SongHana_'s Reading List
3 stories
Encik Suamiku Hipster by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 52,999
  • WpVote
    Votes 1,072
  • WpPart
    Parts 15
Novel Terbaru November Tajuk: Encik Suamiku Hipster Penulis: Hazel Jay Penerbit: Penulisan2u ISBN: 978-967-0567-94-5 Harga: RM22.00 (Semenanjung) // RM25.00 (Sabah & Sarawak) Terbitan : November 2015 Cara Pembelian : www.p2u.my / Aplikasi Karyaseni Hania telah melanggar tradisi keluarganya. Mengikut tradisi keluarganya, setiap keturunan ibunya perluberkahwin sebelum atau selewat-lewatnya pada usia 23 tahun. Namun, kala usianya sudah mencecah 25 tahun, dia masih belum ada kekasih hati yang bisa dijadikan suami. “Aku dah tak ada pilihan. Mak aku tu duk membebel aje setiap hari sebab aku dah langgar tradisi keluarga dia. Umur aku tahun ni dah dua puluh lima tahun, tau? Boyfriend banyak kali ada, tapi seorang pun tak pernah nak menjadi. Sebab itulah aku pasrah ikut cadangan mak aku tu.”~ Hania Disebabkan terlalu tertekan kerana emaknya hampir setiap hari mendesak dia supaya berkahwin, dia pasrah menyerahkan hal jodoh kepada emaknya. Dia hanya boleh melihat bakal tunangnya itu selepas dia sah bertunang! Itu syarat yang emaknya telah tetapkan. Dua minggu selepas dia bertunang barulah encik tunang menghubunginya untuk berjumpa dalam keterpaksaan. “Helo cik tunang, awak ingat awak tu artis popular? Awak ingat awak tu Dato Siti Nurhaliza? Siap nak ada pihak TV berebut-rebut jadi penyiar tunggal ala-ala eksklusif majlis wedding kita? Awak ni memang kuat berangan, ek?” - Saffarin Alangkah terkejutnya Hania apabila melihat bakal suaminya ialah lelaki yang pernah dia jumpa sebelum ini dalam satu insiden pelanggaran yang tidak diduga. Siapa sangka, lelaki yang dia anggap ‘sesuatu’ itu ialah tunangnya! Haru-biru hidupnya. Selain itu, gaya pakaian bakal suaminya yang digelar fesyen hipster itu cukup dia tidak berkenan. Sebiji macam alien di matanya!
Saya Kan Ada by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 79,316
  • WpVote
    Votes 1,304
  • WpPart
    Parts 15
Tajuk: Saya Kan Ada Penulis: Marissa Muka Surat : 528 Penerbit: Penulisan2u ISBN: 978-967-0992-23-5 Harga: RM22.00 (Semenanjung) // RM25.00 (Sabah & Sarawak)
AKU SHARK... DAN AKULAH LELAKI ITU by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 24,851
  • WpVote
    Votes 507
  • WpPart
    Parts 15
PENULIS: MYRA AMEER TAJUK: AKU SHARK... DAN AKULAH LELAKI ITU TERBITAN MEI 2017 HARGA: RM28 (SM) / RM31 (SS) Dia bukan anak raja, bukan juga CEO syarikat ternama atau pelajar lulusan dari luar negara, tetapi dia hanyalah insan biasa yang punya kisah hidup yang penuh duka dan tidak sempurna. Dialah Shark... Lelaki yang punya pesona dan digilai ramai gadis popular dan ternama. Biar dipikat dan digoda tetapi hatinya tetap dijaga hanya untuk dimiliki oleh seorang gadis bernama Jeslina yang digelarnya bunga. Bagi Jeslina, nama Shark atau digelar si pembuli itu memang sedari awal lagi sudah dipangkah-pangkah dari senarai calon teman lelaki pilihan. Dibuli tanpa henti ketika di sekolah menengah dahulu membuat dia sangat membenci biar lelaki itu gigih mengambil hati. Lebih-lebih lagi ketika itu dirinya bakal dimiliki oleh sahabat baik lelaki itu sendiri. "Dengar sini Shark, antara kita tak mungkin akan ada apa-apa ikatan sebab aku akan berkahwin dengan Redza. Faham? - Jeslina "Kuasa Tuhan tak siapa yang tahu, Jes. Orang yang dah berkahwin pun boleh bercerai, inikan pula baru bertunang. Eh! Pembetulan...Belum bertunang pun lagi." - Shark Terjalinnya ikatan pertunangan antara Redza dan Jeslina membuatkan Shark panasaran. Tetapi, jika sudah namanya Shark, biar hak orang akan tetap diredah juga selagi belum disahkan dengan akad dan perkahwinan.Walaupun dimarahi, juga dinasihati, dia tetap tidak peduli lebih-lebih lagi bila hati sudah terlalu mencintai. "Astaghfirullahalazimmm... Kamu ni dah kenapa? Lupa Jes tu tunang kawan baik kamu?" - Mak Ngah Iman