afiechii's Reading List
34 stories
[ C ] | Rayyan Ardel Shah: The Annoying Bodyguard Husband by Qstnaafrn
Qstnaafrn
  • WpView
    Reads 430,052
  • WpVote
    Votes 17,242
  • WpPart
    Parts 58
Elara Saffiya, seorang gadis berumur dua puluh lima, hidup bebas mengikut rentak sendiri: tanpa peraturan, tanpa sekatan, dan tanpa sesiapa mampu menundukkannya. Namun, satu perintah daripada ayahnya, Dato' Seri Zayden Khalid, mengubah seluruh dunia Elara. Perkahwinan yang dijanjikan sebagai hukuman dan bukannya cinta membuatnya terperangkap dalam ikatan yang bukan dipilih sendiri. "Papa dah bagi amaran dulu. Sekarang kamu dah calarkan maruah papa lagi sekali. So this time, no more warnings. This is the only way to make you learn." - Dato' Seri Zayden Khalid Rayyan Ardel Shah, pengawal peribadi Dato' Seri Zayden Khalid; lelaki dingin yang muncul tanpa amaran, bukan sahaja bakal menuntut haknya sebagai suami, tetapi juga menjadi pengawal, penguji, dan guru tanpa belas kasihan. Tingkahnya tenang, kata-katanya tajam, dan matanya mampu menembusi dinding ego Elara yang selama ini kukuh. "Kalau bukan sebab bapak kau, aku lagi rela kahwin dengan kuda kat kandang belakang ni daripada kahwin dengan kau yang mulut macam bontot kuda pakai sarung nangka. Tak ada beza," - Rayyan Ardel Shah Setiap hari bersama Rayyan adalah peperangan diam, pertukaran kata-kata kasar yang sarat sindiran, dan ujian sabar yang memaksa Elara menilai semula segala prinsip dan kebebasannya. Dalam rumah kampung lama yang jauh dari gemerlap dunia kota, Elara terpaksa menghadapi realiti baru: kemewahan bukan lagi ukuran, ego bukan jawapan, dan cinta tidak semestinya hadir di permulaan. Dari pertengkaran yang pedas hingga malam yang sepi, setiap detik mengajar Elara satu perkara; bahawa untuk belajar tunduk pada hati, kadang-kadang perlu membiarkan diri tersakiti terlebih dahulu. "Aku sumpah... aku akan pastikan kau menyesal. Kau takkan mampu untuk simpan aku, Rayyan. Kau yang akan lepaskan aku sendiri. Ingat tu!" - Elara Saffiya Apakah Elara mampu mengekalkan identiti dan kebebasannya, atau dia akan rebah di bawah kuasa Rayyan yang dingin tapi misteri? Start: 6 JAN 2026 End: 22 MAC 2026
ELENA ERYSHA by balqisjuandy
balqisjuandy
  • WpView
    Reads 461,967
  • WpVote
    Votes 17,280
  • WpPart
    Parts 54
TENGKU ELENA ERYSHA | IFFAT AMSYAR Start: 15/3/2025 End: 30/7/2025 NO PLAGIARISM ALLOWED! ⚠️
KISAH SEMPURNA | C O M P L E T E by nurluvie
nurluvie
  • WpView
    Reads 86,393
  • WpVote
    Votes 3,438
  • WpPart
    Parts 50
Seorang lelaki duda bernama Tharez Emil. Dia dingin, sangat pentingkan kerja, tetapi bila sebut sahaja nama anak gadisnya, Tiara Ayyisa bagaikan dunia dia mampu dia berikan kepada anak gadinya itu. Pertemuan dengan gadis lemah lembut Safra Inaya sangat tak dijangka. Safra memohon pekerja sebagai pengasuh Tiara. Awalnya, Tharez ragu-ragu kerana umur Safra yang masih muda. Namun, hanya dia sahaja calon yang terbaik. "Aku bagi kau masa tiga bulan untuk buktikan yang kau mampu jaga anak aku."- Tharez Emil. "Saya tak akan sia-siakan kesempatan yang Tuan beri."- Safra. Hubungan Tiara dan Safra semakin rapat sehinggalah Tiara memanggil Safra "mama". Safra tergamam manakala Tharez pula mengangkat kening. "Saya tak setuju untuk kahwin dengan Encik."-Safra Inaya. "Kau pilih. Kau hidup di bawah jagaan aku atau kau mati bila kau keluar dari rumah ni."-Tharez Emil.
