maimah6's Reading List
11 stories
KAKA by Tryfirst612
KAKA
Tryfirst612
  • Reads 7,564
  • Votes 593
  • Parts 43
Kita selalu terdengar tentang penyalah gunaan dadah sebagai ubat untuk menahan kesakitan melampau yang berakhir dengan kematian. Ceritanya hanya mengenai kematian si penyalah guna dadah; lalu memberikannya imej buruk tanpa dia dapat mempertahankan dirinya. Benarlah kata ungkapan bahawa "dead men tell no tales" (orang yang sudah mati tidak boleh bercerita). Walaubagaimanapun pengalaman survivor yang melalui detik-detik antara hidup-mati nya juga tidak dipaparkan. Novel ini mengisahkan pengalaman seorang survival yang melalui detik-detik tersebut. Juga tentang kehidupan: Kekeluargaan, cinta-benci, kesakitan-ubat, erti persahabatan, mempertahankan diri, pseudo sains & matematik (pseudo bermaksud palsu), kewangan, takdir & banyak lagi. Penghargaan penulis kepada : KAKA, Farah, Lisa_m97, KakJelita, Dia dan Steve Jobs yang hidup di kalangan kita. Dan tanpa kepakaran mereka ini, mustahil novel ini dapat dihasilkan : • Dr Sal • Dr Suri, Dr Fatin, Dr Jannah & bare face beauty (kecantikan tanpa atau sedikit lapisan makeup) but garang sikit Dr Yana ....... Jutaan terima kasih kerana tidak berhenti membantu. Dan Sejenis ubat (drug) bernama Gaba Sejenis minuman (keras) bernama Vodka & Sejenis penyakit bernama Cervical Spondylosis. Mengikuti hingga ke akhir bahagian cerita adalah satu penghormatan pembaca kepada penulis. Thanking you readers in advance. Awak ada bahu saya setiap kali awak hendak menangis. Nota Pengarang : 1) Cerita ini hanya rekaan/fiksyen untuk hiburan membaca. Sebahagian watak & peristiwa mungkin benar dan diperbesarkan bertujuan untuk memberi impak kepada jalan cerita. 2) Ada beberapa "adengan dewasa" di dalam penceritaan, sesuatu yang juga ada dalam kehidupan kita. Anggaplah seperti menonton filem yang tidak bertapis. 3) Novel ini hanya sesuai untuk pembaca matang (matured readers). 4) Novel ini ditulis secara suka-suka untuk memenuhi masa yang terluang. Penulis belum pernah menulis novel.
Cinta Salah Alamat ( Completed May 2020) by maerwan991998
Cinta Salah Alamat ( Completed May 2020)
maerwan991998
  • Reads 389,746
  • Votes 3,020
  • Parts 25
Kehidupan 2 orang couple , Haikal,Ezlan, Mira dan Suzana yang berkawan rapat dari universiti lagi, selepas menghabiskan pelajaran mereka berpecah membuat haluan masing-masing, Ezlan dan Suzana dapat melanjutkan pelajaran di luar negeri dan mengenal erti cinta di sana. Haikal dan Mira berkhawin senyap-senyap di Thailand kerana ayahnya tidak merestui perhubungan mereka. Cinta Mira pada mula pada Ezlan beralih arah ke arah Haikal. Haikal pula menyukai Suzana dalam diam tiba-tiba beralih arah ke Mira di sebabkan ayahnya berkhawin dengan mak suzana.Apakah kesudahan cerita ini? Kisah pengkianatan, seks, pencintaan dan kesetiaan antara mereka. Tidak sesuai untuk pembaca bawah 18tahun, ada unsur-unsur sex yang boleh menyebabkan anda terangsang. Selamat membaca * Putera Siang @ PS*
Creepypasta ∽ malay ✔ by itsmaniesa
Creepypasta ∽ malay ✔
itsmaniesa
  • Reads 4,201,011
  • Votes 315,063
  • Parts 188
■ MALAY VERSION ■ Wattys2016 awards: EDISI PENGUMPULAN Horror - Feeling brave? Prepare for a scare with these creepy tales , eeri encounters , urban legend and the unknown Original trans by me as [ itsmaniesa ] Poster Credit to; - Scaryforkids-
