missing94's Reading List
10 stories
CINTA TAK BERSYARAT (TERBIT) by msroses_
msroses_
  • WpView
    Reads 2,934,921
  • WpVote
    Votes 1,983
  • WpPart
    Parts 10
1st story ♥️ Maira Sofea dan Ahmad Firash, permulaan kisah mereka jauh daripada indah. Seorang jururawat dan seorang pegawai perubatan yang menjadi seteru sejak tanggapan pertama yang tidak menyenangkan. Setiap kali bersua, ada sahaja kata-kata yang menyakitkan hati keluar daripada mulut kedua-duanya. Ironinya, ada satu persamaan antara mereka berdua apabila perkataan "perkahwinan" tidak pernah wujud dalam kamus hidup masing-masing. Namun... akibat kecuaian orang lain, mereka terjerat dalam satu peristiwa yang meranapkan segalanya. "Kenapa doktor buat saya macam ni?!" - Maira Sofea "Aku akan bertanggungjawab pada kau." - Ahmad Firash "Lima bulan je. Cukup lima bulan... kalau saya tak mengandung, saya nak doktor ceraikan saya!" - Maira Sofea Perkahwinan yang tidak pernah terlintas dalam fikiran masing-masing, akhirnya berlaku. Hubungan yang mereka tahu akan ada titik penghujung, ditempuh tanpa pengetahuan orang sekeliling. Tanpa mereka sedar, tempoh yang singkat itu diam-diam memberi makna yang lebih besar. "Nurse biasa macam kau ni ingat layak ke untuk doktor macam dia? Kau tak rasa dia malu ke ada isteri macam kau?" - Syakira Farhana Namun, apabila kenyataan lama diungkit kembali, mampukah mereka mempertahankan cinta yang baru mula berputik? Atau adakah ianya sekadar disebabkan rasa tanggungjawab dan rasa kebergantungan? Dalam menidakkan, mereka akur, cinta itu tetap salah satu anugerah daripada Allah. Walaupun tanpa syarat untuk mesti memiliki.
Aku Shark, Suami Dia! [COMPLETE] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 10,561,448
  • WpVote
    Votes 625,674
  • WpPart
    Parts 73
Pemenang The Diamond Awward [The best storyline2020🏆, The top hero2020🏆,The best romance2020🏆,The top author2020🏆 AIN SURAYA, dia seorang isteri yang sangat mencintai seorang suaminya. Kasih setia cintanya hanya ikhlas buat lelaki bernama FAJAR. Sehingga, apa yang lelaki itu lakukan dia langsung tidak kesah. Asalkan dia bahagia. Hingga ke suatu tahap. Dia Ain Suraya dilafazkan cerai dengan talak TIGA. Dia ketakutan. Kegelisahan. Mana tidaknya jika dia mempunyai anuptaphobia? Penyakit yang akan berasa gelisah jika dia tidak bersama dengan seseorang. Dia perlukan peneman! Tetapi siapa? "hei, sekali lagi kau langkah setapak dekat dengan aku. Pistol ni meletop dekat kepala kau. kalau berani dekatlah! "-SHARK "Mereka buang saya, boleh tak saya nak awak sayang saya dengan seikhlas hati awak. Cukup untuk seketika pun saya terima dengan seadanya..."-AIN SURAYA terkelu lidah lelaki itu mendengar permintaan Ain Suraya secara tib a-tiba. Siapa gadis ini yang merayu menadah cinta daripadanya? "Mafia macam kau tak layak jadi suami. Kau lebih layak jadi cina buta buat aku! "-FAJAR "aku bukan cina butalah, bodoh!"- SHARK Siapakah yang bakal menjaga Ain Suraya? Bakal adakah cinta yang ikhlas buatnya kali ini? "Kalau mereka buang kau, biar aku yang kutip!"-SHARK ⚠️COMEDY ROMANCE⚠️ Jika anda seorang yang mahukan cerita serius, ini bukan pilihan terbaik.
