raihanax_'s Reading List
100 stories
[C] Tengku Fareez Mikhael by qiskiyowo
qiskiyowo
  • WpView
    Reads 460,882
  • WpVote
    Votes 14,345
  • WpPart
    Parts 33
[1st Series] Tengku Fareez Mikhael Dania Melissa "kenapa kau suka tolong orang?" - Tengku Fareez "Simple, kalau saya nampak orang yang memerlukan bantuan then i'll help" - Dania Melissa "kalau aku nak mintak tolong kau, kau nak tolong?" - Tengku Fareez "Apa dia yang awak nak saya tolong?" - Dania Melissa "Tolong kahwin dengan aku" - Tengku Fareez "HAA???" awak dah gila ke?"- Dania Melissa Tengku Fareez Mikhael , dengar sahaja nama itu sudah membuatkan ramai gerun akannya termasuk staff staff di syarikat miliknya. Namun tidak bagi seorang gadis yang bernama Dania Melissa "Don't you dare to escape from me Dania" "I will make you to fall in love with me, sweetheart" Disebabkan satu masalah mereka disatukan tetapi mampukah perkahwinan paksa rela ini akan kekal selamanya atau sebaliknya? ALLERT‼️ (author just nak cakap this is my first story so mungkin ada beberapa kesalahan bahasa or cerita yang agak cringe) ENJOY! Impressive Ranking #1 sweetheart Impressive Ranking #2 Attractive Impressive Ranking #7 Romance Impressive Ranking #1 shortstory
RED SILENCE : QALEEF MIKAIL (OG - ON HOLD) by Anne_Dahlia
Anne_Dahlia
  • WpView
    Reads 6,366
  • WpVote
    Votes 279
  • WpPart
    Parts 24
Hi, it's my first ever stories. I write just for fun! To fill my quiet days after the usual 8-to-5 working hours. It's my little escape from reality. I hope those who read it can enjoy and I sincerely apologise for any typos or grammatical mistakes. This is purely fictional and not related to anyone. Semoga kisah Qaleef dan Ariana dapat ceriakan hari readers. Ariana, seorang senior journalist di Warta Dunia. Berhenti percaya cinta dan lelaki. Pengalaman first love untuknya tidak seindah seperti yang sering diperkatakan. Sebagai Journalist, dia terus gali dan menggali fakta dengan bertujuan menyampaikan kebenaran. Qaleef, seorang ketua Ahli Unit Khas - Phantom-11. Tegas dan dingin. Taat setia dan cinta telah diberikan pada negara. Semua berubah saat bertemu seorang gadis yang hampir merosakkan tugasan yang sedang dijalankan. Ada luka yang dipendam,ada trauma yang belum pulih. Dirinya takut untuk kehilangan. Pertemuan demi pertemuan di antara Qaleef dan Ariana hanya dipenuhi dengan perbalahan. Perbalahan demi perbalahan seperti tiada noktah. Takdir seakan berpihak untuk Qaleef, Ariana ditugaskan di bawah perlindungannya. Mungkinkah Ariana dapat menerima segala pembohongan Qaleef? Siapa juga yang menjadi gunting dalam lipatan dalam kehidupan mereka? Dia medan pertempuran darah, mampukah Qaleef mempertahankan insan-insan yang disayangi? Apa mungkin harus ada yang terkorban?
