On going
5 stories
IF I NEVER LOVE YOU ✔ by arynlxa
IF I NEVER LOVE YOU ✔
arynlxa
  • Reads 1,446,961
  • Votes 63,954
  • Parts 57
SYED ZARIF IZZHAN jatuh cinta pandang pertama kepada NUHA QISRINA, adik kembar NURA QISTINA. Dia sanggup merendahkan egonya untuk meminta bantuan daripada NURA QISTINA untuk menawan hati NUHA QISRINA. Tapi dia tidak tahu ada yang lebih mencintainya. Lebih dari dia mencintai NUHA QISRINA. NURA QISTINA hidup dengan bahagia sebelum datangnya NUHA QISRINA. Secara perlahan, orang yang disayangi menjauh darinya. Dia kini seperti barang yang digunakan untuk kebahagiaan orang lain. Untuk kebahagiaan orang yang disayanginya, kebahagiaannya sendiri terkorban. Hadirnya si jejaka dalam hidupnya mengubah segalanya. Jejaka itulah pembakar semangatnya sekarang. Jejaka itulah yang sentiasa membuatnya berasa disayangi. Jejaka itu menyayanginya lebih dari sesiapa. Tapi siapalah dia untuk mencintai dua jejaka dalam satu masa. Memang betul dia meyayangi jejaka itu. Tapi hanya sebagai seorang kawan yang baik. Ini kerana hati dan cintanya milik orang lain. Pada masa yang sama, SYED ZARIF IZZHAN yang dulunya terkejarkan NUHA QISRINA mula menyedari perasaannya yang sebenar. NUHA QISRINA bukanlah cinta sebenar yang dicarinya. Ternyata, jauh di lubuk hatinya mencintai orang yang selama ini dekat dengannya. Namun begitu, semuanya terlambat. Dia sudah menyakiti hati gadis itu. Dia membuatkan gadis itu menjauhinya. Dia telah membuatkan gadis itu membenci dirinya. "I need your help." "Aku akan rampas semuanya dari kau." "Aku akan sentiasa ada dengan kau." "Sekali aku benci, aku akan benci kau sampai bila-bila." "IF I NEVER LOVE YOU.." •••••••• {RANKING} #71 in Teen Fiction (29/6/18) #67 in Teen Fiction (2/7/18) #53 in Teen Fiction (5/7/18) #1 in Twin (11/7/18)
Creepy Story by Rian_hans
Creepy Story
Rian_hans
  • Reads 4,119
  • Votes 480
  • Parts 17
-Horror-Short story- Kau rasa kau berani bacalah story ni. 1)Cerita pengalaman orang 2)Cerita rekaan 3)Cerita urban legend 4)Cerita psycho, killer 5)Cerita Misteri/Aneh 6)Copy paste story 'etc' Setiap part akan disertakan dengan gambar. Pastikan anda mendownloadnya! Pictures credit to google√ Recommended: Baca pada waktu malam untuk dapatkan suasana yang lebih seram. Pastikan bersendirian Start~6 Disember 2017 End~? Still working on it Hope you can support my work! Warning : May contain some of mature story
Queenka Jalan Tiga..#Wattys2017 by faraiezah
Queenka Jalan Tiga..#Wattys2017
faraiezah
  • Reads 81,171
  • Votes 3,762
  • Parts 46
Kira Qaisarah ialah anak kepada bekas ketua gangster.Bapanya Encik Shahriz sudah lama tidak berhubung dengan mana2 gangster setelah dia bersara dan ingin "mencuci tangan". Hidupnya aman bersama keluarganya,sebelum Tekong,Ayahanda baharu Gangster Jalan Tiga.Tekong meminta waris daripada Encik Shahriz kerana dia pernah menjadi Ketua Geng Jalan tiga.Disebabkan desakan daripada Tekong,kira menyerahkan diri kerana Shahmil,adiknya terlalu muda untuk terlibat dengan kerja2 berat sebegitu. Daripada seorang remaja perempuan yang biasa,dia bertukar kepada "Ratu kawasan"atau "Queenka Jalan Tiga".Mampukah dia menjalankan tugasnya?Adakah dia akan mencari jalan keluar atau sekadar mengikuti arahan? Selamat membaca!.. Ilham&jalan cerita:100% daripada saya(dibantu oleh adik saya) Cover story by:cranberris.
