Fantasy
7 stories
My demon fox (slow update) by MasturahMusa
MasturahMusa
  • WpView
    Reads 73,293
  • WpVote
    Votes 5,688
  • WpPart
    Parts 50
Seorang gadis sedang pulang ke rumah, semasa perjalannya ke rumah dia terjumpa seekor binatang yang unik yang cedera. Gadis ini tidak sampai hati untuk membiarkan binatang itu lalu membawanya ke rumah dan mengubati binatang kecil itu lalu meletakkannya diatas katil dan tidur bersamanya. Pada keesokkanya, Gadis itu merasakan seseorang memeluknya. Dia menjerit bila melihat seorang lelaki sedang separuh tertutup dengan selimutnya lalu menolak lelaki itu jatuh ke lantai menyebabkan lelaki itu mengaduh kesakitan. "Si..sia..apa kau??" Kata gadis itu sambil menutup matanya. "Aishhh.. perempuan ni.. takkan kau lupa? Kau yang semalam bawa aku kat atas katil ni and rawat luka aku" jawab lelaki itu. "Huh??? " terbeliak mata gadis itu dengan jawapan yang diberikan. *siapa lelaki ni? Apa asal usulnya? Macam mne lelaki tu boleh cedera? Kehidupan gadis itu bakal berubah sepenuhnya. ??maaf cerita ni lambat update!!?? ~cover by @akira hiroshi
BLOODY FRIENDSHIP (BAHASA MELAYU) - BUKU 1 [COMPLETE] by anlhpermy
anlhpermy
  • WpView
    Reads 244,311
  • WpVote
    Votes 16,252
  • WpPart
    Parts 117
Kairi ataupun nama sebenarnya Equiterance Ordany telah kehilangan ingatannya. Rafiz yang menemuinya ingin membunuhnya kerana puak Kairi, Knight Seeyer, adalah dijangka akan memusnahkan kumpulannya, Bintang Kegelapan. Disebabkan itu, kumpulan Rafiz membunuh kesemua ahli puak Kairi. Malangnya, Kairi berjaya melarikan diri tetapi dia tidak menyedari Rafiz mengekorinya sehinggalah tubuhnya yang cedera memakan dirinya dan menyebabkan dia pengsan di tengah hutan. Pada masa inilah Rafiz mengambil peluangnya untuk membunuh Kairi tetapi disebabkan keinginan lama yang mula muncul secara tiba-tiba, Rafiz tidak membunuh Kairi. Sebaliknya, dia membawa Kairi pulang bersamanya. Dia juga melindungi dan menyorok Kairi daripada ditemui kumpulannya. Apa yang berlaku selepas itu? Bagaimana puak Kairi terlibat dengan kemusnahan Bintang Kegelapan? Nak tahu? Bacalah dan menyelami hidup yang dijalani Kairi dan Rafiz sambil mereka berdua mengatasi masalah daripada Bintang Kegelapan dan juga kemunculan Bintang Kecerahan yang ingin memusnahkan Bintang Kegelapan. Cerita ni sebenarnya dah siap ditulis tetapi dalam buku. Saya akan pelan-pelan taip untuk kamu semua baca. Okey, selamat membaca XD
Pahlawan Lagenda (Memori hilang) by eyka_aqua
eyka_aqua
  • WpView
    Reads 440,109
  • WpVote
    Votes 27,963
  • WpPart
    Parts 107
Sebuah bintang biru berkilau bak belian terletak di galaksi Rima Sakti. Nama bintang tersebut adalah Aqua kristal. Sebuah bintang yang aman dan harmoni dan ditintah oleh kerabat diraja. Bintang yang amat maju berlandaskan graviti. Sebuah sekolah ditubuhkan bagi mendidik pahlawan-pahlawan atau kesaterian untuk berkhidmat pada pihak diraja. Sekolah ini mendidik mereka yang terpilih dengan ilmu dunia, ilmu sains, ilmu teknologi , ilmu magis dan ilmu pertahanan diri. Sekolah ini menjadi saksi kumpulnya mereka-mereka yang dipenuhi rahsia. Mereka berkawan, ketawa, dan menjalankan misi bersama tanpa mengetahui rahsia tersembunyi. Seseorang yang sedang lena hanya menanti diri membangkitkan semula tubuh. Seseorang yang membantu tanpa ketahui niat hati. Seseorang menghunus senjata demi janji. Seseorang berdarah mahal membunuh darah yang lebih mahal. Mereka hidup sebagai teman! -Cerita fantasi Bahasa Melayu- -Original dari otak penulis eyka_aqua- Cover illustration was credit to owner.
Book 2: Lagenda Castreiland: Fleurisella (✓) by Nur_Haura
Nur_Haura
  • WpView
    Reads 26,649
  • WpVote
    Votes 2,424
  • WpPart
    Parts 8
FudinguFamiliaChallenge Tema: Cinta Kecantikkannya digilai oleh sang jejaka, Kecantikkannya dicemburui oleh sang perawan, Namun, rupa tidak menggambarkan tingkah lakunya... Dia... Sang puteri lincah bermain pedang, Sang puteri pandai menari digelanggang pertarungan, Sang puteri hebat mengawal busur dan panah... Cinta sang putera dari Glaimore ditolak sehingga menjadi dendam. Angkara cintanya ditolak oleh sang puteri, satu komplot bersama Menteri Besar Wyndollyne yang tamak ingin memerintah dibina untuk menjatuhkan Kerajaan Wyndollyne... ************************************ Fleurisella: Puteri Kerajaan Wyndollyne merupakan sambungan dari kisah Lagenda Castreiland. Cerita ini ibarat Siri Lagenda Castreiland...
