ziezulaikah's Reading List
8 stories
Arc Chemist by KarboniKTales
KarboniKTales
  • WpView
    Reads 87,896
  • WpVote
    Votes 8,206
  • WpPart
    Parts 32
Azim, seorang saintis muda Malaysia yang tidak percayakan unsur magik disahkan mati akibat bebanan kerja. Namun, takdir menentukan segalanya. Dia secara tiba-tiba tersedar semula ke dunia asing berlatarbelakangkan abad ke-17 Eropah. Menambahkan lagi kecelaruan, Azim menyedari bahawa jasad yang diduduki sekarang bukanlah hak miliknya, sebaliknya jasad ini adalah milik seorang pemuda aristokrat Kaukasian yang bernama Kleim Dy Rosso, yang pada masa yang sama telah disambar petir. Arc Chemist, oleh KarboniKTales adalah sebuah karya sains fiksyen yang bertemakan pengetahuan sains (kimia) dan alchemy (alkimia). ++++++++++ -Akan diupdate dan dipinda jika terdapat kesalahan dari segi tatabahasa dan jalan cerita. -Saya mengalu-alukan komen-komen positif dan membina. Juga, kritikan terhadap karya saya juga diterima untuk memperbaiki kesilapan diri. Follow | Comment | Vote| Share Terima kasih!
SBTES (VERSI BAHASA MELAYU) [ONGOING] by anlhpermy
anlhpermy
  • WpView
    Reads 73,311
  • WpVote
    Votes 4,965
  • WpPart
    Parts 56
Kit atau Exler, identiti sebenarnya ialah putera kepada sebuah kerajaan, yang telah dibawa pergi oleh penasihat ayahandanya, keluar daripada kerajaan itu apabila istana diserang oleh penjahat yang ingin memusnahkan semua kerajaan diraja. Tetapi, dalam perjalanan, mereka diekori pasukan pencari penjahat yang ingin memastikan kerajaan yang diserang mereka tidak bangun semula. Silvert, penasihat ayahanda Exler, menyuruh Exler untuk meninggalkan tempat itu dan mencari ahli keluarga Lefart, penyelamat yang menunggu kemunculan mereka di satu tempat. Exler terpaksa mengikut arahannya dan meninggalkan Silvert yang bersedia menunggu kedatangan penjahat-penjahat itu. Beberapa tahun selepas itu, Exler memasuki akademi yang mengajar penggunaan kuasa dalam dirinya. Bersama ahli kumpulannya, mereka menjejaki tempat peperiksaan di mana nasib mereka akan ditentukan tetapi mereka semua tidak sedar satu kumpulan penjahat sedang menunggu mereka. Sedar-sedar sahaja, mereka kehilangan hampir semua pelajar peperiksaan yang diserang penjahat-penjahat itu. Bagaimana dengan Exler? Adakah dia adalah orang yang penjahat itu cari ataupun mereka sengaja sahaja berada di situ? Bilakah dia akan kembali ke kerajaan ibu bapanya semula? Baca dan anda akan tahu perkara yang sebenar di sebalik perjalanan kisahnya XD
CHRONICLES KAISER ONE : THE BEGINNING (C)™ by Wanzenith
Wanzenith
  • WpView
    Reads 94,549
  • WpVote
    Votes 6,256
  • WpPart
    Parts 27
Ikhwan Syah Al'Solleh adalah putera keenam,ataupun digelar putera bongsu oleh rakyat serta para tentera. Berlainan dengan abang-abangnya yang lain,dia tidak berminat untuk menyertai hal-ehwal negaranya iaitu negara Mentari. Namun kehidupannya berubah selepas menyelamatkan cpu-biology yang bernama Alisa Darweez. Manakala Alisa pula dikehendaki oleh satu organisasi bernama Black Cobra,dan Ikhwan terpaksa melindunginya dalam keadaan dia yang tiada semangat untuk bertarung mampukah dia menangani setiap cabaran yang tiba? Lagi-lagi dengan kehadiran musuh lamanya kembali,Raven yang dikatakan pembunuh kakak kandungnya? Ikhwan Al'Solleh The Dragon prince Alisa Darweez The Human Biology Mampukah mereka berdua menghadapi cabaran?
