nana_raal
Lagu kumpulan SEVENTEEN sentiasa berkumandang kuat pada tahap maksima.Boleh bergegar dinding rumah dibuatnya! Bibir turut menyanyikan baik-baik lirik lagu yang tidak difahami maksudnya.Tubuh bergoyang kiri dan kanan,mengikut rentak tarian kumpulan berkenaan.
Itulah rutin Diana,remaja yang terkena penyakit obses.Biliknya penuh dengan poster wajah-wajah oppa bermata sepet.Setiap hari mesti dikaji berita KPOP dan gosip.Paling didamba adalah mengumpul barangan merchandise esklusif.Diana memang begitu suka pada KPOP sehingga perkara lain tidak dipandang,hanya KPOP jadi dambaan!
Paling kronik ketika Diana mendapat tahu bahawa kumpulan KPOP kegemarannya akan julung-julung kali membuat konsert di Malaysia.Diana mesti pergi,walaupun tiketnya beratus ringgit.Diana wajib hadiri,walaupun esoknya ada peperiksaan genting.Lalu dirancang pelbagai cara mengumpul dana supaya boleh membeli tiket.Diana juga sudah siap-siap membuat pelan rahsia agar ibu bapanya memberi kebenaran pergi ke konsert.
Diana si gadis obses KPOP,tidak menyangka tindakkanya itu akan berakhir dengan insiden yang memakan dirinya sendiri.Apa yang terjadi pada Diana? Bacalah novel ini sambil dengar lagu KPOP terkini!