FAWWAZ : MAGICAL OF LOVE [C] by tyrastory_
tyrastory_
  • WpView
    Reads 1,623,943
  • WpVote
    Votes 64,982
  • WpPart
    Parts 77
Apabila Angel bertemu Devil, keadaan berubah serta merta. Fawwaz Naufal, seorang anak lelaki beragama Islam yang kuat agamanya ketika masih kanak-kanak namun dia berubah 100% selepas dia berpindah ke luar negara. Arak.. kelab.. bercumbu.. berpeluk.. itu adalah mainannya. Sudah bertahun-tahun terjerumus dalam dosa tanpa rasa bersalah. Sehinggalah suatu hari, dia bertemu semula dengan jirannya iaitu pengurus tahfiz sewaktu dia kecil dulu. Dan semuanya masih sama kerana dia masih tidak mengubah dirinya. Sampai la satu masa, dia terjumpa dengan seorang gadis yang mampu mengubah dirinya.. "Abang.. Fawwaz..." - Aleena Safeeya. "My angel.. apa khabar?" - Fawwaz Naufal Gadis itu adalah anak kepada pengurus tahfiz iaitu Haji Saqeef. Keadaan jadi berubah apabila hati Fawwaz mula terusik setelah berinteraksi semula dengan gadis itu. Mampukah Fawwaz mengubah dirinya demi cinta? Ataupun dia bakal menyerah kerana dia sudah terbiasa dengan kehidupan sosialnya? Masih ada banyak rahsia diantara Fawwaz dan Safeeya.. mampukah mereka berdua menyimpan rahsia mereka sendiri? Lightconflict, sweet, nakal dan kelakar. Harsh words, romance and sexy storyline. Mature content alert🚫 This story rating 18+🔞 No censor words or action. Read at your own risk✨ ⚠️DON'T PLAGIARISM⚠️ This story is my idea 100%. Don't copy my story. Just be yourself. Thank you.
Pengantin Buat Nelayan (COMPLETE) by saraimani99
saraimani99
  • WpView
    Reads 298,723
  • WpVote
    Votes 14,757
  • WpPart
    Parts 48
Pengantin Series: Book 1 Blurb: "Apa ni! Gelinya! Kau buta ke! Tak nampak ke aku tengah jalan!" -Mellisa Dayana Pertemuan pertama yang mencetuskan persepsi Mellisa Dayana, seorang artis terkenal terhadap Athif Najmi, nelayan kampung yang tiba-tiba muncul bersama tong ikan. Tanpa disangka, mereka bertemu lagi di perkampungan nelayan buat kesekian kalinya. Setiap kali bertemu, tentu ada isu yang menyakitkan hati masing-masing. Sampaikan suatu hari, kerana satu kejadian, hati Athif mula berbisik cinta. "Cik Mellisa tengah shooting ke? Cik berlakon sebagai duyung?" - Athif Najmi "Ya, encik nelayan. Kau dah rosakkan aku punya scene...." - Mellisa Dayana Antara artis terkenal dan nelayan, ada jurang yang sangat besar. Dengan status Mellisa yang telah bertunang, Athif tidak mampu berangam tinggi. Takdir atau ujian? Mellisa ditinggalkan di hari perkahwinan kerana fitnah di mana Mellisa ada hubungan sulit dengan Athif. Kerana sekeping gambar, segala yang Mellisa kecapi hilang begitu sahaja. Athif sanggup menggalas tanggungjawab dan menikahi Mellisa. Cuma, kebahagiaan tidak semudah yang disangka. Masih jauh perjalanan mereka.
Vow Of Hope by lavhmymy
lavhmymy
  • WpView
    Reads 731,188
  • WpVote
    Votes 28,130
  • WpPart
    Parts 78
[1st romance] Alice Dayana. Namanya secantik orangnya, namun kehidupannya jauh dari sempurna. Lahir dalam keluarga yang retak, dia hanya mampu menumpang kasih dari ibu tiri yang tidak pernah benar-benar menyayanginya. Dalam perjalanan hidup yang penuh liku, hadirnya Ray Qhalif, seorang lelaki tampan dan misteri, mengubah segalanya. Hubungan mereka yang bermula secara profesional perlahan-lahan bertukar menjadi sesuatu yang lebih bermakna. Cinta yang tidak dirancang. Namun, mampukah cinta itu menjadi penyelamat Alice? Adakah Ray sanggup menerima masa lalunya dan membawa dia keluar dari kehidupan yang selama ini menyeksakannya? Atau bahagia itu sekadar impian yang sukar digapai?
