Rubyfaa's Reading List
19 stories
Pencuri Hati Miss CEO ✔  by farrahizwany
farrahizwany
  • WpView
    Reads 566,104
  • WpVote
    Votes 18,703
  • WpPart
    Parts 76
[COMPLETED] "Adam, boleh tak nak mintak tolong?" - Alysha Naziha "Tolong apa?? Jangan nak mintak tolong benda merapu ehh Ziha." - Adam Luqman "Aku nak mintak tolong, hang jadi boyfriend tipu aku boleh tak wehh?" - Alysha Naziha "Wehhh..tengok tu. Aku cakap jangan mintak benda merepek kan? Hang jangan buat gila Ziha." "Alaaa..please..aku merayu tau ni. Tak lama laa, aku janji..pegang janji aku ok?" "Aku nak jawab apa dekat Datuk Nashril wehh? Nak cakap yang aku ni jadi fake boyfriend anak dia? Hishh taknak aku." "Bukan laa..takpa yang tu aku settlekan. Sekarang ni setuju ja tau?" "Erghhhh..I hate to say this..ok fine aku setuju. Demi bestie aku sorang ni. Janji ehh tak lama?" "Janji! Thank you Adam!" _________ "Kenapa awak keluar dengan Adam tu ehh? Asyik berkepit tiap-tiap hari?" - Aliff Nazarul "Suka hati saya laa nak keluar dengan siapa pun, awak ni siapa nak halang saya?" - Alysha Naziha "Memang saya bukan siapa-siapa pun dalam hidup awak, tapi tak payah laa buat macam awak sorang je ada boyfriend dalam dunia ni." "Biar laa..Tak kacau awak pon ok! awak sakit dekat mana?" "Sakit dekat hati!" _________ Cover and Storyline by @farrahizwany Published: 15 November 2016 Completed: 31 Oktober 2017 Highest Rank: #64 in Teen Fiction (19/03) #20 in Romance (28/09)
Dalam Diam Aku Terpikat by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 68,163
  • WpVote
    Votes 927
  • WpPart
    Parts 15
Bacaan Bab Awal Sahaja Tajuk: Dalam Diam Aku Terpikat Penulis: Aulia Iman Penerbit: Karyaseni Harga: RM27.00 (Semenanjung) // RM30.00 (Sabah & Sarawak) Diskaun RM3 & Free Postage pembelian melalui www.karyaseni.my & aplikasi Karyaseni
DATE ME by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 75,819
  • WpVote
    Votes 1,501
  • WpPart
    Parts 15
Tajuk: DATE ME Penulis: Azura Rasiddin Penerbit: Penulisan2u ISBN: 978-967-0992-50-1 Harga: RM26.00 (Semenanjung) // RM29.00 (Sabah & Sarawak) TERBITAN EKSKLUSIF - AKAN MULA DIJUAL DI EKSPO BUKU MALAYSIA 2016 bermula 14-18 Disember 2016. BILIK KEDAH & JOHOR. PWTC "Let's go on a date for ten times. Kalau kita serasi, kita boleh teruskan. Kalau tak, kita boleh buat hal masing-masing. And in case you terjatuh hati dengan lelaki lain sebelum date kita yang kesepuluh, I boleh tarik diri." - Ed
MR. DELICIOUS (ADAPTASI DARIPADA DRAMA) by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 12,687
  • WpVote
    Votes 253
  • WpPart
    Parts 15
Tajuk: Mr. Delicious (Adaptasi daripada Drama) Penulis: Marissa Penerbit: Penulisan2u ISBN: 978-967-2102-03-8 Harga: RM25.00 (Semenanjung) // RM28.00 (Sabah & Sarawak) Terbitan : April 2017 Bermula dari zaman sekolah itu, Zita, Zaraa dan Fina semakin rapat dengan Aiman yang mereka gelar sebagai Mr. Delicious. Konflik bermula bila Aiman mula jatuh cinta. Bukan seorang, tetapi dia jatuh cinta kepada ketiga-tiga sahabatnya. "Kau memang tak berhati perut, Aiman. Suka mempermainkan perasaan kita orang!" - ¬¬¬ZARAA "Kau takut Aiman tetap takkan terima kau? Kau takut untuk terus percayakan cinta lagi? Dan kau takut kau takkan jumpa jodoh kau lagi?" - ZITA "Okey, okey, okey... Sebelum kita balik KL, jom kita janji... Kita akan kekal BFF dan anggap Mr. Delicious tu macam abang kita aje, sampai bila-bila, janji?" - FINA