Your Mikhaliev Edric [C] by _theonlydya
_theonlydya
  • WpView
    Reads 137,220
  • WpVote
    Votes 5,318
  • WpPart
    Parts 66
[ROMANCE ACTION] #1ST SERIES. Mikhaliev Edric, Master of Assasin Group, yang dikenali sebagai "Braccia Della Morte" kumpulan yang paling digeruni. Mikhaliev Edric, berkacukan darah Italy, dan usahawan muda pemilik syarikat Elite Transit Global yang diwariskan oleh ayahnya iaitu Dato Ezra bin Dato Mykel. Mikhaliev seorang yang dingin dan tidak percaya akan cinta pandang pertama. Bagi Mikhaliev Edric, cinta adalah sesuatu yang perlu dibina, bukan sesuatu yang datang dengan mudah. Mawar Sephia, pemilik Butik Terkenal, telah membina kehidupan bahagia bersama keluarganya. Namun, segala-galanya hancur apabila kematian ibu kandungnya. Kehadiran ibu tiri dan abang tirinya hanya membawa dugaan, sehingga Mawar Sephia dibuang oleh bapa kandungnya sendiri, akibat fitnah yang disebarkan oleh ibu tiri dan abang tirinya. Namun, kehadiran Mikhaliev Edric dalam hidupnya mengubah segalanya untuk Mawar Sephia. Mawar Sephia- " You are my savior. You are the one who saved me when I thought I was beyond saving." Pertemuan yang tidak dirancang antara Mikhaliev Edric dan Mawar Sephia telah membuka mata Mikhaliev kepada sesuatu yang selama ini dianggap mustahil. Dalam sekelip mata, hatinya yang selama ini dingin mula terusik, seolah-olah takdir sudah lama merencana pertemuan mereka. Mikhaliev Edric - "I never believed in love, not until you came into my life. I may not have the right words to describe what I feel, but I know one thing, I want to protect you Mio Fiore. So, marry me Mawar Sephia. Let me be the one who stands by your side, through everything." Dendam lama yang belum terpadam mula menghantui, menggoncang hubungan yang mereka pertahankan dengan nyawa dan air mata. Mampukah Mawar Sephia dan Mikhaliev Edric terus kekal bahagia? Atau akan runtuh juga cinta mereka di tangan musuh dan masa silam yang belum reda? "Le Braccia della Morte non perdonano. Cancellano" "(The Arms of Death don't forgive. They erase)"
TERBIT | ENTANGLED LOVE : GIBRENS VOL 2  by hanaaeh__
hanaaeh__
  • WpView
    Reads 5,504
  • WpVote
    Votes 309
  • WpPart
    Parts 7
ENTANGLED LOVE : GIBRENS'S [VOL 2] Perkahwinan yang dibina atas luka dan perjanjian kini diuji dengan kemunculan masa lalu yang tidak pernah benar-benar pergi. Saat Heleena dan Gibren mula percaya bahawa mereka akhirnya menemukan ketenangan, bayangan lama muncul semula membawa dendam, penyesalan, dan cinta yang belum selesai. Bukan hanya musuh Gibren kembali menuntut apa yang pernah hilang, tetapi masa lalu Heleena juga hadir, cuba merampasnya kembali dari lelaki yang kini menjadi seluruh dunianya. Kedua-duanya terperangkap antara kisah silam dan kehidupan yang mereka cuba bina bersama. "Keep them safe... from everything I can't face. May no shadow ever touch them, even if it means the world bears my pain instead." - HELEENA AYLEEN "Leen keutamaan abang.Apa yang Leen fikir sampai mengubah diri Leen,abang perlu tahu.Abang perlu cari punca sampai abang tahu kenapa isteri abang berubah" - SYED GIBREN Apa pun yang datang, sesiapa pun yang cuba memisahkan mereka dia akan menjadi benteng terakhir untuk mempertahankan isterinya. Kerana bagi Gibren, Heleena bukan lagi pilihan... tetapi takdir yang akan dia pertahankan walau dengan apa harga sekalipun Dalam dunia yang penuh manipulasi, obsesi, dan perebutan cinta, satu persoalan tinggal apakah cinta mereka cukup kuat untuk bertahan, atau masa lalu akhirnya akan merampas mereka kembali?
