syazhakimy's Reading List
7 stories
Aku Ada Crush! by erraexo
erraexo
  • WpView
    Reads 204,329
  • WpVote
    Votes 7,874
  • WpPart
    Parts 56
Aku Ada Crush! Tak pernah terlintas langsung di hati FATIHA SYAFIHA untuk suka secara senyap pada MUHAMMAD AZHAAR, iaitu rakan sekelasnya. Namun, suatu peristiwa telah menyebabkan Fatiha kecewa. Walaupun dicubanya untuk melupakan Azhaar, hatinya terlalu perit untuk menerima. Suatu kejadian yang melibatkan maruah telah menyebabkan Fatiha bersatu dengan seseorang. Kisah hidupnya pula menjadi semakin rumit apabila kawan baiknya sendiri meninggal dunia.. "Maafkan saya..." - Fatiha Syafiha **tak pandai buat sinopsis** **cerita ni gila2 dan mengandungi unsur mengarut xD lol**
Cik Cinderella Dan Encik Tengku (Adaptasi Drama) by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 72,577
  • WpVote
    Votes 1,242
  • WpPart
    Parts 5
Tajuk: Cik Cinderella dan Encik Tengku Penulis: Airisz Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-0246-71-0 Harga: RM21 (Semenanjung) // RM24 (Sabah & Sarawak) Nama aku PUTERI NURAISHA. Aku ada mak tiri dan seorang kakak tiri. Biasalah, mana ada mak tiri yang baik. Nama kakak tiri aku Sha. Jahat gila. Orang gila pun tak jahat macam dia. Dia tak sukakan aku, Jadi, ada sebab ke aku nak suka dia? Kirim salam! Dalam hidup aku ada seorang lelaki yang paling aku tidak suka. Nama dia Ashraf. Tapi arwah ibu cukup suka dengan dia sehinggakan dia suruh aku kahwin dengan Ashraf. Apa yang jadi masalahnya, aku jatuh cinta dengan seorang lelaki. Nama dia Daniel. Opsss, TENGKU DANIEL. Orangnya segak gila. Kata Jee kawan baik aku, kalau dia dapat kahwin dengan Daniel, setahun tak makan pun dia sanggup. Cerdik sungguh! Tapi kan, suatu hari tu Daniel beri aku sejambak bunga. Dia cakap dia kutip sebab ada lori bunga dari Cameron Highlands terbalik. Tak percayalah…
Siri Pengembaraan Tujuh Dimensi : Tersesat Ke Alam Bunian by fadhiladiella
fadhiladiella
  • WpView
    Reads 32,257
  • WpVote
    Votes 848
  • WpPart
    Parts 13
Zura dikejar makhluk ghaib dari asrama universitinya. Tiba-tiba, dia termasuk ke alam ghaib. Mampukah dia kembali ke alam nyata? Boleh atau tidak, hanya anda yang boleh membantu dia mencari jalan pulang. Anda akan diberi pilihan untuk membuat keputusan pada setiap chapter. Sama ada hidup atau mati, anda yang tentukan sendiri. 23/10/2016 26/10/2016
Tuan Anas Mikael (Adaptasi Drama) by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 270,334
  • WpVote
    Votes 4,688
  • WpPart
    Parts 15
Judul : Tuan Anas Mikael Penulis : Syamnuriezmil Penerbit : Penulisan2u Semenanjung : RM25 Sabah/Sarawak : RM28 Diskaun : RM3 Postage : Percuma Cara Beli : www.p2u.my @ Aplikasi Karyaseni Puan Sri Tengku Anansa telah memberikan Tuan Anas Mikael tempoh selama tiga bulan untuk mencari perempuan yang sempurna bagi menolak calon pilihannya, Safra Ariana, cucu Tun Akhiruddin. Oleh kerana, setelah hampir dua bulan mencari, Tuan Anas Mikael tidak berjumpa, jadi dia merancang untuk menyiapkan Ayu Maisarah, anak tukang cuci rumahnya itu, sesempurna kriteria yang dia mahukan tanpa Ayu Maisarah tahu tujuan sebenarnya dia menjalani semua latihan-latihan yang disediakan. Yang Ayu Maisarah tahu, Tuan Anas Mikael sedang menyiapkan dia sebagai pengurus projek di Krabi. Di sebalik rancangan ini, Tuan Anas Mikael tidak tahu, Ayu Maisarah menyimpan rahsia besar daripadanya. Akibat daripada takut identiti sebenar Ayu Maisarah terbongkar, Ayu Maisarah telah bersetuju dengan penyamaran itu. Namun, hal yang melibatkan hati dan perasaan bukan boleh dibuat main-main. Sewaktu dalam tempoh Ayu Maisarah menjadi kekasih Tuan Anas Mikael, Ayu Maisarah mula jatuh cinta. Takut dengan peristiwa hitam dalam keluarganya bakal berulang kembali, Ayu Maisarah menyimpan rasa cintanya terhadap Tuan Anas Mikael secara diam-diam.
