Best book
31 stories
Memories From Before (COMPLETED) by teaqahm
teaqahm
  • WpView
    Reads 10,893
  • WpVote
    Votes 421
  • WpPart
    Parts 52
1948, bermulanya kewujudan vampire di dalam alam manusia. Pelbagai masalah telah diharungi oleh manusia sehinggalah pada tahun 2013, manusia membuat perjanjian di antara mereka dengan vampire untuk mencapai keamanan dalam negara mereka. Keamanan memang tercapai namun siapa sangka ada segelintir vampire yang jahat cuba tidak bekerjasama dengan manusia sehingga konflik berlaku di antara vampire dengan manusia. Dan perkara ini telah membuat hidup manusia terancam dengan adanya vampire yang jahat. Kisah cinta Ziella bersama Nicholas membuat keadaan lebih teruk lagi. Namun dengan bantuan Maria, dan Bacia, Ziella berkeras untuk bersama Nicholas. Tapi siapakah Maria dan Bacia pada Ziella sehingga mereka turut masuk campur dalam hidup Ziella? Siapa mereka dan apakah identiti mereka yang sebenar?
Crystall Realms: The Legendary Princess[Wattys2019] by elsaleeza
elsaleeza
  • WpView
    Reads 190,705
  • WpVote
    Votes 7,852
  • WpPart
    Parts 53
Lapan orang puteri kembar dunia Crystall Realms dilahirkan dengan kuasa tersendiri. Peristiwa yang berlaku pada suatu malam membuatkan nyawa mereka diancam bahaya. Empat orang Guardian Heroes yang terpilih membawa mereka ke dunia manusia demi melindungi dan menjaga mereka dari kuasa kegelapan yang begitu kuat di kala itu. Mereka dilatih menggunakan kuasa dan membesar di dunia manusia sehinggalah mereka berusia 18 tahun. Dapatkah mereka mengetahui identiti sebenar mereka yang merupakan puteri dunia Crystall Realms? Apakah yang berlaku seterusnya apabila mereka kembali ke dunia tersebut? 'They have their own power but only one is the Legendary Princess.' 'Meet your destiny, legendary princess. Between the sky and the earth and get ready to be his heir.' 'Apabila kegelapan sudah menguasai diri, nyawa menjadi galang ganti.' Best Achievement: #3 in Fantasy
Felidae: Felis Catus (Completed) by Lais_Arsalan
Lais_Arsalan
  • WpView
    Reads 29,083
  • WpVote
    Votes 2,608
  • WpPart
    Parts 27
(BOOK 4 - Tempest trilogy side story) Felis Van Harwick adalah bangsawan ternama di dunia magik. Siapa yang tidak kenal dengan orang kanan Tuanku Maharaja Fen itu? Sudah 5 tahun berlalu sejak kematian Alexander Laurence Remington dan kedudukan magician terkuat selepasnya diganti oleh Felis. Tapi sekuat mana pun dia.. Tak mungkin dapat lawan kekuatan The Witch. ********** Witcheller adalah puak gadis asing yang sunyi dalam dunia magik. Sejak dulu beratus tahun mereka hanya akan dapat jatuh cinta pada seorang lelaki sahaja. Tapi bila cinta mereka ditolak, patah hati yang dirasa akan menyebabkan mereka bertukar menjadi The Witch, yang mana magiknya melangkaui batas normal. ********** Amy seorang anak gadis kampung yang comel tinggal bersama datuk dan neneknya setelah kematian ibubapa. Di kampung, dia membantu perniagaan datuk dan neneknya yang menjual pakaian tradisional. Setahun kemudian, datuk dan neneknya pula yang pergi meninggalkan dunia. Amy keseorangan. Rasa sunyi telah menyebabkan tanpa berfikir panjang, Amy telah mengutip seekor kucing terbiar. Kehidupan sehariannya berubah sejak dia menjaga kucing tersebut. ********** Ini sebuah kisah.. Kisah pahit manis yang penuh ragam.. Seorang gadis lurus dan kucing kesayangannya yang mana identiti masih menjadi rahsia.. Notes to readers ^_^ Kalau masih belum baca Tempest trilogy, saya sarankan baca yang tu dulu sebab cerita ni ada kena mengena dengan Tempest trilogy.. #tempest #red raven #tempest ii Highest ranking : #top 10 humor (17/18) #2nd cat (17/18) #1st kucing (Jun 18) 1st Magic (10/16)