TUAN KING✔️ [ C ] by MissDheo
MissDheo
  • WpView
    Reads 1,437,337
  • WpVote
    Votes 52,146
  • WpPart
    Parts 35
"Abah... kenapa tinggalkan kakak macam ni... abah tak kesiankan kami bertiga ni?.." - Nor Alisya Humaira Titik hitam dalam hidup Nor Alisya Humaira bermula setelah dia kehilangan insan yang selama ini menjadi tulang belakang serta pelindung keluarganya. Beban masalah yang ditinggalkan oleh abahnya tanpa pengetahuan mereka sekeluarga telah mengeruhkan lagi keadaan hidup mereka. Tapi masalah itu juga yang menemukan dirinya dengan Darren Arfan, lelaki yang hidup dalam dunia gelap itu. __________ "Suka hati sayalah nak duduk makan dekat mana pun! Awak tu bukan siapa-siapa dalam hidup saya. Bukannya sedara saya, bukannya abang saya, jauh sekali suami saya!" - Nor Alisya Humaira "Kau jangan sampai aku hilang sabar dengan kau budak! I said, sit here!" - Darren Arfan Kehadiran seorang gadis yang kuat memberontak dalam hidup Darren Arfan menggugat ego lelakinya sebagai lelaki dingin! Beku! Jahat! Bagaimanakah pengakhiran sejarah malang hidup Nor Alisya Humaira? Mampukah dia keluar daripada genggaman lelaki kejam baran itu? Dan bagaimana pula dia boleh berada dalam genggaman lelaki itu?!Dunia gelap mana yang dimaksudkan itu? Kalau nak tahu sila baca. Sorry kalau tak beyond your expectations. Ini cubaan pertama saya untuk menulis novel. Hasil idea saya dan 2 orang kawan saya! Happy reading!
"PLEASE....KAHWIN DENGAN DIA" by DAIYYAND
DAIYYAND
  • WpView
    Reads 1,758,403
  • WpVote
    Votes 43,542
  • WpPart
    Parts 66
Amna....Nurul Amna diminta oleh sahabat baiknnya,Zahra untuk menjadi 'nanny' kepada tunangnya Mika Adrean untuk tempoh 2 tahun. Amna diminta berkahwin dengan Mika supaya Mika tidak mencari perempuan lain sehingga Zahra pulang ke Malaysia dan berkahwin dengan Mika. Apakah tindakan Mika dengan keputusan Zahra. Bagaimana pula dengan Amna.Sanggupkah dia menjadi 'nanny' Mika Adrean
Dahlia Mikail by yurafwr
yurafwr
  • WpView
    Reads 13,273,744
  • WpVote
    Votes 562,148
  • WpPart
    Parts 76
[Previously known as Mr Tengku VS Miss Flower] [Wattys Awards Winner 2016] Highest ranking: #1 in Romance #1 in Viral list -- "Saya tahu yang awak akan setuju jugak akhirnya untuk kahwin dengan saya," ujar Tengku Farhan. "Macam mana awak tahu?" Orked menyoal. Kedua tangannya disilangkan ke dada. Kaki Tengku Farhan mula melangkah merapati Orked. Bibirnya mengukir senyuman. "Sebab Mr Tengku hanya untuk Miss Flower." "Excuse me, Encik Tengku Farhan Mikail. Boleh ulang semula ayat gatal awak tu?" Orked buat muka jelek. Tengku Farhan ketawa. Suara tawanya memenuhi bilik itu. "Saya cuma cakap benda betul. So Cik Orked Dahlia, nampaknya mulai sekarang awak kena bersiap sedia untuk pegang title.." matanya memandang tepat ke anak mata Orked. "..Mrs Mikail." -- "Bunga Orkid mungkin akan layu satu hari nanti, tapi cinta saya pada Orked Dahlia akan mekar selamanya," - Tengku Farhan Mikail -- **This is the first time I wrote a story so cut me some slack. Permulaan cerita sedikit childish dan gaya penulisan agak weak but I promise it gets better afterwards please keep on reading you wont regret it, insyaallah** ©yurafwr, 2016 2017
CINTA DAN DENDAM (COMPLETED✔) by diyananajwaa_
diyananajwaa_
  • WpView
    Reads 416,084
  • WpVote
    Votes 9,991
  • WpPart
    Parts 70
Tidak mudah untuk Sofea Najwa bangkit setelah apa yang Carl Daniel lakukan kepadanya . Kesetiaan dan kepercayaan yang diberikan selama ini musnah begitu sahaja dek kerana Carl yang tidak pernah menghargai cinta Sofea kepadanya . "Cukup sampai sini saya mencintai awak Carl . Sumpah saya menyesal kenal dengan awak . Saya tak sangka , segala kepercayaan dan kesetiaan yang saya berikan selama ni hanya jadi mainan buat awak . Saya terlalu mencintai awak kerana awak adalah lelaki pertama yang mengajar saya erti cinta hingga saya lupa yang awak boleh berubah bila-bila masa "-Sofea Najwa . Namun , dengan adanya Aryan dan sahabat-sahabatnya yang setia di sisinya membuatkan Fea sedikit lega dan cuba untuk bangkit kembali . "Kau tak layak untuk dia Fea . Kau terlalu setia hingga kau tak sedar yang kau sebenarnya hanyalah mainan dia".-Aryan . Tapi tiada siapa sangka , kehadiran Raykal Nashran mengubah segalanya . Fea yang dulu kembali secara perlahan-lahan . Tapi satu insiden membuatkan dia harus memilih antara dua . Satu hati perlu dilukai untuk membahagiakan yang lain . Dia pasrah andai perjalanan hidup dia sangat sukar namun untuk kembali rebah bukan pilihannya . #101(15/04/2017) #81(20/4/2017) #78(21/4/2017) #26(28/4/2017)
Dear Mr.Right  [COMPLETED] by nursyifaa7
nursyifaa7
  • WpView
    Reads 795,916
  • WpVote
    Votes 23,121
  • WpPart
    Parts 41
[Highest Rank: #1 in Melayu #1 in CeritaCinta #1 in Love #1 in NovelMelayu #1 in Romance] Pertemuan kali pertama setelah bekenalan selama 8 tahun dahulu dan memberikan luka yang dalam buat Nur Iman Sofea membuatkan hatinya gusar jika lelaki bernama Tengku Afnan Ilhan mengetahui identitinya yang sebenar. Pelbagai kesakitan dan kepahitan yang harus ditelan Nur Iman Sofea. Adakah mereka akan bersatu?
