MusafirCintaIllahi
Assalamualaikum and Salam sejahtera.
Buku motivasi bukanlah tangkal untuk kita berjaya, tapi untuk bekalan ilmu dan panduan bagaimana caranya untuk berjaya.
Sebelum berceloteh lebih lanjut, Sis nak kongsikan pada adik-adik keputusan Exam Sis. (Kalau tak percaya boleh DM Sis, Sis bole selitkan bukti)
UPSR-5A
PMR-8A
SPM-7A2B( Masa ni ada reason tak dapat Straight A, nanti Sis share)
Buku ini sebenarnya buku bagi membantu adik-adik yang berada di sekolah rendah dan menengah.(Tapi ibu-ibu,bapak-bapak atau senior-senior boleh baca untuk mengenang kembali zaman sekolah rendah kita).
Ini merupakan pengalaman Sis(panggil saya Sis)
100% Kisah Benar.
InsyaAllah buku ni dapat membantu serba sedikit diri adik-adik untuk menghadapi suka-duka peritnya menjadi seorang pelajar ataupun untuk mencapai kejayaan diperingkat sekolah rendah dan menengah.
Banyak nasihat yang menyentapkan namun berguna untuk kita semua..
Selamat mengembara semua..
#sila pakai tali pinggang keledar
#persiapkan diri adik-adik untuk memasuki alam ini.
#Jika ada masalah untuk dikongsikan boleh DM Sis, InsyaAllah Sis tolong apa yang mampu 😇
#Sukacita Sis kalau pembaca nak komen, Sukai ataupun nak kongsi pengalaman Sis ni.