eerzakun's Reading List
7 stories
Siri Bercakap Dengan Jin, Tamar Jalis ( Jilid 15 )(COMPLETE) by MsQiey
MsQiey
  • WpView
    Reads 45,217
  • WpVote
    Votes 499
  • WpPart
    Parts 15
Sebenarnya Siri Bercakap Dengan Jin berbentuk memoir autobiografi Tamar Jalis dengan datuknya Kulup Muhamad Diah @ Long Mat Piah. Enam puluh peratus kandungannya berdasarkan kisah benar dan pengalamannya dengan datuknya pada zaman kanak-kanak mahupun remaja. Idea untuk menulis novel mistik SBDJ ini adalah untuk menaikkan jualan majalah Variasari. Ketika itu beliau berusia 40-an dan mahu serius dalam penulisan. Beliau merasakan perlu merakamkan pengalamannya mengikuti datuknya, seorang pengamal perubatan tradisional di sekitar negeri Perak. Pengalaman melihat dan mendengar suara makhluk halus khususnya daripada individu yang dirasuk jin memberi idea untuk beliau menulis. Rumahnya bersebelahan dengan rumah datuknya dan menjadi cucu kesayangan. Setiap kali datuknya pergi mengubat mereka yang kerasukan jin, cucu itu akan dibawa bersama.
Daughter Of Light  by nyla_serein
nyla_serein
  • WpView
    Reads 136,307
  • WpVote
    Votes 8,404
  • WpPart
    Parts 32
"Jangan risau , yang penting kamu selamat" - Mr.Darwin ------------------------------ Mengisahkan tentang seorang gadis berumur 16 tahun yang bernama Berry Darwin. Sejak dari kecil lagi , dia telah kehilangan kasih sayang seorang ibu kerana ibunya sudahpun meninggal dunia. Namun , dia tidak pernah tahu sebab mengapa ibunya meninggal dunia. Kini , Berry hanya tinggal bersama ayahnya sahaja. Dari dulu lagi , Berry dididik oleh ayahnya supaya mengikut segala kata-kata ayahnya. Berry juga tidak pernah bersekolah di luar rumah malah ayahnya juga menetapkan beberapa peraturan untuk Berry. Sehinggalah satu hari , Berry telah melanggar salah satu peraturan ayahnya dan menyebabkan dia berdepan masalah yang dia tidak pernah alami. Dari situ juga , dia mendapati perkara-perkara aneh berlaku padanya. Apakah masalah yang bakal di hadapinya? Apakah perkara-perkara aneh yang terjadi padanya? Apakah yang bakal terjadi kepada Berry dan ayahnya? Saksikanlah!
BETWEEN THE CODES[C] by MuhdHayatulAkmal
MuhdHayatulAkmal
  • WpView
    Reads 112,681
  • WpVote
    Votes 11,428
  • WpPart
    Parts 92
"Join me, Code 02. If we work together, the world already in our hands." "Before that, I gonna tell you one thing, Code 01." Angin bayu pagi terasa. Bunyi hempasan ombak lemah kedengaran di telinga, menghakis pantai sedikit demi sedikit. Cahaya matahari mula kelihatan. Orang yang berada di hadapan aku adalah orang yang bertanggungjawab mengakibatkan bandar ini musnah. Perang selama setahun akan berakhir di sini. Aku dapat rasakan. Kami telah membuat serangan ke atas pangkalan musuh. Semua musuh disahkan terkorban. Kecuali seorang. Ya, orang itu adalah Kod 01. Dengan rupa badannya yang boleh dikatakan bukan lagi manusia memang menggerunkan. Badan aku terasa sakit. Luka kesan pertarungan dari Kod 01 memang boleh buatkan aku terbunuh. Bahagian tangan kanan aku terasa lumpuh. Kaki aku terasa longlai. Pandangan mata aku mula kabur. Aku segera membuka langkah. Segala kesakitan tidak aku pedulikan. Tangan kiri yang memegang Izanami aku hunus ke arah Kod 01. Aku memaksa tangan kanan untuk memegang hulu Izanami. Kod 01 tersengih melihat aku membuka langkah. Tangan kirinya yang terputus akibat libasan aku tidak diendahkan oleh dia. "This is between us, Code 01. You start this war, I will stop this war. Your creation, Undead, Cyborg and the other ugly creature you've created will perish." "Heh. Don't blame me if you die.." "This war, is between the codes.."
