kelawarmontelz's Reading List
7 stories
Infiniti Cinta (Completed) by SchaIshak
SchaIshak
  • WpView
    Reads 1,000,035
  • WpVote
    Votes 14,115
  • WpPart
    Parts 109
Dilahirkan di dalam keluarga yang sederhana sudah cukup buat Aayra Medina sentiasa bersyukur dengan apa yang dimiliki. Bagi Aayra Medina, untuk apa lagi dia mencari kebahagiaan di luar sana jika dia sudah memiliki kebahagiaan itu di hadapan mata. Keluarga adalah segala - galanya bagi Aayra Medina. Tidak pernah terdetik di hatinya ingin menyemai perasaan cinta buat mana - mana lelaki. Namun dek kerana satu pertemuan yang tidak dijangka, perasaan itu telah mengubah hidup Aayra Medina 100%. Tetapi siapa pula jejaka yang telah berjaya mencuri hatinya itu? Mampukah si jejaka membahagiakan Aayra Medina buat selama - lamanya? Semuanya akan terjawab di dalam INFINITI CINTA.. Selamat membaca guyysss..???
TALE OF THE GREAT IMMORTALS[C] by MuhdHayatulAkmal
MuhdHayatulAkmal
  • WpView
    Reads 309,199
  • WpVote
    Votes 24,029
  • WpPart
    Parts 84
Dunia, sentiasa berputar menunjukkan bulan dan matahari kepada setiap makhluk bernyawa. Dan selama itu jugalah aku hidup, mencari ketenangan diri dari memori silam. Hidup? Aku dah hidup untuk beratus tahun lamanya. Dah banyak perkara yang aku jumpa. Perang? Dah beribu perang aku ikut. Semua adalah kerana nafsu aku untuk membunuh. Aku tak pernah ada kawan sejati. Ibu bapa? Aku pun tak tahu di mana. Abang? Tak ada. Adik? Juga tak ada. Kembar? Ya, aku ada kembar. Kembar tak seiras. Sama macam aku, dia juga sudah hidup untuk beratus tahun lamanya. Malah, dia adalah kembar yang membesar dengan aku. Walaupun begitu, aku tahu apa tugas aku di muka bumi ini. Mengapa hanya aku dan kembar aku sahaja yang boleh hidup untuk beratus tahun lamanya. Mungkin untuk beribu tahun lamanya. Satu sahaja. Untuk menjaga keamanan dunia. Kau fikir senang? Kau seorang nak jaga satu pelosok dunia. Tapi aku tak kisah. Sebab aku tahu, untuk beratus tahun lamanya aku hidup. Kisah aku mungkin bermula di sini.
Siri Bercakap Dengan Jin, Tamar Jalis ( Sambungan 1)(COMPLETE) by MsQiey
MsQiey
  • WpView
    Reads 23,928
  • WpVote
    Votes 340
  • WpPart
    Parts 13
Sebenarnya Siri Bercakap Dengan Jin berbentuk memoir autobiografi Tamar Jalis dengan datuknya Kulup Muhamad Diah @ Long Mat Piah. Enam puluh peratus kandungannya berdasarkan kisah benar dan pengalamannya dengan datuknya pada zaman kanak-kanak mahupun remaja. Idea untuk menulis novel mistik SBDJ ini adalah untuk menaikkan jualan majalah Variasari. Ketika itu beliau berusia 40-an dan mahu serius dalam penulisan. Beliau merasakan perlu merakamkan pengalamannya mengikuti datuknya, seorang pengamal perubatan tradisional di sekitar negeri Perak. Pengalaman melihat dan mendengar suara makhluk halus khususnya daripada individu yang dirasuk jin memberi idea untuk beliau menulis. Rumahnya bersebelahan dengan rumah datuknya dan menjadi cucu kesayangan. Setiap kali datuknya pergi mengubat mereka yang kerasukan jin, cucu itu akan dibawa bersama.
Kesatria Hitamku by kiustory
kiustory
  • WpView
    Reads 6,213
  • WpVote
    Votes 523
  • WpPart
    Parts 22
RANKING TERTINGGI #1 - plottwist (Ogos '18) #1 - psikologi (Oct '18) #2 - suspense (Julai & Sept '18) #2 - plottwist (Sept '18) #2 - psikologi (Sept & Nov '18) Genre: Romance Thriller Status: Belum Tamat Luna Esmeralda, dunia keduanya bermula dengan kekosongan. Tandus daripada segala-galanya. Apa yang menantinya di kehidupan kedua itu bukanlah keluarga tetapi seorang lelaki berpakaian serba hitam dan didampingi oleh dua orang pengikutnya. Daryl Duke memperkenalkan dirinya sebagai kekasih Luna di kehidupan yang lalu dan datang untuk menjemputnya. Dia gemar berpakaian serba hitam, pandangan matanya sentiasa dalam menusuk dan dia tahu segala-galanya mengenai Luna. Tapi dia tidak pernah menceritakan siapa dirinya. Apabila malam berlabuh dan kegelapan membaluti bumi, dia akan lesap sehingga matahari muncul semula. Siapakah sebenarnya Daryl ? "Are you my stalker ?" Segaris senyuman diulas. "I'm even better. I don't need to stalk or flirt you, my lady. You have always been mine. Fall for me and love me. I will protect you with all I have, with all my life," Aku menelan liur. Seriusnya penyakit dia ni. Pruritus! Mulut kurang garam! Nak kena cucuk vaksin anti-bersemut. "Apa akan terjadi bila saya terima awak dalam hati saya ?" Mata biru itu menikam dalam. "I will be your strongest and mightiest Black Knight." Nota penulis: Saya akan update bab baru setiap hari Rabu ^^ Selamat membaca!
Book 1: Annabella Valiant [✓] by Nur_Haura
Nur_Haura
  • WpView
    Reads 1,079,228
  • WpVote
    Votes 69,120
  • WpPart
    Parts 59
Book 1: Annabelle Valiant Book 2: Aydan The Angele Book 3: Aryan The First Prince ********* Mimpi yang menghantuinya sejak kecil. Bisikan yang selalu terngiang-ngiang ditelinganya. Rahsia yang tersimpan kemas oleh ayahnya. Sylvania... Bermula kisah Annabella yang mencari identiti diri setelah mengetahui dia bukan manusia biasa.
Ketemu Cinta Di Korea by PinkMaccaron
PinkMaccaron
  • WpView
    Reads 4,427
  • WpVote
    Votes 150
  • WpPart
    Parts 17
Adinda , warga negara Indonesia . Dia baik , Cantik , dan juga Pintar . Lalu untuk menambah ilmu orangtuanya mengirimnya ke Korea . Akankah dia disana hanya untuk belajar atau bertemu dengan cintanya ? Note: - bahasa semrawut - tanda baca semrawut - alur semrawut - karena ini karya anak 6 SD. Serius.
Meneroka alam Bunian / Slowly Edit by ZaraZahra1234
ZaraZahra1234
  • WpView
    Reads 45,565
  • WpVote
    Votes 412
  • WpPart
    Parts 11
Menerobos ke Alam fantasi. Kisah pelajar kolej yang diberi tugasan secara berkumpulan untuk projek semester akhir. Diketuai Reza yang begitu bersemangat dan teruja mahu melaksanakan tugasan itu sehingga sanggup menggadaikan nyawa semata-mata ingin mencari hutan tersembunyi yang terdapat di salah sebuah bangunan terbiar yang sering kali menjadi buah mulut penduduk setempat. Malah ianya berasaskan mitos dan pelbagai kisah dongeng yang penuh dengan imaginasi.