Lin
5 stories
Ramadhan Tiba (✔) by FiqAnNur
FiqAnNur
  • WpView
    Reads 158,939
  • WpVote
    Votes 7,460
  • WpPart
    Parts 26
Kisah Piah dan Abang Li bermula di bulan Ramadhan dan masih lagi berjalan sehingga ke hari ini.... Excerpt : "Abang Li baru je balik dari oversea. Jumpa Piah semula tak sampai sebulan pun lagi. Tup tup, keluar pantun empat kerat. Abang Li buang tabiat ke apa?" terus Piah menyembur. Tiada lagi tapisan kata. Pada Piah, Abang Li ini jenisnya terlampau berterus terang. Dan padanannya, Piah juga perlu bercakap tanpa belok-belok. Biar lurus saja semuanya. "It only takes a second to fall in love..." Tiba-tiba Abang Li bermadah Inggeris. Mulut Piah bergerak mengunyah angin. Cup cap cup cap bunyinya. Itu tanda Piah mula mahu diserang angin sawan. Piah cakap A, Abang Li pusing ke arah B. Ini lah masalahnya bila lulusan dalam negara berbual dengan lulusan luar negara! "Falsafah Abang Li tu, boleh ambil pergi buat kuih raya. Piah ni orang kampung. Tak faham semua ayat English tu." Abang Li ketawa. Makin membuat Piah berbulu. Orang tengah serius, dia boleh pula ketawa? Memang sah Si Ramadhan bin Azri ni...ada wayar putus!
Piah Di Hati Mr.Beku (Ready Stok )ebook Blh Dibeli Di Esentral  by azwari85
azwari85
  • WpView
    Reads 820,923
  • WpVote
    Votes 18,114
  • WpPart
    Parts 31
Piah Dan Mr.Beku Seorang ceria Seorang lagi dingin Piah yang sukakan sepupunya sejak kecil Walaupun Mr. Beku yang dingin, namun masih ada sifat melindungi diri Piah Seksa betul hati Piah mencintai dalam diam Dijodohkan dengan Mr.Beku atas sebab tertentu Bermulalah kehidupan Piah dalam hidup Mr.Beku Berjayakah Piah menawan hati Mr.Beku dan mencairkan hati Mr.Beku? Siapakah Piah dalam hati Mr.Beku? Isteri yang dicintai atau hanya untuk melindungi Piah? Start : 22 Ogos 2018 End : 15 September 2018
RAJUK KARINA by H4R33z
H4R33z
  • WpView
    Reads 274,045
  • WpVote
    Votes 5,677
  • WpPart
    Parts 14
C.I.N.T.A Kerana cinta pengorbanan dipersiakan. Kerana cinta dia melepaskan. Kerana cinta dia dimiliki. Perlukah dia mempertahankan cinta yang rapuh. Perlukah dia mengejar cinta yang semakin menjauhi. Dia mahu dicintai dan mencintai... Realiti berpijak pada bumi yang nyata. Langit tak sentiasa cerah, mendung di kemudian hari, mengharap pelangi indah selepas hujan menimpa bumi. Masihkah ada cinta untuknya...
PERGI TANPA ALASAN by hanifazuha
hanifazuha
  • WpView
    Reads 62,525
  • WpVote
    Votes 793
  • WpPart
    Parts 14
Rihana dan Hakim, dua nama dari dua dunia berbeza, ditemukan dalam kancah penuh dosa. Bagi Hakim, Rihana itu tidak ubah seperti pelacur kelas atasan. Bagi Rihana, Hakim itu sama saja dengan lelaki kaya raya yang harus dilayan untuk mengeluarkan duit dari poketnya. "Kahwin dengan I Rin, I'll pay you two million." - Hakim "Dua juta tidak cukup untuk membeli maruah I, Hakim"- Rihana Segalanya berubah apabila Rihana bertemu hidayah-Nya dan meninggalkan dunia kelam untuk berubah ke arah kebaikan. Hakim jadi panasaran mencari Rihana yang hilang. Bertemu kembali setelah enam bulan berlalu dan melihat Rihana yang 'baru', Hakim jadi sedar yang dia mahukan Rihana bukan kerana nafsu tetapi kerana rasa yang satu itu sudah meresap meracuni hatinya. Namun, melihat Rihana makin rapat dengan Ridzwan, jutawan muda yang tidak kurang kacaknya buatkan Hakim rasa tergugat. Biarpun Ridzwan itu teman baiknya, tidak bermakna Rihana juga harus menjadi teman baik lelaki itu. Bijaknya Hakim memerangkap telah mengikat Rihana dalam sebuah perkahwinan yang sangat rumit. Kerana Hakim itu sudah menjadi tunangan Nelly, Rihana harus menjadi isteri secara sembunyi. Namun, apa akan jadi bila kisah silam Rihana dibongkar dan dikorek hingga ke akar umbi? "Hakim, I rasa macam tak layak untuk you."- Rihana "Walau I harus mati kerana memilih you, I tetap akan pilih you." Hakim Kalau mati pun dia sanggup untuk Rihana, apalah sangat jika dia harus kehilangan seluruh hartanya demi wanita itu. Mampukah perkahwinan mereka bertahan bila hidup diuji kesusahan? Sanggupkah Hakim melepaskan Rihana ke tangan Ridzwan demi merungkai segala kerumitan? ~ Rin... your love is the only thing keeping me alive ~ Hakim
MENGUKIR BAHAGIA (New Version) by hanifazuha
hanifazuha
  • WpView
    Reads 70,389
  • WpVote
    Votes 1,967
  • WpPart
    Parts 13
Jika bahagia seorang suami bukan pada isterinya, di manakah letaknya bahagia itu?