suggest
45 stories
Sekali Lagi Memiliki by MySerraa
MySerraa
  • WpView
    Reads 410,212
  • WpVote
    Votes 14,209
  • WpPart
    Parts 69
[ Book 8 ] Selepas kehilangan cinta pertama, hati kembali terbuka untuk menerima cinta baru apabila dia bertemu dengan seorang lelaki. Pertemuan mereka tidak dirancang, malah awal pertemuan mereka, mereka sering bertengkar disebabkan perselisihan faham. Pantang bertemu empat mata, pasti ada saja yang mahu digaduhkan. "Kau tak nampak ke aku tak suka kau?" -Fayyad Asyraf "Tuan ingat saya suka tuan? Saya berlipat kali ganda tak suka tuan." -Nur Asyrah Tiada siapa dapat menduga, daripada menjadi musuh, mereka boleh menjadi kawan sehingga menimbulkan perasaan sayang tanpa sedar. Namun, perasaan itu hanya dirasai oleh sebelah pihak sahaja. "Tahniah atas perkahwinan tuan dengan Umaira. Saya tumpang gembira." -Nur Asyrah Apa lagi yang boleh dia lakukan selain daripada mendoakan kebahagiaan rumahtangga lelaki yang dia cinta itu biarpun sakitnya tidak tertanggung. Bagaimana dia mahu menerima hakikat bahawa lelaki itu mengahwini sahabat baiknya? Jika dia tahu, lelaki yang sering disebut-sebut oleh Umaira adalah lelaki yang sama dia kenali, takkan mudah-mudah membiarkan hatinya jatuh cinta pada lelaki itu. Kini, bagaimana dia harus melalui hari-harinya selepas ini dengan hakikat itu? Mampukah dia reda dengan takdir Tuhan? Masih ada peluangkah untuk dia memiliki lelaki itu sebenar-benarnya?
Tempat Sempurna by Lollysnow
Lollysnow
  • WpView
    Reads 6,078,018
  • WpVote
    Votes 297,744
  • WpPart
    Parts 72
THAQIF | SAFA Mereka tidak pernah dekat lagikan mahu bercinta. Tidak! Tidak pernah terfikir dek akal Safa untuk bercinta dengan Thaqif, lelaki yang dianggap menjengkelkan. Bagi Safa, cinta pertamanya lebih indah dari kekayaan yang dia miliki sekarang. Dia bahkan berkali-kai dijodohkan dengan lelaki lain yang setaraf dengan dirinya tapi Adri tetap menjadi raja di hati tulus itu. Sehinggalah penjodohan bersama Thaqif berlaku. Puas Safa mencari alasan untuk menolak perjodohan itu tetapi kali ini dia kalah. Dan akur dengan segalanya. Ketahanan hatinya sudah patah. Dengan matanya sendiri dia melihat lelaki yang dia perjuangkan selama ini tidak layak menjadi raja di hatinya lagi. Jadi bagaimana dengan Thaqif? Adakah lelaki itu akan menjadi pengganti yang tepat? "Rilek Safa, sampai kita ada anak. Semuanya tamat!" - THAQIF "Kita cuma perlu ada anak untuk gantikan perkahwinan ni." - THAQIF Di mata Thaqif, perkahwinannya bersama Safa cuma satu tanda hubungan perniagaan keluarga mereka yang terikat ukuh. Mereka cuma perlukan anak untuk menggantikan perkahwinan itu, dan memastikan perniagaan keluarga mereka masih dalam perhubungan yang baik disebabkan anak yang akan dilahirkan kelak. *HAPPY ENDING and not a sad story*
What If We Love Again (Like We Used To) : Ghost Of You | TERBIT by moonlightlavh
moonlightlavh
  • WpView
    Reads 82,553
  • WpVote
    Votes 4,246
  • WpPart
    Parts 12
3rd Romance: What If Series Vol I. [ stand alone, terbit PBAKL2025 ] "Don't forget to include me..." Zarra dan Adriel, pernah hidup dalam kisah cinta yang sempurna. Atau sekurang-kurangnya, itulah yang mereka percaya. Namun, takdir dan ujian hidup telah meragut kebahagiaan mereka, meretakkan segalanya hingga hanya kepingan kenangan yang tersisa. Jurang mereka terlalu besar untuk dicamtumkan semula dan akhirnya... Zarra kehilangan satu-satunya cinta yang pernah dia miliki. Dan dengan itu, seluruh dunianya turut musnah. Sehingga sesuatu yang mustahil terjadi. Dia kembali. Satu hajat. Satu peluang. Satu cinta. Dan jika dia harus menggunakannya semua untuk lelaki itu, dia rela. Walaupun takdir cuba mengambil Adriel daripadanya, dia berjanji yang dia akan mencari jalan, tidak kira berapa kali dia harus melawan masa bahkan melawan dunia sekali pun. Tiba-tiba... Zarra diberi peluang kedua. Tetapi adakah peluang ini akan mengubah segalanya, atau hanya membawa mereka menuju pengakhiran yang sama? Dapatkah mereka mencintai sekali lagi apabila luka lama masih berbekas? Atau takdir hanya mahu menguji sejauh mana mereka sanggup berjuang. "Find me. Across the world or even through time, find me. Make me remember again. Save me, save us... because I can't." Takdir tidak pernah kejam. Hanya manusia yang sering lupa bagaimana untuk menerima takdir, dan dalam keengganan itu, mereka menjadi kejam terhadap diri sendiri. - Semenanjung Malaysia: RM34 Sabah/Sarawak: RM37 ⚠️ WIWLA Wattpad's Version is only for promotional purposes and is unedited version, it is not the same as physical novel.
