samperitmilo
- Reads 140,891
- Votes 773
- Parts 1
BOOK #4 of 𝕳𝖎𝖏𝖗𝖆𝖍 𝕰𝖉𝖎𝖙𝖎𝖔𝖓
Bismillah
LUTH. Sejak melarikan diri dari rumah anak yatim bersama adik angkatnya, Mawar, Luth membesar di setiap lorong bagi mencari sesuap nasi. Hidupnya jauh dari Tuhan tanpa lintasan untuk bertaubat, hinggalah Mawar membuat satu keputusan.
"Abang izinkan atau tak... Mawar tetap akan kahwin. Abang hiduplah sampai mati dengan kehidupan macam ni." -Mawar-
Dia mampu kuat walau seluruh dunia menzaliminya, tetapi tidak untuk kehilangan Mawar - bunga ros merah dalam hidupnya.
MAHFUZ. Hidupnya selama ini terpelihara daripada noda dunia. Namun, benteng yang dibina sejak kecil runtuh sekelip mata dengan kehadiran seorang gadis berpurdah bernama Balqis.
Pada detik yang sama, hadir seorang lagi - gadis yang tulus ingin berhijrah.
"Ummi awak kata awak hampir setiap hari bagi kuliah subuh dekat sini. Saya pun datanglah... nak tengok majlis ilmu ni." -Fatihah-
Fatihah seorang yang baik. Cuma, dia bukan dambaan Mahfuz seperti Balqis. Dan kerana dua nama ini, lahir sebuah konflik yang merobek dadanya.
LUTH & MAHFUZ. Dua pemuda dari dunia yang berbeza, tidak pernah saling mengenali. Saat semuanya hancur, takdir menemukan mereka dan menukar segalanya.
Untuk seketika...
Luth menjadi Mahfuz. Mahfuz menjadi Luth.
Dalam meniti jalan kembali kepada-Nya.
***
support my new story
i ll try to reply each comments from you!
start : 17 sept 2020
end : 13 oct 2020