ooofairyland's Reading List
177 stories
ELENA ERYSHA | C by balqisjuandy
balqisjuandy
  • WpView
    Reads 310,544
  • WpVote
    Votes 12,841
  • WpPart
    Parts 57
TENGKU ELENA ERYSHA | IFFAT AMSYAR Elena Erysha. 24 tahun hidup tidak pernah membantah mahupun melawan kehendak kedua orang tuanya. Walau dia sering dilayan tak ubah seperti orang luar, dia kekal bersabar. "Kau tak nak kahwin dengan aku pun tak apa, Elena. Aku boleh batalkan semuanya dengan syarat kau bagi segala yang aku minta. Boleh? - Emir Farhan Kehidupan yang sememangnya penuh derita, bertambah lagi apabila si ibu memaksanya bertunang dengan seorang lelaki yang langsung tidak dia kenali. "Saya cuma tak nak jadi selfish bila saya selalu utamakan diri saya dulu." - Elena Erysha "Put yourself first isn't selfish, Erysha. It's a self care. Awak tak boleh selalu utamakan orang lain sampaikan diri awak yang jadi terakhir." - Iffat Amsyar Setelah semuanya, dia dihalau. "Kau keluar dari rumah ni!" Memang itu yang Elena mahukan sejak dahulu tetapi bukan dalam situasi begini. Dia hanya mahu merasakan dilayan seperti seorang manusia, bukan binatang. "Kahwin dengan saya dan saya akan bantu awak untuk keluar dari semua ni." - Iffat Amsyar Elena cuba untuk menerima kehadiran Iffat di dalam hidupnya. Tetapi seperti biasa, hidupnya tidak pernah tenang tanpa ujian. "Maybe one day we'll meet again and explain to each other what actually happened." Start: 15/3/2025 End: 30/7/2025 NO PLAGIARISM ALLOWED! ⚠️
AFFAN_ADRA | In Editing by MissHumairah27
MissHumairah27
  • WpView
    Reads 656,912
  • WpVote
    Votes 25,179
  • WpPart
    Parts 94
Affan Adry x Afaf Adra 'Dia adalah amanah yang akan aku jaga sehingga akhir hayat.' Afaf Adra binti Mohd Azhar. Seorang gadis bertubuh berisi, berpenampilan sederhana, dan penuh rasa rendah diri. Gummy smile-nya manis, tapi baginya tak cukup untuk menarik perhatian sesiapa. Jauh di sudut hati, dia menyimpan rasa pada seorang lelaki. Barista di kafe kegemarannya. Tapi dia tahu, lelaki sebaik itu mustahil untuk dimiliki. Hanya diari menjadi tempat untuk dia meluah. 'Saya sukakan awak. Tapi, mustahil untuk awak suka orang macam saya. Saya ni tak cantik.' 'Fii Amanillah the guy I odore the most' Affan Adry bin Mohd Fathi. Berkulit hitam manis, pemilik kafe yang sentiasa tenang dan berprinsip. Dalam diam, dia memerhati gadis itu dan mula menyimpan perasaan pada gadis itu. Di saat dia yakin untuk melamar, takdir menguji mereka dengan perpisahan yang menyakitkan. 'Cik Adra, beri peluang pada saya untuk bahagiakan awak sebagai suami awak, boleh.' - (Fa) Namun satu kejadian tidak menduga terjadi mereka terpisah. Beberapa tahun berlalu, takdir menemukan mereka semula. 'Fi hifzillah fi amanillah' - saya tinggalkan awak dalam jagaan DIA, Semoga DIA temukan kita tepat dengan caraNya [Fa] Sebuah kisah tentang cinta yang dipendam dalam diam. Diungkap dalam doa dan diuji oleh takdir. Bertahun berlalu dan mereka sedar bahawa, cinta yang sebenar bukan milik kita, ianya amanah dari Allah.