Takdirku Bukan Kita | SU | by _theeyne
_theeyne
  • WpView
    Reads 28,369
  • WpVote
    Votes 1,330
  • WpPart
    Parts 11
Rayna Zafrena - Mejar juruterbang taktikal EC725 TUDM. Pernah dipandang rendah kerana wajah dan perwatakannya yang berbeza, namun hari ini dia berdiri sebagai salah seorang juruterbang taktikal terbaik negara. Biarpun dibesarkan dalam keluarga yang jarang menyokong impiannya, ada satu-satunya abang di perbatasan yang menjadi sumber kekuatannya. Namun, di sebalik langit luas dan keberanian yang dipuji, Rayna menyimpan luka lama... luka bernama Raqeef Zayden. Dahulu pembuli di sekolah, kini Leftenan Kolonel PASKAU TUDM yang disegani kerana ketegasan dan kejayaannya dalam misi sulit. Takdir mempertemukan mereka kembali selepas 14 tahun-dalam sebuah operasi kritikal yang sepatutnya bukan Rayna yang mengetuai. Tetapi keadaan memaksa, dan dia terpaksa melangkah. Pertemuan pertama mereka tidak manis. Raqeef yang tidak mengenali Rayna dewasa, cepat menilai wanita itu sebagai keras dan tidak seperti wanita lain. Dia tidak tahu... Rayna adalah gadis yang pernah dia sakiti dahulu. Dari satu misi ke misi lain, perlahan-lahan Raqeef mula melihat sisi Rayna yang tak pernah dia sangka-tegas, cekal, berprinsip. Dan hatinya mula terusik. Tetapi bagi Rayna, lelaki cuma tertarik pada yang indah di mata... sehingga bosan, lalu pergi. Dia tidak mahu mengulang sejarah pahitnya. Ketika hatinya mula diuji, keluarganya pula mahu menjodohkannya dengan anak kenalan korporat. Dia menolak. Dalam masa yang sama, Raqeef meluahkan rasa. "Dua tahun... tunggu aku balik, kita kahwin." -Mejar Rayna Zafrena Rayna menerima tugasan di luar negara, menggenggam janji itu erat. Tetapi selepas dua tahun berlalu, dia pulang dengan satu keinginan-bertemu Raqeef semula. "Balik ni aku terus nak jumpa Raqeef." -Mejar Rayna Zafrena Namun berita yang menyambutnya menghentak jiwa. "Raqeef... hari ini dia nikah." -Kapten Alieya Natasya Dunia Rayna sekali lagi runtuh. Masihkah ada ruang untuk cinta yang tertangguh ini... atau segalanya sudah terlambat? PERINGATAN! - cerita ini mengandungi kata kasar!
Takdir terakhir kita [C]  by luving_belle
luving_belle
  • WpView
    Reads 785,656
  • WpVote
    Votes 39,673
  • WpPart
    Parts 68
Qaireen lahir dalam keluarga yang sepatutnya menjadi perlindungan, tetapi bagi dia, rumah itu tidak lebih dari sebuah neraka. Hinggalah satu hari, dia berjumpa dengan Aiden secara tidak sengaja apabila cuba untuk mencari ketenangan di kampung halaman. "Cik?" - Aiden Mikhail Lelaki itu bukan penyelamat yang Qaireen pernah terfikir untuk dia taruhkan harapan. Tapi entah kenapa lelaki itu menjadi satu-satunya tempat yang membuatkan dia rasa paling selamat. "Kenapa beli? Saya tak suruh pun..." - Qaireen Medina "Tak apa lah, Allah kan suka kalau kita mudahkan urusan orang lain. Kiranya aku mudahkan urusan kau dari kena cari ayam gunting kat kedai lain lah ni." - Aiden Mikhail ••••• start : 5 March 2025 end : 5 December 2025
Here With, Asyraf ©️ by azyvrins
azyvrins
  • WpView
    Reads 307,076
  • WpVote
    Votes 9,816
  • WpPart
    Parts 69
