dahlia02__'s Reading List
12 stories
Bintang Paling Terang by NurIzzahHani
NurIzzahHani
  • WpView
    Reads 654,006
  • WpVote
    Votes 44,166
  • WpPart
    Parts 46
Aku dah rancang sepenuhnya jalan hidup aku. Belajar elok-elok, jadi cikgu dan balas jasa Abang Ahmad yang dah korbankan zaman mudanya untuk membesarkan aku sejak aku berumur enam tahun. Tapi, betullah kata orang ; manusia hanya merancang, Tuhan yang menentukan. Pertukaran daripada sekolah bandar disebabkan oleh insiden yang hampir mencalarkan kredibiliti aku sebagai seorang guru ke sekolah di pedalaman Sarawak tiada dalam perancangan apatah lagi bila aku dihantar sekali bersama dia ; Amirul Mukminin. Aku ingat dia dan segala usikannya pada zaman sekolah rendah sudah selamat dalam kenangan. Rupanya muncul kembali bagai zombie yang keluar daripada tanah perkuburan. Izz Hanina Binti Khalid, abang tak akan izinkan kau pergi mengajar dekat Sarawak kecuali kau kahwin dulu. - Abang Ahmad Nak kahwin dengan siapa? Takkan la nak main cekup je anak teruna orang?! - Izz Hanina Abang pinangkan Amirul Mukminin untuk kau. Tamat. - Abang Ahmad Pening kepala aku dibuatnya dengan tauke nanas bujang terlajak ni! Tak segan ke nak pinang anak teruna orang? Lepasan Universiti Al-Azhar, Mesir pula tu! Aku yang brutal ni, dengan pak ustaz? Macam tak kena je... Melayari bahtera perkahwinan sambil berdayung atas sampan di Sungai Rajang. Bismillahirrahmanirrahim, redah je lah!
Embun Anggerik by NurIzzahHani
NurIzzahHani
  • WpView
    Reads 361,402
  • WpVote
    Votes 35,603
  • WpPart
    Parts 51
Apa erti hidup kalau hanya sekadar bernafas? Kehidupan sempurna yang diimpikan oleh ramai manusia. Bijak, cantik dan kaya. Pakej lengkap itu dimiliki oleh seorang Embun Anggerik namun satu sahaja yang dia tidak punya. Keinginan untuk hidup pada hari esok. "Cik tengok hujung laut tu. Midnight blue; cold, deep and dark. It suits you very well. Tapi cik, you don't really wanna go there and die kan? You just wanna know how does it feel to be alive. Even for a short period amount of time when your lungs gasping for air." - Alam Uzayr " Shut up." - Embun Anggerik Penghijrahan ke bumi Glasgow bagi mendapatkan segulung ijazah perubatan untuk ditukar dengan segaris senyuman Bonda bakal membawa angin perubahan dalam hidupnya atau mungkin dia akan semakin hanyut dalam dunianya sendiri
Adinda Ayuni  by NurIzzahHani
NurIzzahHani
  • WpView
    Reads 5,857
  • WpVote
    Votes 605
  • WpPart
    Parts 6
[SUDAH TERBIT READY STOCK] Nama diberi, Puteri Ayuni. Kata orang, nikmatilah kehidupan zaman universiti kerana zaman ini bakal dirindui sebaik sahaja menjejaki alam pekerjaan nanti. Segala pahit dan manis pengalaman belajar akan mendewasakan seseorang. Aku memang bercadang untuk menikmati zaman universiti bersama Qaisarah, kawan baik aku dengan tenang dan aman tetapi nampak gayanya perkara itu mustahil dek kemunculan Megat Aidan a.k.a Megat boba dalam hidup aku. Sudahlah kemunculannya itu secara tiba-tiba. Dia dengan slumber badak memanggil aku adinda tanpa rasa kekok langsung. Mungkinkah dia psychopath atau sebenarnya ada rahsia di sebalik kelahiran aku? Kemunculan Aidan dalam hidup aku memang benar-benar mengubah segala perancangan hidup yang aku sudah rangka dengan teliti. Manusia merancang, Allah SWT juga merancang dan sesungguhnya tiada perancangan yang lebih baik daripada perancangan Tuhan.
TSK: Nuansa by NurIzzahHani
NurIzzahHani
  • WpView
    Reads 36,929
  • WpVote
    Votes 3,203
  • WpPart
    Parts 11
Sejauh mana kau sanggup berkorban untuk sebuah negara yang tak akan menjulang nama kau andai kau gugur saat bertempur bahkan nama kau akan terus terkubur? Sejauh mana kau sanggup lari daripada fitrah hakiki manusia yang mahu hidup bertuhan untuk meneruskan kemandirian hidup dalam dunia yang kelam? Perkenalan dengan Nuha Zuhailin seorang gadis penghantar makanan FoodKoala menjadi titik permulaan perubahan hidup Insp. Ahmad Aqil yang sedang menjalankan penyiasatan ke atas Clan of Sinners sebuah kumpulan penjenayah berprofil tinggi bertaraf antarabangsa. "Aku dah tak ada apa-apa atau sesiapa yang nak aku lindungi. Aku dah tak takut apa-apa dalam dunia ni." - Nuha Zuhailin "Jadi tak ada masalah la kalau aku nak minta kau jadi pembantu rumah mama papa aku? Kau tak ada sesiapa dan tak takut apa-apa." - Ahmad Aqil Dunia ni, sentiasa ada tempat untuk orang-orang yang berusaha.