[C] SUARA AKHIR MIKAEYL by syakinah_m
syakinah_m
  • WpView
    Reads 14,169
  • WpVote
    Votes 975
  • WpPart
    Parts 28
Sad Romance Senyum yang diukir itu cuma topeng yang hanya Mikaeyl pakai di hadapan Wardah, sahabat dan gadis yang begitu dia sayang. Agar gadis itu tidak sedih saat tahu akan kenyataan yang sebenar tentang dirinya. Sejak dulu, mereka sudah rapat. Memang rapat! Tapi Mikaeyl pindah, membuatkan Wardah kembali sunyi. Sampailah Mikaeyl kembali, perang sahabat kerap tercetus. Ya, mereka memang suka gaduh! "Hai pendek!" -Mikaeyl "Diamlah!" -Wardah Tapi gaduh-gaduh pun, sayang itu masih ada. Sehinggalah sesuatu terjadi kepada Mikaeyl yang membuatkan Wardah mengesyaki sesuatu. Mama, umi, babah dan Mikaeyl ada sorok sesuatu dekat dia ke? Wardah tumpas saat rahsia itu terbongkar. "Kenapa semua orang nak sorok ni daripada Wardah?!" -Wardah "Maafkan aku, Wardah." -Mikaeyl "Janji, kau takkan tinggalkan aku." -Wardah "Janji." -Mikaeyl start: 24/2/22 end: 24/2/22
The Boy Next Class [C] by nckmelur
nckmelur
  • WpView
    Reads 49,342
  • WpVote
    Votes 3,011
  • WpPart
    Parts 36
Segalanya bermula apabila Dahlia Qaisaraa menjumpai sekeping kad di dalam laci mejanya. Tanpa nama, tanpa sebarang petunjuk, hanya ungkapan cinta yang membuatkan dia meluat. Siapa pula yang mamai tiba-tiba bagi dia surat cinta bagai ni? ❝ If I had a flower for every time I thought of you, I could walk in my garden forever. Nice to meet you, My Flower.❞ Ditambah pula pening kepalanya dengan Aryan Haqiem, top student dari kelas sebelah yang sering mahu menyakitkan hatinya. Namun siapa sangka perasaannya dapat berubah sekelip mata. ❝ You don't look at your friends that way. ❞ Kedua-duanya menidakkan perasaan sendiri. Dan apabila sudah meluahkan perasaan yang terbuku di hati, takdir pula memisahkan mereka. Semuanya bagaikan tidak merestui mereka. Ataupun memang takdir tidak tertulis untuk mereka bersama? Di sebalik semua kekeliruan perasaan antara mereka, nasib malang sering menimpa Qaisaraa. Namun, betulkah semuanya sekadar nasibnya? Ataupun ada seseorang yang sedang merancang kejatuhannya? ❝ Sometimes your biggest enemy is the one that smile brightly in front of your face. ❞
See You In A Bit [ TERBIT ] by moonlightlavh
moonlightlavh
  • WpView
    Reads 1,005,067
  • WpVote
    Votes 13,677
  • WpPart
    Parts 13
TERBIT DI BAWAH RUMAH PENERBITAN FAJAR PAKEER | Known as Ian Rizqash's. 2nd Romance Betulkah cinta setia itu wujud? Hari saja Tuhan hadirkan siang berganti malam. Jadi apa jaminan seorang manusia tidak boleh berubah hati dalam sekelip mata? Mencari pasangan hidup tidak pernah terlintas di benak fikiran seorang Izara Medina kerana dia tidak pernah percayakan lelaki. Bagi dia, lelaki akan terus mencari yang baru bila sang pemilik hati sudah tiada. Dari masa lalu, dia trauma apa yang berlaku. Sejak dari itu dia tidak mahu lagi percaya dengan cinta. Tapi... kenapa dia terjebak dengan lelaki itu? Rimas. Tak suka dan... Gila! Mana mungkin dia jatuh hati dengan lelaki yang rata-rata dia tidak kenal siapa. Ada saja perkara yang buatkan Izara mencari punca untuk bergaduh dengan Ian Rizqash. "Aku