ctcitrus's Reading List
3 stories
Pak Su Ammara by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 7,023
  • WpVote
    Votes 343
  • WpPart
    Parts 10
KEHIDUPAN berumah tangga tak lepas dari ujian. Begitu juga yang dialami oleh Miza. Tapi bagi Miza, memilih kata hati sendiri adalah pilihan yang tepat. Kehidupan bukanlah berkisarkan tentang kekalahan, tetapi berkisar tentang apa usaha untuk dirinya bangun semula. Tetapi bukan senang untuk orang lain faham tentang pilihannya. "Eh, kalau tak tahu apa-apa jangan banyak cakaplah! Cakap saja pandai. Laki pun dikebas orang. Lagi banyak bunyi." - Abang Mizi "Miza tak rugi apa-apa. Dialah lelaki malang sebab tak pandai nak hargai isteri sebaik Miza." - Miza Itu baru kata-kata daripada abang kandung, belum lagi orang luar. Akhirnya Miza membawa diri untuk berdikari. Masih ada lagi pertolongan yang membuatkan dirinya terus kuat. Tapi tak sangka pulak dirinya masih dikejar oleh Wafi. "Kalau abang nak nikah, abang boleh aje nikah tanpa persetujuan, Miza..." - Wafi "Kalau dah macam tu, nikah sajalah. Miza pun tak kesah. Tapi macam Miza cakaplah, lepaskan Miza." - Miza Akhirnya. ikatan perkahwinan terlerai juga. Miza reda. Tapi hidupnya masih tidak aman kerana diganggu dengan kisah silam. Lagipun Miza merahsiakan yang dirinya sedang berbadan dua. Ketika Miza rasa keseorangan, muncul seseorang yang sering ada bila dia memerlukan bantuan. Tak sangka pak su kepada anak didiknya, Ammara... Menjadi 'tali' untuk dia keluar dari masalah. "Saya pun sebenarnya serba salah nak minta tolong pak su. Tapi saya tak ada pilihan. Rasa terdesak sangat." - Miza "Jadi cikgu nak buat apa sekarang?" - Pak su Ammara "Pura-pura jadi bakal ayah kembar, boleh?" - Miza Wafi tidak akan sewenang-wenangnya melepaskan haknya sebagai ayah. Berjayakah pak su Ammara membantu Miza?
Nak Sangat Buka Hijabkan? Nah, Ambik!! by bantalgoleks
bantalgoleks
  • WpView
    Reads 836,966
  • WpVote
    Votes 66,335
  • WpPart
    Parts 110
Pengalaman sebenar penulis. Terpulang mahu percaya atau tidak... 'Rezeki' datang dalam pelbagai bentuk. Wang ringgit... anak.. rakan.. nasihat.. dan macam-macam lagi.. 'Rezeki' bahagian masing-masing. 'Rezeki' yang penulis nak ceritakan ni... Ada orang yang mahukan sangat 'Rezeki' ni... tapi percayalah. Korang memang tak perlukannya. 'Rezeki' yang penulis maksudkan, 'BUKA HIJAB'..
Kayra Nelida by ZaraZahra1234
ZaraZahra1234
  • WpView
    Reads 117,996
  • WpVote
    Votes 3,887
  • WpPart
    Parts 52
Kayra Nelida si gadis yang kuat memberontak. Di sebalik tabiatnya yang kuat memberontak itu, maka dia rela dalam terpaksa berpindah ke kampung atas desakan papanya. Ketika dia berada di kampung Pulau Getah, pertemuan Kayra dan Khairil terjadi tanpa disengajakan. Percintaan dengan Khairil amat ditentang hebat oleh Cempaka, mak saudara Kayra sendiri yang mana sudah sekian lama meraih cinta dari Khairil. Saat hatinya diulit rasa bahagia, Leman pula muncul mahu merungkaikan suatu kes berat yang melibatkan Dato Rasyid, papa Kayra. Dalam masa yang sama, Leman semakin galak mengugut dan bermain kata cinta pada Kayra supaya dapat mengheretnya ke perkahwinan tanpa rela. Apa reaksi Khairil bila mengetahui kekasih hatinya akan melangsungkan pernikahan? Adakah Kayra akan mendiamkan diri sahaja dan tetap meneruskan hajat Leman? Mampukah dia mengecap bahagia andai hatinya menolak? Inikah penghujung kisah cintanya dengan Khairil?