Dara Pujaan Duda [His Heart's Desire] | TERBIT by hasyagrizelle
hasyagrizelle
  • WpView
    Reads 1,275,078
  • WpVote
    Votes 26,918
  • WpPart
    Parts 12
[TERBIT] Seperti embun pagi yang hilang disapa mentari, begitu jugalah kenangan lama yang cuba dipadam oleh Fahira Hazrin. Bertahun dia cuba bangkit, meyakinkan diri bahawa cinta tidak lagi perlu mengusik hatinya. Hingga akhirnya cinta yang dihulur tunangnya, Syarif Adham menyembuhkan luka lama akibat penghinaan yang pernah diterima. Namun, takdir jarang membiarkan seseorang melangkah dengan mudah. "After all, why did you get married to someone else even if you should be with someone else?" - Fahira Hazrin "Mungkin itu hanyalah sebuah kekhilafan yang tidak dapat aku elak." - Fayyad Firdaus Tatkala dia yakin masa lalu tidak lagi mampu menyentuhnya, muncul pula Fayyad Firdaus yang pernah mencuri hatinya dan menghancurkannya sekaligus, kini berdiri di hadapannya. Namun kehadiran Fayyad bukan sekadar sebuah pertemuan semula tetapi menjadi ujian kepada hatinya permulaan kepada ujian yang lebih besar. "Tolonglah, Airil. Jangan salah ertikan makna sebuah ikatan halal." - Fahira Hazrin "Aku tak salah ertikan makna ikatan tersebut, Fahira. Bila mana aku buat keputusan untuk memiliki kau, bermakna aku sanggup korbankan dan kehilangan segalanya yang aku ada dalam hidup aku demi kau." - Airil Muhammad Kemunculan Airil itu membuatkan Fayyad tanpa sedar menjadi pelindung yang tidak pernah diharapkan. Keseriusan dan ketegasan yang dulu hanya melukakan, kini berubah menjadi perisai yang menghalang Fahira daripada terus disakiti. Antara masa lalu dan masa kini, Fahira terperangkap dalam dilema. Setiap jawapan tentang cinta, kesetiaan, dan tanggungjawab yang diberikan Fayyad hanya menimbulkan lebih banyak persoalan. Adakah kisah cinta mereka berakhir dengan perpisahan atau kesempatan kedua itu benar-benar milik mereka? Mampukah Fahira menghapuskan ragu dan menerima cinta yang masih tersisa? "Kerana yang pertama akan kekal di memori tapi yang setia di sisi hingga hari ini, akan kekal di hati. Iaitu kau, Fahira." started date: 4 dec 22 end date: 26 march 23
Love You My Headprefect! by carol_RCP
carol_RCP
  • WpView
    Reads 874,532
  • WpVote
    Votes 33,060
  • WpPart
    Parts 86
[Complete √] [#2 in teen fiction- 21May2020] Tengku Karissa Jupither, gadis berkacukan British-Melayu telah berpindah dari New york ke negara asalnya atas urusan keluarga dan kerelaannya. Dia bukanlah seorang yang berperwatakan kasar, namun ada sesuatu yang disembunyikannya dari semua orang. Hal itu, hanya keluarganya saja tahu. Kisah percintaan pertamaanya yang gagal telah menyebabkan dia sukar untuk mempercayai wujudnya cinta yang kedua. Tengku Rayyan Iskandar, seorang ketua pengawas yang kacak, bergaya, instafamous, telah menjadikan dia menjadi rebutan para gadis di dalam Diamond Highschool. Wajahnya beku, dingin itu pun boleh buat gadis-gadis bergetar tulang rusuk. Tapi, dia bukanlah seorang yang berminat mengenai cinta. Seumur hidupnya, dia tak pernah ada cinta pertama walaupun dia pernah bercinta. Tapi benda itu berubah setelah kemasukkan Karissa ke sekolah mereka. Hari-hari mereka bertengkar. Tidak pernah sehaluan. Yang buat orang kagum dengan Karissa ialah kerana dia seorang saja yang berani melawan Headprefect itu. Tapi, ada sesuatu yang mereka berdua tidak tahu. Kenapa kelurga Karissa berpindah ke Malaysia? Stay tune di LYMHP ! jangan lupa vote ♥ loveyoumyheadprefect! Start: 2019 Nov 25 End : 2020 Apr 30 📌dilarang plagiat
[C]✓Mrs. Kai Harrieth  by Faijaa
Faijaa
  • WpView
    Reads 2,265,782
  • WpVote
    Votes 99,239
  • WpPart
    Parts 58