Pahlawan Lagenda (Memori hilang) by eyka_aqua
eyka_aqua
  • WpView
    Reads 440,009
  • WpVote
    Votes 27,963
  • WpPart
    Parts 107
Sebuah bintang biru berkilau bak belian terletak di galaksi Rima Sakti. Nama bintang tersebut adalah Aqua kristal. Sebuah bintang yang aman dan harmoni dan ditintah oleh kerabat diraja. Bintang yang amat maju berlandaskan graviti. Sebuah sekolah ditubuhkan bagi mendidik pahlawan-pahlawan atau kesaterian untuk berkhidmat pada pihak diraja. Sekolah ini mendidik mereka yang terpilih dengan ilmu dunia, ilmu sains, ilmu teknologi , ilmu magis dan ilmu pertahanan diri. Sekolah ini menjadi saksi kumpulnya mereka-mereka yang dipenuhi rahsia. Mereka berkawan, ketawa, dan menjalankan misi bersama tanpa mengetahui rahsia tersembunyi. Seseorang yang sedang lena hanya menanti diri membangkitkan semula tubuh. Seseorang yang membantu tanpa ketahui niat hati. Seseorang menghunus senjata demi janji. Seseorang berdarah mahal membunuh darah yang lebih mahal. Mereka hidup sebagai teman! -Cerita fantasi Bahasa Melayu- -Original dari otak penulis eyka_aqua- Cover illustration was credit to owner.
Arc Chemist by KarboniKTales
KarboniKTales
  • WpView
    Reads 87,685
  • WpVote
    Votes 8,198
  • WpPart
    Parts 32
Azim, seorang saintis muda Malaysia yang tidak percayakan unsur magik disahkan mati akibat bebanan kerja. Namun, takdir menentukan segalanya. Dia secara tiba-tiba tersedar semula ke dunia asing berlatarbelakangkan abad ke-17 Eropah. Menambahkan lagi kecelaruan, Azim menyedari bahawa jasad yang diduduki sekarang bukanlah hak miliknya, sebaliknya jasad ini adalah milik seorang pemuda aristokrat Kaukasian yang bernama Kleim Dy Rosso, yang pada masa yang sama telah disambar petir. Arc Chemist, oleh KarboniKTales adalah sebuah karya sains fiksyen yang bertemakan pengetahuan sains (kimia) dan alchemy (alkimia). ++++++++++ -Akan diupdate dan dipinda jika terdapat kesalahan dari segi tatabahasa dan jalan cerita. -Saya mengalu-alukan komen-komen positif dan membina. Juga, kritikan terhadap karya saya juga diterima untuk memperbaiki kesilapan diri. Follow | Comment | Vote| Share Terima kasih!
THE ALCHEMIST (EDITING) by Alexna_Syufa
Alexna_Syufa
  • WpView
    Reads 105,863
  • WpVote
    Votes 8,034
  • WpPart
    Parts 68
"Harapan ini menyedihkan. Harapan ini mendukacitakan. Punah.Segalanya punah begitu sahaja.Impianku hancur. Aku hampa! Aku kecewa dengan segala-galanya! Pencarian Bunga Asfloera ini benar-benar menyeksakan aku!"-Syah Vyclans ____________________________________ Demi Empayar Kota Bayangan yang tercinta, Demi Zamry iaitu adik angkat yang tersayang, Dan demi mimpi yang dipercayai, Syah akhirnya tekad mencari Bunga Asfloera untuk menghentikan keperitan penduduk Empayar Kota Bayangan yang dilanda Penyakit Misteri. Untuk mendapatkan bunga tersebut...Sungai Berasid,Jurang Kekayaan dan Lorong Roh haruslah dilepasi terlebih dahulu. Namun begitu,.. ...mampukah dia melakukannya apabila kenangan nan lalu,rakus mengejar diri? Sempatkah bunga Asfloera didapatkan sebelum tibanya musuh merampas harapan yang dicari? Mari kita ketahuinya... Started: 30/1/2016 [Cover image from @Saptember and edited by this story Author.] [Copyright All Rights Reserved]
Humanity Angel [MALAY] by NurulHaqifa
NurulHaqifa
  • WpView
    Reads 62,497
  • WpVote