Hati Perempuan by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 50,263
  • WpVote
    Votes 753
  • WpPart
    Parts 5
Memahami hatimu lebih sukar daripada memilikinya. Pengalaman lalu mengajar Yuhanis tentang erti perbezaan taraf hidup. Akhirnya Yuhanis menjadi seorang wanita yang terlalu berhati-hati dan mementingkan rasional berbanding emosi. Kerana sikapnya itu, dia terlepas pandang terdapat insan yang menyayanginya dalam diam. Namun, pemberian kotak kecil berbalut rapi dengan ikatan reben berwarna keemasan tanpa nama penerima amat mengejutkan Yuhanis. Bertambah tidak percaya apabila kata-kata lamaran disertakan sebentuk cincin yang ada di dalam kotak kecil tersebut datang daripada sang pria terhangat di pasaran. “Kenapa ni?” - Tengku Zaril. “This is yours?” - Yuhanis. “Adakah saya nampak macam lelaki yang memakai cincin perempuan? You must be joking.” - Tengku Zaril. “Saya tak bergurau tapi tengku yang bergurau!” - Yuhanis. “I proposed you, Cik Yuhanis.” - Tengku Zaril. Kata orang cinta itu bukan sekadar ucapan, tetapi jika tidak diungkapkan, ia juga tidak akan lengkap dengan sendirinya. Jika cinta tidak diluahkan, ia tidak akan ke mana-mana. Jika cinta hanya sekadar luahan, ia menjadi kosong dan tidak bermakna. “Just say ‘yes’ and we’ll begin.” - Tengku Zaril. “Takkan semudah itu.” - Yuhanis. Lalu… Mampukah cinta yang harus memiliki itu dapat dirasai oleh Yuhanis dan Tengku Zaril? Atau mungkin Yunanis masih ada kesangsian cinta Tengku Zaril terhadap dirinya? Tajuk: Hati Perempuan Penulis: Nur Ain al-Abbas Penerbit: Penulisan2u ISBN: 978-967-0567-19-8 Harga: RM27 (Semenanjung) // RM30 (Sabah & Sarawak) Diskaun : RM3 Postage : Percuma Cara Beli : www.p2u.my @ Aplikasi Karyaseni
Bukan Kerana Aku Tak Cinta by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 15,436
  • WpVote
    Votes 266
  • WpPart
    Parts 1
Penulis : E-Man Sufi Product: Bukan Kerana Aku Tak Cinta Semenanjung : RM24 Sabah/Sarawak : RM27 Diskaun : RM3 Postage : Percuma Cara Beli : www.karyaseni.my @ Aplikasi Karyaseni --- “Kalau aku suruh kau terjun dalam kolam tu, kau nak terjun?” “Untuk buktikan cinta Mas kat abang… terjun kolam pun Mas sanggup. Okey! Mas terjun! Tapi untuk pengetahuan abang... Mas tak tahu berenang!” “Mastura!!!!!!!” JEBAT. Seorang lelaki yang katarsis, berdarah campuran Melayu dan Cina dari jalan hitam kehidupan kepada pencerahan. Tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk jatuh cinta kerana tujuan hijrahnya hanya untuk menuntut ilmu agama dan melupakan kisah silamnya. Sifatnya yang tenang, rajin dan baik hati telah menarik perhatian Mastura, adik ipar kepada majikannya Uwais. Pelbagai cara digunakan oleh gadis itu untuk menarik perhatiannya hingga Jebat naik rimas dan lemas. Walau berkali-kali ditolak, Mastura tidak juga berputus asa. Dia tidak pernah menyangka gadis cantik,kaya dan bijak seperti Mastura terpaut hati kepadanya, seorang lelaki biasa yang tidak begitu tampan kerana mempunyai parut di bahagian matanya. Mereka umpama The Beauty and The Beast. “Kau tak malu ke nak bersuamikan lelaki yang tak ada apa-apa?” “Nak malu apa? Bagi Mas, abanglah yang paling handsome. Bagus juga parut tu… Tak adalah perempuan lain nak rebut abang daripada Mas, kan? Biar Mas sorang aja yang tahu menilai betapa kacaknya abang di pandangan Mas.” Namun mampukah rumah tangga yang dibina bertahan? Masih adakah cinta dan kesetiaan dalam hati Mastura apabila mengetahui rahsia sebenar yang Jebat ialah bekas ketua kumpulan gengster! Sementelah pula lelaki dengan sejarah hitam sebegitu bukanlah suami impiannya.
Abang Bomba I Love You by tuittyfrutty
tuittyfrutty
  • WpView
    Reads 9,173
  • WpVote
    Votes 186
  • WpPart
    Parts 2
mari kita tgk apa yg akan dilalui oleh lily