ryuna03's Reading List
27 stories
[C] Dhia Khaira by ciktembam
ciktembam
  • WpView
    Reads 489,864
  • WpVote
    Votes 13,980
  • WpPart
    Parts 44
Aku terjumpa dengannya tanpa sengaja Aku berkahwin dengannya tanpa dipinta Aku jatuh cinta padanya tanpa diduga "Saya minta maaf sebab saya tak layan awak sebagai seorang suami sebelum ni," Kata Dhia Khaira sambil melonggarkan tali leher suaminya. "Tak apa, saya faham. Tapi, apa awak buat ni?" Soal Muhammad Zaffarin apabila isterinya cuba membuka butang kemejanya. "Saya sayang awak," "Saya sayang awak juga," Zaffarin menyelit rambut isterinya di belakang telinga. "Like what?" Soal Dhia Khaira nakal. "Like this!" #KalauAdaJodoh
Seindah Takdir Umairah by lyafarhanx
lyafarhanx
  • WpView
    Reads 308,218
  • WpVote
    Votes 16,441
  • WpPart
    Parts 60
Dibenci oleh ibu kandung yang melahirkan bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilalui oleh seorang gadis bernama Nur Umairah. Tidak pernah dipinta olehnya dilahirkan dalam keadaan begitu. Tidak pernah dipinta olehnya dibenci dan dipandang serong oleh masyarakat sekeliling mengenai status dirinya. Tidak pernah dipinta tetapi itulah yang diterimanya. Kehidupan yang indah bersama nenek tercinta musnah begitu saja apabila wanita yang menjaganya sejak lahir pergi meninggalkannya buat selama-lamanya. Dikutip kembali oleh keluarga yang pernah membuangnya kerana simpati si bapa tetapi kehidupannya mula dilanda kelam. Mencari sinar kebahagiaan bersama keluarga kandung ibarat mencari jarum dalam jerami. Tidak pernah ditemuinya. Bertambah derita apabila bukan sahaja keluarga membencinya tetapi lelaki yang bakal menjadi suaminya juga. Pada siapa dia harus bergantung lagi? "Umai tak pernah minta dilahirkan macam ni. Apa salah Umai?" -NUR UMAIRAH. "Salah kau adalah sebab kau lahir didunia ni. Aku takkan pernah mengaku kau sebagai isteri aku, Nur Umairah." -UMAR QAISER. Hubungan yang dibina atas desakan dua buah keluarga menambah benci Umar Qaiser padanya. Bermula episod duka dalam hidup Nur Umairah. Kebencian keluarga kandung dan suaminya membuatkan Umairah belajar mengenai sesuatu. TAKDIR. Takdir hidupnya yang telah disusun oleh Allah. Takdir yang tidak mampu ditukarnya. Takdir yang terlalu indah untuk dia menidakkannya. Dimanakah kesudahan derita Umairah bersama Umar Qaiser dan keluarga kandungnya? Temui jawapan akhir dalam SEINDAH TAKDIR UMAIRAH.... Karya kedua LYAFARHANX💕 Dilarang plagiat👊🏻❌ November 2020🏆 🥇Romance 🥇Derita 🥇Sedih 🥇Cry 🥇Anakluarnikah
Bintang Paling Terang by NurIzzahHani
NurIzzahHani
  • WpView
    Reads 655,409
  • WpVote
    Votes 44,167
  • WpPart
    Parts 46
Aku dah rancang sepenuhnya jalan hidup aku. Belajar elok-elok, jadi cikgu dan balas jasa Abang Ahmad yang dah korbankan zaman mudanya untuk membesarkan aku sejak aku berumur enam tahun. Tapi, betullah kata orang ; manusia hanya merancang, Tuhan yang menentukan. Pertukaran daripada sekolah bandar disebabkan oleh insiden yang hampir mencalarkan kredibiliti aku sebagai seorang guru ke sekolah di pedalaman Sarawak tiada dalam perancangan apatah lagi bila aku dihantar sekali bersama dia ; Amirul Mukminin. Aku ingat dia dan segala usikannya pada zaman sekolah rendah sudah selamat dalam kenangan. Rupanya muncul kembali bagai zombie yang keluar daripada tanah perkuburan. Izz Hanina Binti Khalid, abang tak akan izinkan kau pergi mengajar dekat Sarawak kecuali kau kahwin dulu. - Abang Ahmad Nak kahwin dengan siapa? Takkan la nak main cekup je anak teruna orang?! - Izz Hanina Abang pinangkan Amirul Mukminin untuk kau. Tamat. - Abang Ahmad Pening kepala aku dibuatnya dengan tauke nanas bujang terlajak ni! Tak segan ke nak pinang anak teruna orang? Lepasan Universiti Al-Azhar, Mesir pula tu! Aku yang brutal ni, dengan pak ustaz? Macam tak kena je... Melayari bahtera perkahwinan sambil berdayung atas sampan di Sungai Rajang. Bismillahirrahmanirrahim, redah je lah!