Charlotte Beauty Terbitan 2018 by misselle_
Charlotte Beauty Terbitan 2018
misselle_
  • Reads 2,467,119
  • Votes 12,110
  • Parts 30
*Tajuk lama : Perempuanku ********** Shakeel Anas. Satu nama yang begitu terkenal dalam dunia fesyen sekaligus menjadikan nama itu menjadi pembakar semangat Qaira Lutfia untuk mendekati idolanya itu. Siapa sangka lelaki yang kelihatan penuh sopan santun dan peramah di kaca tv itu rupanya bagaikan ketulan ais di kutub utara. Dingin dan beku. Selain daripada sonsang?!. Kehadiran Lily atau nama sebenarnya Fazli telah menimbulkan syak wasangka dalam hati Aira tentang 'ketulenan' majikannya itu. Saat hati Shakeel Anas mula dicuit Aira, gadis itu masih lagi menganggap majikannya sebagai sonsang sehingga terjadi satu detik hitam yang membuatkan Aira nekad membawa diri dan tak akan sesekali muncul lagi dihadapan Shakeel Anas. Bertahun lamanya jejaka itu cuba menjejaki cinta hati sehingga muncul seorang kanak-kanak yang membuatkan Shakeel Anas semakin nekad untuk mendapatkan cintanya itu semula dan memulakan hidup baru namun semuanya bagaikan terlambat apabila sekeping hati milik Qaira Lutfia telah diserahkan kepada Ustaz Akif. Mampukah Shakeel Anas mendapatkan semula haknya walau tiada peluang untuknya mendapatkan Aira kembali?
Jatuh Cinta Dengan Dia by SilauunPurii
Jatuh Cinta Dengan Dia
SilauunPurii
  • Reads 866,613
  • Votes 36,573
  • Parts 50
[※Suami Jenis Homo?!] [※Cinta Teristimewa] Highest : # Wattpad Picks ; Senarai Cerita Istimewa (2018) #2 in ROMANCE (8/10/2017 | 23/9/2017) #3 in ROMANCE (13-14/Okt/2017) (3/9/2017) & (19/9/2017) (26-28/9/2017) ❅SilauunPurii First Romance ※ The Besties Awards (The Newbies) ※ 4 November 2017 ____________________________ Syam Shahmil. Kacak, berkerjaya, berpelajaran tinggi dan cucu kepada pemilik syarikat korporat besar di Malaysia. Punyai segala ciri-ciri hebat seorang lelaki. Sayangnya hidupnya hanya dikelilingi oleh lelaki! Dibesarkan oleh ayahnya, dan datuknya dan mempunyai seorang abang. Dan mengakui pernah mempunyai perasaan terhadap lelaki?! Dyan Ardella. Berkerja sebagai jurujual di sebuah syarikat perabot. Mempunyai ramai kawan tetapi tidak pernah jatuh cinta! Oleh kerana sikapnya yang selamba dan easy-going dirinya lebih dirapati oleh ramai gadis dan menjadi 'Girl Crush' para gadis yang bekerja dengannya. " Girl crush? You tak ada boyfriend? Kesiannya." 😎 " Bos pula kenapa asyik-asyik dengan boyfriend pula?" 😑 Perbualan yang pelik sentiasa terjadi antara mereka. Benarkah masing-masing hanya mempunyai perasaan terhadap jenis kaum masing-masing? Bagaimana pula jika mereka disatukan? " She is my dearest, my love! She's mine!" 😲 - Lisa " I dah tunggu you lama! You said you'll be mine! Kenapa you kahwin dengan perempuan tu pulak??" 😠 - Ian ____________________________ ❅If You like it, please do Vote ⭐ me thank you so much ♡ ❅ Genre: Romantik komedi. Drama. LGBT. Gelak-gelak. ❅ Start : 1 August 2017 ❅ End : 14 August 2017 ❅ 50 parts complete. Hakcipta @SilauunPurii ©2017
S A R A H ✔ by ZacharyMatthewBackup
S A R A H ✔
ZacharyMatthewBackup
  • Reads 1,070,081
  • Votes 19,858
  • Parts 42