MR. GREY by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 538,956
  • WpVote
    Votes 6,573
  • WpPart
    Parts 15
PENULIS: SYAMNURIEZMIL TAJUK MR. GREY TERBITAN: MEI 2017 MUKA SURAT: 960 HARGA: RM 34 (SM)/RM 37 (SS) "Malique Gregory Kamal bin Grey Muslim..." "Saya..." "Aku nikahkan dikau dengan anak saudara aku, Nisa Ardina binti Nizar dengan mas kahwinnya sebanyak RM1000 ringgit tunai..." "Aku terima nikahnya Nisa Ardina binti Nizar dengan mas kahwinnya RM1000 tunai." Keputusan mereka untuk berkahwin memecahkan dua hati. Hati Datin Musalma, mummy Mr. Grey yang menuduh Nisa menggoda anaknya demi harta dan hati Ilham Arsyad yang mencintai Nisa sejak daripada kecil lagi. Tetapi, kedua-dua hati telah membuat keputusan yang berbeza. Datin Musalma memilih untuk terus membenci. Ilham Arsyad memilih untuk terus menyayangi. "Tak susah kan kalau saling mencintai? Tak ada risiko." - NISA "Hesy, siapa cakap tak ada risiko? Semua perkara ada risiko. Risiko mencintai ialah hati kita akan sakit kalau orang tu tak mencintai balik. Risiko dicintai ialah kita akan menyakiti hati orang tu kalau kita tak cintai dia balik. Risiko saling mencintai pula, kita akan saling kehilangan." - MR. GREY Ilham terus menyayangi Nisa walaupun gadis itu telah menjadi milik orang lain. Terus menjaga dari jauh dan sentiasa tahu kemahuan gadis itu. Dia menyayangi dengan caranya yang tersendiri hingga timbul persoalan dalam diri Nisa kenapa dia tidak memilih Ilham.
AKU SHARK... DAN AKULAH LELAKI ITU by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 24,800
  • WpVote
    Votes 507
  • WpPart
    Parts 15
PENULIS: MYRA AMEER TAJUK: AKU SHARK... DAN AKULAH LELAKI ITU TERBITAN MEI 2017 HARGA: RM28 (SM) / RM31 (SS) Dia bukan anak raja, bukan juga CEO syarikat ternama atau pelajar lulusan dari luar negara, tetapi dia hanyalah insan biasa yang punya kisah hidup yang penuh duka dan tidak sempurna. Dialah Shark... Lelaki yang punya pesona dan digilai ramai gadis popular dan ternama. Biar dipikat dan digoda tetapi hatinya tetap dijaga hanya untuk dimiliki oleh seorang gadis bernama Jeslina yang digelarnya bunga. Bagi Jeslina, nama Shark atau digelar si pembuli itu memang sedari awal lagi sudah dipangkah-pangkah dari senarai calon teman lelaki pilihan. Dibuli tanpa henti ketika di sekolah menengah dahulu membuat dia sangat membenci biar lelaki itu gigih mengambil hati. Lebih-lebih lagi ketika itu dirinya bakal dimiliki oleh sahabat baik lelaki itu sendiri. "Dengar sini Shark, antara kita tak mungkin akan ada apa-apa ikatan sebab aku akan berkahwin dengan Redza. Faham? - Jeslina "Kuasa Tuhan tak siapa yang tahu, Jes. Orang yang dah berkahwin pun boleh bercerai, inikan pula baru bertunang. Eh! Pembetulan...Belum bertunang pun lagi." - Shark Terjalinnya ikatan pertunangan antara Redza dan Jeslina membuatkan Shark panasaran. Tetapi, jika sudah namanya Shark, biar hak orang akan tetap diredah juga selagi belum disahkan dengan akad dan perkahwinan.Walaupun dimarahi, juga dinasihati, dia tetap tidak peduli lebih-lebih lagi bila hati sudah terlalu mencintai. "Astaghfirullahalazimmm... Kamu ni dah kenapa? Lupa Jes tu tunang kawan baik kamu?" - Mak Ngah Iman
DR. ALPHA MALE by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 990,662
  • WpVote
    Votes 27,532
  • WpPart
    Parts 15
