nuramilien's Reading List
4 historias
Aku Wanita Biasa  por TiyaBella
TiyaBella
  • WpView
    LECTURAS 414,416
  • WpVote
    Votos 2,506
  • WpPart
    Partes 6
Setiap wanita menginginkan kebahagian setelah berkahwin. Begitu juga dengan wanita yang bernama Ariana Maisara. Ariana Maisara berkahwin dengan Daniel Idham atas dasar cinta dan restu keluarga. Keluarga suaminya yang begitu berpangkat besar menyukarkan hidupnya. Malah hasrat ibu mertuanya yang asyik menginginkan cucu menambahkan rumit kehidupannya. Bukan Ariana tidak mahu mengandung. Itu hasrat setiap wanita yang bergelar isteri. Namun rezeki terletak di tangan Allah. Setelah setahun mendirikan rumah tangga tanpa kehadiran cahaya mata. Akhirnya Daniel Idham dipaksa berkahwin dengan Marliana Sofea , wanita pilihan ibunya. Bagaimana kehidupan Ariana selepas ini? Dapatkah Ariana melahirkan anak untuk suaminya? Dapatkah Ariana meneruskan hidupnya bila dia dipaksa bermadu?
"Saya Izinkan Abang!"[Complete√] por Miss_CxpeX
Miss_CxpeX
  • WpView
    LECTURAS 615,885
  • WpVote
    Votos 20,974
  • WpPart
    Partes 35
Kesakitan yang dirasa oleh Azwa bukanlah kesakitan yang calang-calang..Mengandung dalam pada masa yang sama mengidap penyakit kronik memang satu dugaan besar pada Azwa.. Apakah penyakit yang diidap Azwa sehingga mampu meragut nyawanya?! Apakah kekuatan yang berbekal pada Azwa untuk terus hidup dan harungi konflik rumah tangga yang dah macam tak rumah tangga langsung.. Rumah tangga yang dimusnahkan oleh kawan kolej sendiri yang berlagak baik sedangkan berniat jahat atas satu sebab yang tak pasti... Siapa dia? *kalau nak tahu lebih lanjut bacalah..Cuma pesan satu..Kalau emosi terganggu jangan baca takut nanti basah tilam sebab mata masuk habuk!! START-5/12/2016 THE END-18/3/2017
DIA SI PEMBEKU CINTA  por aunifildzah
aunifildzah
  • WpView
    LECTURAS 2,759,691
  • WpVote
    Votos 139,894
  • WpPart
    Partes 99
Tiada ungkapan lain yang mampu menggambarkan dirinya selain beku, sejuk dan dingin. Itulah tiga kata yang seakan terpahat pada setiap langkah seorang lelaki bernama Isyraf Nazran. Sukar didekati, sukar difahami, dan lebih sukar untuk disentuh hatinya. Mengapa dia begitu dingin? Mengapa dia lebih memilih jarak daripada kehadiran? Apakah rahsia yang tersimpan jauh di sudut hati, sehingga dia tidak mampu menikmati indahnya dunia seperti insan lain? Begitulah kerasnya tangkai hati seorang lelaki yang enggan membuka bicara, enggan meluahkan rasa, seolah-olah perasaannya terkunci dalam ruang yang tidak mampu dicapai sesiapa. Namun... mengapa? "Kau jiwa aku ." - Isyraf Nazran. Satu ungkapan pendek namun lahir dari jurang yang paling dalam dalam dirinya. Bagaimana seorang lelaki yang beku, sejuk dan dingin itu mampu mencair begitu sahaja? Mencair di dalam dakapan seorang gadis yang sentiasa periang, yang mampu menyalakan hangat di setiap detik bersamanya. Bandana Headband yang sering tersarung kemas di dahinya bukan sekadar aksesori, ia adalah simbol dirinya. Namun, benarkah kisah hidup lelaki itu seindah Bandana Headband yang menghiasi dahinya? Atau adakah ia sekadar topeng untuk menyembunyikan luka yang tidak pernah sembuh? Dalam dunia remaja yang penuh gelora, mampukah cinta mudanya bersama seorang gadis bernama Ilya Nasuha bertahan sehingga ke akhirnya? "Suka Isy atau Tuan Naz?" - Isyraf Nazran. "Isy." - Ilya Nasuha. Mampukah cinta sejati mengikat semula dua hati yang pernah berpisah, lalu mencantumkannya menjadi satu melalui sebuah pernikahan? Adakah cinta remaja itu benar-benar mampu kekal hingga mereka tua? Atau sekadar singgah seperti angin yang menyapa sebentar lalu pergi? Saat kedinginan kembali bermaharajalela dalam hati seorang lelaki yang kosong, mampukah cinta menemukan ruangnya di situ? Tetaplah percaya kerana Dia Si Pembeku Cinta, yang akhirnya mungkin belajar mencair, demi seseorang yang memanaskan hatinya.
Princess Xavier por questn
questn
  • WpView
    LECTURAS 698,250
  • WpVote
    Votos 29,576
  • WpPart
    Partes 87
[COMPLETE] [EDITING] #3 teenfiction 17.4.18 #5 teenfiction 24.3.18 #8 teenfiction 3.2.18 #10 teenfiction 12.2.18 Childhood bertukar menjadi enemy, bestfriend dan semangatnya 🌻 Gaduh ialah peneman setia mereka, tak kira umur makin meningkat sekalipun. Kasih sayang mereka tidak berhenti mekar seperti bunga di taman. "Masuk tadika balik lah! senyum pun tak tahu sayang." - Rayyan Farhan Mulut kata benci, tapi di hati mereka? perasaan sayang yg wujud di dalamnya. "Manja kalah budak umur 5tahun, nak berkepit je! jauh sikit shuh shuh." - Qistina Airish Qistina Airish masih teguh dengan prinsip hidupnya kerana pesaing - pesaingnya tidak pernah mengalah untuk menjantuhkan Qistina Airish Xavier. Empat cicit Tyler Cullen Xavier menjadi tumpuan dunia kerana bakat mereka dalam dunia perniagaan. Disebabkan satu peristiwa mereka kehilangan antara satu sama lain. "Cause, I'm the last princess Xavier" - Qistina Airish Xavier ××××