Ellylovestory's Reading List
2 stories
Seindah Akad Kedua (Tajuk Asal : Cinta kedua) by LilyRose593
LilyRose593
  • WpView
    Reads 106,747
  • WpVote
    Votes 1,797
  • WpPart
    Parts 17
Rank 1 #sabahanstory (28 september 2019) IRDINA RAHAYU tak pernah menyangka cinta pertamanya membuatkan dia terjerat dalam kancah derita. Dia memberi harapan terlalu tinggi buat Tengku Aiman Firash, sehingga akhirnya lelaki itu meninggalkan Ayu di hari pernikahannya. Paling parah, Ayu sedang mengandungkan anak Firash! Firash hilang tanpa jejak. Ayu jadi buntu! Dihalau dari apartment milik Firash, dianiaya oleh sahabat sendiri. Yang paling parah, tunang sebenar kepada Firash sendiri datang menghuru-harakan hidup Ayu sehingga hampir mati! Di saat nyawa Ayu di ambang maut, dia dipertemukan dengan Emiir Haiqal. EMIIR - Si duda yang dulunya PERNAH berjaya dalam hidupnya. Hanya kerana tersilap langkah, kariernya menjunam. Hanya kerana sifat pemarah dalam diri, bekas isteri menuntut penceraian. Di saat hidupnya mula membaik dan bekas isterinya "hampir" kembali kepadanya, dia dipertemukan dengan gadis yang asing dalam keadaan yang begitu menyedihkan. Lebih parah, gara-gara Nek Piah yang masih berdendam dengan bekas isteri Emiir, Emiir "terjerat" untuk menikahi Ayu. Memikirkan nasib anak yang dikandung, aib yang dia terpaksa tanggung gara-gara tertangkap basah dengan Emiir, mahu tak mahu terpaksa juga Ayu terima permintaan Nek Piah untuk bernikah dengan Emiir. "Kau jangan ingat aku nak sangat kahwin dengan kau. Aku terpaksa, tapi sebab nenek! Lepas kau lahirkan anak kau, kita takkan ada apa-apa hubungan atas kertas lagi. Aku cuma sayangkan Zara. Bukan Ayu!" - Emiir. "Abang janji nak nikah semula dengan Zara. But how could you did this to me?!" - ZARA. "Ash nak tuntut semula hak Ash! Ash nak tuntut semula Yusuf! Dia anak Ash!" - FIRASH. Semakin banyak konflik yang terjadi, semakin banyak rahsia lama tentang Ayu yang terbongkar! Dalam diam, lahir 'cinta kedua' antara Emiir dan Ayu yang tak pernah terungkap. Mampukah keduanya mempertahankannya di saat Zara menagih kembali kasih Emiir, dan Firash merayu mahukan Ayu dan Yusuf kembali?
kontrak cinta kita by khisya_b
khisya_b
  • WpView
    Reads 476,098
  • WpVote
    Votes 11,891
  • WpPart
    Parts 41
Qisya seorang yang kelakar dan manja. Bekerja sebagai pelayan di sebuah restoran itali di kuala lumpur. suatu hari, dia telah berjumpa dengan Puan Sri Aisyah sewaktu balik dari kerja. Sewaktu berjumpa, Qisya telah membantu menyelamatkan Puan Sri Aisyah daripada dilanggar dengan sebuah motosikal. Terasa terhutang budi Puan Sri Aisyah meminta agar Qisya menjadi anak angkatnya. Keakraban yang terjalin membuatkan Puan Sri Aisyah bertambah suka dan sayang kepada Qisya sehinggakan dia berhajat untuk menyatukan Qisya dengan anaknya, Qhasaf Arfan. Puan Sri Aisyah menawarkan duit sebanyak rm1juta kepada Qisya jika dia bersetuju untuk berkahwin dengan anak lelakinya. Masalah yang dihadapi Qisya itu telah digunakan oleh Puan Sri Aisyah untuk menjodohkan Qisya dan Qhasaf Arfan. Adakah perkahwinan itu akan menjadi? Mungkinkah mereka akan bahagia? Bagaimana dengan masalah Qisya pula? semuanya akan terjawab di dalam kontrak cinta kita. :D