Kath Joe
156 historias
My Untouchable Wife (COMPLETED) por Bellahastelworld
My Untouchable Wife (COMPLETED)
Bellahastelworld
  • LECTURAS 66,889
  • Votos 3,333
  • Partes 15
Charissa Stallon, si manja anak tunggal kepada pasangan ternama, hidup dalam dunia serba sempurna tanpa pernah mengenal erti kesusahan. Namun, segalanya musnah sekelip mata apabila satu kemalangan ngeri meragut nyawa kedua orang tuanya, meninggalkan Charissa sebatang kara, terumbang-ambing tanpa sesiapa di sisi. Ashton Zambala, seorang pemuda segak berperwatakan menarik, anak kepada rakan niaga keluarga Charissa, pernah menjadi seorang pencinta setia. Namun, kekecewaan mendalam mengubah dirinya menjadi lelaki yang dingin dan pendiam. Mengikut wasiat terakhir ayah Charissa, anak mereka harus disatukan. Sebagai syarat, seluruh empayar perniagaan keluarga Stallon akan diuruskan oleh menantu pilihan, iaitu Ashton. Namun, Ashton tidak pernah memandang Charissa sebagai seorang wanita, dan Charissa pula tidak pernah benar-benar mengenal apa itu cinta. Pada malam pertama perkahwinan mereka, sebuah tragedi hampir berlaku - Ashton, didorong oleh dendam dan kelukaan lama, cuba menyentuh Charissa secara paksa, namun gagal. Sejak malam itu, benci mula bertakhta di hati Charissa, memadamkan sebarang ruang untuk menerima sebarang sentuhan mahupun kehadiran Ashton. Mampukah Ashton menebus kesilapannya dan menawan hati Charissa? Apakah Charissa mampu memaafkan lelaki yang pernah melukakannya? Bagaimanakah kesudahan hidup mereka? Semuanya akan terungkap dalam My Untouchable Wife.
🅲 𝗗𝗘𝗔𝗥 𝗗𝗔𝗠𝗜𝗔𝗡 por asyrayz
🅲 𝗗𝗘𝗔𝗥 𝗗𝗔𝗠𝗜𝗔𝗡
asyrayz
  • LECTURAS 1,099,837
  • Votos 43,223
  • Partes 101
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "Tolong jangan apa-apakan saya encik!" Air mata gadis itu mengalir di pipi. "Aku tak akan dapat apa-apa kalau aku bunuh kau." "Habis tu?" Gadis itu mengesat air matanya. Lega hatinya bila tahu yang dia tidak akan dibunuh. "Be my wife or you'll pay for this." Damian berkata dengan wajah serius. "Hah? Saya tak faham bahasa english." Gadis itu pamer wajah keliru. Tidak di sangka, hubungan yang di bina oleh Damian telah memerangkap dirinya sendiri. "Jangan tinggalkan aku.." Damian berkata dengan nada yang pelan sambil memeluk erat tubuh Kaisara. "Saya tak akan tinggalkan Ian.." Kaisara membalas pelukan Damian. Damian tidak menyangka bahawa gadis itu akan menjadi kekuatan dan kelemahan terbesar bagi dirinya.
Dia.... Aydenku por RoseVantalica
Dia.... Aydenku
RoseVantalica
  • LECTURAS 648,274
  • Votos 31,144
  • Partes 52
Orang kata, seorang gadis biasa berkahwin dengan putera raja hanyalah dongengan zaman Cinderella sahaja. Ada juga yang kata, kisah itu wujud di dalam novel cinta yang mana penulis berangan nak kahwin dengan orang kaya, tetapi, hajatnya tidak kesampaian. Namun, kenyataan itu berjaya dibidas apabila Neil Ayden Raeqal datang melamar Nureen Raisyha. "I nak, you kahwin dengan I". - Neil Ayden Raeqal Bukan, ini bukan kahwin paksa. Kahwin paksakah namanya jika seorang melamar, seorang lagi menerima, tetapi bukan atas dasar cinta? Memang Nureen Raisyha minat terlampau minat dekat anak korporat yang kaya-raya itu. Bukan kerana harta, tetapi lebih tertarik kepada aura yang lelaki itu bawa bersama. Tetapi, minat itu sekadar terhenti di situ. Begitu sukar dia untuk menerima lamaran lelaki itu kerana perasaannya hanyalah terbatas pada minat, bukan cinta. Namun, disebabkan desakan Neil Ayden Raeqal dan dibawa sekali ibu bapa lelaki itu dalam menjadikan dia milik seorang Neil Ayden Raeqal, akhirnya, Nureen Raisyha terpaksa menerima lamaran itu. "Apa sebenarnya sebab awak nak sangat kahwin dengan saya?" - Nureen Raisyha "Secret". - Neil Ayden Raeqal Neil Ayden Raeqal tidak pernah memberitahu sebab-musabab dia mengahwini gadis itu. Apabila disoal, dia memilih untuk berdiam. Sehinggalah