[Stand alone series] KAI HARRIETH - Seorang jejaka yang bertugas sebagai penyiasat jenayah. Detektif? Yes seorang detektif yang tiada kuasa polis tetapi mahir dalam mengesan atau menjejaki seseorang. Dia hanya berkerja sama dengan pegawai polis tapi bukan salah satu dari mereka, Kecekapan dan kebijakan dia dalam mengesan kes-kes pembunuhan, Pencurian dan perdadahan telah membuat ramai pihak mengenali dia. Jejaka tampan yang berwatakan beku. Dikenali dengan sikap dinginnya dan seriusnya. Tapi dialah seorang anak yang terlalu berbakti terhadap insan yang bergelar 'ibu'. ELANA AISYAH - Seorang gadis yang berkerja sebagai dokter gigi. Mempunyai paras yang cantik serta comel. Tingkahnya yang terlalu ramah dan sopan selalu menarik perhatian orang-orang disekelilingnya. Murah dengan senyuman itulah dia. Selalu rendah hati. Apabila anak tunggal yang terlalu menghormati dan mengutamakan orang tua diperjodohkan. "Zaman bila main paksa-paksa kahwin ni bonda?" - KAI HARRIETH "El belum pun sempat nak balas jasa umi sangat, Nanti El kahwin siapa nak jaga umi dengan maksu?" - ELANA AISYAH Diperjodohkan oleh orang tua mereka dan cuba untuk mencari alasan masing-masing tetapi sebagai anak yang berbakti terhadap orang tua seperti mereka mampu ke menolak? Akhirnya keduanya hanya mengalah demi kebahagiaan insan tersayang. Kebahagiaan insan yang bergelar ibu maka itu jugalah kebahagiaan mereka sebagai anak walaupun terpaksa mengorbankan diri masing-masing. Amaran : [Pembunuhan] [Pembaca matang saja] [Cringe] [18SG] ⚠️So read at your own risk⚠️ ⚠️All characters, Location, Places, Incidents in this story are fictional!⚠️
Cinta Disebalik Awan: Seribu Makna by faedyo
faedyo
  • WpView
    Reads 362,001
  • WpVote
    Votes 12,008
  • WpPart
    Parts 50
[Completed] AIDA ARIFF, seorang wanita yang tidak mendambakan perkahwinan tetapi mengidamkan zuriat dari rahimnya sendiri. Baginya, lelaki semua sama sahaja, tidak ada yang setia, termasuk bapa dan abangnya sendiri. "Kau nak kahwin dengan aku?" - AIDA ARIFF AISY IMRAN, seorang jejaka berkelulusan tinggi yang punya angan-angan sendiri. Tidak mendambakan keluarga kecilnya sendiri, baginya sudah cukup hidup seorang diri, tidak perlu komitmen, tidak perlu menyusahkan diri. "Hah, kahwin? apa plan kau?" - AISY IMRAN Dari seseorang yang langsung tidak dikenali, kini mereka bergelar suami isteri yang diikat tanpa kasih, juga terikat dengan perjanjian demi mencapai matlamat hidup masing-masing. Apabila bibit bibit cinta mula hadir, muncul lah yang ketiga membuatkan hubungan mereka kucar-kacir. "Lelaki memang semua sama! termasuk kau Aisy Imran!" - AIDA ARIFF "Aku takkan ceraikan kau! Kau boleh terus jadi perempuan murahan!" - AISY IMRAN Dapatkah mereka berpegang pada rancangan asal dan mencapai kepentingan masing-masing? Segalanya akan terungkai dalam penulisan ini, karya Faye D. bertajuk Cinta Disebalik Awan:Seribu Makna Tarikh mula: 11/08/2023 Tarikh Tamat: 23/09/2023 ❌ No overly explicit mature content ⚠️ Konflik yang tak ringan & tak berat dan agak cliché bagi saya ⚠️ Heavily used english terms & dialogue ⚠️ 10 Bab yang pertama agak slow sebab perlukan pengenalan yang agak panjang ⚠️Sorry kalau ada typo or ayat/tatabahasa/grammar yang tak betul - boleh leave comments nanti saya betulkan ❤️
PSYCHO HUSBAND [C] by Athrshaa
Athrshaa
  • WpView
    Reads 322,629
  • WpVote
    Votes 19,413
  • WpPart
    Parts 45
Macam mana rasanya bila dijadikan hamba dengan lelaki yang cepat panas? Pantang melawan pasti naik tangan. Dipukul, dibentak, diganggu sudah menjadi makanan harian nya bila bersama jejaka tu. Entah apa salahnya sehingga dihukum seperti itu.
