Novemberean's Reading List
5 stories
Al Kisah Di Sebuah Kolej by zhafrannamadiberi
zhafrannamadiberi
  • WpView
    Reads 81,531
  • WpVote
    Votes 2,945
  • WpPart
    Parts 36
Semasa merenung sendiri result spm, ada juga dia terfikir untuk terus ke Kuala Lumpur tanpa membawa sebarang barang dari rumah. Walaubagaimanapun keluarga harus diutamakan. Ihsan bukan anak durhaka drama tv. Sifat Ihsan itu bagus. Seketul manusia yang tak bosan menimba ilmu. Dari sekolah, kini dia melanjutkan pelajaran ke sebuah kolej swasta kerana result dia belum cukup bagus untuk ke uitm. Bermacam ragam manusia dia hadapi disana. Dari yang suka mainkan hati, yang sukakan pisang goreng, yang pantang tengok orang hensem, yang membaca buku 99 kata dan sampailah yang selalu rasa bagus. Ihsan cuba bertenang dan meneruskan perjalanannya di perantauan.
Dengarkan Aku by LeezJoon
LeezJoon
  • WpView
    Reads 2,453
  • WpVote
    Votes 380
  • WpPart
    Parts 14
Temani aku, setia denganku. Tetapkan pendirianmu, percayalah aku. Walau ia payah untukmu, dengarkan aku. Ini hanya sebuah kisah yang jarang-jarang diceritakan, berlatarkan kehidupan orang kebanyakan, yang juga mengenal apa ertinya cinta.
The Tahlil: Misteri Villa Nabila Huda by EzzaqDanial
EzzaqDanial
  • WpView
    Reads 12,256
  • WpVote
    Votes 828
  • WpPart
    Parts 19
The Tahlil merupakan sebuah kumpulan pelajar yang terdiri dari 12 orang ahli yang sering ponteng kelas. Mereka merupakan golongan pelajar yang terkenal dikalangan guru dan pernah disenarai hitamkan semasa mereka dibangku sekolah menengah dan disebabkan itulah mereka bersatu sehingga kini. Pada siri ini, The Tahlil: Misteri Villa Nabila Huda (tiada kena mengena dengan Amy Search) mengisahkan ahli Tahlil yang mengadakan reunion di sebuah rumah agam Villa Nabila Huda yang terletak di sebuah kawasan terpencil di Janda Baik, Pahang. Reunion yang sepatutnya menjadi kenangan manis bertukar menjadi mimpi ngeri setelah beberapa orang dari mereka telah dirasuk dan tidak dibenarkan keluar dari rumah itu. Hal ini membuatkan geng Tahlil terpaksa bertahan dengan gangguan disitu sementara menunggu bantuan dari Ustaz Mahdi. Perkara ini menjadi lebih sukar setelah seorang Ustaz yang ditugaskan untuk menghalau hantu dari tubuh salah seorang ahli Tahlil telah dijumpai mati di sebuah kawasan paya berdekatan dengan rumah agam berkenaan.
BERCAKAP DENGAN JUN by HasrulRizwan
HasrulRizwan
  • WpView
    Reads 7,559
  • WpVote
    Votes 216
  • WpPart
    Parts 7
Kematian ibunya meninggalkan kesan yang mendalam pada kehidupan seorang anak kecil. Sejak itu dia memencilkan diri dan hidup bersendirian di sebuah taman perumahan kosong dan terpinggir di ceruk hutan. Orang kampung mengatakan dia lelaki gila di rumah kosong. Masa berlalu dan dia membesar dengan menyara diri sebagai seorang penyeluk saku. Setiap hari dia keluar seperti orang yang bekerja, memakai pakaian yang kemas seperti ke pejabat namun melakukan kerja menyeluk saku di dalam transit di Kuala Lumpur. Dia lelaki yang cekap dengan mata yang menyihir dan magis di tangannya. Tidak pernah tertangkap dan tidak sesekali takut kepada apa-apa pun. Sehingga satu malam, seorang gadis muda melahirkan anak di taman perumahannya. Dia membantu melahirkan anak tersebut dan bermulanya detik itu, pada waktu dia memegang seorang anak kecil, seluruh kehidupannya berubah serta merta. Menjadi lelaki yang kecut dan ketakutan separuh mati.
Jiji Nak Jadi Rockstar by zhafrannamadiberi
zhafrannamadiberi
  • WpView
    Reads 3,959
  • WpVote
    Votes 177
  • WpPart
    Parts 14
" Weyh, jom lah buat band. Mana lah tau kita boleh jadi rockstar macam ayah kau !". Mustaqim memberi cadangan dimana ianya sekelip mata menjadi impian Jiji sekarang.