THE ALCHEMIST (EDITING) by Alexna_Syufa
Alexna_Syufa
  • WpView
    Reads 105,877
  • WpVote
    Votes 8,034
  • WpPart
    Parts 68
"Harapan ini menyedihkan. Harapan ini mendukacitakan. Punah.Segalanya punah begitu sahaja.Impianku hancur. Aku hampa! Aku kecewa dengan segala-galanya! Pencarian Bunga Asfloera ini benar-benar menyeksakan aku!"-Syah Vyclans ____________________________________ Demi Empayar Kota Bayangan yang tercinta, Demi Zamry iaitu adik angkat yang tersayang, Dan demi mimpi yang dipercayai, Syah akhirnya tekad mencari Bunga Asfloera untuk menghentikan keperitan penduduk Empayar Kota Bayangan yang dilanda Penyakit Misteri. Untuk mendapatkan bunga tersebut...Sungai Berasid,Jurang Kekayaan dan Lorong Roh haruslah dilepasi terlebih dahulu. Namun begitu,.. ...mampukah dia melakukannya apabila kenangan nan lalu,rakus mengejar diri? Sempatkah bunga Asfloera didapatkan sebelum tibanya musuh merampas harapan yang dicari? Mari kita ketahuinya... Started: 30/1/2016 [Cover image from @Saptember and edited by this story Author.] [Copyright All Rights Reserved]
FATED ENCOUNTER (BAHASA MELAYU) - BUKU 2 BLOODY FRIENDSHIP by anlhpermy
anlhpermy
  • WpView
    Reads 47,572
  • WpVote
    Votes 3,690
  • WpPart
    Parts 38
Agi ataupun Sagittarius adalah pengguna kuasa Bintang Sagittarius. Selama beratus-ratus tahun, Bintang Sagittarius mempunyai kuasa yang sangat istimewa. Mereka berkebolehan untuk merentasi dimensi, menyembuhkan kecederaan dan kuasa alam tetapi daripada kegunaan kuasa tersebut, terdapatnya sumpahan yang tidak boleh dibuang mahupun diubah. Sumpahan tersebut akan berada pada setiap pengguna Sagittarius yang telah dipilih oleh binatang Bintang Sagittarius. Agi berasa sangat kecewa apabila sumpahannya telah mengubah kehidupannya. Dia menyalahkan Pegasus kerana telah menyebabkan perubahan tersebut. Dia tidak mendekati sesiapa atau mempunyai hubungan rapat dengan orang lain kerana tidak mahu jatuh cinta mahupun menyebabkan orang lain jatuh cinta dengannya. Hanya dengan satu kucupan daripada Pegasus telah mengubah kesemua perkara dalam hidupnya. Malangnya, timbul masalah baru iaitu Pegasus. Dia tidak pasti bagaimana Pegasus mengetahuinya tetapi pandangan Pegasus yang seperti mengetahui rahsianya menyebabkan dia tidak mahu berada berdekatan Pegasus. Bukan itu sahaja, pengacauan Pegasus semakin melampau sehingga Agi takut dengan perasaan sebenar yang dilihatnya pada wajah Pegasus kepadanya. Dan Pegasus pula mengalami masalah dan tidak dapat menyelesaikannya sendiri. Dia tidak mahu membahayakan nyawa orang lain tetapi apa yang dapat dia lakukan untuk menghalangnya? Agi pula sentiasa bermain dalam fikirannya. Sukar untuknya menjauhi Agi. Bagaimana Agi hendak menjauhkan diri daripada Pegasus yang cuba mendekatinya dengan lebih lagi daripada pergaulan seorang rakan? Mengapa dia takut orang lain mengetahui perubahan dirinya itu? Dan apa pula masalah yang dihadapi Pegasus? Malah, muncul pula musuh baru? Siapakah mereka? Apa yang mereka nak? Baca dan selami masalah mereka dalam buku kedua ini! XD
SBTES (VERSI BAHASA MELAYU) [ONGOING] by anlhpermy
anlhpermy
  • WpView
    Reads 73,257
  • WpVote
    Votes 4,965
  • WpPart
    Parts 56
Kit atau Exler, identiti sebenarnya ialah putera kepada sebuah kerajaan, yang telah dibawa pergi oleh penasihat ayahandanya, keluar daripada kerajaan itu apabila istana diserang oleh penjahat yang ingin memusnahkan semua kerajaan diraja. Tetapi, dalam perjalanan, mereka diekori pasukan pencari penjahat yang ingin memastikan kerajaan yang diserang mereka tidak bangun semula. Silvert, penasihat ayahanda Exler, menyuruh Exler untuk meninggalkan tempat itu dan mencari ahli keluarga Lefart, penyelamat yang menunggu kemunculan mereka di satu tempat. Exler terpaksa mengikut arahannya dan meninggalkan Silvert yang bersedia menunggu kedatangan penjahat-penjahat itu. Beberapa tahun selepas itu, Exler memasuki akademi yang mengajar penggunaan kuasa dalam dirinya. Bersama ahli kumpulannya, mereka menjejaki tempat peperiksaan di mana nasib mereka akan ditentukan tetapi mereka semua tidak sedar satu kumpulan penjahat sedang menunggu mereka. Sedar-sedar sahaja, mereka kehilangan hampir semua pelajar peperiksaan yang diserang penjahat-penjahat itu. Bagaimana dengan Exler? Adakah dia adalah orang yang penjahat itu cari ataupun mereka sengaja sahaja berada di situ? Bilakah dia akan kembali ke kerajaan ibu bapanya semula? Baca dan anda akan tahu perkara yang sebenar di sebalik perjalanan kisahnya XD