Malay Favvv
2 stories
Selangkah Ke Syurga by MawarBesi
MawarBesi
  • WpView
    Reads 7,897
  • WpVote
    Votes 156
  • WpPart
    Parts 3
Sofea Auni, seorang gadis kacukan Australia-Malaysia boleh dikatakan sebagai sempurna, mempunyai segala yang diidamkan oleh gadis-gadis seusianya. Cuma satu kekurangan, iaitu didikan agama. Didikan agama yang kurang dari ibu bapanya menyebabkan Sofea Auni semakin jauh tersasar dari landasan agama islam. Gadis itu tidak pernah diajar untuk solat, membaca Al-Quran dan tidak didedahkan kepadanya siapa Tuhannya. Satu hari, jiwa Sofea Auni terasa kosong setelah hatinya hancur disebabkan seorang lelaki yang sangat dia cintai. Sofea Auni tercari-cari ketenangan untuk disandarkan hatinya yang telah remuk. "Kenapa Tuhan buat aku macam ni?! Kenapa Tuhan tu kejam sangat?! Kalau Tuhan tu baik, kenapa dia hantar aku kat dunia ni semata-mata nak hadap kesusahan ni?" -Sofea Auni "Tuhan tu tak kejam Sofea. Kita yang kejam. Tak pernah berterima kasih dengan nikmat yang Dia bagi. Selama ni macam-macam nikmat kita dapat, kita tak pernah bersyukur. Tapi bila kita ditimpa musibah, kenapa kita harus salahkan Pencipta kita Yang Maha Penyayang? Ingat Sofea, Dia yang menguji, sudah tentu Dia tahu apa yang terbaik buat awak." Kata-kata dari insan yang tak dikenalinya itu telah memberi panahan buat dirinya. Sofea dapat merasakan ada sesuatu yang perlu dia cari. Ya! Dia perlukan ketenangan. Dia perlukan redha dan rahmat Allah. Hanya dengan redha Allah, jiwanya akan tenang. Mampukah Sofea Auni menemui jawapan untuk menjahit hatinya yang telah koyak? Adakah dengan kehadiran Firdaus Hanafi dapat membantu mengisi kekosongan di jiwa Sofea Auni? "Carilah cinta Allah dan cinta rasulullah. Dengan cinta itu, hati kamu tak akan pernah kecewa kerana itulah cinta paling agung." -Firdaus Hanafi-
MAYA by Hyera_22
Hyera_22
  • WpView
    Reads 53,425
  • WpVote
    Votes 1,604
  • WpPart
    Parts 8
Cerita ini mengisahkan tentang kehidupan Mia yang berubah menjadi seram selepas sahaja hari jadinya yang ke - 14. Anak patung kesayangannya sejak kecil lagi yang juga telah Mia tinggalkan di bilik stor setelah dia memasuki sekolah menengah, mehantuinya. Semakin lama semakin bahaya ancaman dari anak patung itu. Namun, Apa yang Mia harus lakukan untuk menghalau hantu itu? Mungkinkah persahabatan dan memori Mia dan anak patungnya ketika kecil akan meredakan kemarahannya? Terhimpunlah kisah seram, sedih dan persahabatan yang erat di dalam cerita ini... CERITA INI TIADA KENE MENGENA DENGAN YANG HIDUP DAN YANG MATI. DISCLAIMER : CERITA INI SEMUANYA HAK AKU 100% TAKDE COPY DARI MANA MANA.