajaan gah? Atau akankah dia kecundang berduka lara degan dendam yang tidak berkesudahan? #9 in ChickLit (12/1/2018) #5 in ChickLit (13/1/2018) #1 in ChickLit (14/3/2018) #1 in WattysMy-Hot List (27/11/2018) #5 in WattysMy (27/11/2018)
Di Hujung Senyum Laila von kosakosong
kosakosong
  • WpView
    GELESEN 13,163
  • WpVote
    Stimmen 222
  • WpPart
    Teile 65
Kisah cinta yang tidak manis, malah melalaikan