TALE OF YOUNG PRINCE : SECOND TRIAL (C)™ by Wanzenith
Wanzenith
  • WpView
    Reads 178,061
  • WpVote
    Votes 14,320
  • WpPart
    Parts 117
SILA BACA TALE OF YOUNG PRINCE HASIL KARANGAN AUTHOR BERNAMA LUQMANREEZAL,BARU BACA YANG SIRI BARU NI DAN HARAP MAKLUM ============================ Dunia selepas perang yang berlaku dua tahun lepas,menjadi aman dan para manusia menjalankan kehidupan mereka. Namun kuasa kegelapan tetap tidak akan padam,kemunculan kuasa misteri digelar Fallen menimbulkan tanda tanya. Luqman Al'Reezal remaja berusia 18 tahun,menikmati kehidupan remajanya sebagai pelajar akademi di IFMA. Iron Fist Mentari Academy. Namun kuasa miliknya iaitu Spirit Beast keduanya,kembar Kirin. Razor The Red Lightning,dikatakan The Fallen. Apakah tindakan Luqman untuk menghadapi cabaran ini? Mampukah dia? Apakah tindakan Aminudden untuk membantu saudara kandungnya? Luqman Al'Reezal. "Kuasa aku untuk melindungi orang yang aku sayang,dan juga melawan ancaman kuasa jahat!" Aila Darweez. "Kuasa yang hebat,jika disalah guna..buruk padahnya!" Aminudden Al'Reezal. "Kita adalah adik beradik,tidak salah kita saling memerlukan bantuan antara satu sama lain.." Alia Darweez. "Kuasa umpama api yang sedang marak,jika kita tidak mampu kawal..kita akan terbakar sekali..
Tale Of Young Prince (Chronicles Kaiser Trilogy)>>[ completel ] by LuqmanReezal
LuqmanReezal
  • WpView
    Reads 86,042
  • WpVote
    Votes 5,653
  • WpPart
    Parts 40
Dua tahun selepas berlaku peperangan dunia antara negara-negara dan Black Cobra,dunia menjadi normal seperti biasa dan Reezal ditabalkan menjadi raja generasi keenam. Ikhwan pada asalnya calon paling layak,namun dia menolak cara lembut. Ikhwan pula mempunyai misi lain,iaitu mencari dan menyelamatkan cpu-biology yang melarikan diri dari sisa Black Cobra yang berada di serata dunia. Jadi Luqman mengambil role dalam Tale Of Young Prince,dia memasuki Iron Fist Academy Mentari atas arahan Ikhwan dan bertemu cpu-biology Aila Darweez. Masih ada lagi sisa Black Cobra yang inginkan kuasa seperti Aila,dan menjadi tugas Luqman menghalangnya. Aminudden pula mengikut Ikhwan dan Alisa merantau seluruh negara untuk misi mencari dan menyelamat sehingga mereka bertemu Alia Darweez. Luqman Reezal :putera sulung dan anak kepada Reezal Solleh,bersikap bersahaja dan memiliki kepintaran dalam strategi. Aila Darweez :cpu-biology yang melarikan dari Black Cobra,dan bersembunyi di Iron Fist Academy Mentari. Mampukah Luqman menghadapi ancaman daripada Black Cobra sekali lagi? Semua terjawab dalam Tale Of Young Prince.
