y
16 stories
Oi, umurku 28! by Mina94
Mina94
  • WpView
    Reads 1,547,883
  • WpVote
    Votes 74,038
  • WpPart
    Parts 49
Nama: Iwanaina Matussin. Usia: 28 tahun. Status: Bujang Situasi: Sepatutnya dah jadi isteri orang, tapi tunang 5 tahun aku dah berkahwin dengan Mimi, adik aku sendiri. Memang aku redha, tapi redha tidak akan mendiamkan bebelan mama di rumah. Hampir tiap hari mama akan membebel dan asyik salahkan aku di atas sebab Herman kini dah kahwin lari dengan Mimi. Aku makin tertekan bila aku juga dah disuruh pindah kerja dari mengajar murid tadika ke murid tingkatan enam atas. Bukan itu sahaja, ianya adalah Sekolah Tinggi Lelaki Gadong Brunei. Sekolah yang dilabel sekolah deliquent di Brunei. Masalah betul.
Takkan Ku Lepaskan Dia by EleeMardiana
EleeMardiana
  • WpView
    Reads 84,244
  • WpVote
    Votes 1,375
  • WpPart
    Parts 12
Cinta atau Benci? Kalau benar-benar cinta, mengapa hanya derita yang Erin rasa? Tidak cukupkah lagi luka dan parut yang Badrul hadiahkan pada tubuh badannya itu sebagai bukti derita? Namun, mengapa mereka masih lagi bersama? Cinta? Isteri mana yang tidak mencintai suaminya? Lebih-lebih lagi ikatan itu tersimpul atas dasar cinta sama cinta. Tetapi kalau cinta, mengapa dia sentiasa diulit derita? "Kau ingat kau tu cantik sangat ke? Kalau aku tak kutip kau dulu, sampai sekarang kau tak kahwin-kahwin lagi. Dasar anak pelacur!" Hinalah. Cercalah. Erin tetap bersabar. Tetap bertahan. Dia yakin, suatu hari nanti Badrul akan berubah. Namun, hari yang Erin nanti-nantikan itu tidak muncul tiba. Yang muncul, satria VAT69 Komando bernama Sam Elit Hitam. Sahabat maya yang membawakan sinar baru dalam hidupnya. Yang sanggup menjejakinya bila dia 'hilang' selama tiga hari setelah dibelasah oleh Badrul. "Awak cari saya?" "Risau. Tiga hari saya tak dengar berita." "Macam mana awak tahu kat mana saya
Isteri Sementara by Nurriel_Anuar
Nurriel_Anuar
  • WpView
    Reads 1,598,757
  • WpVote
    Votes 35,092
  • WpPart
    Parts 97
Gara-gara mengejar gaji sebanyak Rm 10,000 sebulan, Fazliatun membuat kerja gila dengan cara menjadi isteri sementara Tengku Fazrul Shah. Akibatnya, dia terperangkap dalam jerat yang di bina sendiri. Hidupnya berubah seratus peratus semenjak menjadi isteri lelaki itu. Kerana satu peristiwa yang terjadi antara dia dan Firman, Fazliatun terus dibenci oleh suaminya. Hubungan mereka terus retak angkara Nauri dan fitnah yang dilontarkan pada Fazliatun. "You tunggu ajelah I bernikah dengan Nauri. Masa tu, you boleh berambus dari hidup I. I tak nak tengok langsung muka you -Tengku Fazrul Shah. "Cinta saya tak boleh dibeli dengan wang ringgit. Biar berjuta pun duit yang encik ada, tak akan boleh ditukar ganti dengan cinta saya. Sebelum saya halau encik, lebih baik encik keluar sekarang. Berambus!" - Fazliatun. Biar sebanyak mana pun kata maaf lelaki itu padanya, tidak akan dilayan. Hatinya sudah mati. Apatah lagi, dia tidak pernah menaruh cinta pada Tengku Fazrul Shah. Dia tekad untuk berpisah sebaik sahaja lelaki itu bernikah dengan Nauri. Kuatkah dia