tak ada buat beberapa minggu. Jaga diri kau." - IAN RIZQASH "Pergilah. Tak nak balik pun tak apa, lagi bagus." - IZARA MEDINA Dia tidak pernah mengambil tahu tentang lelaki itu. Ke mana dia pergi, dengan siapa ataupun kerjayanya. Bagi Izara, semua itu tidak penting. Namun ada sesuatu tentang Ian yang buatkan dia mula curiga. Lelaki itu... Dia seperti lebih mengenali Izara dari diri dia sendiri. Siapa sebenarnya Ian Rizqash? Di saat Izara Medina berteka-teki, di saat itulah Ian Rizqash memulakan permainannya. "Kenapa you nak kahwin dengan I?" - IZARA MEDINA "I can't answer you that. Our conversation ends here." - IAN RIZQASH Di saat dua insan berperang merasa detak bahasa cinta, khabar duka datang tanpa dipinta. Kisah kita dimulai dengan indah. Namun berakhir tanpa kata selesai kerana cinta sejati sudah diletakkan noktah daripada Tuhan. "Leaving you would be my last option in life." --- Preorder bermula 24.5.2024, 12:00 a.m. Semenanjung Malaysia: RM30 Sabah/Sarawak: RM33 ⚠️ wattpad is unedited version, not the same as physical novel.
Inara Amanda | C by ainelaaa
ainelaaa
  • WpView
    Reads 431,990
  • WpVote
    Votes 19,530
  • WpPart
    Parts 56
↳ KARYA KEDUA Inara Amanda adalah wanita yang memendam perasaan terhadap seorang jejaka buat bertahun-tahunnya. Kewujudannya tidak pernah disedari oleh lelaki tersebut sehinggalah.. "Hi! Nama siapa? Nak berkenalan boleh?" - AIDEEN Detik yang dilalui bagaikan mimpi sehinggakan dia selalu berharap agar dia tidak terjaga dari mimpi yang indah ini. Hari demi hari, layanan Aideen terhadap dirinya menguatkan lagi rasa cinta meskipun dia tidak meletakkan harapan yang tinggi agar Aideen turut membalas perasaannya. Satu kenyataan terbongkar, merobek jiwanya. Air mata jatuh tanpa diseka tetapi lelaki itu seolah-olah bangga dengan apa yang dibuat. "Awak tipu saya Aideen.." - INARA "Apa yang jadi dekat awak dah tak ada kaitan dengan saya." - AIDEEN Sakit. Itu yang dia rasakan apabila dikhianati sehingga dia rasa, mencintai Aideen adalah satu kesilapan yang terbesar dia pernah buat dalam hidup. Saban hari, dia mencuba untuk melupakan lelaki tersebut tetapi entah mengapa begitu sukar sekali. Muncul pula orang lain, menagih kasih yang bertapa di hati. Muncul pula Aideen, menuntut kemaafan, menyesali apa yang telah terjadi. "Saya minta maaf Ara. Saya menyesal.." - AIDEEN Lelah dia mencuba. Namun entah mengapa rasa benci tidak pernah singgah dalam diri. Rasa cinta dan sayang ternyata tidak pernah terhakis dalam diri buat jejaka bernama Aideen Haidar. "Awak kejam Aideen. Sepatutnya saya benci awak tapi mengapa rasa benci tu tak pernah singgah walaupun sesaat meskipun dah banyak kali saya cuba?" - INARA Akhirnya, ikatan terjalin. Namun, alur hidupnya tak selalu indah. Satu persatu dugaan mula datang menghentam diri menyebabkan pengorbanan terpaksa dilakukan yang akhirnya hanya melukakan dua hati dek kerana ingin menyelamatkan dua jiwa. "Saya sanggup buat apa saja asalkan awak berhenti ganggu diorang..." - INARA "Leave him and be with me." - ? Inara dan Aideen, tunduk pada takdir. Sama ada takdir yang mempunyai penamat yang diinginkan ataupun sebaliknya.