Honey ✔ by suenshenn
suenshenn
  • WpView
    Reads 2,465,496
  • WpVote
    Votes 83,887
  • WpPart
    Parts 46
"Kenapa you panggil I, Fahrin? Semua orang panggil I, Ryan,"- Fahrin "Because Ryan is too mainstream," - Rose Sweet Tooth Café & Bakery menyediakan yang manis-manis sahaja. Dessert manis, senyuman manis, muka owner manis, ayat pickup line nak mengurat pun manis. Tapi bila Ryan Fahrin (si mamat possesive yang mungkin juga pesakit bipolar) jejakkan kaki dekat kafe tu, misinya hanya satu. Menawan si Rose yang manis. Manis seperti honey. "You tak payah panggil I honey kut! Boleh je panggil Rose," - Rose "Sebab Rose terlalu mainstream," -Fahrin "Mana ada!" - Rose "Betul la. Ada Rosmah Mansor, Rosnah Mat Aris, Rosalinda Ayamo, and.. and... Mak Ros Kilauan Emas. See?" - Fahrin But everyone has the darkest past that should be hid forever, ey?
Seif Hayyaz ✔ by CikVelvet
CikVelvet
  • WpView
    Reads 543,300
  • WpVote
    Votes 17,939
  • WpPart
    Parts 73
"Untuk hatimu ku kan bertahan,sebentuk hati yang ku nantikan.." Menggantikan tempat adik kembarnya dalam hidup NurAnyz Syaheera bukanlah satu perkara yang mudah.Bagi Seif Hayyaz,itulah perkara yang paling sukar pernah terjadi dalam hidupnya. Bukan niat di hatinya untuk merampas tempat di hati NurAnyz namun sudah takdir yang mengatur begitu.Seif Haffaz menghembuskan nafas terakhir di usia muda dan perkara itu sukar untuk diterima oleh NurAnyz,isterinya yang juga merupakan bekas tunang kepada arwah adiknya itu suatu ketika dulu. Walaupun sudah lama pemergian Seif Haffaz,namun cinta di hati isterinya itu masih belum terkubur buat adiknya.Jadi apa gunanya dia sebagai seorang suami jika dia dianggap seperti orang asing di dalam rumah itu. Kebencian NurAnyz terhadap dirinya semakin bertambah apabila dia dituduh menjadi punca kematian Seif Haffaz. "Awak jangan nak tunjuk baik depan saya boleh tak? Kalau bukan sebab awak,Haffaz takkan mati!" - NurAnyz "Kenapa tak buka tudung? Bukan ada sesiapa pun dalam rumah ni?" - Seif Hayyaz "Awak ada,sebab tu lah saya pakai" -NurAnyz Siapalah dia untuk mengubah hati manusia,dia tak boleh nak paksa isterinya untuk jatuh cinta terhadapnya.Jadi dia perlu bersabar dan terus bersabar.Tapi sejauh mana kesabarannya boleh ditahan? Mampukah dia untuk menjaga amanah dari arwah adiknya untuk menjaga NurAnyz?
