linah_pindik's Reading List
32 stories
C | Love, Ariq Farhan by viepixxa
viepixxa
  • WpView
    Reads 682,864
  • WpVote
    Votes 48,455
  • WpPart
    Parts 62
2ND LOVE SERIES BY VIEPIXXA Pertemuan semula selepas 10 tahun menimbulkan perasaan bercampur baur dalam diri Ariq. Banyak perkara pelik mula berlaku sejak kemunculan semula Qisya. "Kalau tahu tak reti masak, kenapa ikut pertandingan ni? Sebab kau nak jumpa aku kan?" -ARIQ FARHAN "Haah sebab aku nak pikat kau dengan masakan aku!" -QISYA RIHANA Hubungan mereka semakin rapat sehingga mereka memilih untuk berkahwin. Meskipun Qisya kuat berahsia dan suka menipu Ariq, Ariq tetap menerima isterinya itu seadanya. Ketika rumah tangga terasa indah, kebenaran mula terbongkar satu persatu yang mengakibatkan rumah tangga mereka retak. Kepercayaan Ariq terhadap Qisya mula hancur. "Izinkan aku jadi isteri yang baik untuk kau sebelum kita berpisah." -QISYA RIHANA Penyesalan dirasakan oleh si isteri namun dia terlambat. Lalu, benarkah perpisahan adalah pilihan terbaik untuk mereka berdua? DILARANG PLAGIAT! All Rights Reserved © viepixxa
Hanya Dia !  by TiyaBella
TiyaBella
  • WpView
    Reads 2,604,239
  • WpVote
    Votes 64,251
  • WpPart
    Parts 89
Dua hati disatukan tanpa ikatan cinta. Bukan paksaan keluarga. Bukan kerelaan hati. Tengku Ammar Mukhriz mengahwini Nur Rania Erynna tanpa mengenal isi hati & perwatakan wanita itu. " mummy..ni la bakal isteri riz.. " - Tengku Ammar Mukhriz. Tanpa sempat mulut Nur Rania Erynna menjelaskan segala-galanya. Muncul pula keluarganya seolah-olah mengiyakan kata-kata Tengku Ammar Mukhriz. Saat cinta sudah mula berpaut dihati. Muncul pula kekasih hati Nur Rania Erynna yang ingin merebut semula cintanya. Highest ranking #62 in romance
The Mysterious Guy : Arrian (Hiatus)  by Sera-Raizel
Sera-Raizel
  • WpView
    Reads 3,793
  • WpVote
    Votes 655
  • WpPart
    Parts 26
Mysterious /mɪˈstɪərɪəs/ difficult or impossible to understand, explain, or identify. ••••• He's a guy, full with mystery. Tiada siapa yang sudi berkawan dengannya kerana sifatnya yang dikatakan sombong kecuali... "Nama aku Harraz. Syed Harraz Rafiqi bin Syed Afizal. Panggil aku Raz." Tidak diketahui asbab Harraz mahu berkawan dengannya tetapi dia terima salam persahabatan itu. Kerana masa silam yang buruk, dia jadi takut dengan perempuan. Kata Harraz, dia akan bantu Rian atasi trauma itu. Caranya adalah dengan memperkenalkan kawan perempuannya kepada Rian. "Aku Helina Najlaa. Boleh panggil El. Harraz's one and only girl friend." Kalau dengan perempuan lain, bila berdiri sebelah menyebelah saja sudah boleh buat dia terkena panic attack. Tapi dengan El, dia rasa lain. Dia rasa berdebar, tapi bukan berdebar yang 'menyakitkan' dia. Cinta? Heh, benda paling kelakar pernah berlaku dalam hidup seorang Arrian. Dia masih sedar diri. Perkara itu masih menghantui dirinya dan dia tak mahu ulang silap yang sama. Kesalahan harus ditebus dan dia reda dengan takdir hidupnya. ••••• "Don't hold me my dear cause I'm falling back down." ••••• "Aku tak sangka kau tipu aku. Kau tipu aku hidup-hidup selama ni. Kau khianati persahabatan kita!" ••••• "It's too late.. but thanks for everything." ••••• Warning ⚠️ -Mungkin ada typo yang aku tak perasan. -I'm not very fluent in English, jadi grammatical error mungkin ada. -JANGAN COPY KARYA AKU. Start : 15/03/2021 End : -- Status : On going Beautiful cover from: cikucing_ ❤️ © SeraRaizel_
AIDAN - Mia Cara, Mikayla by CutyLyn123
CutyLyn123
  • WpView
    Reads 393,438
  • WpVote
    Votes 32,057
  • WpPart
    Parts 69
