intanlyyy
- Reads 45,354
- Votes 1,356
- Parts 69
Book 1
Muhammad Haqeem Idham seorang tentera laut yang berwatakan tegas dan lidahnya tajam dalam berkata-kata. Dia bukan sahaja tentera laut biasa , tetapi dia juga tentera elit dalam tugasnya , iaitu PASKAL. Pertemuan dengan seorang gadis itu bukan sesuatu yang baik baginya. Hatinya selalu dingin dengan gadis yang lebih kurang sama sikapnya. Kehidupannya, pernah diatur oleh Datin Hanani yang merupakan ibu kandungnya, Haqeem tidak pernah bercinta dalam mana-mana perempuan, tapi disebabkan atas arahan mamanya, dia perlu bertunang dengan Ariana Arissa tanpa suka atau cinta.
Gadis yang dia pernah suka sejak kecil itu, Nayla Az-Zahra. Gadis berwatakan ceria itu adalah bekas teman wanita sepupunya. Haqeem pernah buang rasa cinta itu ketika dia masih mentah, kerana dia anggap tiada gunanya untuk dia mengejar.
Setelah beberapa tahun, mereka menjadi dewasa. Pertemuan kecil dan juga pertemuan sering kali bertengkar menjadikan mereka berdua makin lama makin rapat. Apatah lagi, Haqeem menjadi cucu angkat kepada nenek Zahra.
" Awak pernah bercinta ke, Haqeem?" - Zahra
" Tak. Aku tak ada rasa nak bercinta dengan perempuan." - Haqeem
" Awak gay ke?" - Zahra
Soalan itu buatkan Haqeem terserentak dan dia telan liur. Tak pernah lagi manusia yang hidup kat atas muka bumi ini menganggap dia songsang atas sebab dia tak pernah bercinta. Malah dalam kem dia pun kebanyakkan lelaki.
" Kepala hotak kau. Sejahat-jahat aku, aku tak pernah lagi nak suka sesama jenis." - Haqeem
" Dah tu awak cakap awak tak ada rasa nak bercinta dengan perempuan?" - Zahra
" Kau ni bengap ke Zahra? Ke buat-buat bodoh?" - Haqeem
Dan...malam itu mereka ditemani oleh bintang-bintang bercahaya di langit yang gelap. Haqeem memang ada niat untuk melamar gadis tersebut, tapi dia ada perasaan takut jika Zahra menolaknya mentah-mentah.Zahra pula ragu-ragu untuk memberi jawapan, tapi Haqeem tetap mengejar gadis dambakan yang dia pernah crush dahulu.
📢 CERITA HANYA REKAAN
📢 DILARANG MENCIPLAK