J-HVNTER
- Reads 11,676
- Votes 225
- Parts 12
Di sebalik kecantikan rupa paras dan kehidupan suami isteri yang nampak cukup sempurna di mata orang luar, tersimpan satu gelora jiwa yang tidak pernah disangka ada selama ini.
Nurul Azizah Hanani, seorang wanita berusia 26 tahun, berkulit putih mulus dengan paras keanggunan tertinggi untuk dimiliki bagi seorang wanita bertudung, dia baru sahaja melangkahkan kaki ke alam rumah tangga bersama Ahmad Hasnan.
Ahmad Hasnan berumur 31 tahun, seorang lelaki berprofesion tinggi yang memegang jawatan sebagai general manager di dalam sebuah syarikat swasta. Ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat memanggil mereka berdua dengan panggilan nama Azizah dan Hasnan sahaja.
Sebelum berkahwin dengan Azizah, Hasnan terlebih dahulu telah mempersiapkan segala kemewahan buat bakal isterinya. Dari tempat tinggal yang selesa sehinggalah beberapa kemudahan hidup seperti kereta dan juga motosikal. Malah, cadangan Hasnan untuk mengambil pembantu rumah ditolak secara lembut oleh Azizah sendiri. Azizah nekad mahu menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dan suri rumah sepenuh masa tanpa bantuan dari orang lain.
Namun, tirai perkahwinan mereka itu turut membongkar satu rahsia gelap tentang siapa diri sebenar Azizah selama ini. Sepanjang zaman remaja dan bujang Azizah, dia merupakan seorang wanita yang telah diajar untuk menjaga maruah diri dan juga maruah keluarga.
Tetapi sebaik sahaja Azizah melakukan persetubuhan buat julung kali dalam hidup bersama Hasnan di malam pertama perkahwinan mereka, satu perasaan ghairah yang selama ini terkunci rapat mula hadir dan membakar keinginan terpendam Azizah secara perlahan-lahan. Rasa nikmat dari sesi hubungan asmara suami isteri bersama Hasnan yang dirasai oleh Azizah tiba-tiba bertukar menjadi satu ketagihan yang terlalu sukar untuk dibendung lagi.
Apabila keinginan dan fantasi seksual terlarang mula melanggar garis kesucian seorang isteri, sejauh manakah perkahwinan Azizah dan Hasnan mampu bertahan? Mampukah Azizah mengawal diri?