syifazara's Reading List
4 stories
IMANAFFAN💞 [COMPLETED] by RafaMikael
RafaMikael
  • WpView
    Reads 1,515,740
  • WpVote
    Votes 41,595
  • WpPart
    Parts 84
~COMPLETED~ Kerana desakan...lamaran itu diterima. Walaupun hati tidak mahu tapi dia rela. Iman Saffiya seboleh mungkin menafikan apa yang ada dihatinya. Tidak mahu disakiti lagi. Tidak! Cukup sekali dia dilukai. Iqbal Affan pula seboleh mungkin menambat hati si isteri. Walaupun kadang kala dia sendiri terleka dengan duniawi. Namun hati Iman perlu dikunci untuk dirinya. Bukan orang lain! Kehadiran Rayyan Aqashah disisi Iman tika susah dan senang dahulu membuatkan kedudukan si suami tergugat. Hati si suami mula dipagut cemburu. "I sakit Affan! I sakit sangat bila you putuskan hubungan kita dulu! I hampir mati disebabkan you!" - IMAN SAFFIYA "Iman..bagi saya peluang. Saya janji awak takkan disakiti lagi.." - IQBAL AFFAN "Iman sayang..saya sayang awak..awak sayang saya kan?" - RAYYAN AQASHAH Hubungan apa yang Affan putuskan sehingga Iman serik untuk jatuh cinta? Dan betulkah Rayyan Aqashah mempunyai perasaan pada Iman? Start:22/3/18 End:21/6/18 AMPUNKAN TYPO BERTEBARAN🙏🏻🙏🏻 AKAN DIEDIT NANTI..😊🙏🏻🙈
Dahlia Mikail by yurafwr
yurafwr
  • WpView
    Reads 13,272,998
  • WpVote
    Votes 562,139
  • WpPart
    Parts 76
[Previously known as Mr Tengku VS Miss Flower] [Wattys Awards Winner 2016] Highest ranking: #1 in Romance #1 in Viral list -- "Saya tahu yang awak akan setuju jugak akhirnya untuk kahwin dengan saya," ujar Tengku Farhan. "Macam mana awak tahu?" Orked menyoal. Kedua tangannya disilangkan ke dada. Kaki Tengku Farhan mula melangkah merapati Orked. Bibirnya mengukir senyuman. "Sebab Mr Tengku hanya untuk Miss Flower." "Excuse me, Encik Tengku Farhan Mikail. Boleh ulang semula ayat gatal awak tu?" Orked buat muka jelek. Tengku Farhan ketawa. Suara tawanya memenuhi bilik itu. "Saya cuma cakap benda betul. So Cik Orked Dahlia, nampaknya mulai sekarang awak kena bersiap sedia untuk pegang title.." matanya memandang tepat ke anak mata Orked. "..Mrs Mikail." -- "Bunga Orkid mungkin akan layu satu hari nanti, tapi cinta saya pada Orked Dahlia akan mekar selamanya," - Tengku Farhan Mikail -- **This is the first time I wrote a story so cut me some slack. Permulaan cerita sedikit childish dan gaya penulisan agak weak but I promise it gets better afterwards please keep on reading you wont regret it, insyaallah** ©yurafwr, 2016 2017
BANGLO SEKSYEN 12 by hasrudijawawi
hasrudijawawi
  • WpView
    Reads 109,474
  • WpVote
    Votes 5,057
  • WpPart
    Parts 37
Tragedi pembunuhan enam remaja di banglo terbengkalai itu 15 tahun lalu menyebabkan banglo itu digelar banglo angker. Ada yang mengatakan roh enam remaja yang mati dibunuh di banglo itu masih bergentayangan dan tidak aman sehingga sekarang. Hal itu membuatkan Fazlie, Amir dan Farina yang telah menubuhkan kumpulan penerjah aktiviti paranomal dengan nama Ghost To Ghost bersama tiga lagi ahli jemputan khas mereka telah memilih banglo itu sebagai lokasi mereka yang seterusnya untuk merakam aktiviti paranormal yang ada di sana. Namun, saat mereka cuba merakam aktiviti paranormal yang ada di banglo lama dan terbengkalai itu, satu tragedi yang hampir sama seperti tragedi pembunuhan 15 tahun lalu kembali berulang! Apa sebenarnya telah berlaku? Adakah banglo itu benar-benar angker seperti yang dihebohkan di internet? Siapakah dalang yang sebenarnya di antara mereka berenam? Mampukan Inspektor Hairy dan Saleha menyelesaikan kes misteri ini? "Saya tak tahu. Keadaan gelap gelita, kami tak nampak apa yang berlaku. Saya cuma dengar suara aje. Perkara tu berlaku bila semua lampu tiba-tiba terpadam." ~ Fahmi "Penjelasan apa lagi? Rakaman video yang saya dapat tu dah membuktikan yang dia bersalah kerana membunuh mangsa yang bernama Riena. Video tu boleh dijadikan bahan bukti untuk dakwa dia di mahkamah. Nyawa yang dia dah bunuh bukan seorang tau? Tapi empat orang!" ~ Inspektor Hairy "Makhluk tu macam tak bagi kita merungkai misteri yang ada di sebalik kes ni. 'Dia' macam tak bagi kita bertemu dengan Encik Ismail," ~ Saleha Terbit: NOVEMBER 2016 Penerbit: BUKU PRIMA Harga: RM26 (Semenanjung) | RM29 (Sabah/Sarawak)