nurimanumar's Reading List
50 stories
KHALI (COMPLETED) ⚠️🔞 oleh hyzwayne
hyzwayne
  • WpView
    Membaca 371,829
  • WpVote
    Suara 22,811
  • WpPart
    Bagian 50
BACAAN MATANG ! GENRE : FANTASI - DARK ROMANCE PENULIS : HYZWAYNE BAHASA : CAMPURAN HINDI DAN MALAY START : 1/5/2025 - 12/8/2025 [ MANUSKRIP SEDANG DIPERBAIKI ] ------------------------------------------------- Sejak kecil, dia milik aku. Sama ada dia rela atau tidak, aku tak peduli." Pada usia tujuh tahun, Heera bertemu Khali Hardev. Makhluk bersayap kelam yang meninggalkan janji dalam bayang hidupnya. Kini, di usia 19 tahun, Khali kembali dengan membawa satu janji yang dia luahkan dahulu. Heera Khali. Orangnya cantik. Mempunyai sepasang anak mata istimewa sehingga menarik aura negatif padanya. Dan tanpa sedar, dia mempunyai kuasa magis yang tidak digilap! Pada malam sambutan hari lahir yang ke 19 tahun, majlis tiba-tiba berubah menjadi ganas apabila mereka didatangi seorang manusia yang tidak dikenali mereka. Ketika itu, Heera tidak merasa syak wasangka. Akan tetapi, pada akhirnya Heera berdepan dengan kebenaran. Khali Hardev kembali setelah lama mengintai dari kegelapan dan bersumpah untuk memilikinya. Dia boleh lari. Dia boleh menjerit. Tapi Khali tidak akan pernah melepaskannya. "Aku tak peduli berapa kali kau cuba lari, Heera. Kau diciptakan hanya untuk aku." - Khali Hardev "Aku tak nak kau... aku tak nak dunia kau!" - Heera Khali Dapatkah Heera melepaskan diri dari cengkaman syaitan Khali Hardev? Dan mampukah Khali hidup bersama dengan seorang manusia? "Happy birthday, my little devil."
[C] Pergilah Duhai Cinta oleh cikvanillla
cikvanillla
  • WpView
    Membaca 253,462
  • WpVote
    Suara 7,152
  • WpPart
    Bagian 52
𝐌𝐚𝐦𝐩𝐮𝐤𝐚𝐡 𝐬𝐞𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐄𝐥𝐲𝐚 𝐅𝐚𝐫𝐡𝐚𝐧𝐢 𝐦𝐞𝐧𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐡𝐚𝐤𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐛𝐚𝐡𝐚𝐰𝐚 𝐥𝐞𝐥𝐚𝐤𝐢 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐚 𝐜𝐢𝐧𝐭𝐚𝐢 𝐬𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚 𝐢𝐧𝐢 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐣𝐚𝐭𝐮𝐡 𝐜𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐚𝐡𝐚𝐛𝐚𝐭𝐧𝐲𝐚 𝐬𝐞𝐧𝐝𝐢𝐫𝐢? 𝘀𝘁𝗮𝗿𝘁 : 18/3/2025 𝗲𝗻𝗱 : 27/6/2025 𝘀𝘁𝗮𝘁𝘂𝘀 : 𝗶𝗻 𝗽𝗿𝗼𝗰𝗲𝘀𝘀 𝗲𝗱𝗶𝘁𝗶𝗻𝗴 ⚠️𝗰𝗿𝗶𝗻𝗴𝗲
Isteri Ekspres Tengku Raiz oleh dayahnur
dayahnur
  • WpView
    Membaca 1,345,629
  • WpVote
    Suara 37,324
  • WpPart
    Bagian 53
Tengku Asyraf Raiz atau dikenali sebagai Tengku Raiz seorang lelaki yang terkenal pada usia mudanya disebabkan oleh kekayaan yang dimiliki olehnya Walaupun kelihatan sempurna pada mata orang lain namun dia adalah seorang duda dengan seorang anak perempuan yang baru berusia 3 tahun , selepas kematian isterinya dia bertekad untuk tidak berkahwin lagi namun disebabkan anaknya yang sangat sayang pada pembantu rumah mereka yang baru mula berkerja itu dia turuti juga