Kimchi Untuk Awak ! by tulips_
Kimchi Untuk Awak !
tulips_
  • Reads 20,744
  • Votes 653
  • Parts 3
Insiden terlanggar lelaki kacukan Melayu-Korea, Danial Lee Jae Hwan di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon adalah permulaan kacau-bilau dalam hidup Bella. Hilang terus moodnya untuk menikmati penerbangan kelas perniagaan yang dihadiahkan oleh Kak Long apabila dia terpaksa duduk di sebelah lelaki yang menebalkan hatinya itu. Episod huru-hara berterusan apabila Kak Long memaksa Bella membuat Kimchi sempena majlis menyambut kedatangan presiden syarikat tempat kak longnya bekerja di Malaysia.. Hati Bella semakin tidak aman apabila mendapat tahu bahawa presiden tersebut adalah Danial Lee Jae Hwan dan rupa-rupanya keluarga mereka saling mengenali malah mahu menjodohkannya dengan lelaki 'samseng' itu. Walaupun masing-masing tidak mahu disatukan, namun satu insiden yang berlaku di kampung akhirnya memaksa Bella dan lelaki itu diijabkabulkan. Note: Novel ini ditulis oleh Suri Ryana. Dalam novel ini mempunyai 81 Bab. Saya hanya sharekan sahaja. kalau suka vote la ye.
Encik Suami Mat Salih Celup (Adaptasi ke Slot Dahlia TV3 mulai 25/06/2017) by YumiHyra
Encik Suami Mat Salih Celup (Adaptasi ke Slot Dahlia TV3 mulai 25/06/2017)
YumiHyra
  • Reads 266,841
  • Votes 8,464
  • Parts 20
Pertunangan yang diputuskan beberapa minggu sebelum tarikh ijab kabulnya, mengheret perkahwinan yang tidak diduga berlangsung antara Iman Amani dan Ian Hadif. "So I am your replacement husband?"- Ian Hadif "If you want to say so." - Iman Amani Bukan setakat encik suami mat salih celup itu tidak mahu dan mungkin tidak tahu berbahasa Melayu, sang umi mentua pula mula melantik Iman sebagai ketua projek 'memelayukan' si mat salih celup. "What is selipar Jepun?" - Ian Hadif "Japanese's slippers." - Iman Amani "Oh... the one that they wear with their kimono?" - Ian Hadif Iman Amani mahu pengsan!Tapi...Makin lama duduk dengan encik suami mat salih celup yang bermata menawan lagi nakal itu, cik hati Iman mula selalu buat larian marathon. Iman mula menidakkan rasa hati sendiri.Seganlah dia untuk mengaku apabila encik suami selalu cakap berpusing-pusing mengalahkan roller-coaster! "It was not love at first sight at all, but love at a deeper sight." - Ian Hadif "Betul ke apa yang awak cakap tu?" - Iman Amani "Cakap apa?" - Ian Hadif "Pasal love at a deeper sight tu." - Iman Amani "Bila masa saya cakap macam tu?" - Ian Hadif Tiba-tiba encik bekas tunang muncul semula, mahukan Iman kembali. Rumahtangga yang berwarna-warni mula hilang warnanya .Kemunculan model cantik jelita yang mengaku dirinya tunang kepada Ian membuatkan Iman mula pasrah dan reda. Iman mula menjalankan idea gilanya dan Ian semakin menjauhkan diri. "To form an I squared, you need two I's. That is why, this Ian needs his Iman.Without you, I am like the incomplete square number's function." - Ian Hadif "Tell him that I love him, so much."- ImanAmani. Apakah yang harus dilakukan oleh Iman? Kalau 'I kuasa dua' perlukan dua huruf 'I', bolehkah hanya ada Iman tanpa Ian?