Best Romance
3 stories
My Beautiful Disaster ✔ by fatinciara
fatinciara
  • WpView
    Reads 547,833
  • WpVote
    Votes 24,745
  • WpPart
    Parts 57
Nara Khalisya. Hidupnya tak pernah berputar pada satu paksi. Bebas tak terikat. Angkuh tak terkata. Sehingga kehadiran Haril Yusuf, mengubah segalanya. Egonya sama tinggi dan bicaranya tajam menusuk, namun kata cinta seringkali dihulur. "Kalau semua lelaki yang baik hanya untuk perempuan yang baik, apa yang akan berlaku kepada perempuan lain?" - Haril Yusuf. "Ada aku minta kau buat semua tu?" - Nara Khalisya. Kerana ego dan rasa takut untuk memberi komitmen, dia hilang cinta yang selama ini cuba ditepis. Hidupnya huru-hara. Jadi, di sinilah bermulanya my beautiful disaster. #1 in malaysia #1 in care #3 in romance #4 in remaja ••• Cover by @-THEWOLY
Aryan Ariana by yurafwr
yurafwr
  • WpView
    Reads 187,741
  • WpVote
    Votes 8,757
  • WpPart
    Parts 5
"Dasar bodyguard gila," getus Ariana. Bibirnya diketap geram. "Bodyguard gila ni lah yang banyak tolong awak selama ni." "Saya tak perlukan pertolongan awak pun," Ariana membidas. Kedua tangannya disilangkan ke dada. Wajah tampan Aryan ditenung dalam. Tawa Aryan meletus. Kakinya terus diatur menghampiri Ariana. "Are you sure? Yang awak tak perlukan saya?" soalnya dengan senyuman sinis dibibir. Melihatkan senyuman sinis itu membuatkan Ariana semakin geram. Tali leher Aryan ditarik sehingga jarak antara wajah mereka hanya tinggal beberapa inci. "Yes." Aryan tersenyum. "Let's see." --- **Click 'read' untuk baca full synopsis** ×I want you to imagine the characters in your own way so I wont be making a cast list× ©yurafwr, 2017
Bukan Untuk Dimiliki by appleflakes
appleflakes
  • WpView
    Reads 4,520,725
  • WpVote
    Votes 256,818
  • WpPart
    Parts 75
Pertama : Singkirkan Ilya Humaira atau lebih tepat aku akan buat Airil Zafran ceraikan dia. Kedua : Kahwin dengan Airil Zafran, seperti yang kami rancang sepanjang sepuluh tahun menyemai cinta dan mengikat kasih sayang. Ketiga : Kami akan bahagia seperti yang aku impikan. Tetapi rancanganku ini tidak seindah yang dibayangkan. Memporak perandakan rumah tangga mereka berdua tidak semudah itu. Hati yang sentiasa mengingatkan aku tentang cintanya serta-merta berubah arah. Tetapi aku tidak peduli! Mana mungkin cinta yang bertaut selama sepuluh tahun boleh hilang begitu saja. Ketika aku leka mengejar bahagia yang tidak pasti, terjadi sesuatu yang akhirnya memakan diri sendiri. Airil Zafran tidak lagi menjadi igauan malamku, yang ada hanyalah satu sesalan. Dan sesalan itu juga menemukan aku dengan cinta yang sejati dan bahagia yang abadi.