keinginan anaknya untuk beribukan wanita itu Tapi yang menjadi masalahnya adalah pembantu rumahnya itu seorang gadis yang berumur 18 tahun yang baru mendapat sijil kelulusan SPM "Kenapa masih panggil saya bos , mulai saat ni saya suami awak jadi panggil saya abang dan kalau mengikut pangkat juga saya lebih tua dari awak kan" -Tengku Raiz "Awak terima saya sebab Jannah atau sebab awak suka saya?" -Aisyah Raihana "Sini la kita mandi sekali sayang..."-Tengku Raiz "gila ke apa awak ni...ei...tak nak lah saya"-Aisyah Raihana lama kelamaan hubungan mereka semakin erat Tengku Raiz ternyata sudah lama menyimpan rasa terhadap Aisyah namun dia menafikannya disebabkan oleh umur Aisyah yang begitu muda Aisyah pula mula menyayangi Tengku Raiz setelah dia melihat betapa sayangnya Tengku Raiz terhadap anaknya namun mana mungkin hubungan mereka sentiasa aman kan pasti ada yang akan mengganggu hubungan mereka dengan munculnya kehadiran Tengku Hafizzudin dan Amirul Mukmin telah membuatkan kedudukan Tengku Raiz dihati Aisyah tergugat
LYUBOV TERAKHIR : CINTA TERAKHIR(C) oleh atrhyuni
atrhyuni
  • WpView
    Membaca 53,664
  • WpVote
    Suara 2,549
  • WpPart
    Bagian 58
pertunangan mereka pernah jadi harapan. Dua hati yang saling percaya, saling mencintai, dan saling berjanji untuk menua bersama. Tapi segalanya terhenti tanpa amaran. Saat Ayuni menghilang dari hidup Rayqal, membawa hati yang tak pernah sempat dijelaskan. di bumi asing, di bawah langit negara orang. Ayuni membuat keputusan. Satu keputusan yang merobohkan segalanya. Dia memutuskan pertunangan. Tanpa alasan. Tanpa perjelasan. Cuma tinggal sebaris pesanan ringkas yang Rayqal baca berulang kali selama bertahun: "I'm sorry, Rayqal. I can't continue this." Dan sejak itu, Rayqal hidup dalam pertanyaan. Apa salahnya? Apa kurangnya dia? Kenapa Ayuni memilih pergi? Soalan-soalan itu tidak pernah dijawab.Cuma tinggal diam. Yang semakin hari, semakin menyakitkan. Tapi takdir bukan sekadar permainan masa lalu. Beberapa tahun kemudian, Ayuni pulang ke Malaysia. Dan mereka bertemu semula di tempat yang berbeza, dalam hidup yang sudah berubah, tapi dengan hati yang masih menyimpan sisa cinta yang sama. Rayqal masih mencari jawapan. Ayuni pula masih cuba menyembunyikannya. Mereka saling mencintai. Tapi mampukan cinta itu hidup semula, jika ia terpaksa berpijak atas rahsia yang selama ini disembunyikan demi melindungi atau demi melarikan diri? Kerana untuk Rayqal, Ayuni bukan sekadar masa lalu. Dia adalah Lyubov terakhirnya. Dan Rayqal, tak pernah belajar cara untuk melupakan.
Seorang Gadis 3 oleh IssabellaWarith
IssabellaWarith
  • WpView
    Membaca 4,554
  • WpVote
    Suara 166
  • WpPart
    Bagian 61
Setelah hidup penuh liku, Is akhirnya menemui bahagianya bersama Danny tetapi bagaimana pula dengan kehidupan selepas berkahwin? Adakah Is masih dengan bayangan Inspektor Eshan?