𝐌𝐚𝐰𝐚𝐫 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐇𝐮𝐦𝐚𝐢𝐫𝐚 by lvndrella
lvndrella
  • WpView
    Reads 2,164,313
  • WpVote
    Votes 87,713
  • WpPart
    Parts 37
"Jangan paksa perasaan aku, Maira. Aku tak boleh cintakan kau sama macam aku cintakan arwah Zaharah. Kau bukan dia."-𝐊𝐀𝐑𝐋 𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 Mana mungkin dia menerima kehadiran wanita lain selain daripada Zaharah. Dia seolah-olah enggan menerima bicara segenggam takdir yang melakarkan seribu dusta. Jiwa dan akalnya masih lagi percaya bahawa Zaharah pasti akan kembali di dunia. Sayang dan cinta kepada Humaira? Mustahil. Rasa itu masih belum berputik di dalam hatinya. Masih belum dapat dia utarakan. Dia masih menafikan itu. Menyelimuti semuanya dalam satu perasaan benci yang mendalam. Bagaimana mungkin dia melupakan kenangan indahnya bersama Zaharah? Bahkan setitik tinta sekalipun tidak dapat mengukir aksara untuk mengutarakan mahalnya kenangan di antara mereka. Maha dalam kasih seorang Azriel terhadap Zaharah. "Abang minta maaf, Zaharah. Abang dah kahwin dengan perempuan lain."-𝐊𝐀𝐑𝐋 𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 Sedangkan Humaira? Menyimpan harapan yang tinggi menggunung. Kasihnya tumpah. Namun tiada siapa yang kutip. Penantiannya seiring waktu yang berjalan itu seolah-olah tidak berguna. Hati Azriel bukan untuknya. Sehingga apa yang dia harapkan itu luntur. Hancur menjadi debu-debu lara. Humaira memilih untuk mengalah. "Kita berpisah boleh?"-𝐋𝐀𝐔𝐑𝐀 𝐇𝐔𝐌𝐀𝐈𝐑𝐀 Akankah kewujudan cinta di antara mereka itu nyata? Akankah bahagia menjadi milik mereka? © lvndrella ⚠️ Hanya manusia berhati ultraman yang LAYAK baca.