𝐍𝐚𝐮𝐫𝐚 𝐀𝐝𝐫𝐢𝐚𝐧𝐚 𝐱 𝐀𝐬𝐲𝐫𝐚𝐟 𝐙𝐚𝐡𝐫𝐚𝐧 'Percayalah' - AsyNaura's official anthem, performed by Afgan and Raisa. "𝘞𝘪𝘵𝘩𝘰𝘶𝘵 𝘩𝘦𝘴𝘪𝘵𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯, 𝘐'𝘮 𝘢𝘭𝘸𝘢𝘺𝘴 𝘩𝘦𝘳𝘦." Dia tidak minta diselamatkan. Dia hanya mahu difahami. NAURA ADRIANA, seorang wanita yang terbiasa berdiri sendiri, akhirnya bertemu lelaki yang tidak pernah meminta dia menjadi sempurna. ASYRAF ZAHRAN, hadir bukan sebagai penyelamat, tapi sebagai pelindung yang tahu diamnya penuh jeritan. Dalam dunia yang menyesakkan, kehadiran Asyraf jadi nadi dan sentiasa ada, tanpa ragu. Tapi mampukah cinta mengubat luka yang telah berakar sejak kecil? Mamat Kerek vs. Gangster Comel! Start : 3 May 2025 End : 9 July 2025 All right reserved, [©️-azyvrins]
C | Di atas Sejadah Panjang  by notafoxy
notafoxy
  • WpView
    Reads 153,612
  • WpVote
    Votes 5,509
  • WpPart
    Parts 40
"Kau cuma isteri aku atas kertas, Nawal," ujarnya, lirih tapi sinis, seakan berbicara dengan bayang di cermin. "Saya masih isteri abang yang sah," balas Nawal, nada bergetar, tapi tegas. Ayden berpaling tajam. "Jangan panggil aku abanglah!" jerkahnya, suara bergema menampar dinding bilik. "Aku tak ingat pun siapa kau." Nawal mengundur sedikit, terpegun. Ayden mara setapak ke hadapan, nadanya kini lebih dingin. "Kau... cuma kawan permainan aku masa kecil. Tak lebih dari tu." Sunyi sejenak. Kata-kata itu jatuh seperti belati yang menghiris hati Nawal. Air mata Nawal akhirnya mengalir deras, menitis ke pipi, memantul di lantai. Start: 19th August 2025 End: 31st August 2025
Rejuvenate Love [C] by EyaHanns
EyaHanns
  • WpView
    Reads 63,593
  • WpVote
    Votes 2,290
  • WpPart
    Parts 61
SINOPSIS Noah Khan - Seorang pemilik kafe dan doktor Psikologi yang berdedikasi, lelaki yang pada awalnya tidak mahu mencari pasangan hidup. Namun, takdir mengubahnya, dia menjadi seorang lelaki yang terluka kerana cinta manusia. Raja Hannah Eliana - Doktor pakar bedah dan bakal menjadi pemegang syarikat hospital empunya datuknya. Dia seorang yang berbakat, wanita penuh ego, keras hati, dan penuh rahsia. Cinta mereka bermula dari pertemuan tidak dirancang. Disulami ketawa, salah faham, dan janji-janji manis. Namun, cinta yang dibina akhirnya runtuh dek kesilapan, keangkuhan, dan ego masing-masing. Hannah menghilang tanpa jejak ke Perancis, meninggalkan Noah terkapai-kapai dalam luka dan kemarahan. Bertahun kemudian, takdir menemukan mereka semula. Noah kini tunangan Zeera, wanita yang pernah menjadi pengganti sementara dalam hidupnya. Hannah pula kembali, bukan untuk merayu cinta, tetapi untuk menebus dosa dan mungkin, mencintai semula dengan cara yang betul. Namun, cinta yang lama tak semudah itu kembali pulih. Tersimpan di sebalik mata Noah adalah benci yang berselindung di balik rindu. Sementara Hannah terpaksa berdepan dengan masa lalu yang menghantuinya, termasuk kisah pengorbanan Ishaan, lelaki yang menyelamatkannya dengan nyawa sendiri. Dugaan demi dugaan menguji mereka. Dari pertengkaran, fitnah, sehingga ke perpisahan yang hampir kekal. Tetapi apabila cinta itu benar, ia akan kembali dalam cara paling tidak terduga. Saat Noah akhirnya tahu kebenaran, dia sedar... dia tidak pernah berhenti mencintai Hannah. Dari kejatuhan, mereka bangkit. Dari luka, mereka membina harapan baru. "Rejuvenate Love" adalah kisah tentang bagaimana cinta sejati tidak pernah salah alamat. Ia hanya mengambil masa, air mata, dan keberanian untuk sampai ke takdirnya. Ia adalah tentang memaafkan, memilih semula, dan membina semula untuk cinta yang tidak pernah mati.