bittsweetness's Reading List
3 stories
Encik Suami Mat Salih Celup (Adaptasi ke Slot Dahlia TV3 mulai 25/06/2017) by YumiHyra
YumiHyra
  • WpView
    Reads 267,177
  • WpVote
    Votes 8,464
  • WpPart
    Parts 20
Pertunangan yang diputuskan beberapa minggu sebelum tarikh ijab kabulnya, mengheret perkahwinan yang tidak diduga berlangsung antara Iman Amani dan Ian Hadif. "So I am your replacement husband?"- Ian Hadif "If you want to say so." - Iman Amani Bukan setakat encik suami mat salih celup itu tidak mahu dan mungkin tidak tahu berbahasa Melayu, sang umi mentua pula mula melantik Iman sebagai ketua projek 'memelayukan' si mat salih celup. "What is selipar Jepun?" - Ian Hadif "Japanese's slippers." - Iman Amani "Oh... the one that they wear with their kimono?" - Ian Hadif Iman Amani mahu pengsan!Tapi...Makin lama duduk dengan encik suami mat salih celup yang bermata menawan lagi nakal itu, cik hati Iman mula selalu buat larian marathon. Iman mula menidakkan rasa hati sendiri.Seganlah dia untuk mengaku apabila encik suami selalu cakap berpusing-pusing mengalahkan roller-coaster! "It was not love at first sight at all, but love at a deeper sight." - Ian Hadif "Betul ke apa yang awak cakap tu?" - Iman Amani "Cakap apa?" - Ian Hadif "Pasal love at a deeper sight tu." - Iman Amani "Bila masa saya cakap macam tu?" - Ian Hadif Tiba-tiba encik bekas tunang muncul semula, mahukan Iman kembali. Rumahtangga yang berwarna-warni mula hilang warnanya .Kemunculan model cantik jelita yang mengaku dirinya tunang kepada Ian membuatkan Iman mula pasrah dan reda. Iman mula menjalankan idea gilanya dan Ian semakin menjauhkan diri. "To form an I squared, you need two I's. That is why, this Ian needs his Iman.Without you, I am like the incomplete square number's function." - Ian Hadif "Tell him that I love him, so much."- ImanAmani. Apakah yang harus dilakukan oleh Iman? Kalau 'I kuasa dua' perlukan dua huruf 'I', bolehkah hanya ada Iman tanpa Ian?
The Tahlil: The Cursed Child by EzzaqDanial
EzzaqDanial
  • WpView
    Reads 3,317
  • WpVote
    Votes 333
  • WpPart
    Parts 12
The Tahlil merupakan sebuah kumpulan pelajar yang terdiri dari 12 orang ahli yang sering ponteng kelas. Mereka merupakan golongan pelajar yang terkenal dikalangan guru dan pernah disenarai hitamkan semasa mereka dibangku sekolah menengah dan disebabkan itulah mereka bersatu sehingga kini. The Cursed Child merupakan sekuel kepada Misteri Villa Nabila Huda. Kisah kali ini lebih fokus kepada keluarga Darryl dan Mimi sepuluh tahun selepas kejadian ngeri di Villa Nabila Huda dimana anak ketiga mereka, Syahryl telah menunjukkan simptom-simptom aneh setelah mereka berpindah di rumah lama milik ibu Mimi. Bagi mengelakkan perkara ini berlarutan, Darryl dan Mimi telah mendapatkan bantuan dari Dr. Zairul yang merupakan pengasas sebuah pusat perubatan Islam yang berpusat di Bangi. Namun, diatas faktor kesihatan yang tidak mengizinkan, dia telah menghantar Dr. Benjamin untuk menyiasat kes yang dihadapi oleh Darryl sekeluarga. Keadaan menjadi sukar apabila pembantu rumah mereka dijumpai mati dalam keadaan ngeri. P/S: Anda digalakkan membaca The Tahlil: Misteri Villa Nabila Huda sebelum memulakan bacaan cerita ini.
The Tahlil: Misteri Villa Nabila Huda by EzzaqDanial
EzzaqDanial
  • WpView
    Reads 12,262
  • WpVote
    Votes 828
  • WpPart
    Parts 19
The Tahlil merupakan sebuah kumpulan pelajar yang terdiri dari 12 orang ahli yang sering ponteng kelas. Mereka merupakan golongan pelajar yang terkenal dikalangan guru dan pernah disenarai hitamkan semasa mereka dibangku sekolah menengah dan disebabkan itulah mereka bersatu sehingga kini. Pada siri ini, The Tahlil: Misteri Villa Nabila Huda (tiada kena mengena dengan Amy Search) mengisahkan ahli Tahlil yang mengadakan reunion di sebuah rumah agam Villa Nabila Huda yang terletak di sebuah kawasan terpencil di Janda Baik, Pahang. Reunion yang sepatutnya menjadi kenangan manis bertukar menjadi mimpi ngeri setelah beberapa orang dari mereka telah dirasuk dan tidak dibenarkan keluar dari rumah itu. Hal ini membuatkan geng Tahlil terpaksa bertahan dengan gangguan disitu sementara menunggu bantuan dari Ustaz Mahdi. Perkara ini menjadi lebih sukar setelah seorang Ustaz yang ditugaskan untuk menghalau hantu dari tubuh salah seorang ahli Tahlil telah dijumpai mati di sebuah kawasan paya berdekatan dengan rumah agam berkenaan.