amira042's Reading List
6 stories
Humanity Angel [MALAY] by NurulHaqifa
NurulHaqifa
  • WpView
    Reads 62,497
  • WpVote
    Votes 3,813
  • WpPart
    Parts 23
Juvelline Clarance atau nama sebenarnya Bladual Sophine. Dia adalah anak ketiga kepada raja dan permaisuri bidadari. Tetapi sudah lama dia menetap di dunia manusia. Kenapa dia tinggal di sana? Semuanya berlaku atas kecuaian pihak pengurusan kerajaan. Dia jatuh dari dunia magis ke alam manusia. Di sana dia telah dibesarkan oleh sepasang suami isteri yang tidak mempunyai zuriat. Juvel membesar seperti manusia. Personalitinya menyerupai manusia, tiada pun personaliti yang menyerupai bidadari iaitu baik dan suci mengikut lagenda. Suatu hari, perkara pelik berlaku. Dia bertemu dengan bidadara yang mengatakan Juvel ialah salah satu daripada mereka! Oleh sebab kebenaran sudah diketahui dia perlu pulang ke dunia magis. Dia perlu pulang! Kerana bahaya jika seorang puteri bidadari tinggal di bumi tanpa pengawasan. Banyak cabaran yang perlu dilalui apabila sudah berada di dunia magis. Juvel berdepan dengan banyak benda baru. Raksasa mitos atau lagenda ternyata wujud di sana! Kuasa ghaib dan bermacam jenis magis diamalkan. Raja menitahkan kepadanya untuk menyertai pasukan perang memandangkan kemahiran mempertahankan dirinya amat memberangsangkan serta fakta bahawa Juvel dilahirkan sebagai bidadari pahlawan. Namun dia bersahabat. Bersahabat dengan seorang lelaki yang tidak disangkanya menaruh minat kepadanya secara diam-diam. Dia bukan seorang bidadari namun seorang... SYAITAN PS: Novel ini mempunyai ciri-ciri anime. Jadi sesiapa yang banyak tengok anime tu boleh lah berimaginasi sikit. Lagi-lagi dekat funny part sebab memang diinspirasikan dari anime.
Three Twin Girl Magic by syahirahfahmi
syahirahfahmi
  • WpView
    Reads 248,957
  • WpVote
    Votes 12,125
  • WpPart
    Parts 62
Aqira Alisya Ariana Kembar tiga yang mempunyai kuasa magic dari kecil.. Mereka dibesarkan didunia manusia oleh atuk mereka, mereka tidak tahu siapa diri mereka yang sebenar. Suatu hari ketika atuk mereka pergi kerja, mereka bertiga bertekad hendak masuk ke bilik yg dilarang masuk oleh atuk mereka. Di bilik itu mereka terjumpa tiga bilah pedang yg mempunyai cahaya merah,biru dan hijau. Ketika mereka memegang pedang tersebut, cahaya dari pedang itu keluar dan membawa mereka ke dunia yang penuh dengan kuasa magik.. Siapakah mereka?? Apa nama dunia yang dibawa oleh cahaya tersebut?? Semuanya akan terjawab dalam "3 twin girl magic"
I'm Princess Atsuke! (malay) by moonwithnostars_
moonwithnostars_
  • WpView
    Reads 35,284
  • WpVote
    Votes 2,306
  • WpPart
    Parts 20
Atsuke suka akan cara hidupnya. Ketika berada di sebuah perpustakaan awam berdekatan dengan apartment,dia telah memasuki alam fantasi... Secara tidak sengaja... Ikuti kisah yang akan membawa anda ke alam kedua ini...