THE ALCHEMIST (EDITING) by Alexna_Syufa
Alexna_Syufa
  • WpView
    Reads 105,955
  • WpVote
    Votes 8,034
  • WpPart
    Parts 68
"Harapan ini menyedihkan. Harapan ini mendukacitakan. Punah.Segalanya punah begitu sahaja.Impianku hancur. Aku hampa! Aku kecewa dengan segala-galanya! Pencarian Bunga Asfloera ini benar-benar menyeksakan aku!"-Syah Vyclans ____________________________________ Demi Empayar Kota Bayangan yang tercinta, Demi Zamry iaitu adik angkat yang tersayang, Dan demi mimpi yang dipercayai, Syah akhirnya tekad mencari Bunga Asfloera untuk menghentikan keperitan penduduk Empayar Kota Bayangan yang dilanda Penyakit Misteri. Untuk mendapatkan bunga tersebut...Sungai Berasid,Jurang Kekayaan dan Lorong Roh haruslah dilepasi terlebih dahulu. Namun begitu,.. ...mampukah dia melakukannya apabila kenangan nan lalu,rakus mengejar diri? Sempatkah bunga Asfloera didapatkan sebelum tibanya musuh merampas harapan yang dicari? Mari kita ketahuinya... Started: 30/1/2016 [Cover image from @Saptember and edited by this story Author.] [Copyright All Rights Reserved]
CHRONICLES KAISER TWO : END OF EVERYTHING (C)™ by Wanzenith
Wanzenith
  • WpView
    Reads 282,956
  • WpVote
    Votes 19,817
  • WpPart
    Parts 132
TOLONG BACA CHRONICLES KAISER : THE BEGINNING DAHULU BARU BACA SIRI CHRONICLES KAISER : END OF EVERYTHING ============================ Sequels yang kedua untuk Chronicles Kaiser,selepas campur tangan Raven. Ikhwan nekad untuk melindungi negaranya dan juga Alisa,namun ancaman Black Cobra sedikit semi sedikit menggoyahkan keyakinan mereka. Ikhwan Solleh : putera bongsu yang kehilangan kakak yang disayangi,pemilik kuasa api merah serta biru. Alisa Darweez : dikatakan cpu-biology yang terulung,kuasa elemen air dan ais. Tidak ingat kisah silamnya,namun tidak dipedulikannya asalkan bersama Ikhwan. Namun persoalan mula berubah dengan kemunculan perempuan misteri,siapakah dia?
BLOODY FRIENDSHIP (BAHASA MELAYU) - BUKU 1 [COMPLETE] by anlhpermy
anlhpermy
  • WpView
    Reads 244,460
  • WpVote
    Votes 16,254
  • WpPart
    Parts 117
Kairi ataupun nama sebenarnya Equiterance Ordany telah kehilangan ingatannya. Rafiz yang menemuinya ingin membunuhnya kerana puak Kairi, Knight Seeyer, adalah dijangka akan memusnahkan kumpulannya, Bintang Kegelapan. Disebabkan itu, kumpulan Rafiz membunuh kesemua ahli puak Kairi. Malangnya, Kairi berjaya melarikan diri tetapi dia tidak menyedari Rafiz mengekorinya sehinggalah tubuhnya yang cedera memakan dirinya dan menyebabkan dia pengsan di tengah hutan. Pada masa inilah Rafiz mengambil peluangnya untuk membunuh Kairi tetapi disebabkan keinginan lama yang mula muncul secara tiba-tiba, Rafiz tidak membunuh Kairi. Sebaliknya, dia membawa Kairi pulang bersamanya. Dia juga melindungi dan menyorok Kairi daripada ditemui kumpulannya. Apa yang berlaku selepas itu? Bagaimana puak Kairi terlibat dengan kemusnahan Bintang Kegelapan? Nak tahu? Bacalah dan menyelami hidup yang dijalani Kairi dan Rafiz sambil mereka berdua mengatasi masalah daripada Bintang Kegelapan dan juga kemunculan Bintang Kecerahan yang ingin memusnahkan Bintang Kegelapan. Cerita ni sebenarnya dah siap ditulis tetapi dalam buku. Saya akan pelan-pelan taip untuk kamu semua baca. Okey, selamat membaca XD