suatu hari, Nureen Raisyha sendiri yang dapat tahu tentang motif lelaki itu mengahwininya. Benar-benar merentap separuh jiwanya kerana dia mulai sedar bahawa hari demi hari dia mulai mencintai suaminya itu. "Saya harap, saya adalah dia. Yang mencintai dan dicintai". - Nureen Raisyha Konflik semakin bertambah apabila seorang demi seorang insan dari masa lalu datang menemui pasangan itu sehingga mampu menggoyahkan rumahtangga yang hampir menemui titik kebahagiaan. Apakah kesudahan kisah ini? Akankah benar cinta suci Cinderella dan Putera Raja itu wujud di dunia nyata? Jika kahwin, memang ya. Jika cinta? Adakah mungkin semuanya hanya hidup di dunia fantasi sahaja? [COMPLETE]
Dangerous Lies (Ebook)  por AizackMesle
Dangerous Lies (Ebook)
AizackMesle
  • LECTURAS 13,499
  • Votos 850
  • Partes 13
Versi pertemuan pertama, Tya Zenia sudah benar-benar jatuh hati kepada jejaka beranak mata hitam pekat itu. Segak bersut hitam. Rambut coklat mudanya tidak terlalu panjang, tidak terlalu pendek. Beralun lembut ketika angin menyapa. Bila si jejaka tersenyum, terpamer eye smile yang memukau. Tya terpedaya. Benar-benar terpedaya. Versi pertemuan dua tahun selepas itu, Tya rasakan ada kelainan pada sang pemilik hatinya itu. Tatapannya, senyumannya, tawanya... Semuanya benar-benar berubah! Tiada lagi tatapan lembut yang sentiasa buat Tya tenang. Tiada lagi senyum manis yang buat Tya angau tidak boleh tidur malam. Yang tinggal hanyalah... tatapan intens dan tajam. Bibir merah jambu itu pula hanya tahu ukir senyum sinis. Memang jantung Tya berdegup kencang. Tapi kencang kerana rasa ingin melarikan diri. Tapi orang kata, cinta itu buta. Tya butakan mata demi perasaan cinta terhadap si jejaka pujaan hati. Hari demi hari berlalu tanpa mengira waktu. Tatkala satu per satu rahsia terbongkar, Tya jatuh terduduk. Lemah longlai lutut. Kenyataan demi kenyataan menghempap Tya jatuh ke lantai bumi. "Sia... Siapa awak sebenarnya?" "I'm your husband, my Zenia." Tatkala itu, Tya rasa seperti ingin 'mati'. Tya buntu. Siapa sebenarnya gerangan yang selama ini memegang gelaran sebagai suami? Siapa dia? Apa yang dia mahukan daripada Tya? "Jangan dekat! Ceraikan saya!" "Never say that again, sweetheart. You're my wife. You're mine till death do us part."-KQ. Aku tak sempurna...
Mr. Cold Dictator [ BAKAL TERBIT ] por AizackMesle
Mr. Cold Dictator [ BAKAL TERBIT ]
AizackMesle
  • LECTURAS 632,153
  • Votos 27,230
  • Partes 17
Seperti kebiasaan, rutin hariannya masih tidak berubah. Menunggu anak-anak asuhannya pulang. Cukup memenatkan, tapi ini pekerjaan yang dia pilih. Dalam letih, ada rasa bahagia. Melihat tawa anak-anak kecil itu, cukup melegakan hati kecil dia. "Teacher..." Suara kecil itu menyentakkan dia daripada lamunan. Terasa ada jemari kecil mencuit-cuit lengan dia. Pandangan terus dijatuhkan ke arah punca suara. "Yes honey?" Masih memandang, bibirnya merekah dengan senyuman lebar. Jemari jatuh mengusap kepala anak kecil di bawah dengan lembut. Penuh kasih sayang. Jujur katakan, dia sudah terlanjur sayang. "This is for you..." Terletus tawa kecil saat anak kecil itu malu-malu menyua tiga kuntum bunga kertas yang entah sejak bila dipetik. Disambut dengan senang hati. Turut menurunkan tubuh sedikit. Ingin menyamai paras ketinggian anak kecil itu. Rasa terharu. "Thank you Eshaq!" Puncak kepala anak kecil itu menerima kucupan pantas. Tidak lupa juga, tubuhnya dipeluk erat-erat. "Ehem!" Mendengar suara rendah nan berat itu, tubuh Eshaq dilepaskan. Kembali berdiri tegak di sebelah anak kecil itu dengan kening terjungkit. Sedikit hairan. Mahu bertanya, tapi takut tersalah kata. Jelas dia nampak bingung. Kening yang tidak gatal digaru. "Who are you?" "I'm Eshaq's father. Pleasure to meet you Jelita Elnara." Tegas nadanya membuat seluruh tubuh sang Jelita kejung beku. ⚠️Do not copy any part of this story !