Mula: 20/11/2018 Tamat: 11/01/2019 Sarah Benjamin di usia 16 tahun terpaksa membatalkan niatnya untuk menyambung belajar. Dalam sekelip mata dia kehilangan semua ahli keluarganya dalam kebakaran rumah. Dalam usia yang muda, dia terpaksa berdikari untuk mencari duit. Oleh kerana tidak mempunyai kelulusan yang tinggi, agak sukar bagi dia untuk mencari kerja. Satu hari dia ditawar menjadi gadis pemuas nafsu di usia 18 tahun. Dia terima tawaran kerja itu. Dia menjadi gadis pemuas nafsu VIP. Di usia 19 tahun dia dibeli oleh seorang mafia. Dengan kuasa yang ada pada mafia itu dia tekad untuk mencari pembunuh keluarganya. Dapatkah dia mencari pembunuh itu?
Pahlawan Silam 2:Aku Berus Lee by PutraLegacy
Pahlawan Silam 2:Aku Berus Lee
PutraLegacy
  • Reads 94,430
  • Votes 4,620
  • Parts 83
Cover by :SashaChubby @myteddybeargomok. Kesinambungan dari Pahlawan Silam..Cincin Zamrud Biru yang hilang beratus tahun dahulu bakal muncul. Berkisar tentang seorang pemuda kampung yang terpaksa berdepan dengan pelbagai rencah kehidupan demi membela nasib keluarga..kesabaran serta kecekalan hatinya diuji dalam pelbagai cara. Cinta?!..itu adalah cabaran yang bakal menunggu. Ikuti kisah Roslee aka Berus Lee selanjutnya dalam Pahlawan Silam 2. Selamat membaca..t/kasih.
Cinta Hati Adam. [Diterbitkan] by nbllanr
Cinta Hati Adam. [Diterbitkan]
nbllanr
  • Reads 396,727
  • Votes 5,099
  • Parts 10
WN | 02 Nukilan : Wawa Nabilla mula : 0420 Cover : Stargazell Perkenalannya dengan gadis istimewa itu benar-benar mengubah hidupnya. Dengan orang lain dia dingin sedingin air batu tetapi, bila bersama dengan gadis itu dia lembut selembut haruman downy. "Abang kacak! Nampak mama kita tak?" Kaki kanannya terasa berat. Segera dia tundukkan wajah melihat seorang gadis sedang memeluk kakinya. "Kau dah kenapa perempuan?" Dia cuba melepaskan kakinya. Orang sekeliling mula memandang mereka pelik. "Abang Kacak! Puteri nak mama! Puteri nak mama!" Gadis itu mula merengek. Bila-bila masa saja tangisannya akan pecah. Dia menggaru kepala pening. Suara nyaring gadis itu memenuhi segenap ruang dewan tertutup yang besar ini. Sudahlah penuh dengan beratus manusia ternama. "Weh perempuan. Bangunlah!" Bisiknya keras. Dia cuba tayang sengih lebar kepada mata-mata yang memerhati. Tangisan gadis itu pecah. Kuat dan nyaring. Makin tak keruan Jejaka itu apabila gadis itu mula tergolek-golek di atas lantai. Sudahnya dia terpaksa bercangkung memujuk gadis itu. "Kau ni kenapa? aduhai!" Dia berbisik keras. Dah boleh jadi bini orang tapi perangai macam budak umur setahun je ni kenapa. "Nak mama! Puteri nak mama!" Gadis itu menghentakkan kakinya ke lantai. Wajah sudah sememeh dengan hingus dan airmata. "Okay, okay! Kita cari mama kau. Berhenti nangis." Pujuk Jejaka itu. Mendengarkan kata-kata Jejaka itu, segera Puteri tarik hingusnya. Dia memeluk lengan Jejaka tersebut supaya tidak melarikan diri. "Puteri nak mama, abang kacak!" Wajah di kesat pada lengan tuxedo mahal milik si Jejaka. Siap pakej bunyi menarik hingus yang kuat. Jejaka tersebut menahan rasa. Tekaknya loya semacam melihat cecair hijau yang melekat di tuxedo. Semakin lama mengenali Puteri dia semakin sayang. Tetapi, keadaan diri Puteri menjadi tanda tanya dia. Adakah keikhlasan dia mencintai gadis itu terbalas? atau dia bertepuk sebelah tangan saja?