PENULIS: ANJELL TAJUK: DR. ALPHA MALE HARGA : RM27 (SM)/RM30(SS) Alpha Male. Kata kunci seorang alpha male adalah keyakinan! Yakin dengan rupanya. Yakin dengan gayanya. Dan dah tentulah yakin dengan percakapannya. Kalau tak, takkanlah terkeluar kata-kata ini ketika kali pertama mereka berdua berlanggar di depan sebuah kedai. "Dah habis tenung dah? Tak nak ambil gambar ke? Letak bawah bantal. Malam-malam boleh cium." - HILMAN UKASYAH Wow! Speechless terus Tristin Hazel mendengarnya! Apatah lagi mulut si mamat itu menyambung. "Lain kali jalan guna mata. Menyusahkan orang aje. Sebab tu Tuhan ciptakan mata kat kepala. Bukan kat lutut." - HILMAN UKASYAH Kena pula si lawannya Hazel, si kaki menjawab kelas pertama. Memang taklah dia nak duduk diam! Apatah lagi semuanya bukan salahnya. "Cakap elok-elok sikit tak boleh ke, sedara?" - TRISTIN HAZEL Dan beberapa hari selepas itu, rasa macam nak kena serangan jantung Hazel apabila orang sama yang dilanggar itu tiba-tiba buat grand entrance di tengah-tengah dewan kuliah. Ya... Dengan rasminya, alpha male tu dah bertukar jadi pensyarahnya. Permulaan perkenalan mereka tak indah langsung. Kena maki, dah. Menangis, pun dah. Hubungan pun tak lebih daripada pensyarah-pelajar. Dr. Alpha Male barbarian bak kata Hazel. Sehinggalah satu malam yang membawa sisi protective daripada si Dr. Alpha Male itu untuk Hazel. Hilman selalu ada untuk memberi Hazel semangat. Rupa-rupanya apa yang jadi itu membawa kepada pembongkaran kisah yang baru. Malam itu cumalah satu permulaan! Dan... Setelah itu Hazel selalu menjadi Damsel in Distress dan Hilman pula tak putus-putus menjadi Knight in Shining Armornya. Kerana janji Hilman padanya... "I'll do my best to protect you. Anything. I'll even be taking a bullet for you." - HILMAN UKASYAH Namun, mampukah segalanya terbongkar? Adakah semuanya memang dirancang? Atau sebenarnya hanyalah helah untuk memperdaya?
LELAKI KIRIMAN TUHAN by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 141,860
  • WpVote
    Votes 1,706
  • WpPart
    Parts 15
PENULIS: UMIE NADZIMAH TAJUK: LELAKI KIRIMAN TUHAN HARGA : RM22 (SM)/RM25 (SS) Naira, si gadis garang dan selalu berwajah masam. Dia tidak percaya pada lelaki yang cuba mendekatinya. Semua tak ikhlas dan suka ambil kesempatan. Lelaki yang mengaku mencintainya separuh mati pun akan pergi bila tahu dia banyak tanggung beban hutang keluarga. Nampak sangat tak bersungguh menyayangi dia, tak mahu susah bersama. Tiba-tiba muncul lelaki berperangai hantu ganggu hidup Naira. Iqbal Raid namanya. Raid seronok untuk tawan hati Naira yang muka macam jeruk, ego dan sombong itu. Macam-macam cara Raid cuba untuk berbaik-baik dengan Naira. "Terima kasih sebab prihatin pada saya. Tapi lain kali jangan menyibuk la, hantu!" - Naira "Ops... Hati hantu ni degil. Nak juga kacau Cik Naira yang berwajah asam ni. Gelisah kalau tak tengok muka." - Raid "Sebab awak tu miring!" - Naira Raid selalu ada bila Naira susah dan bermasalah. Dia sanggup buat apa saja, berkorban segalanya untuk Naira dan tidak lari seperti lelaki lain. Lama-lama Raid yang miring dan hantu itulah yang Naira rindu. Tidak mahu bercinta sebelum nikah, Naira setuju kahwin segera walau dibantah oleh abang kandung sendiri, Mirza. Musim bulan madu berlalu dengan indah, baru terbongkar satu per satu rahsia Raid yang penuh misteri. Ketika itu, bolehkah Naira menerima Raid seadanya? Apakah kesudahan rumahtangga mereka? Terus bahagia atau sebaliknya? Siapakah Iqbal Raid sebenarnya? Manusia biasa, hantu atau manusia sebaik malaikat? Temui jawapannya dalam LELAKI KIRIMAN TUHAN...