Benci , Suka , Sayang Kau !! ✔ by _nrljannah
_nrljannah
  • WpView
    Reads 587,750
  • WpVote
    Votes 15,029
  • WpPart
    Parts 65
ADAM seorang lelaki yang dingin,panas baran dan sosial telah berubah begini kerana dipermainkan oleh kekasihnya dahulu .Manakala,NURUL merupakan seorang kasar,baik.Mereka berdua dipaksa untuk berkahwin,pada mulanya adam memberontak untuk tidak mengawini dan nurul hanya akur pada arahan ibu bapa nya. Akan tetapi selepas,melihat gambar nurul semasa majlis pertunangan mereka.Adam dapat merasakan sesuatu yang kembali pada dirinya,setelah itu adam ingin menguji nurul dengan cara pemakaian nya. Selepas perkahwinan mereka berlangsung ,mereka hidup dengan bahagia walaupun nurul masih tidak menerima adam sebagai Suaminya. namun,perasaan nya akan berubah sedikit demi sedikit .Dari BENCI kepada SUKA,Dari SUKA kepada SAYANG.Adel muncul untuk memikat kembali kekasihnya dahulu.tetapi selepas mengetahui bahawa adam telah berkahwin dan tidak mahu diganggu .Adel bersumpah untuk mendapatkan adam semula! Dapatkah rumah tangga mereka berkekalan? Adakah nurul dapat menerima adam sebagai suaminya?
Bekas Kekasih Dia! ☑ by myladyv
myladyv
  • WpView
    Reads 2,450,553
  • WpVote
    Votes 90,932
  • WpPart
    Parts 52
Genap 6 tahun hubungan cinta antara Dian Raisya dan Aidil Zulkarnain, akhirnya hubungan mereka terputus juga. Dian merupakan seorang gadis yang ceria dan setia tetapi hubungan mereka terputus semuanya angkara Aidil yang mahu hubungan cinta mereka dirahsiakan daripada pengetahuan orang ramai. Mula-mula, Dian masih boleh bersabar. Lama-kelamaan, dia mula makan hati. Yelah, siapa tak makan hati kalau terpaksa bercinta senyap-senyap selama 6 tahun? Aidil ingat dia siapa? Lawyer? Majistret? Ahli muzik? Artis sekarang ni kalau bercinta pun dah canang satu Malaysia tau! Aidil Zulkarnain, seorang yang lelaki yang penuh dengan ego dan kerana keegoannya itu, dia sendiri yang memutuskan hubungan antara dia dan Dian yang sudah lama terjalin. Apabila dia tersedar akan kesilapannya melepaskan Dian, Aidil mula menjalankan misi ingin memenangi hati Dian semula. Tetapi, Dian bukan seperti Dian yang dulu. Dian kini menjadi seorang yang degil dan keras kepala apabila berhadapan dengan Aidil. Kehadiran Norman sebagai 'makhluk perosak' menyukarkan lagi misi Aidil. Bagaimanakah kesudahan hubungan mereka? *** p/s Arghhh ini dah masuk kali ketiga tulis sinopsis (setiap kali tulis mesti berlainan). Tak tahu kenapa tapi Wattpad selalu delete sinopsis yang saya dah tulis. Pfft. Dua kali tulis pakai handphone and kali yang ketiga ni try pakai desktop pulak. Kalau yang ini dia delete jugak, nak mogok 20 hari.