My Seducing Wife by fianaisa
My Seducing Wife
fianaisa
  • Reads 4,463,217
  • Votes 32,103
  • Parts 30
My Seducing Wife : Liyana Clarissa terpaksa berkahwin dengan Naufal Qhalif bagi menjaga air muka keluarganya setelah kakak tirinya lari meninggalkan rumah pada malam sebelum majlis perkahwinan. Mahu atau tidak, pendapat Liyana Clarissa terpaksa diketepikan bagi menjaga air muka keluarga. Sebaik sahaja berkahwin dengan Naufal Qhalif yang dingin mengalahkan ais di kutub utara, Liyana Clarissa terpaksa menahan rasa tida puas hati dengan Naufal Qhalif yang melayannya seperti melayan kawan. Tiada langsung kelembutan dalam layanan Naufal Qhalif. "Awak nak makan tak?" - Liyana Clarissa "Tu pun perlu tanya ke? Aku baru balik kerjakan, dah sah-sahlah aku nak makan. Kau ni belajar tinggi sampai Master semua tapi bodoh juga." - Naufal Qhalif Liyana Clarissa seperti ingin menolak badan jejaka itu jatuh dari tangga. Biar masuk tanah terus. Kalau bercakap tu tak sah kalau tak menyakitkan hati aku. Atas nasihat kakak-kakak iparnya, bermulalah misi Liyana Clarissa menjadi penggoda untuk menjinakkan Naufal Qhalif. "Liya kena goda Naufal tu." - Marissa "Goda?" - Liyana Clarissa Mampukah Liyana Clarissa menjinakkan lelaki sedingin Naufal Qhalif? Nak tahu, kena baca. *Contain a lot of mature content
SAYA PILIH AWAK! by Elerieloveofficial
SAYA PILIH AWAK!
Elerieloveofficial
  • Reads 438,998
  • Votes 16,740
  • Parts 53
Nabella Armani adalah seorang penulis novel cinta yang ceria dan penuh imaginasi. Dia percaya pada kisah dongeng, dia juga percaya pada cinta abadi. Tapi kepercayaannya itu luntur setelah lelaki yang dia sayangi menghilangkan diri. Bella sedar, hidup tidak seindah yang dijangka. Lantaran itu dia memilih untuk tidak mahu terjebak lagi dalam soal hati dan perasaan. Namun kehadiran Daniel Mizannin yang dia gelar serigala jadian Siberia itu seperti mengocakkan kembali hidup Bella yang sebelumnya tenang. Lelaki itu hadir dan pergi seperti sebuah misteri. Bella tidak keruan. Senyuman lelaki berlesung pipi itu seperti hypnotize. Semakin dipandang semakin menarik. "Jangan senyum" -Bella "Kenapa?" -Daniel "Hodoh!" -Bella Kehadiran semula Asrif Zaafar, bekas kekasihnya yang dua tahun menghilang membuatkan Bella mula sesak nafas. Asrif Zaafar masih mahu menyambung kembali serpihan hati Bella yang dulunya dia campak hingga berderai. Akhirnya, Bella nekad untuk memilih salah satu.