Jika Kau Yang Memiliki || EDITING 2.0 by chrysyaniezz
chrysyaniezz
  • WpView
    Reads 231,408
  • WpVote
    Votes 8,699
  • WpPart
    Parts 50
○Bacaan ringan dan santai○ Zael Indera x Izel Aralyn Masa lalu kelam yang menghantui diri menjadikan Izel pesimis terhadap kehidupan berpasangan. Bagi Izel Aralyn, tiada istilah cinta dari lelaki luar yang boleh membahagiakan kerana kaum itu hanya menyakiti jiwa dan raga seseorang wanita. Namun, takdir menyimpan rahsia sebaliknya. Pertemuan Izel Aralyn dengan salah seorang sahabat abangnya merubah warna dalam hidup Izel. Memberi seribu persoalan dan ragu tentang layanan yang jejaka itu berikan kepada Izel. Dan dalam masa yang singkat, ternyata sang jejaka telah menaruh hati padanya. Pinangan lelaki itu ditolak, dan takdir memisahkan mereka buat seketika. Namun entah mungkin kerana jodoh mereka yang kuat, Izel tetap disatukan dengan sang jejaka. Awalnya Izel bertekad untuk membenci, tanpa sedar secebis hati telah diserahkan buat lelaki itu. Ikatan suci yang termeterai membina kepercayaan. Personaliti sang jejaka membelai sukma. Bagi seorang Izel Aralyn, Zael Indera terlalu sempurna untuk dia yang banyak kekurangan. Namun, saat hati mula meletakkan kepercayaan, dugaan demi dugaan datang membadai laut yang disangka akan selamanya tenang. Mampukah Izel bertahan? Atau adakah rumahtangganya akan hancur seperti apa yang ditakutinya selama ini? Jika dia yang memiliki, akankah bahagia itu kekal abadi? Start: 18 Februari 2025 End:-23 Disember 2025
C| Healed: Thalea Reanne  by Greenlope
Greenlope
  • WpView
    Reads 1,179,519
  • WpVote
    Votes 30,896
  • WpPart
    Parts 51
[Complete] HEALED: THALEA REANNE by Greenlope "Dia dibuang tanpa amaran. Dikhianati oleh darah daging sendiri. Dan kini... dipaksa kahwin dengan lelaki yang dia tak pernah pilih." Thalea Reanne tak pernah sangka kekasih yang dia rancang nak nikahi selama ni sanggup berpaling-bukan dengan orang asing, tapi dengan sepupu kandungnya sendiri. Hati dia hancur. Harga diri dia diludah tanpa belas. Tapi itu cuma permulaan. Dalam satu insiden perangkap yang hina, dia 'tertangkap' bersama Carl-lelaki yang tak lain adalah tunang kepada adiknya sendiri. Demi nama baik keluarga, demi elak aib lebih besar, mereka dikahwinkan dalam keadaan terpaksa. Thalea benci dia. Carl pun tak sudi. Tapi dalam gaduh, dalam diam, dalam luka yang terbuka-Carl mula nampak sisi Thalea yang tak pernah ditunjukkan orang. Perempuan yang kuat, tapi selalu disalahkan. Yang nampak keras, tapi hati dia penuh parut. Dan satu demi satu... Benci itu hilang. Diganti dengan rasa yang lebih dalam, lebih jujur. Tapi masa silam tak pernah tidur. Rezza, lelaki psiko yang tak boleh terima kenyataan, masih memburu Thalea. Dan kali ini, dia sanggup buat apa saja... termasuk membunuh. "She lost everything... until he became her everything." "Carl didn't just love her. He healed her."