Cintai Aku. [ complete ] by mayangisnotmyname
mayangisnotmyname
  • WpView
    Reads 1,912,811
  • WpVote
    Votes 63,932
  • WpPart
    Parts 72
🌸 Previously known as DIA. 🌸 My First Romance Story. 🌸 100% completed. 🌸 No copy, no plagiarism. I'm watching you --- "Kalau kau nak tahu, hidup kau ni bawa malang. Kenapa kau tak mati je dari kecil?" Apalah nasib dibenci dan dicaci ibu kandung sendiri. Tak pernah dia minta untuk dilahirkan supaya dibenci. Bila fitnah menghentam diri, dihalau pula dari rumah dan diminta untuk tidak memunculkan wajahnya lagi. Mujur masih ada yang sudi menerima dirinya. Menumpang kasih sayang Hajah Ameena sekeluarga walau sedar siapa dirinya. Bertemu pula dengan Datin Mariam yang punya agenda sendiri. Dia mahu dan dia tekad ingin bermenantukan gadis polos dan lemah lembut untuk Rafique Iman. Namun tidak bagi Rafique Iman. Cintanya hanya untuk Nadine. Tiada siapa mampu menghalang. Tapi sayangnya pada Datin Mariam melebihi segalanya, ditunaikan juga hasrat mamanya yang satu itu. "Aku tak kisah kalau kau suka dekat aku, tapi aku takkan suka dekat kau even mama aku suka kau sangat-sangat. Ingat tu." - Rafique Iman. Tapi bila cinta mula berputik, menyatukan dua hati, mulalah tersingkap kebenaran yang membuatkan hati Nur Adra terluka dan kecewa. Lalu, dia pergi mencari ketenangan demi mengubat hati. Dan Nur Adra sedar yang dia memang tidak berhak untuk bahagia. --- Start; 16 January 2018. End; 19 December 2018
ROH by Melyn_Aristokra
Melyn_Aristokra
  • WpView
    Reads 23,960
  • WpVote
    Votes 1,497
  • WpPart
    Parts 9
Sambungan ketiga daripada kisah GILA dan MATI dah kembali!! Kisah ni pastinya Melyn akan garap dengan baik dan takkan menghampakan pembaca sekalian. Nama aku May. Aku antara ahli yang masih kekal dalam Kelab Deria Keenam. Korang mesti tahu yang Umairah dah mati dalam GILA dan Nazri kehilangan kuasa dalam MATI. Ini kisah budak-budak sixth sense yang akan selesaikan kes paranormal. Setiap roh akan terpisah dari jasadnya. Tapi, ada roh yang taknak terpisah dari dunia ni. Itulah jenis roh yang selalu kita nampak berlegar-legar di tempat gelap dan sunyi supaya dia dapat bersendirian. Kes terbaru, roh cikgu berubah dengan roh seorang kanak-kanak. Entahlah siapa punya kerja ni tapi motifnya ialah balas dendam. Lepas tu, kelihatan roh pelajar yang dah mati berjalan di sekitar koridor pada waktu tengah malam. Paling teruk, sekolah seakan-akan dikawal sepenuhnya oleh hantu pada waktu tengah malam. Pengawal sekuriti pun dah banyak kali mengatakan yang diorang dah berkali nampak roh tersebut. Kelab Deria Keenam telah ditugaskan untuk menghalau hantu dari sekolah kami tapi ia tidak semudah menghalau hantu Mak Tiha di hospital, kami perlu bertempur dengan sekumpulan hantu yang ganas dan menyeramkan.
MATI by Melyn_Aristokra
Melyn_Aristokra
  • WpView
    Reads 96,172
  • WpVote
    Votes 6,111
  • WpPart
    Parts 22
Mati. Tiada siapa boleh mengelakkan diri daripadanya. Alysia telah gagal dalam SPM dan berniat untuk membunuh diri. Namun apa yang diniatkan tidak berhasil dan muncul seorang wanita berjubah hitam muncul selepas insiden tersebut. Alysia seringkali melihat wanita itu dan merasakan dirinya tidak selamat. Dia memberitahu Kelab Deria Keenam mengenai kejadian itu. Satu hari wanita itu muncul di rumahnya tanpa dijemput. Siapakah wanita itu? Dapatkah ahli Kelab Deria Keenam membantunya? Semuanya dalam MATI(sekuel kepada cerita GILA) Highest Rank : #9(22/10/2016) Current Rank : #18 in Horror
GELAP by AdaHaris
AdaHaris
  • WpView
    Reads 49,767
  • WpVote
    Votes 2,804
  • WpPart
    Parts 27
Dendam bermula dari hati. Bila hati sakit dan tidak mampu menerima kenyataan, dendam hadir seperti penawar. Diikutkan hati sampai ia memakan diri. Sanggup menganiaya orang yang tidak bersalah hanya kerana sakit hati. Dia tidak tahu yang masa silamnya itu menimbulkan dendam yang amat dasyat di hati mereka. Dia tidak tahu bagaimana dendam itu bisa muncul dan akhirnya menghantui dirinya sendiri. Gelap mengisahkan dendam, persahabatan dan percintaan antara banyak hati yang terluka. Ikuti kisahnya di sini. #my first story here on wattpad
Hostel by LizzaHan
LizzaHan
  • WpView
    Reads 127,940
  • WpVote
    Votes 7,690
  • WpPart
    Parts 58
Terikat satu janji tersemat dalam hati . Welcome to SuAzHa Legacy. HOSTEL sebuah tempat yang tidak asing dengan pelbagai kisah mistik dan paranormal. Rmai yang menganggap ia hanya sebuah kisah yang ditokok tambah dan sekadar ilusi manusia semata-mata. Namun,jikalau sudah tertulis di dalam surah Al Baqarah mengenai mahkluk ini,adakah kita masih degil untuk mempercayai? Sehinggalah "ia" hadir mengahantui dan membuat huru hara dalam kehidupan pelajar Asrama Engku Puteri.