Aidan Qayyum yang membawa makna kepada lelaki yang bersemangat kekal abadi. Sikapnya yang cenderung kepada pelindung dan penyayang membuatkan ramai yang senang dengan kehadirannya tetapi tiada siapa pun yang berani untuk mencabar amarahnya kerana Aidan boleh menjadi seperti singa yang cukup berbahaya. Sudah tentunya, Victor iaitu sebagai 'master mind' ataupun ketua mereka cukup takut kehilangan seorang Aidan. Lantaran itu, Victor membuat beberapa syarat agar Aidan tak mampu melangkah pergi daripada tugas assassin. Meskipun begitu, kehadiran Mikayla mengubah hidup Aidan. Larangan Victor satu persatu Aidan langgar secara 'lembut'. "Tinggalkan Aidan. Perempuan lembik seperti kau tak layak untuk Aidan" - Victor Arland Ada gunting dalam lipatan yang memainkan peranan untuk menyingkirkan Mikayla dan mendapatkan Aidan untuk menjadi miliknya semula. Namun, Aidan ialah seorang lelaki yang cukup dengan seorang perempuan. Kisah cinta Aidan dan Mikayla mula terhalang apabila Aidan menyatakan hasrat untuk bebas daripada terus bergelumang dengan pekerjaan membunuh itu. Namun, Aidan bagai digari dan Mikayla diugut secara diam - diam. "Laksanakan tugas yang aku berikan kepada kau atau Aidan akan mati dihadapan mata kau. Pilih, Airis Mikayla" - Victor Arland "Aku akan buat" - Airis Mikayla Setiap larangan Aidan bukanlah secara membabi buta. Malahan, Aidan sudah tahu kesan yang akan terjadi sekiranya pilihan yang dipilih bertentangan dengan kemahuannya. Begitu jugalah Mikayla yang terjerut di dalam alam perkahwinan kerana Mikayla perlu melaksanakan tugas yang diberikan oleh Victor. "Lupakan tugas kau, Mika. Lelaki itu cintakan kau dan dia akan jaga kau lebih baik daripada aku" - Aidan Qayyum Apakah penghujung kisah buat mereka? Adakah secebis kebahagiaan berpihak kepada Sang Pelindung ataupun sebaliknya? ---- Amaran: Penyakit meroyan akan tiba lepas baca cerita ni! ---- Start; 23/4/2020 End; 30/4/2021 --- Precious Cover by @ella
He's The Headhunter [In Editing]  by _Delisha_
_Delisha_
  • WpView
    Reads 656,628
  • WpVote
    Votes 28,856
  • WpPart
    Parts 48
BOOK ONE - HEADHUNTER SERIES Aeric Norvin Clayford, Jejaka tampan dan jutawan. Mana-mana perempuan akan cair melihat wajahnya. Namun begitu, jejaka itu bukan orang biasa tapi sangat berbahaya kerana dia merupakan pembunuh. Helang yang selalu mencari mangsanya. Dia, headhunter bagi The Mafia Knight. "Shoot. Right in your head and die.", Aeric tersenyum sinis. Musuh dia pasti rebah setiap kali Sniper itu berada bersamanya. Jangan sesekali-kali mencari masalah dengannya apatah lagi ahli-ahli Mafia Knight itu. Memang lu tempah maut la kalau gitu. Hidup jejaka yang membujang sahaja disebabkan lebih memikirkan kerjanya mula berubah apabila muncul seorang gadis. "Awak nak tak kahwin dengan saya?", Emma Edriana. What !? Gadis yang tiba-tiba muncul dalam hidup dia. Emma yang telah jatuh cinta pada pandangan pertama apabila berjumpa dengan Aeric. Gadis itu tak kenal erti berputus asa dan di tambah lagi dengan perangai yang tak tahu malu itu. Saja ngabar. Aeric tidak ambil peduli sangat akan gadis itu. Tapi takdir selalu menemukan mereka. Hati dia tercuit setiap kali bersama gadis itu. "Kau siapa sebenarnya?", Fraser Welby Marshell. Salah satu alih tertinggi di Mafia Knight. Aeric turut merasakan ada sesuatu yang disorokan oleh gadis itu. Hinggalah Aeric dapat tahu yang..... Apakah yang disorokan oleh Emma? Bagaimanakah kisah percintaan mereka? P/S: Mengandungi kata-kata kesat yang tak seharusnya dicontohi. ✴️ Kesalahan ejaan ataupun tatabahasa sila jangan ambil peduli. ✴️ Tolong jangan plagiat hasil Karya saya ‼️
Widow and the Boss 🧔👱‍♀️ by vongraceijien