4.0 | WANITA MILIK TUAN ZARIEL [COMPLETED] oleh Yasmyns_Dahlia
Yasmyns_Dahlia
  • WpView
    Membaca 906,392
  • WpVote
    Suara 42,141
  • WpPart
    Bagian 60
*Previously known as HIS POSSESSION* Hidup berdua bersama mak di kampung, cukup membahagiakan Seroja. Adanya Irwan yang tak pernah jemu mengusik, melengkapkan lagi hari-harinya. Namun, takdir hidup tidak selalunya indah. Ujian yang datang bertimpa-timpa membuatkan Seroja tidak mampu bangkit sendiri. "Seroja tak tahu apa yang patut Seroja buat sekarang, Abang Wan." - Seroja Irwan, satu-satunya tempat untuk Seroja mengadu nasib. Lelaki itu tak pernah jemu meminjamkan bahu dan telinganya kepada Seroja. "Seroja ambillah duit ni. Buat belanja kat sana nanti." - Irwan Keluar dari kampung dan berjauhan dari si emak, bukanlah satu pilihan yang Seroja mahukan. Akan tetapi, dia terdesak. Rentetan itu, Seroja cekalkan juga hati. "Maafkan Seroja ya, mak. Seroja tak ada niat nak tinggalkan mak tapi Seroja terpaksa. Abang Wan... tolong Seroja tengok-tengokkan mak ya?" - Seroja Di tempat baru, Seroja bertekad untuk bekerja keras. Dikerah tulang empat keratnya demi kelangsungan hidup. Namun, tatkala menerima perkhabaran bahawa si emak semakin tenat, Seroja jadi nanar. Terduduk memikirkan wang yang belum cukup dikumpul. Sehinggalah Zariel datang, menghulurkan tangan. "Aku boleh tolong kau... tapi ada syaratnya." - Zariel Bagi Zariel, kesempatan yang ada tak boleh dibiarkan pergi. Semakin meningkat umur, hidupnya semakin sunyi dan kosong. Apatah lagi melihat teman-temannya bahagia menjalani kehidupan bersama anak dan isteri. Lainnya Zariel, dia hanya mahukan anak untuk melengkapi hidupnya. "My offer is not free, Kirana. You have to give me something in return. Kita berdua dalam situasi yang sama. Cuma kau, perlukan duit. Dan aku... perlukan waris." - Zariel Memikirkan kesihatan mak yang kian melarat, pilihan apa lagi yang Seroja ada selain menerima? Dan Seroja terpaksa akur kalau itu syarat yang Zariel tetapkan. Demi kasihnya terhadap si emak, Seroja tiada jalan lain selain menerima tawaran Zariel itu. Start : 19/8/24 End : 4/5/25
[ON GOING] HER CODE NAME: VIOLET oleh farahsalvtore
farahsalvtore
  • WpView
    Membaca 1,554
  • WpVote
    Suara 109
  • WpPart
    Bagian 20
Dalam dunia penuh rahsia dan muslihat, cinta adalah kelemahan-dan juga senjata paling berbahaya. Zahirah El-Safiya, ejen elit MIRAGE dengan kod nama Violet-9, menyamar masuk ke syarikat ARX Global Holdings demi menjejaki lelaki yang pernah menghilang lima tahun lalu. Lelaki itu kini CEO berjaya, Rafael Iskandar-bekas ejen Shadow-7 yang licik, dingin, dan penuh teka-teki. "Why did you disappear?" - Zahirah "I didn't vanish. I just stopped being found." - Rafael Perkahwinan mereka bukan dibina atas cinta, tetapi perintah, muslihat... dan dendam. "You're playing a dangerous game, Shadow." "So are you, Violet." Di sebalik permainan minda dan godaan yang membunuh, keduanya terperangkap dalam emosi yang tak pernah mereka rancang. Bila cinta dan kebenaran saling bertembung, siapa sebenarnya musuh... dan siapa yang sanggup mengkhianati siapa? HIGHEST RANKING 🏆 #2 IN THRILLER ROMANCE START - AUGUST 2025 END
MY DAHLIA || C oleh darwishanjwa
darwishanjwa
  • WpView
