WollyOlly's Reading List
3 stories
BosKu my MR. GARANG(Complete) by JunLova
JunLova
  • WpView
    Reads 94,839
  • WpVote
    Votes 4,299
  • WpPart
    Parts 36
Start:10 apr 2018 End: 21 jul 2018 Irene ialah fresh graduate dari london university course fahsion designer..Setelah 4 tahun belajar akhirnya pulang ke tanah air... Setelah menganggur selama sebulan akhirnya diterima berkerja di sebuah syarikat terkemuka...tapi sebagai P.A bukan fesen disgner?? Irene seorang gadis yang sangat cantik tetapi sangat suka membebel.Malah sangat suka bergaduh dengan bosnya.Namun hatinya hati tisu... Damien smith ceo SKY HEAVEN,seorang yang sangat dingin,serius,suka marah-marah tanpa pedulikan perasaan orang.Baginya perempuan cuma beban "saya tau sy cuma P.A kau... Tapi saya pun ada perasaan..hati saya bukan untuk dipermainkan... "irene "kau tu cuma pekerja saya.. Teda hak masuk campur urusan saya.. " "kalau ko mo lama kerja di sini..jangan mo gatal sama boipren sy.. "sutun@suzy Apaka yang terjadi pabila hati mulai ada lob² tetapi masing² ego.....dapatka mereka bersatu... Hmmm kalau mo taw jalan cerita baca la.. And vote.. ?? #By JunLova #NoCopyright #hakmiliktunggal
PUTERI MILANERA by LadyBug802
LadyBug802
  • WpView
    Reads 1,104
  • WpVote
    Votes 90
  • WpPart
    Parts 6
HUTAN CRIPTONER didiami oleh satu suku kaum dari serigala putih. Mereka berjiran dengan suku Kaum Serigala Salji. Pada awal mulanya kehidupan mereka penuh dengan gelak ketawa dan saling bekerjasama sehinggalah ketibaan pada hari pertabalan ketua puak. Bomoh Migur telah bermimpi didatangi oleh seorang tua yang menyatakan salah satu kaum dari serigala salji akan melahirkan seorang anak perempuan di mana bila dia sudah besar ia akan menghapuskan Kaum Serigala Putih. Bomoh Migur telah bersepakat dengan ketua puak agar menghapuskan mana mana pasangan yang sedang sarat mengandung bagi menamatkan malapetaka itu dari berlaku. Pada masa yang sama juga jawatan tertinggi bagi Kaum Serigala Salji iaitu pemegang amanat azimat Kaum Serigala Salji itu yang kononnya mempunyai kuasa hayat abadi kepada si pemakainya, ingin dirampas oleh Bomoh Migur. Dalam diam diam dia sudah memasang niat jahatnya terhadap Kaum Serigala Salji dan dia menghasut pula ketua serigala putih untuk berperang dengan alasan tempat tinggal mereka itu sepatutnya dikuasai oleh seorang ketua sahaja. Pada malam yang tidak dapat dilupakan itu satu peperangan besar besaran yang telah dirancang secara senyap senyap oleh Kaum Serigala Putih telah berlaku di atas arahan jahat Bomoh Migur. Satu demi satu rumah dibakar dan mereka di tangkap lalu dibunuh tanpa belas kasihan. Apabila ini berlaku, isteri ketua puak serigala salji sempat melarikan diri dan azimat purba itu dibawanya bersama di atas arahan suaminya, Ziko. Walaupun terpaksa berpisah, kerana Ziko berasa kepercayaannya yang begitu mendalam terhadap Kaum Serigala Putih telah hancur berkecai. Dia juga terpaksa turut serta dalam peperangan itu asalkan isteri dan bakal anak yang akan dilahirkan itu selamat.
AMORA, SI PUTERI JELMAAN by LadyBug802
LadyBug802
  • WpView
    Reads 1,763
  • WpVote
    Votes 113
  • WpPart
    Parts 7
Amora, gadis perawan yang tinggal berhampiran dengan Hutan Kolta, tinggal keseorangan dan hanya keluar pada waktu malam. Dia adalah gadis jelmaan dari seekor ular anakonda terbesar dan hanya mencari mangsa pada waktu tertentu sahaja. Amora biasanya bukan jahat, dia tidak suka menganggu keamanan manusia, tetapi, entah pada malam itu, jiwa kecilnya meronta untuk merasa darah manusia. Semakin dia menahan, semakin dia menjadi ganas. Dia perlukan darah manusia agar dia jinak menjadi sediakala. Musim sejuk hampir tiba, Amora keluar dari tempat penyembunyiannya. Hanya pada bulan terang sahaja tubuh Amora akan berubah bentuk. Pada waktu siangnya, dia akan keluar sebagai gadis biasa. Belum pernah ada seorang pun pemuda terjumpa dengannya kerana Amora memang sangat jarang sekali keluar. Pada suatu hari, terdapat sekumpulan pelajar kolej yang datang ke Hutan Kolta untuk membuat kajian mengenai serangga. Sehinggalah salah seorang dari mereka tersesat ke dalam hutan. Peter menjadi bingung kerana dia sendiri tidak tahu jalan keluar dari hutan itu dan dia terserempak dengan Amora yang sedang mandi di tasik yang membiru airnya. Bermulalah cinta pandang pertama Peter terhadap gadis itu...