Pahlawan Lagenda (Memori hilang) by eyka_aqua
eyka_aqua
  • WpView
    Reads 440,109
  • WpVote
    Votes 27,963
  • WpPart
    Parts 107
Sebuah bintang biru berkilau bak belian terletak di galaksi Rima Sakti. Nama bintang tersebut adalah Aqua kristal. Sebuah bintang yang aman dan harmoni dan ditintah oleh kerabat diraja. Bintang yang amat maju berlandaskan graviti. Sebuah sekolah ditubuhkan bagi mendidik pahlawan-pahlawan atau kesaterian untuk berkhidmat pada pihak diraja. Sekolah ini mendidik mereka yang terpilih dengan ilmu dunia, ilmu sains, ilmu teknologi , ilmu magis dan ilmu pertahanan diri. Sekolah ini menjadi saksi kumpulnya mereka-mereka yang dipenuhi rahsia. Mereka berkawan, ketawa, dan menjalankan misi bersama tanpa mengetahui rahsia tersembunyi. Seseorang yang sedang lena hanya menanti diri membangkitkan semula tubuh. Seseorang yang membantu tanpa ketahui niat hati. Seseorang menghunus senjata demi janji. Seseorang berdarah mahal membunuh darah yang lebih mahal. Mereka hidup sebagai teman! -Cerita fantasi Bahasa Melayu- -Original dari otak penulis eyka_aqua- Cover illustration was credit to owner.
Guardian of the vampire *Malay by ArielleAurora
ArielleAurora
  • WpView
    Reads 45,008
  • WpVote
    Votes 2,585
  • WpPart
    Parts 11
"Mereka dah hampir.Airene dalam bahaya.Kita kena buat sesuatu.Kalau tak...." berat bagi Rowene untuk meneruskan kata-katanya. "Tapi macam mana mereka boleh jumpa kita? Mustahil mereka dapat menembusi sihir dinding perlindungan?" tanya Meris.Raut wajahnya jelas kebimbangan. "Tiada apa yang mustahil.Mereka semakin kuat aku dapat rasakan ilmu hitam dalam dirinya.Penuh dendam dan kegelapan.Airene hampir berusia 16 tahun.Semakin mudah untuk mereka merungkai sihir kita." "Apa perlu kita buat?" tanya Meris cemas. "Aku akan pergi ke Mierland untuk mencari seorang penjaga. Airene perlukan penjaga untuk melindungi dirinya.Kita kena buat persediaan awal. Aku akan bertolak hari ni. Kita tak boleh lengahkan masa. Aku akan pulang secepatnya." balas Rowene tergesa-gesa sambil menyiapkan keperluannya untuk berangkat ke Mierland. Walaupun usianya sudah lanjut. Namun digagahkan jua tenaga untuk melindungi cucu tersayang. Pewaris vampirene.
BLOODY FRIENDSHIP (BAHASA MELAYU) - BUKU 1 [COMPLETE] by anlhpermy
anlhpermy
  • WpView
    Reads 244,312
  • WpVote
    Votes 16,252
  • WpPart
    Parts 117
Kairi ataupun nama sebenarnya Equiterance Ordany telah kehilangan ingatannya. Rafiz yang menemuinya ingin membunuhnya kerana puak Kairi, Knight Seeyer, adalah dijangka akan memusnahkan kumpulannya, Bintang Kegelapan. Disebabkan itu, kumpulan Rafiz membunuh kesemua ahli puak Kairi. Malangnya, Kairi berjaya melarikan diri tetapi dia tidak menyedari Rafiz mengekorinya sehinggalah tubuhnya yang cedera memakan dirinya dan menyebabkan dia pengsan di tengah hutan. Pada masa inilah Rafiz mengambil peluangnya untuk membunuh Kairi tetapi disebabkan keinginan lama yang mula muncul secara tiba-tiba, Rafiz tidak membunuh Kairi. Sebaliknya, dia membawa Kairi pulang bersamanya. Dia juga melindungi dan menyorok Kairi daripada ditemui kumpulannya. Apa yang berlaku selepas itu? Bagaimana puak Kairi terlibat dengan kemusnahan Bintang Kegelapan? Nak tahu? Bacalah dan menyelami hidup yang dijalani Kairi dan Rafiz sambil mereka berdua mengatasi masalah daripada Bintang Kegelapan dan juga kemunculan Bintang Kecerahan yang ingin memusnahkan Bintang Kegelapan. Cerita ni sebenarnya dah siap ditulis tetapi dalam buku. Saya akan pelan-pelan taip untuk kamu semua baca. Okey, selamat membaca XD
QUANTUM by Exib9807
Exib9807
  • WpView
    Reads 20,482
  • WpVote
    Votes 1,388
  • WpPart
    Parts 41
Kisah seorang pemuda dengan kebolehan yang misteri. Kisah hidupnya yang penuh dengan cabaran dan dugaan menghadap manusia yang durjana. Bolehkah dia menahan keperitan hidupnya dengan kebolehan.