menongkah arus kehidupan ini tanpa seorang suami di sisi? Bagaimanakah nasib mereka kelak? Semuanya urusan Allah. Jika Dia berkehendak, apa sahaja boleh berlaku. "Maafkan Tun, abang! Bangunlah! Tun banyak salah kat abang. Tak terhitung dosa Tun ni. Ya Allah, Kau selamatkanlah suami aku! Aku tak sanggup kehilangan dia." Meraung Fazliatun kerana kemalangan yang menimpa suaminya. Dalam sekelip mata tanpa dia sangka, kasihnya buat lelaki itu mulai bercambah. Tak sanggup dia melihat suaminya terbujur kaku di atas katil. Semoga kasih mereka terus bertaut dengan kuasa Allah. *first novel. Huhu. Jika ada yang tersilap, sila tegur ya. Harap korang enjoy baca cerita ni. Tq
"Saya Izinkan Abang!"[Complete√] by Miss_CxpeX
Miss_CxpeX
  • WpView
    Reads 615,406
  • WpVote
    Votes 20,973
  • WpPart
    Parts 35
Kesakitan yang dirasa oleh Azwa bukanlah kesakitan yang calang-calang..Mengandung dalam pada masa yang sama mengidap penyakit kronik memang satu dugaan besar pada Azwa.. Apakah penyakit yang diidap Azwa sehingga mampu meragut nyawanya?! Apakah kekuatan yang berbekal pada Azwa untuk terus hidup dan harungi konflik rumah tangga yang dah macam tak rumah tangga langsung.. Rumah tangga yang dimusnahkan oleh kawan kolej sendiri yang berlagak baik sedangkan berniat jahat atas satu sebab yang tak pasti... Siapa dia? *kalau nak tahu lebih lanjut bacalah..Cuma pesan satu..Kalau emosi terganggu jangan baca takut nanti basah tilam sebab mata masuk habuk!! START-5/12/2016 THE END-18/3/2017
PELINDUNG ABDI (✔) by xAnnaKay
xAnnaKay
  • WpView
    Reads 193,499
  • WpVote
    Votes 15,164
  • WpPart
    Parts 46
Mendepani dunia tahun 3000, dimana raja dilantik antara mereka terkaya. Bongkak, ego, dendam; digarap menjadi 1. Sebelum pertabalan Puteri sebagai Princess of the Kingdom, dia perlu dilindungi. Ketika itu, segalanya berubah bila hadir dia yang mengaku diri, PELINDUNG ABDI. "Jalan ceritaku bukan secliche 'kahwin paksa kemudian jatuh cinta'. No! Aku sendiri yang melamarnya. Bersaksikan puluhan manusia." - PUTERI ⚫⚫⚫⚫⚫⚫⚫⚫⚫⚫⚫⚫⚫⚫ Copyright © Mac 2017 by xAnnaKay All rights reserved. No part of this book may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author. ⚫⚫⚫⚫⚫⚫⚫⚫⚫⚫⚫⚫⚫⚫⚫⚫ Some part might be PRIVATE. Follow for full view. TQ
Engkau Milik Ku by imnaimm
imnaimm
  • WpView
    Reads 218,246
  • WpVote
    Votes 4,149
  • WpPart
    Parts 35
Kasih dan sayang bukan dipinta. Apatah lagi semuanya kerana terpaksa. Menikahinya bukan kerana cinta tetapi kerana janji untuk dikahwinkan kepada seorang lelaki iaitu Muhammad Adam. Jika cinta itu tidak boleh dipaksa apatah lagi hati yang sering terluka. Bila cinta datang dengan sendirinya namun segala menjadi dusta kerana orang ketiga. Akan kubalas cinta yang lintas dan menyakiti aku-Ain Syaqila Bila kau hadir dalam hidupku. Segalanya bagai berubah kerana engkaulah takdir ku. Akan ku lawan segalanya untuk mendapatkan kau. Kerana Engkau Milik Ku-Ikhmal Rayyani
Lelaki itu suamiku by ashaapie
ashaapie
  • WpView
    Reads 1,759,908
  • WpVote
    Votes 47,818
  • WpPart
