nismicha
- Reads 166,310
- Votes 767
- Parts 4
Judul Asal: TUAN
Bukan dipinta. Namun itu yang terjadi. Dendam menjadi penguat dia meneruskan kehidupan. Menukar diri untuk dikenali sebagai seorang lelaki adalah perisai buatnya. Demi melindungi Mikael dan mencari tahu siapa diri sebenar ayahnya menemukan Daniel Fiesya dihadapan seorang lelaki bergelar Tuan.
Tuan Idlan.
Dia berbahaya. Baris bicaranya rapi namun terselit sebuah kebohongan. Digelar Tuan, namun seorang durjana yang menyimpan kemas taring kejamnya. Dunia gelap itu, tak langsung dipandang menguntungkan pada sepasang iris hazelnya. Namun bagaimana? Dia merupakan durjana yang dilindung oleh sekeping topeng. Bila-bila masa, iblis sebenar bisa menunjulkan diri.
"The cruel one."-DATUK LE SYERIF
Kalau Daniel Fiesya harus melindungi Mikael. Manakala dia, harus melindungi seorang gadis bergelar Isya. Namun siapakah pula Isya yang menjadi tanda tanya sepanjang pergelutan sebuah janji?
"Ibyan's. Tempat itu satu-satunya tujuan akhir babah. Aku perlu masuk ke sana."-DANIEL FIESYA
Untuk masuk kesana, dia harus menyimpan kemas rahsia sebagai seorang gadis. Ibyan's tak menerima perempuan atas dasar lemah dan menyusahkan.
"Kau...nampak kecil."-FERHAD IDLAN
"Kecil tapi kuat. Apa masalah kau ya? Dari awal aku masuk. Kau cuma tahu cari pasal."-DANIEL FIESYA
Tak sedar manusia yang dipandang musuh merupakan TUAN IDLAN yang harus ditunduk hormat. Silap besar Daniel kerana menyembunyikan identiti sebenar.
"Hanya kata kau perlukan perlindungan dari aku. Hukuman kau boleh dibatalkan. Tolong mengaku aku guardian kau. Please Daniel. Kau boleh mati di dalam sana."-FERHAD IDLAN
Dan tatkala rahsia terungkap, gadis itu sudah diheret ke lembah hukuman wilayah Ibyan's.
"Maaf. Aku terlambat."-FERHAD IDLAN
A C T I O N | TUAN IDLAN