Dalam Dakapan Dato Ziyad  por blackouttoq__
Dalam Dakapan Dato Ziyad
blackouttoq__
  • LECTURAS 260,153
  • Votos 712
  • Partes 19
Buku dalam keadaan private sila follow Adh terlebih dahulu untuk teruskan membaca, terima kasih. Tua bukan sebarang tua. Tua ini masih bergetah. Dakap lah daku sepanjang nyawa daku di kandung badan.
UNCONDITIONAL LOVE por AniaLeigh
UNCONDITIONAL LOVE
AniaLeigh
  • LECTURAS 86,997
  • Votos 2,255
  • Partes 11
Intro ❤ What would u do if u get pregnant at the age of 19 years old? 😱 Baru abis STPM ba, tinggal mau tunggu result ja but when u end up knowing something u shouldn't have, plus with a baby on the way, ur world came crashing down on u. Are u gonna keep the baby? Or are u gonna abort it for ur life goal? Well, face it bitch, the world does not all end in happy ever after without a challenge. Should u end up being a single mother? Or should u tell the person whom u called 💔 to be responsible for it? Or maybe just maybe, u decided on giving the baby away for adoption? Life is tough ladies and gentlemen. Based on true story, Unconditional Love gonna teach u a thing or two hows life gonna be if u didn't make a wise choice. This story is rated as 21SX so read at ur own risk lil birdies. Well, if u decide to read it anyway, take this story as a lesson. Jangan suka2 mau buat tapi tidak berani tanggung akibat dia kalo suda pregnant. Lelaki pun sama, jangan tau kesedapan ja smpai kasi pregnant anak orang tapi tu lelew jadi kecikkk bila tau tu perempuan bunting. Stay tuned for the first chapter ever of Unconditional Love. Cheerss~~
Marriage Storm por Bellahastelworld
Marriage Storm
Bellahastelworld
  • LECTURAS 11,587
  • Votos 824
  • Partes 28
Everly Ashlyn dan Eva Ashley merupakan adik beradik. Everly sangat sayang dan percayakan adiknya, Eva. Sehinggakan dia tidak pernah mencurigai hubungan rapat Eva dan suaminya Kingsley Preston. Siapa tahu, adiknya telah berkahwin secara senyap dengan suaminya sendiri dibelakang Everly. Perkahwinan rahsia di antara Eva dan Kingsley kekal bahagia selama tiga tahun tanpa pengetahuan sesiapa. Banyak perkara yang berlaku saat terungkainya hubungan sulit suami dan adiknya itu. Saksikan bagaimana Everly bertindak balas terhadap pembohongan mereka. Saksikan juga bagaimana Everly mampu merawat luka di hatinya. Adakah tempat untuk Kingsley semula di dalam hati Everly? atau adakah jejaka lain yang mampu memenangi hati Everly? Ketahui semuanya di dalam naskah ini.