vongraceijien
  • WpView
    Reads 72,824
  • WpVote
    Votes 3,029
  • WpPart
    Parts 27
I'jien Gracevon@copyright protected ©2019/2020 Genre : Romance, Comedy, Drama Lang : Malay, English _ cerita ini hanya rekaan penulis. Jika ada persamaan dengan hidup anda, saya minta maaf. Tq _ _ EIRINE SWAN @ EPING ialah seorang balu yang telah kematian suami sejak 3 tahun lalu. Dia wanita yang suka hidup berdikari tanpa bantuan sesiapa. Sejak suaminya meninggal dunia, dia tidak pernah lagi menjalinkan hubungan dengan sesiapa kerana niat untuk mendirikan rumahtangga yang kedua tidak pernah terlintas di fikirannya. Namun semuanya berubah apabila majikannya, puan Sierra iaitu seorang doktor dan juga pemilik farmasi tempat dia bekerja telah meminta pertolongannya untuk menjaga abang kembarnya yang sakit. Atas dasar prihatin dan simpati kepada puan SIERRA MATTHEW, Eping akur untuk menjaga abang kembar puan Sierra yang bernama MARK MATTHEW. _MARK MATTHEW ialah waris dan pengusaha sebuah kilang pembuatan kenderaan mewah bertaraf tinggi di negara ****** menggantikan mendiang bapanya. Dia seorang yang sangat suka bersendirian ketika berada di rumahnya tetapi tegas ketika menguruskan perniagaannya. Walaupun usianya telah menjangkau 40 tahun, tapi dia masih membujang dan tidak pernah menjalinkan hubungan dengan wanita-wanita apatah lagi ingin beristeri. _Pertemuan di antara EPING dan MARK yang tidak disengajakan ini telah mewujudkan perasaan sayang, rindu dan cinta tanpa mereka sedari disebalik persengketaan kecil yang sering kali terjadi. Ingin tahu kisah humor ini dengan lebih lanjut? Silakan membaca dan sabar menanti update dari saya, I'jien Gracevon. Tq.
HURT by BuahhatiJP
BuahhatiJP
  • WpView
    Reads 1,158
  • WpVote
    Votes 88
  • WpPart
    Parts 1
Coming soon gais😍 Tajuk: HURT Cerita Asal : SOMEONE (DIRAHSIAKAN) Diubahsuai : Nazira Raffie Sinopsis #HURTSINOPSIS Amel, anak tunggal yang hidup sederhana dengan ibu bapa yang kerja sederhana. Dia membesar tidak seperti kanak-kanak lain kerana dia anak sulung yang mempunyai kisah tragis sejak mula lahir hingga ke nafas terakhirnya. Cinta, kasih sayang, benci, nafsu serakah, penghinaan, pengkhianatan menjadi teman dia sepanjang hidupnya. Kesilapan demi kesilapan yang dia lakukan seakan hukuman tidak adil bagi dirinya. Dia tidak minta untuk di puja, cukuplah sekadar dia di sayangi... Kisahnya bukan untuk di jajah untuk meraih simpati atau membuka aib. Cukuplah sekadar untuk tatapan dan pengajaran buat insan-insan lain... *Ramai bah yang hantar saya kisah hidup diorang. Tapi masalahnya banyak cerita tidak lengkap. Cerita yang ini, lama sudah saya dapat. Kalau ikut chat kami dari hujung tahun 2017 lagi. Cerita dari awal saya memang nda faham tambahan si dia putus-putus berhubung sama saya. Baru-baru juga kami berchat balik dan dia sambung balik cerita atau kisah hidup seseorang yang sangat penting untuk dia. Janganlah tanya saya apa kaitan si pencerita sama watak utama dalam ni cerita. Itu rahsia diorang. Biarlah cerita ni jadi pengajaran dan pedoman untuk kita semua. Saya mahu buat cerita ni sebab saya tertarik dengan kisah hidup yang sangat-sangat tragis watak utama. Sampaikan saya terbawa dalam mimpi apa yang dia lalui. Kalau saya di tempat dia, saya nda akan dapat bertahan hidup... Seperti selalunya, saya minta tolong jangan COPY PASTE cerita-cerita saya tanpa kebenaran saya. Walaupun ni kisah hidup orang lain, jangan ada yang ambil kesempatan kama... Peringatan juga, saya ada ubah suai nama, tempat dan beberapa babak dari cerita asal si pencerita dengan izin dia. Jadi kamu baca sajalah...