Dia Dambaan Hati [TERBIT] by farahdarianna
farahdarianna
  • WpView
    Reads 111,998
  • WpVote
    Votes 5,067
  • WpPart
    Parts 52
Tersisih dari perhatian ibu, Nur Zahra terlonta sendiri, tercari-cari dahan kasih untuk berpaut. Pertemuan dengan Adli Hadwan menghadirkan sinar cinta tetapi isi hatinya tidak pernah sampai ke pengetahuan lelaki itu. Perbezaan latar belakang menjadi jurang pemisah. Di saat Nur Zahra ghairah mengejar cita-cita, Pak Lang Juhari tampil membawa hajat. Nur Zahra ingin dijadikan isteri. Dek dendam, Nur Zahra dipaksa menerima Pak Lang Juhari sebagai suami. Demi kasih ibu yang diimpi saban waktu, Nur Zahra hampir tertewas. Ketika dia tersepit antara cita-cita dengan kehendak ibu, Adli Hadwan muncul sebagai penyelamat keadaan. "Abang nak Nur jadi isteri abang." - Adli Hadwan Bahagia menjelma tika lelaki dicintai dalam diam membawa lamaran. "Kita kahwin bukan sebab suka sama suka. Niat abang satu aje, abang nak tolong Nur." -Adli Hadwan Kenyataan Adli Hadwan menyentak hati. Nur Zahra sedar, niat lelaki itu sekadar membantunya yang sudah tersepit. "If you need me, I'll be right here for you." - Adli Hadwan Biar tiada cinta tetapi lelaki itu setia bersama. "Sepatutnya Adli kahwin dengan Ima, bukan dengan kau!" - Ibu Ibu percaya, Adli Hadwan bukan milik Nur Zahra tetapi hak Nur Fatimah. Kasih sayang dua beradik diuji oleh sikap ibu yang memisahkan. Apakah ada peluang untuk Nur Zahra mengecap nikmat cinta wanita bergelar ibu? Setiakah Adli Hadwan ketika ada wanita lain yang lebih sempurna? Dia Dambaan Hati - Farah Darianna *** Prolog sampai bab 15 sahaja
Soulmate Forever  by sis4na
sis4na
  • WpView
    Reads 4,547,228
  • WpVote
    Votes 244,306
  • WpPart
    Parts 45
Sambungan KPVST ! Btw, korang digalakkan baca KETUA PENGAWAS VS TUNANG dahulu sebelum membaca novel ini ! Bagi hadam dan fahami jalan cerita dulu yeee . Yeyyy happy reading gaiss ❤🍭 Ranks #48Romance [4Jan'17] #35Romance[14Jan'17] #31Romance[16Jan'17] #26Romance[18Jan'17] #20Romance[21Jan'17] #10Romance[30Jan'17] #8Romance[1Feb'17] #6Romance[3Feb'17] #3ROMANCE[3MAC'17]💕
Encik Sweet Talker ! √ by heartsheets
heartsheets
  • WpView
    Reads 1,909,713
  • WpVote
    Votes 85,257
  • WpPart
    Parts 43
Feeya. Gadis yang kematian tunangnya. Sayangnya terhadap si mati umpama infiniti. Akhirnya dia terpaksa bernikah dengan seorang lelaki bernama Ryan. Pendek cerita Ryan ni tak suka Feeya, Feeya tak suka Ryan. Lol cliche kan ? Dalam keretakan rumah tangga, Feeya menerima dugaan berat iaitu kematian seluruh keluarganya dalam kebakaran kerana dendam. Macam novel lain, akhir cerita mereka bersama juga. Tapi jalan cerita ini bukan biasa-biasa. Saya tak cakap. Jari yang taip hiks. Baca sampai pengakhiran tau. Sincerely, Your fav author and forever will be.
Pengawas Gila! by MyaAmeera
MyaAmeera
  • WpView
    Reads 1,893,991
  • WpVote
    Votes 97,110
  • WpPart
    Parts 66
Cinta? Mengarut semua tu. Tiada lagi perkataan 'cinta' untuk si Pengawas Gila, Sarah Zulaikha. Lagipun budak 'underage' mana boleh bercinta. SPM pun tak lepas lagi. Tapi dalam diam, dia menyimpan perasaan pada seseorang. Tapi siapa? Adakah Amirul Firdaus yang merupakan Ketua Pengawas di SMK Megah merangkap bestfriendnya? Atau Mohammad Addrian yang setia menunggunya selama bertahun-tahun? Shah Adam pula muncul kembali. Ingatkah dia pada Sarah? Apakah perasaan Sarah akan wujud kembali untuk Shah Adam? Oh my! Apa yang bakal terjadi? Key tak reti buat sinopsis, bacalah. Ni sinopsis beberapa bab awal je. Enjoy!
Aris (3) by arsdnil
arsdnil
  • WpView
    Reads 128,021
  • WpVote
    Votes 7,972
  • WpPart
    Parts 34
Dia hilang tanpa khabar berita. Dia meninggalkan orang tersayang. Dia ingin menyendiri. Lari ke dunia luar. Hidup seperti manusia biasa. Menjalani kehidupan seharian seperti orang lain. Tetapi sikap psychonya masih ada dalam dirinya. Pisau menjadi mainannya. Darah menjadi minuman hariannya. Menyeksa manusia menjadi hobinya. Perbuatannya tidak diketahui orang lain. Berhoodie putih setiap malam. Dia lah..... ARIS DANIEL