POLISKU SAYANG (SLOW UPDATE) por Bungaxara
POLISKU SAYANG (SLOW UPDATE)
Bungaxara
  • LECTURAS 3,028
  • Votos 587
  • Partes 21
Gilberto, Seorang lelaki yang tidak mendapat kasih sayang dari kedua orang tua. membesar dengan datuk dan nenek. Sejak kecil lagi. Gilberto sering melihat pergaduhan yang terjadi di antara kedua orang tuanya. bila itu terjadi, Gilberto akan kurung diri dalam bilik. berbeza dengan abang kandungnya Gilbend. Abangnya itu, seawal usia 13 tahun telah melarikan diri dari rumah kerana tidak tahan dengan hidup yang hari-hari bertengkar dengan kedua orang tua mereka. Gionee, seorang wanita yang di lahirkan dari keluarga yang miskin. mempunyai dua orang adik. Genap usia 18 tahun, Gionee berhijrah ke semenanjung Malaysia dengan mengikat kontark dengan agent yang menjanjikan pekerjaan di semenanjung Malaysia. dengan niat yang ingin membantu ubah nasib keluarga. Gionee nekadkan hati untuk pergi jauh dari keluarga. Sesuatu telah berlaku, dan Gionee bertemu dengan Gilberto. Mulai dari itu, mereka selalu saja terserempak di mana-mana. Saat kasih mulai terbit. muncul dugaan dan masalah yang membuat mereka berpisah. Adakah mereka akan bertemu kembali? Apa yang berlaku? "Kalau ini yang terbaik, Kita jalani saja." "Adakah perpisahan ini, adalah pilihan terbaik dari kau?" Kasih sayang yang di semai dalam hati, di korbankan begitu saja. mereka berpisah dan memilih jalan hidup masing-masing. kenapa? sesungguhnya, kita hanya manusia yang mampu merancang. tapi tuhan yang menentukan.
AFTER 5 por ReiLuna8621
AFTER 5
ReiLuna8621
  • LECTURAS 5,884
  • Votos 305
  • Partes 9
Love after one night stand. 𝘗𝘦𝘯𝘢𝘧𝘪𝘢𝘯/ 𝘋𝘪𝘴𝘤𝘭𝘢𝘪𝘮𝘦𝘳 : 𝘊𝘦𝘳𝘪𝘵𝘢 𝘪𝘯𝘪 𝘢𝘥𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘧𝘪𝘬𝘴𝘺𝘦𝘯 𝘥𝘢𝘯 𝘳𝘦𝘬𝘢𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘮𝘢𝘵𝘢-𝘮𝘢𝘵𝘢. 𝘕𝘢𝘮𝘢, 𝘬𝘢𝘳𝘢𝘬𝘵𝘦𝘳, 𝘵𝘦𝘮𝘱𝘢𝘵 𝘥𝘢𝘯 𝘬𝘦𝘫𝘢𝘥𝘪𝘢𝘯 𝘢𝘥𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘳𝘦𝘬𝘢𝘢𝘯 𝘪𝘮𝘪𝘨𝘪𝘯𝘢𝘴𝘪 𝘰𝘭𝘦𝘩i 𝘱𝘦𝘯𝘶𝘭𝘪𝘴. 𝘚𝘦𝘨𝘢𝘭𝘢 𝘱𝘦𝘳𝘴𝘢𝘮𝘢𝘢𝘯 𝘵𝘦𝘳𝘩𝘢𝘥𝘢𝘱 𝘪𝘯𝘥𝘪𝘷𝘪𝘥𝘶 𝘴𝘢𝘮𝘢 𝘢𝘥𝘢 𝘩𝘪𝘥𝘶𝘱 𝘢𝘵𝘢𝘶 𝘮𝘢𝘵𝘪 𝘩𝘢𝘯𝘺𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘬𝘦𝘣𝘦𝘵𝘶𝘭𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘮𝘢𝘵𝘢-𝘮𝘢𝘵𝘢. 𝘋𝘐𝘓𝘈𝘙𝘈𝘕𝘎 𝘚𝘈𝘔𝘈 𝘚𝘌𝘒𝘈𝘓𝘐 𝘔𝘌𝘔𝘉𝘈𝘞𝘈 𝘒𝘌𝘓𝘜𝘈𝘙 𝘊𝘌𝘙𝘐𝘛𝘈 𝘐𝘕𝘐 𝘋𝘈𝘙𝘐 𝘚𝘌𝘎𝘐 𝘉𝘌𝘕𝘛𝘜𝘒 𝘈𝘗𝘈 𝘗𝘜𝘕 𝘛𝘈𝘕𝘗𝘈 𝘒𝘌𝘉𝘌𝘕𝘈𝘙𝘈𝘕 𝘗𝘌𝘕𝘜𝘓𝘐𝘚. 𝘋𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘤𝘦𝘳𝘪𝘵𝘢 𝘯𝘪 𝘴𝘢𝘺𝘢 𝘮𝘦𝘯𝘨𝘨𝘶𝘯𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘉𝘢𝘩𝘢𝘴𝘢 𝘔𝘦𝘭𝘢𝘺𝘶 (𝘱𝘦𝘯𝘤𝘦𝘳𝘪𝘵𝘢), 𝘚𝘭𝘢𝘯𝘨 𝘚𝘢𝘣𝘢𝘩𝘢𝘯 dan juga English.