edennforyou
Zayyan pulang ke kampung selepas bertahun menjauh daripada rumah pusaka arwah datuknya. Rumah kayu lama di hujung kampung itu sepatutnya menjadi tempat untuk dia menenangkan fikiran daripada kehidupan kota yang memenatkan.
Namun sejak malam pertama dia menetap di situ, hidupnya mula berubah dengan kehadiran seorang lelaki misteri bernama Afi.
Lelaki itu muncul tanpa diduga, gemar menyakat, suka datang waktu malam dan perlahan-lahan mengisi sunyi yang selama ini membeku dalam diri Zayyan.
Dalam kampung yang semakin kecoh dengan gangguan makhluk misteri, Zayyan mula menyedari ada sesuatu yang tidak kena tentang rumah pusaka itu... dan juga tentang Afi.
Semakin dia cuba mendekati lelaki itu, semakin banyak rahsia mula terbongkar.
Tetapi ada satu perkara yang Zayyan tak pernah sedar-
kadangkala, cinta hadir daripada sesuatu yang tak sepatutnya wujud.