TULIS NAMA ATAS BATU by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 28,181
  • WpVote
    Votes 508
  • WpPart
    Parts 15
Tajuk: Tulis Nama Atas Batu Penulis: Rissa Ahdiya (Rissa Ahdiya) Penerbit: Penulisan2u Harga: RM23 (Semenanjung) // RM26 (Sabah & Sarawak) Terbitan: November 2017 ******* Kahwin dan sambung belajar atau duduk saja di rumah, tunggu jodoh kamu turun dari langit? - Haji Lutfi Haji Lutfi mengatakan hal sedemikian kerana bersebab. Ada rahsia yang tidak diketahui oleh Najla yang masih disimpan rapi oleh kedua-dua orang tuanya. Firhad. Itulah calon bakal suami Najla, merangkap sepupu Najla juga. Najla yang mula-mula rasa terpaksa, tapi lama-lama terjatuh suka! Yalah, siapa yang tak terpikat dengan Si Firhad tu?Si kacak yang gelagatnya, kata-katanya yang sentiasa mencuit hati Si Najla. "Tenung-tenung orang kenapa? Dah jatuh hatilah tu. Itulah, saya dah pesan, saya ni mudah aje nak buat orang jatuh cinta."- Firhad "Huh, tak ada maknanya nak jatuh hati pada awak!" - Najla Rumah tangga yang dibina semakin hari semakin berbunga bunga. Mereka bahagia tetapi tidak lama. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Begitu juga dengan Najla dan Firhad. Rumah tangga mereka diuji. "Ayah saya beri awak duit sebanyak dua puluh lima ribu ringgit, kan? Awak kahwin dengan saya sebab dibayar, kan? Ayah saya yang bayar awak. Betul, kan?" - Najla "Abang ikhlas berkahwin dengan Najla. Abang sayangkan Najla sejak lama dahulu." -Firhad Najla tidak menyangka Firhad sanggup menipu dirinya. Dia ingatkan Firhad ikhlas, tetapi dusta semata-mata. Cek bernilai dua puluh lima ribu ringgit menjadi tukaran buat dirinya. Dia terkilan. Dia kecewa. Lelaki yang dianggap sebagai pelindung dirinya, tempat bergantung harap sanggup melakukan hal sedemikian terhadap dirinya. Mampukah Firhad meleraikan kekusutan yang melanda rumah tangga mereka sementelah bukti ternyata di depan mata?
[C] Kau VS Aku by Shieyruna
Shieyruna
  • WpView
    Reads 2,825,504
  • WpVote
    Votes 91,051
  • WpPart
    Parts 38
📌 ADAPTASI SERIES SOOKA ORIGINAL 📌 TERBITAN MERCHNMORE.CO | Kau VS Aku : BUKU SATU | Pergaduhan seperti tiada pengakhiran. Kebencian yang tidak akan terpadam. Istilah Jatuh Hati tiada dalam fikiran. Percaya atau tidak, pergaduhan mereka hanyalah disebabkan perkara yang sangat remeh! Pergaduhan itu satu kebiasaan. Tapi kebiasaan itulah yang menjadikan mereka rapat tanpa sedar. Hati pula disentuh oleh satu perasaan aneh. Kata orang, jangan terlalu membenci. Kerana kau akan kalah dengan cinta. Adakah itu yang akan terjadi kepada mereka? Mungkin YA... atau mungkin TIDAK. Kerana masih ada pendengki... dan penghancur cinta! ***CERITA INI MENGANDUNGI UNSUR 'CRINGE', KARUTAN DAN KEKURANGAN. JADI KURANGKAN EKSPEKTASI YANG TINGGI C O M P L E T E : 18 DEC 2017 H A K C I P T A T E R P E L I H A R A Kau COPY kau BANGANG Best Achievement : [ Pemenang Wattys2017 ] [ Wattpad Special Pick ] #10 in Teen Fiction #8 in Teen Fiction #7 in Teen Fiction #5 in Teen Fiction #4 in Teen Fiction #3 in Teen Fiction #2 in Teen Fiction #1 in Teen Fiction