    Votes 3,813
  • WpPart
    Parts 23
Juvelline Clarance atau nama sebenarnya Bladual Sophine. Dia adalah anak ketiga kepada raja dan permaisuri bidadari. Tetapi sudah lama dia menetap di dunia manusia. Kenapa dia tinggal di sana? Semuanya berlaku atas kecuaian pihak pengurusan kerajaan. Dia jatuh dari dunia magis ke alam manusia. Di sana dia telah dibesarkan oleh sepasang suami isteri yang tidak mempunyai zuriat. Juvel membesar seperti manusia. Personalitinya menyerupai manusia, tiada pun personaliti yang menyerupai bidadari iaitu baik dan suci mengikut lagenda. Suatu hari, perkara pelik berlaku. Dia bertemu dengan bidadara yang mengatakan Juvel ialah salah satu daripada mereka! Oleh sebab kebenaran sudah diketahui dia perlu pulang ke dunia magis. Dia perlu pulang! Kerana bahaya jika seorang puteri bidadari tinggal di bumi tanpa pengawasan. Banyak cabaran yang perlu dilalui apabila sudah berada di dunia magis. Juvel berdepan dengan banyak benda baru. Raksasa mitos atau lagenda ternyata wujud di sana! Kuasa ghaib dan bermacam jenis magis diamalkan. Raja menitahkan kepadanya untuk menyertai pasukan perang memandangkan kemahiran mempertahankan dirinya amat memberangsangkan serta fakta bahawa Juvel dilahirkan sebagai bidadari pahlawan. Namun dia bersahabat. Bersahabat dengan seorang lelaki yang tidak disangkanya menaruh minat kepadanya secara diam-diam. Dia bukan seorang bidadari namun seorang... SYAITAN PS: Novel ini mempunyai ciri-ciri anime. Jadi sesiapa yang banyak tengok anime tu boleh lah berimaginasi sikit. Lagi-lagi dekat funny part sebab memang diinspirasikan dari anime.
The Cursed Elves by Alexna_Syufa
Alexna_Syufa
  • WpView
    Reads 219,746
  • WpVote
    Votes 16,624
  • WpPart
    Parts 36
Aku puteri Elf yang terbuang. Berambut biru dan bermata biru. Tinggal di pinggir kota. Berseorangan. Kesunyian. Dipinggirkan. Kononnya aku ini disumpah dan sebab itulah rupa parasku begini.Berbeza benar dari Elf yang lain. Hari ini aku berumur 24 tahun 11 bulan. Pada bulan hadapan.. ...upacara pengorbanan akan dilakukan. Akulah yang akan dikorbankan itu. Mitos 'bodoh' ada mengatakan,Elf perempuan yang disumpah haruslah dibunuh ketika hari lahirnya yang ke-25 tahun. Aku bakal ditikam oleh ayahanda aku sendiri. Sadis bukan? Inilah kisah hidupku. Lycra Elfrian,The Cursed Elves. [03/07/2016]
THE LAST HEIR OF THE LIGHT KINGDOM (MALAY) by Alexa_Alyna
Alexa_Alyna
  • WpView
    Reads 97,427
  • WpVote
    Votes 6,118
  • WpPart
    Parts 33
Angle of light, Dancing on the ground under the sky of justice, Accompanied by stars and red moon light, Who is she? Angle of light, Dancing on the ground above the sea, Accompanied by pleasent waves and water, Who is she? Angle of light, Dancing on the ground surrounded by a comfortable wind, Accompanied by raindrops and clouds of pillow, Who is she? Angle of light, Dancing on the ground with a heart filled with love, Accompanied by a deep sense of love from the bottom heart, Who is she? I'm angle of light, Calling all the powers possessed to fulfill the deep love over the heavens of justice, the pleasent sea, the cozy air, and the void heart. Now, may I'm asking you. Who am I?
LYSSA XANDRIA  by TheKookie_
TheKookie_
  • WpView
    Reads 196,110
  • WpVote
    Votes 12,235
  • WpPart
    Parts 67
Formerly known as LKOE- LEGEND KNIGHT OF ELEMENTS ____________________________________ "Believe in yourself, because you are stronger than what you think" ×HIATUS ×NOT EDITED. ¦Serious talk cerita ni sumpah terabur¦