ECHOES OF LOVE by luvstvrsya
luvstvrsya
  • WpView
    Reads 11,907
  • WpVote
    Votes 722
  • WpPart
    Parts 20
𝓵𝓾𝓿𝓼𝓽𝓿𝓻𝓼𝔂𝓪'𝓼 𝓼𝓮𝓬𝓸𝓷𝓭 𝓶𝓪𝓼𝓽𝓮𝓻𝓹𝓲𝓮𝓬𝓮 ❦ 𝐍𝐀𝐃𝐇𝐄𝐄𝐅 𝐀𝐑𝐘𝐀𝐍 | 𝐀𝐘𝐑𝐀 𝐁𝐀𝐓𝐑𝐈𝐒𝐘𝐈𝐀 𝗡𝗔𝗗𝗛𝗘𝗘𝗙 𝗔𝗥𝗬𝗔𝗡 • Seorang jejaka kacak yang berusia 26 tahun dan merupakan seorang guru biologi di sekolah menengah kebangsaan. Seorang lelaki yang banyak diam, tidak banyak bercakap dan wajahnya sentiasa tampak tegas. Jika ada pelajar yang tidak menyiapkan kerja sekolah, maka bersiap sedialah untuk dirotan oleh Sir Nadheef. 𝗔𝗬𝗥𝗔 𝗕𝗔𝗧𝗥𝗜𝗦𝗬𝗜𝗔 • Seorang gadis jelita yang juga merupakan seorang guru yang mengajar bahasa Inggeris di sekolah menengah kebangsaan, sama seperti Nadheef. Baru berusia 23 tahun, namun sudah menjadi guru yang disayangi ramai. Aura lemah-lembutnya membuatkan setiap pelajar senang mendekatinya. 𝗧𝗔𝗨𝗙𝗜𝗤 𝗜𝗟𝗛𝗔𝗠 • Merupakan seorang guru yang mengajar matematik dan bersahabat baik dengan Nadheef dan Ayra sejak dari zaman bangku sekolah. Seorang guru yang amatlah sporting dan ceria kepada pelajar-pelajarnya. Sebaya dengan Nadheef dan mudah terhibur dengan setiap perkara. 🦢 too cute, too sweet to handle 🦢 say BIG NO to third wheels 🦢 with warm hearts & kindness 🦢 full of unexpected plot twists, hehe 🦢 greenflag hero? more like the greenest ever Note : Slow update! Seminggu sekali saya akan update new chapter pada setiap hari sabtu sahaja. Kadangkala, saya tak akan update dalam masa sebulan sebab terlalu busy belajar.
His Hidden Pulse  by BellaR0s3_
BellaR0s3_
  • WpView
    Reads 2,215
  • WpVote
    Votes 138
  • WpPart
    Parts 27
His Hidden Pulse | BellaRose Pertemuan mereka bermula dengan satu perlanggaran di hospital...dan satu sikap acuh tak acuh yang pura-pura. Dr. Kael Harith tidak pernah menyangka wanita yang sama akan berdiri di sisinya di bilik pembedahan dua bulan kemudian. Namun di sebalik wajah profesional Dr. Elvina Nadya, tersembunyi satu rahsia yang merobohkan segalanya. Saat Elvina rebah, Kael menghentikan operasi...dan tanpa sedar, hatinya mula berdenyut untuk seseorang yang tidak sepatutnya. Gaduh manja. Senyum tanpa sedar. Cinta yang tumbuh perlahan. Mereka bersama...walau hanya seketika. Tidak sampai seminggu, Elvina pergi. Dua hari bertukar menjadi dua bulan kehilangan. Dan apabila dia kembali, Elvina meminta satu perkara yang paling menyakitkan. "Lepaskan aku! dan jangan ganggu aku lagi." Sedangkan bagi Kael, Elvina tetap satu-satunya nadi yang tidak pernah berhenti berdegup. Mi Pulso.