    Membaca 253,499
  • WpVote
    Suara 6,432
  • WpPart
    Bagian 68
BLACK SPIDER SERIES [SEKUEL HIS PSYCHO DAISY] ❁ 𝓑𝓾𝓷𝓰𝓪 𝓓𝓪𝓱𝓵𝓲𝓪 𝔂𝓪𝓷𝓰 𝓭𝓪𝓽𝓪𝓷𝓰 𝓶𝓮𝓷𝔂𝓲𝓷𝓪𝓻𝓲 𝓭𝓾𝓷𝓲𝓪 𝓼𝓲 𝓹𝓮𝓷𝓭𝓸𝓼𝓪 ❁ Dahlia Aryana. Dipaksa bekerja di kelab malam oleh ibu kandungnya sendiri. Berhari-hari dipaksa memakai yang tidak senonoh dan melayan kaum lelaki yang hadiri di kelab malam itu. Namun dia akhirnya menjadi pelayan yang membawa dulang yang terisi air haram itu. Xavier Adrean. Lelaki yang workhalic dalan syarikatnya. Dingin. Itu sentiasa ada dalam sifat dirinya. Namun mempunyai kisah silam yang tidak mampu hilang dalam fikiran orang lain. Berlaku satu kejadiaan yang mampu menghantui dunia Dahlia. "Pergi!" -DA "Aku takkan pergi selagi kau tak mengaku soal ini" - XA "Saya takkan mengaku sekali pun yang anak dalam perut saya ni anak awak. TAKKAN!" -DA Berbalahan itu hanya mampu membuat diri Dahlia semakin gila dan sakit. Tapi Xavier hanya memandang susuk Dahlia yang pergi meninggalkan sebegitu selepas perbalahan itu. "You'll be mine Dahlia Aryana. My flower." -XA Mampukah Dahlia menanggung semua masalah ini berseorangan? Start:18 FEB 2024 End: 28 JUN 2024 Revamp Start: 8 JUN 2025 End: 22 AUG 2025 #Stranger x Lover trope #Romance #100% my ideas #Mafia #Blackspiderseries
Sisakan Aku Cinta | TERBIT oleh sofiaaroses
sofiaaroses
  • WpView
    Membaca 313,112
  • WpVote
    Suara 6,489
  • WpPart
    Bagian 18
-
𝐌𝐲 𝐌𝐫. 𝐇𝐨𝐭 𝐋𝐞𝐜𝐭𝐮𝐫𝐞𝐫 | 𝐍𝐄𝐖 𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐎𝐍 [𝐂] oleh Ntsyaqeela
Ntsyaqeela
  • WpView
    Membaca 218,549
  • WpVote
    Suara 10,790
  • WpPart
    Bagian 85
𝑴𝒆𝒍𝒊𝒔𝒔𝒂 𝑨𝒒𝒊𝒍𝒂 | 𝑺𝒊𝒓 𝑹𝒂𝒚𝒚𝒂𝒏 𝒁𝒂𝒌𝒘𝒂𝒏 Cerita ini mengisahkan tentang seorang perempuan bernama Melissa aqila dan juga seseorang jejaka rayyan zakwan. Mereka dikenali sebagai "Mel" dan rayyan pula dikenali sebagai "sir Ryan" ye betul sekali sir ryan ialah professor atau pensyarah bagi satu college. Mel sukakan sir ryan begitu lama sejaknya kedatangan sir ryan dihari pertama, melissa juga seorang yang ceria dan perangai seperti belum matang manakala sir ryan pula berperangai beku seperti peti ais dan cukup matang "Saya suka sir.." -Melissa aqila "Sorry Mel.. kita beza umur.." -sir ryan Mel Sudah banyak kali mengungkapkan rasa cintanya tetapi..Banyak kali juga kena tolak dengan sir ryan. Sampaikan Mel sudah putus asa untuk menyukai sir ryan. Tiba-tiba hadir farhan iaitu boyfriend Melissa, selepas Melissa sudah penat untuk mengejar cinta sir ryan. Tapi..Apakah daya tiba-tiba sahaja sir ryan mula merasakan cintanya terhadap Melissa. Sir ryan berusaha untuk nendapatkan hati Mel balik. "you mine Melissa aqila.." -sir ryan "you're crazy sir!" -Melissa Aqila Akhirnya Cinta sir ryan diterima balik oleh Melissa tetapi korang ingat habis macam tu jeke? Pfff..Banyak rintangan yang harus mereka lalui bersama jika mereka ingin menahan rumah tangga mereka bersama? _____ "Itu pun kau...Macam mana? Rayyan dah minta cerai ke?" -fatisha "Aku dah agak dah ini plan kau, Fatisha. Well, if you wanna know.. malam tadi kitaorang tak gaduh pun. Tapi... kita bina buku pink," -Mel ____ Mampukah mereka berdua kekal selama-lamanya ataupun ada yang sudah berputus asa dengan semua rintangan ini? saya ubah storyline melryan. || 𝐂𝐎𝐌𝐏𝐋𝐄𝐓𝐄 ||