purpleisloving's Reading List
4 stories
Aku Ingin Bahagia (C)  by Hudafuadd
Hudafuadd
  • WpView
    Reads 62,315
  • WpVote
    Votes 2,090
  • WpPart
    Parts 87
Novel Kedua Aku Ingin Bahagia🌹 Disaat cinta mula mekar, badai tak henti menguji. Mampukah dua hati terus berpaut demi bahagia yang hakiki? Aurora Medina, gadis berdarah campuran yang dibesarkan di United Kingdom, pulang ke tanah air demi memenuhi permintaan nendanya menguruskan Moonlight Hotel dan mencari jawapan tentang identiti ayah serta saudara kembarnya. Dalam diam, dia juga nekad membersihkan nama arwah ibunya yang pernah tercalar dek fitnah. Syed Hilman, lelaki dingin dan penuh misteri, masih dihantui luka silam atas kehilangan kekasihnya. Dendam terhadap si pembunuh kekasihnya belum terpadam, namun kehadiran Medina mengusik tembok hatinya yang selama ini tertutup rapat. Satu perjanjian keluarga memaksa mereka disatukan dalam ikatan pernikahan yang tidak mereka mahukan. Namun, di sebalik keterpaksaan itu, hadir rasa yang sukar dijelaskan. Hilman bukan lagi lelaki yang sama, dan Medina mula belajar erti cinta yang sebenar. Namun saat bahagia mula menyapa, rahsia dan dugaan silih berganti menguji keutuhan hati mereka. "Disaat aku ingin merasa bahagia, ada gelora yang mendatang. Adakah aku berhak untuk bahagia?" ⛔Plagiat dilarang keras⛔ 💯 Hasil karya saya sendiri...
Hadirnya Cinta by ieyraaqish
ieyraaqish
  • WpView
    Reads 2,181,246
  • WpVote
    Votes 59,197
  • WpPart
    Parts 121
Tak ada apa yang istimewa pun pasal aku. Aku hanya perempuan yang biasa yang hanya bekerja sebagai seorang babysitter di sebuah nursery yang baru dibuka di Kuala Lumpur ni. Maklumlah...aku lepas je SPM, aku langsung tak apply untuk belajar dekat mana-mana universiti. Apa yang aku tahu aku nak kerja je. Nak menambahkan duit poket yang sedia kosong ni. Nampak je aku ni macam baik tapi sebenarnya aku tak baik mana pun. Tapi, hidup aku mula haru-biru bila terjumpa balik dengan si sengal Aryan ni. Memang menyesakkan hidup aku. Aku tak sangka pulak yang baby Dania adalah anak dia. -Airis Afina. Selepas kehilangan isteri aku, aku tak terfikir langsung nak cari mana-mana perempuan untuk dijadikan pengganti kepada isteri aku. Aku tak bersedia lagi untuk mendirikan rumah tangga dalam masa yang terdekat ni. Cukuplah aku dah kehilangan isteri aku di saat dia bertarung nyawa untuk melahirkan anak aku ke dunia ni. Pengorbanan dia tak mampu dibalas. Aku rasa lebih baik aku membujang sampai bila-bila dan menjaga Dania dengan penuh kasih-sayang. Tapi, aku tahu kasih-sayang aku saja tak cukup. Dania memerlukan kasih-sayang seorang ibu. Tapi, aku malas nak ambik tahu sebab aku tahu ada aku pun dah mencukupi. Tapi, kenyataan aku salah sama sekali apabila aku berjumpa dengan Airis. Ada sesuatu pada diri Airis yang membuatkan aku terima dia dalam hidup aku. -Aryan Ezzriq "Oh...Nur Aqira Dania ni anak dia rupanya..." ~Airis Afina. "Tak sangka pulak aku yang dia jadi babysitter dekat nursery ni..." ~Aryan Ezzriq. Semakin Airis cuba mengelak dari berjumpa dengan Aryan, makin kerap mereka bertemu. Tidak kiralah di mana sahaja, pasti Airis akan bertembung dengan lelaki itu. Lari macam mana sekalipun, tetap akan berjumpa. "Kau follow aku eh? Semaklah asyik jumpa kau je!" ~Airis Afina. "Eh? Sapa yang follow kau hah? Apa? Ingat ni jalan bapak kau ke? Ingat kau sorang je boleh lalu jalan ni?" ~Aryan Ezzriq. ©Highest ranking #5 in romance (13/4/2018)
Suri Hati Syed Faliq by ieyraaqish
ieyraaqish
  • WpView
    Reads 1,065,523
  • WpVote
    Votes 30,506
  • WpPart
    Parts 61
Syed Umar Faliq, jejaka hot di sekolah. Sebut sahaja nama Syed Umar Faliq, semua sudah tahu bahawa gerangannya sememangnya hensem dan diminati oleh kalangan budak perempuan di sekolah. Dirinya memang diminati ramai kecuali seorang sahaja yang langsung tidak tertarik kepadanya. Bagi Lili, tak penting pun untuk mengenali lelaki yang kononnya hensem. Lagipun, kalau hensem tapi playboy nak buat apa? Itu apa yang aku rasalah. Kawan aku pun terhegeh-hegeh admire si playboy tu. Tak faham aku. Tetapi, selepas Lili kehilangan bapanya dan Syed Umar Faliq kerap kali mengacau dan membahagiakan hidupnya, membuatkan hatinya yang sekeras batu mencair terus. Syed Umar Faliq yang pada mulanya hanya ingin mengenakan Lili sahaja, sering sahaja hatinya mengatakan tidak. Malah dia ingin rapat lagi dengan Lili. Tetapi, apabila masing-masing melanjutkan pelajaran, adakah rasa hati itu masih setia? Adakah Lili masih menunggu Faliq sedangkan Faliq sudah menjadi milik orang?
Dialah Di Hati (CERPEN) by akuorgbiasa
akuorgbiasa
  • WpView
    Reads 11,937
  • WpVote
    Votes 468
  • WpPart
    Parts 1
Adha, my childhood admirer. Bertahun lamanya, kita terpisah. Aku dengan jalan aku, engkau dengan jalan engkau. Hari ini kita bertemu, masih kah aku di hati mu?