Cik Muda✔ by IntanMazlin
IntanMazlin
  • WpView
    Reads 1,550,983
  • WpVote
    Votes 75,656
  • WpPart
    Parts 67
Adriana Alysa adalah seorang gadis biasa berstatuskan anak yatim sejak umurnya 9tahun lagi.Dirinya sudah biasa tinggal di asrama bersama rakan-rakannya Nak dijadikan cerita.Pada hari kelahirannya yang ke-17.Dia di beritahu oleh pewaris Farica Landios tentang wasiat yang setelah sekian lama di simpan.Wasiat tentang dirinya yang bakal berstatuskan Cik Muda pada umurnya genap 17tahun Dan hari tersebut dia bakal duduk di Rumah Agam Farica Landios bersama orang suruhannya dan orang gajinya Dan hari tersebut juga dia bakal meninggalkan sekolah asramanya dan berpindah di sekolah yang setaraf dengan statusnya kini Menurut wasiat tersebut Alysa mempunyai 6 orang suruhan yang sentiasa bersamanya 6 orang suruhan tersebut ialah Taufiq,Firman,Adam,Afiq,Firqin, Aryan iaitu lelaki yang kacak dan bergaya.Mereka mempunyai seni pertahanan yang tinggi bagi melindungi Alysa Kemudian apa pula jadi bila wasiat seterusnya dia bakal di kahwinkan dengan Irfan Harith.Lelaki yang tak berapa dikenalinya? Jalan cerita mungkin boleh berubah-ubah sebab sis tak buat plot cerita. Jadi sinopsis sebagai sandaran sahaja. XD Highest Achievement #1 IN TEEN FICTION
ICE HEART by syahirahrasol
syahirahrasol
  • WpView
    Reads 62,479
  • WpVote
    Votes 4,776
  • WpPart
    Parts 23
Suku kaum air dari kerajaan ais merupakan suku kaum yang dikenali sebagai kerajaan terkuat pada zaman dahulu namun setelah berlakunya babak-babak peperangan di antara puak Akuma dan puak air lebih sedekad yang lalu, Kerajaan Ais ini serta-merta lenyap dari dunia. Raja, permaisuri, hulu balang dan segala rakyat khabarnya mati dan hilang di dalam peperangan itu. Yang pasti masih hidup adalah anak Raja Kerajaan Ais. Lutfi dan Lili. 2 Orang anak kecil ini berpisah semasa mereka masih kecil lagi. Setelah 16 tahun berpisah mereka berjumpa antara satu sama lain. Walaubagaimanapun, hanya Lutfi sahaja yg tahu bahawa adiknya sudah berada di depan mata namun bagaimana pula dengan Lili? Adakah dia dapat menerima hakikat bahawa di bukannya anak kepada ibunya yang sudah meninggal? Adakah dia dapat menerima Lutfi sebagai abangnya? Adakah dia dia percaya bahawa dia merupakan anak kepada seorang Raja? General Kama, merupakan pegawai kanan Raja serta ayah angkat kepada Lutfi, telah membawa Lutfi tinggal bersamanya. Dia merancang untuk membina semula zaman kegemilangan kerajaan Ais dengan menyatukan semula dua hati yang telah lama terpisah kerana mereka berdualah satu-satunya kunci kekuatan kerajaan Ais yang selama ini tersimpan dan harus dibuka. Release date:19/9/2016
RANTAI (Complete)  by Ct_Reaya
Ct_Reaya
  • WpView
    Reads 30,111
  • WpVote
    Votes 1,395
  • WpPart
    Parts 26
Siti Suraya, gadis yatim piatu sejak 10 tahun yang lalu telah mengalami kecelakaan di Port Dickson setelah menemui seutas rantai permata berwarna biru. Disebabkan rantai itu dia tercampak ke dunia magic tanpa sempadan. Di dunia itu, dia berjumpa dengan orang yang berlainan. Tetapi, memiliki rupa paras seperti rakan-rakannya di dunia manusia. Sehingga dia keliru untuk membezakannya. "Wait! Rayyan!! Is that you? What's wrong with you? Asal kau pakai baju macam kerabat diraja ni? Berangan jadi raja, huh?" - Suraya. "Cis, berani sungguh kau meninggikan suara di hadapan Tuanku Putera Rayyan Iskandar Alam Shah?!" - Nora Shida Al-Amiin. "Kalau aku tak dapat memiliki kau Putera Rayyan Iskandar, dia pun takkan akan dapat! - Permaisuri Symiera. ✒✒ "Benarkah dia orangnya, Adinda Nabella?" - Tuanku Putera Rayyan Iskandar Alam Shah. "Benar, Tuanku. Melalui tilikan dinda. Gadis inilah yang kita tunggu sekian lamanya. Lihat saja pada kalung yang tergantung di lehernya. Ia bukan kalung biasa-biasa, Tuanku. Ia kalung yang memiliki kuasanya yang tersendiri. Dan juga mampu memberikan kuasa kepada si pemakai, Tuanku. Dialah orang yang bisa mengalahkan Permaisuri Symiera, Tuanku." - Adinda Nabella Al-Ghaffar. Ternyata ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Suraya adalah golongan yang terpilih. Tetapi persoalannya, dapatkah Suraya menyelamatkan dunia Megalia Kingdom dari ancaman Permaisuri Symiera? P/s: ni cerita pertama saya. So, saya tak tahu nak mulakan cerita macam mana. Kalau nak tahu. Bacalah. Itu pun kalau ada yang nak baca. Huhuhu. And one more things, sinopsis ni akan dibaiki dari hari ke hari. InsyaAllah.