Nur_Haura
Sidra, puteri yang terkurung di dalam menara tanpa pintu.
Matt, jejaka yang berangan mahu berkahwin dengan anak raja.
Takdir menyatukan mereka berlandaskan kepercayaan dan kejujuran. Bahagia yang dirasai Sidra buat dia lupa tentang tragedi hitam di dalam hidupnya. Namun, Matt ada rahsia yang belum diungkapkan.
Permainan takdir dan masa terlalu kejam buat mereka. Nyawa menjadi galang ganti. Darah ditumpahkan menjadi saksi.
Anderasutra bermandikan darah.
Bimagasakti dahagakan dendam.
Sekali lagi, takdir dan masa mempermainkan mereka.