best romantic novel
3 stories
Kimchi Untuk Awak ! by tulips_
tulips_
  • WpView
    Reads 20,802
  • WpVote
    Votes 653
  • WpPart
    Parts 3
Insiden terlanggar lelaki kacukan Melayu-Korea, Danial Lee Jae Hwan di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon adalah permulaan kacau-bilau dalam hidup Bella. Hilang terus moodnya untuk menikmati penerbangan kelas perniagaan yang dihadiahkan oleh Kak Long apabila dia terpaksa duduk di sebelah lelaki yang menebalkan hatinya itu. Episod huru-hara berterusan apabila Kak Long memaksa Bella membuat Kimchi sempena majlis menyambut kedatangan presiden syarikat tempat kak longnya bekerja di Malaysia.. Hati Bella semakin tidak aman apabila mendapat tahu bahawa presiden tersebut adalah Danial Lee Jae Hwan dan rupa-rupanya keluarga mereka saling mengenali malah mahu menjodohkannya dengan lelaki 'samseng' itu. Walaupun masing-masing tidak mahu disatukan, namun satu insiden yang berlaku di kampung akhirnya memaksa Bella dan lelaki itu diijabkabulkan. Note: Novel ini ditulis oleh Suri Ryana. Dalam novel ini mempunyai 81 Bab. Saya hanya sharekan sahaja. kalau suka vote la ye.
Aku, Dia dan Stiletto by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 42,551
  • WpVote
    Votes 931
  • WpPart
    Parts 5
Tajuk: Aku, Dia Dan Stiletto Penulis: Sri Sarah Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-0246-83-3 Harga: RM33 (Semenanjung) // RM36 (Sabah & Sarawak) Stiletto merah, saksi pertemuan antara Aulia dan Ashraff. Sepasang kasut tumit tinggi yang menjadi idaman Aulia disambar oleh Ashraff, si kaki perempuan. Pertemuan yang tidak dijangka seterusnya menyebabkan mereka sering bertingkah. Macam anjing dengan kucing! Pantang berjumpa mesti bergaduh. Tambah pula Si Ashraff mulut puaka kata Si Aulia. Padahal dia pun sama aje. “Puan, I yang pegang dulu kasut ni. Kalau puan nak, puan boleh minta yang lain.” – ASHRAFF “Banyak cantik muka awak! Saya yang tengok dulu kasut ni. Dari jauh sana lagi saya dah cup dulu kasut ni. And one more, jangan nak pandai-pandai panggil saya puan. Kenapa, saya ni macam perempuan dah berkahwin ke?!” - AULIA Betullah kata orang, dunia ni kecil aje. Helinna, model antarabangsa merupakan kawan baik Aulia merangkap kekasih Ashraff. Kepulangan Helinna ke Malaysia membawa malapetaka kepada Aulia. Kerana salah sangka, Aulia hilang maruahnya angkara Ashraff. Malang lagi nasibnya apabila dia disahkan hamil. Lebih tragis apabila dia dipaksa kahwin dengan Si Ashraff oleh orang tuanya untuk menutup malu.
Jadikan Aku Yang Kedua by thecornetto
thecornetto
  • WpView
    Reads 5,014
  • WpVote
    Votes 114
  • WpPart
    Parts 13
Satu keputusan telah dibuat saat cintanya makin mekar untuk Nuha. Namun, demi sebuah janji dia harus mengorbankan perasaannya. Mampukah dia menerima Wazirah sebagai pengganti Waheeda sedangkan hanya nama Nuha yang terpahat dalam hati? Dapatkah Nuha Saqeena menjadi yang kedua dalam hati Thaqif seterusnya menjadi yang terakhir dalam hidup lelaki ini? Benarkan cinta pertama itu tiada gantinya?