Bukan Cinderella by Lollysnow
Lollysnow
  • WpView
    Reads 2,710,908
  • WpVote
    Votes 165,495
  • WpPart
    Parts 54
(COMPLETED) Hidup tak seindah kisah dongeng si Cinderella yang sanggup diseksa si ibu tiri dan kakak tiri sehingga putera raja datang menyarung kasut kaca. Ups! Dia tidak memerlukan putera untuk akhiri penderitaanya. Dia sendiri boleh melakukanya. Jika Cinderella di kisah dongeng rela menyiapkan baju untuk kakaknya ke majlis putera raja. Maka dia menjadi orang yang akan mengoyakkan baju itu. Ini sumpahanya. Tidak akan sesekali berlaku baik pada mereka yang sudah melenyapkan kebahagiaanya. Lily yang dahulunya polos lenyap bersama kematian ibunya. Baginya Lily yang dahulu telah pergi dibawa derita yang dia alami menanggung rasa dendam dan iri. Seperti kata perpatah, orang berbudi kita berbahasa. Sekali dia disakiti, lebih yang akan mereka rasa.
Luka Yang Kurindu by missnadddd
missnadddd
  • WpView
    Reads 181,837
  • WpVote
    Votes 5,391
  • WpPart
    Parts 77
AAYAN FARHAN X QAISARA AMANI Mereka merupakan sahabat dari bangku sekolah lagi . AAYAN FARHAN - Aku suka akan Ariana. Aku betul-betul nak jadikan dia satu-satunya buat aku . Kau tolong aku pikat Ariana ye? QAISARA AMANI - Dia terluka . Lelaki yang selama ini dia cintai , mencintai wanita yang lain . Setelah Aayan bersama dengan Ariana , dia sudah jarang bertemu dengan Qaisara. Qaisara terkilan . Mana janji lelaki itu untuk sentiasa bersamanya. Qaisara makin terluka apabila mengetahui Aayan ingin segera menghalalkan Ariana . Dia pasrah . Mungkin ini jalan takdir cintanya. Tragedi terjadi apabila Ariana lari pada hari perkahwinan mereka . Qaisara buntu untuk mencari Ariana di mana . Puan Melisa , mama Aayan meminta Qaisara untuk menggantikan tempat Ariana . Bagaimana kisah hidup mereka berdua selepas bernikah? Adakah mereka akan bahagia? Atau pun sebaliknya? Apakah punca Ariana lari? Benarkah lelaki dan perempuan tidak boleh menjadi sahabat kerana takut salah satunya akan menyimpan perasaan pada seseorang itu?
Cinta Dalam Diam [TERBIT] by Shieyruna
Shieyruna
  • WpView
    Reads 3,985,110
  • WpVote
    Votes 43,076
  • WpPart
    Parts 20
📌 TERBITAN ANAASA PUBLICATION Sejak pertemuan pertama sudah menjentik hati Syed Haiqal tanpa dia sedar. Hati yang tertutup dibuka semula untuk Awina Aleeya yang tiba-tiba jadi calon jodoh yang tidak disangka. "Sampai hati lupa nama boyfriend olok-olok awak ni." - Syed Haiqal. Awina Aleeya pula entah bagaimana boleh terikat menjadi milik Syed Haiqal. Menerima lelaki itu sebagai suami tanpa alasan kukuh hatta rasa cinta. Yang dia tahu Haiqal sangat menjengkelkan. "Mengada nak panggil abang. Awak tu tua tujuh tahun daripada saya. Elok panggil pakcik je. Dengan misai jambang semua tu..." Namun hari demi hari, Awina Aleeya semakin jatuh dengan usikkan dan layanan Haiqal yang terkadang membuai hatinya. Dan bila kedua hati mula bersemi, ada yang datang kembali untuk menuntut kebahagiaannya bersama Syed Haiqal. Maira Annisa tidak akan berdiam diri. Syed Haiqal menolak kehadirannya dan tidak mahu beri peluang kedua. Maka akan dia pastikan hubungan itu sehancur yang mungkin. COMPLETE : 3 AUG 2016 H A K C I P T A T E R P E L I H A R A Kau COPY Kau BANGANG! Best Achievements : #23 in Romance #22 in Romance #18 in Romance #8 in Romance #7 in Romance #2 in Romance