    Parts 79
Adella Kaysara yang periang. Adella Kaisara yang manja. Adella Kaysara yang cantik dan Adella Kaysara yang baik! Baik sehingga orang sanggup mempermainkan hatinya! "I appreciate that, but sorry, I'm not available." -Ikmal Danish Adella Kaysara kecewa. Tapi peduli apa dia?! Crush dia ramai. Ikmal pergi, ada Fahim! Tapi Fahim terlalu dingin dengannya. Ok, so tolak. Tapi tak apa, Adella ingin FOCUS ON WORK semenjak dia telah mendapat kerja di salah satu syarikat ternama di Kuala Lumpur iaitu Syarikat Karls Holdings. Disangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari. Hati Adella diuji untuk kesekian kalinya. Dia terpaksa berkahwin! Tetapi ada satu rahsia yang disembunyikan oleh Adell. Disaat Adella bahagia melayari bahtera perkawinannya, rahsianya terbongkar! Mampukah suaminya menyayangi dirinya seperti dulu lagi?
ASALKAN DIA BAHAGIA by hanifazuha
hanifazuha
  • WpView
    Reads 334,795
  • WpVote
    Votes 1,953
  • WpPart
    Parts 14
Dunia ini bukan hanya untuk kita dan hidup ini, bukan hanya untuk ketawa gembira. Payahnya menjadi seorang Adira Imani apabila dia 'harus' mengahwini Haris Aryan demi 'membawa pulang' Ikmal Reza. Kerana dia hanya si anak pungut, perkataan akur itu perlu atas nama membalas budi. Ikmal itu abangnya dan Haris itu sahabat Ikmal. Masalahnya, antara dia dan Haris tidak pernah wujud perkataan cinta. Lebih bermasalah bila tiba-tiba orang yang dia anggap abang itu sebenarnya menyintai dirinya. "Abang cuma nak tunggu dua tahun lagi, sehingga Dira habis belajar dan abang akan pulang minta mama satukan kita. Tapi...mama dah salah faham."- Ikmal. Payahnya apabila dia sudah tidak ada jalan untuk berundur ke belakang. Lantas, yang ada di depan harus jua ditelan. "Dira isteri aku, Ikmal." Suara Haris tegang. "Dan dia juga adik aku," Balas Ikmal, juga dengan suara tegang. "Kau tak perlu jadikan alasan adik untuk menjadi orang ketiga dalam rumah tangga kami." Haris hantar pandangan penuh makna pada si isteri. Payahnya hubungan mereka apabila perkataan 'orang ketiga' sering mengundang curiga. Orang ketiga di mata Haris ialah Ikmal. Tapi, orang ketiga di mata Adira ialah Afida, si sepupu yang suka menempel dengan Haris. Masalahnya, Haris tidak pernah mahu mengaku dan payahnya bila masing-masing suka percaya pada telahan hati sendiri.
Isteri Tanpa Cinta (Complete) by lavenderyana
lavenderyana
  • WpView
    Reads 3,397,155
  • WpVote
    Votes 78,698
  • WpPart
    Parts 41
Ain Munirah terpaksa mengahwini anak boss, Zarriq Rayqal di atas suatu insiden yg memalukan. Walaupun dibenci sepenuh hati oleh suaminya, Ain rela kerana yakin dia akan dapat melembutkan hati suaminya. Zarriq Rayqal tidak dapat menerima kenyataan yang dia dipaksa berkahwin dengan anak driver keluarganya. Perempuan itu tak layak terutamanya dari segi kekayaan, terlalu menutup aurat, dan juga perlakuannya yg pendiam. Dapatkah Ain melembutkan hati Zarriq dan membuatkan suaminya menerima dirinya sebagai isteri yang sah. Walaupun berbagai halangan dia akan tetap bertahan dan yakin ada bahagia di depan.