sueziezan's Reading List
3 stories
Cinta Seorang Isteri by Izzat92izzati
Izzat92izzati
  • WpView
    Reads 661,141
  • WpVote
    Votes 16,641
  • WpPart
    Parts 82
Cinta Amni Jasmina dikhianati suami sendiri, Hafidz Zayyan. Dalam diam Hafidz menjalin semula cinta yang terhenti dengan kekasih lamanya, Saffiyah Dania. Saffiyah Dania seorang janda yang mempunyai anak satu. Tapi, itu semua tidak menjadi batu halangan bagi Hafidz. Cinta Hafidz terhadap Saffiyah tiada titik noktah. Dia bertekad ingin menjadikan Safffiyah Dania sebagai isterinya dan mula mengenepikan perasaan Amni. Dalam diam, Amni memendam rasa, menyalahkan diri sendiri kerana tidak mampu memberikan zuriat kepada Hafidz. Dengan hati yang tidak rela, dia harus mempertahankan rumah tangganya! Nasi telah menjadi bubur. Keegoan Hafidz yang menginginkan Saffiyah sudah tidak dapat dibendung lagi. Dia pernah menjadi separuh gila apabila Saffiyah hilang tanpa berita. Dengan hati yang retak seribu, Amni melepaskan Hafidz demi Saffiyah. Di saat dia melepaskan Hafidz, dengan takdir Tuhan dia telah dikurniakan nyawa yang hidup di dalam rahimnya. Tetapi, dia merahsiakan hal tersebut dari pengetahuan Hafidz memandangkan sakit hatinya terhadap Hafidz masih lagi berbekas. Amni semakin bahagia hidup bersama dengan permata hatinya. Dan di saat itu juga seorang pemuda telah menghulurkan cinta kepadanya. Niqrees Qashfi, pemuda yang sentiasa mencintai Amni sejak dari zaman persekolahan lagi. Di saat dia mengejar semula cinta Amni, dia turut menghadapi masalah yang kronik terhadap adik lelakinya, Naufal Qashfi dek kerana kesilapannya yang tidak dapat dimaafkan. Tetapi, demi cinta dan kasih sayang, Niqrees tega menghadapi semua itu. Tanpa di duga, Hafidz muncul semula menagih cinta Amni. Kegilaannya semakin menjadi-jadi sehingga sanggup mengorbankan anaknya sendiri kerana Amni telah menolak cintanya itu. Hati Amni telah mati untuk lelaki itu. Tetapi apakah ada pilihan untuk Amni memandangkan permata hatinya turut menjadi korban? Apakah kesudahan cinta Niqrees? Adakah dia mampu memiliki hati Amni? Apakah kesudahan persengketaannya dengan Naufal?
My Love Story ✔️ by SailisAneez2308
SailisAneez2308
  • WpView
    Reads 132,144
  • WpVote
    Votes 3,252
  • WpPart
    Parts 29
Aku seorang gadis biasa-biasa saja. Aku tidak cantik, cukup sedap mata memandang. Tubuh comel ( kecil dan rendah), kulit sawo matang dan agak pendiam, sudah tentu aku bukan idaman para lelaki. Aku tidak mengimpikan jatuh cinta, namun takdirku sudah tercoret begitu manis. Di sini kuceritakan kisah cintaku. Kisah cinta yang biasa, namun manisnya luar biasa. Siapa tahu, dengan menjadi "Kekasih pura-pura" seorang lelaki berwajah tampan bernama Raydeen akhirnya aku menemui cinta sejatiku. *** Untuk pembaca dewasa sahaja. Start : 02.01.2020 End : 31.03.2020