HAZRAEL | TERBIT by harleenxira
harleenxira
  • WpView
    Reads 1,350,478
  • WpVote
    Votes 63,664
  • WpPart
    Parts 30
2020/2021 "Antara rahsia dan kisah silam." *** Naina Hijannah, seorang pegawai penyiasat polis yang direhatkan dari kerja atas faktor penyakit murungnya yang semakin serius. Tapi apabila berlaku pembunuhan yang berkait rapat dengan hidupnya, dia tak mampu duduk diam! Naina tetap menjalankan tugas walaupun sudah dilarang oleh ketuanya. Neil Hazrael, lelaki misteri yang entah dari mana muncul, menyelamatkan hidup Naina dari 'menyentuh' kematian. Akibatnya, dia pula yang hampir mati. Naina terpaksa bertanggungjawab atas kecederaan parah lelaki itu. Menyampah? Ya, sangat! Namun dalam tak sedar, Hazrael sebenarnya menyuluh cahaya yang dah lama Naina inginkan. "Kau kenapa? Dah puas hidup? Dah banyak amalan sampai nak ambil nyawa sendiri?" -Neil Hazrael. Namun, apabila kes semakin serius dengan campur tangan penggodam genius, hidup Naina kian teruk. Apatah lagi penggodam genius, musuh utama pihak polis seringkali mengetahui tingkah laku sehariannya. Stalker! Apa yang dia mahu? Pertumpahan darah? Soalan penting, siapa gerangannya? Dan dalam mencari jawapan itu, Neil Hazrael seringkali berada di sisi Naina, memberi semangat dan membantu untuk menyelesaikan kes. Sehinggalah suatu hari, kepercayaan Naina terhadap Hazrael semakin luntur. Ada yang tidak kena dengan lelaki itu! "Bunuh aku, kau bunuh diri kau sendiri," -Naina Hijannah. Disitu, muncul lagi satu persoalan. Dapatkah Naina menyelesaikan kes rumitnya itu? Bagaimana pula dengan Hazrael? Siapa dia? Seorang hero atau pengkhianat? Suspek yang lain juga terlalu ramai, bagaimana? *** Cover by: @hdaynie❤️
Eternity Love [BAKAL TERBIT] by DaisyIntrovert
DaisyIntrovert
  • WpView
    Reads 1,612,536
  • WpVote
    Votes 4,096
  • WpPart
    Parts 7
WARNING❗️Maaf, cerita ini agak hambar ya 😌 •Typo dan penanda wacana bersepah sebab tak edit lagi. Baca lah dulu yang versi typo ya. Maaf. Tengku Arifin x Balqis Surfina Tengku Arifin - Pemilik TA Airline & TA Corporation, 25 Tahun Balqis Surfina - Pemilik Restoran 'Your Home' , 29 Tahun - You call it madness, i call it love - Demi meneruskan legasi keluarga, dia terpaksa meninggalkan kerjayanya sebagai seorang tentera. Bergerak menjadi seorang ahli perniagaan itu tidak mudah apalagi itu bukan bidang yang dia minati. Demi kehendak keluarga, dia tunaikan juga. Dia fikir menguruskan perniagaan itu sudah cukup susah, ternyata berhadapan dengan 'orang gila' itu lebih susah sehingga membuatkan dia rasa hendak campak ke planet lain. " Hai, nak kahwin dengan saya tak? " - Balqis Surfina " Cermin dekat rumah kau da retak sangat ke sampai tak malu nak ajak kahwin? " - Tengku Arifin " Sebab tak malulah saya ajak ni. Limited tau perempuan macam saya ni. Perempuan macam saya ada satu orang je dekat dunia ni. Mana nak cari lagi " - Balqis Surfina " Sebab ada kau seorang dekat dunia ni lah lagi aku tak nak. Aku sanggup lompat dari bangunan dari kahwin dengan kau. Tak ingin aku kahwin dengan perempuan tua macam kau " - Tengku Arifin Hidup tenang jadi kacau bilau dengan kehadiran wanita yang yang tak habis-habis mengajaknya berkahwin. " Awak tahu tak rumah apa paling indah " - Balqis Surfina " Apa? " - Tengku Arifin " Rumah tangga yang bakal kita bina cia cia cia " - Balqis Surfina Rasanya dia yang perlu pindah ke planet lain kerana tidak tahan asyik 'diganggu' saja. Mampukah Balqis merobohkan tembok kukuh yang dibina oleh Tengku Arifin dalam hatinya dengan kehadiran seseorang dari masa lalu Tengku Arifin? Adakah Balqis akan mempunyai peluang untuk merasakan 'cinta abadi' yang dia tidak pernah rasakan selama ini?