Seindah Akad Kedua (Tajuk Asal : Cinta kedua) by LilyRose593
LilyRose593
  • WpView
    Reads 106,800
  • WpVote
    Votes 1,797
  • WpPart
    Parts 17
Rank 1 #sabahanstory (28 september 2019) IRDINA RAHAYU tak pernah menyangka cinta pertamanya membuatkan dia terjerat dalam kancah derita. Dia memberi harapan terlalu tinggi buat Tengku Aiman Firash, sehingga akhirnya lelaki itu meninggalkan Ayu di hari pernikahannya. Paling parah, Ayu sedang mengandungkan anak Firash! Firash hilang tanpa jejak. Ayu jadi buntu! Dihalau dari apartment milik Firash, dianiaya oleh sahabat sendiri. Yang paling parah, tunang sebenar kepada Firash sendiri datang menghuru-harakan hidup Ayu sehingga hampir mati! Di saat nyawa Ayu di ambang maut, dia dipertemukan dengan Emiir Haiqal. EMIIR - Si duda yang dulunya PERNAH berjaya dalam hidupnya. Hanya kerana tersilap langkah, kariernya menjunam. Hanya kerana sifat pemarah dalam diri, bekas isteri menuntut penceraian. Di saat hidupnya mula membaik dan bekas isterinya "hampir" kembali kepadanya, dia dipertemukan dengan gadis yang asing dalam keadaan yang begitu menyedihkan. Lebih parah, gara-gara Nek Piah yang masih berdendam dengan bekas isteri Emiir, Emiir "terjerat" untuk menikahi Ayu. Memikirkan nasib anak yang dikandung, aib yang dia terpaksa tanggung gara-gara tertangkap basah dengan Emiir, mahu tak mahu terpaksa juga Ayu terima permintaan Nek Piah untuk bernikah dengan Emiir. "Kau jangan ingat aku nak sangat kahwin dengan kau. Aku terpaksa, tapi sebab nenek! Lepas kau lahirkan anak kau, kita takkan ada apa-apa hubungan atas kertas lagi. Aku cuma sayangkan Zara. Bukan Ayu!" - Emiir. "Abang janji nak nikah semula dengan Zara. But how could you did this to me?!" - ZARA. "Ash nak tuntut semula hak Ash! Ash nak tuntut semula Yusuf! Dia anak Ash!" - FIRASH. Semakin banyak konflik yang terjadi, semakin banyak rahsia lama tentang Ayu yang terbongkar! Dalam diam, lahir 'cinta kedua' antara Emiir dan Ayu yang tak pernah terungkap. Mampukah keduanya mempertahankannya di saat Zara menagih kembali kasih Emiir, dan Firash merayu mahukan Ayu dan Yusuf kembali?
Dia Gadis Mafia Cinta by chemeyhell
chemeyhell
  • WpView
    Reads 103,970
  • WpVote
    Votes 2,920
  • WpPart
    Parts 22
"WOII Jalan tu lain kali tengok depan jangan mata letak kat lutut tu" jerkah nya ke arah ku Amboiii tak padan muka handsome tapi takde budi bahasa betul lelaki ni kang aku sunat kau sekali lagi baru kau tau "Errr I'm S.. Sorry " agak gagak juga aku apabila berkata sambil menunduk kearah bawah Lepas meminta maaf aku cepat-cepat berlalu tanpa melihat wajah nya takut Wehh macam nak makan aku jer ....... slow update