Hermosa (OG)
Alxndr_R
- Leituras 1,142
- Votos 104
- Capítulos 8
"You wanna know who I'm in love with? Read the first word again." - Tengku Rayden Dylan
"Hermosa..?" - Alethea Lunara
"Yeah, it's you... my Hermosa." - Tengku Rayden Dylan
Tengku Rayden Dylan-lelaki berwajah tenang, bertubuh tegap dan bermata kelabu cerah-membawa imej dingin yang sukar didekati. Pewaris tunggal keluarga Drach yang dihormati, hidupnya selama ini hanya berputar sekitar tanggungjawab dan reputasi.
Namun segalanya berubah sejak kehadiran Alethea Lunara.
Luna, wanita muda berwibawa dengan empayar hartanahnya sendiri, tidak pernah mengimpikan kisah cinta. Dia hanya mahu berjaya, sendiri. Tapi hidupnya mula menjadi tidak tentu arah apabila syarikatnya terlibat dalam kolaborasi besar bersama Drach Group-dan secara langsung, dengan Tengku Rayden Dylan.
Bagi Luna, Rayden ialah lelaki yang dia cuba elak-dingin, menyakitkan hati, dan terlalu rumit untuk difahami. Namun setiap kali mereka bertemu, ada sesuatu tentang lelaki itu yang meruntuhkan tembok yang dibinanya. Dan setiap kali Rayden memandangnya, hanya satu nama yang terbit dari bibirnya-Hermosa.
Panggilan itu bukan sekadar gelaran manja. Ia adalah getar rasa. Ia adalah janji. Ia adalah rahsia hati yang selama ini terkurung.
"Why him? Why?" - Alethea Lunara
"What spell did you cast on me, Luna?" - Tengku Rayden Dylan
Semakin Luna mendekati lelaki ini, semakin banyak rahsia terbuka. Rahsia yang bukan hanya tentang Rayden... tapi juga tentang siapa dirinya yang sebenar.
Dan mungkin, takdir tidak mempertemukan mereka secara kebetulan.
Kerana di antara mereka-ada cinta yang tak terucap, ada luka yang belum sembuh, dan ada satu nama yang tak akan pernah berubah...
Hermosa.