𝐌𝐢𝐤𝐚𝐞𝐥 𝐀𝐲𝐚𝐬𝐡 [𝐎𝐆] by eyreshaa_
eyreshaa_
  • WpView
    Reads 25,336
  • WpVote
    Votes 1,097
  • WpPart
    Parts 33
[ 𝟯𝙧𝙙 𝙢𝙖𝙨𝙩𝙚𝙧𝙥𝙞𝙚𝙘𝙚 𝙗𝙮 𝙀𝙮𝙧𝙚𝙨𝙝𝙖𝙖 ] 'Selamanya Cinta' by Shila Amzah ft Alif Satar is an official song for Aisyayash. ➳ Known as His Precious Sweetheart 𝑴𝒆𝒏𝒄𝒊𝒏𝒕𝒂𝒊 𝒌𝒂𝒎𝒖 𝒂𝒅𝒂𝒍𝒂𝒉 𝒉𝒂𝒍 𝒕𝒆𝒓𝒊𝒏𝒅𝒂𝒉 𝒃𝒖𝒂𝒕𝒌𝒖 𝐌𝐢𝐤𝐚𝐞𝐥 𝐀𝐲𝐚𝐬𝐡 - Seorang jejaka yang memiliki paras rupa yang cukup sempurna. Berumur 32 tahun & patuh pada arahan ibu ayahnya. Tidak pernah menderhaka, dan sentiasa lemah lembut dengan ibunya. Kelihatan dingin, namun ada taman di hati tatkala gadis yang nakal itu sering mencuit hatinya. 𝐈𝐫𝐝𝐞𝐞𝐧𝐚 𝐀𝐢𝐬𝐲𝐚 - Seorang gadis yang sopan, menutup aurat dengan sempurna. Berumur 30 tahun & memiliki anak mata yang berwarna Hazel. Disamakan dengan kacang hazel? Itu lah gelarannya apabila bertemu mata dengan seorang lelaki yang menarik minatnya. "Well, hanya aku je yang boleh panggil kau kacang hazel" - 𝐌𝐢𝐤𝐚𝐞𝐥 𝐀𝐲𝐚𝐬𝐡 "Aku Irdeena Aisya lah, bukan kacang hazel, Ayash!" - 𝐈𝐫𝐝𝐞𝐞𝐧𝐚 𝐀𝐢𝐬𝐲𝐚 Setiap kali bertembung mata, ada sahaja perselisihan kecil antara mereka berdua. Siapa sangka gaduh-gaduh lama-lama terjatuh cinta kan? "Terima kasih kerana sudi berlayar cinta dengan abang. Abang sayangkan Aisya." - 𝐌𝐢𝐤𝐚𝐞𝐥 𝐀𝐲𝐚𝐬𝐡 "Terima kasih juga untuk kasih dan sayang yang abang curahkan kepada Aisya."- 𝐈𝐫𝐝𝐞𝐞𝐧𝐚 𝐀𝐢𝐬𝐲𝐚 How Aisya can be so obsessed with her husband when her husband always treat her like queen? 𝐬𝐭𝐚𝐫𝐭 : 1 jan 2024 𝐞𝐧𝐝 : All right reserved, Eyreshaa 2024 NO PLAGIARISM! ⚠️ Cliche ⚠️ Broken Grammar ⚠️ Cringe ⚠️ Romance beautiful cover by sweetheart Adira x