None
22 stories
[C] | PENAT | by misshelen21
misshelen21
  • WpView
    Reads 302,137
  • WpVote
    Votes 9,242
  • WpPart
    Parts 58
🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹 Cinta seorang isteri itu akan mula pudar dan mati bila hatinya sudah PENAT. Miyya Medeena seorang gadis kampung yang hanya belajar di tahap SPM sahaja dan Tarique Razeen seorang lelaki berpelajaran tinggi dan juga seorang pengusaha sebuah syarikat yang bergerak dalam bidang kapal persiaran. Mereka bertemu ketika Tarique Razeen merasmikan pelancaran model terbaru kapal persiaran ciptaan syarikatnya, ketika itu Miyya Medeena sedang mengadakan réunion bersama rakan sekolah menengahnya. Cinta mereka mula berputik di kala itu lalu sebuah ikatan suci mengikat mereka berdua sebagai suami isteri. Melayari bahtera rumahtangga dengan bahagia selama sebulan dan diterima baik oleh pihak suami namun, bahagia mula melabuhkan tirai ketika fitnah mula ditaburkan oleh seseorang. "I tanya you, kenapa you nak sangat kahwin dengan i?"- Tarique Razeen. "Sebab saya cintakan awak, sayang!"- Miyya Medeena. "don't lie when you have other intentions in your heart!"- Tarique Razeen. Sejak dari hari itu, hubungan mereka menjadi dingin, tak tahu di mana silapnya, hari makin hari pelbagai dugaan yang bertandang. Pelbagai kejutan yang Tarique berikan pada Miyya sehingga akhirnya dia mengalah dan memilih mengundurkan diri bila tahu siapa dalang disebalik semua ini. "Apa salah saya pada Awak Tariq, sampai air untuk saya rendam Maggi pun awak berkira?"- Miyya Medeena. "Pulangkan balik semua duit yang I habiskan untuk perempuan macam you lepas tu lantaklah you nak buat apa pun!"- Tarique Razeen. Bila rahsia yang sebenar terbongkar, Tarique tahu dia sudah terlambat ingin mendapatkan kembali hati si isteri yang kian kosong dan mula damai dengan takdirnya. Bagaimanakah dia mendapatkan kembali si isteri yang sudah mati rasa padanya disebabkan keegoannya? Dapatkah dia ambil kembali hati itu?. PENAT akan menceritakan jalan ceritanya, selamat membaca dan jangan lupa like dan komen ya?. Start-?. End-?. 🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹
He's My Captain Husband Megat Harith | COMPLETE  by lemonadefitt
lemonadefitt
  • WpView
    Reads 38,969
  • WpVote
    Votes 1,634
  • WpPart
    Parts 58
he's my series 5 Spin-of hmphre Megat Harith Safwan ~ Raden Aqilah Izzara Rumah tangga yang dijangkakan bahagia sehingga akhir hayat terkandas jua. "Andaikata suatu hari nanti hubby pergi, hubby akan bawa anak-anak sekali. Hubby tak nak bebankan sayang. Hubby takut andai satu hari nanti, ada rahsia terbesar yang selama ini hubby simpan akan buatkan sayang benci pada hubby dan anak-anak. -Hariz Iskandar "Kenapa hubby cakap macam tu? Hubby ada rahsiakan apa-apa dari sayang ke?" -Raden Aqilah Izzara Betul lah kata pepatah dulu, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Tepat di hari pengebumian.... "Saya isteri kedua suami awak. Dan ini anak sulung kami." -Anastasia Yusra Hancur lebur hatinya saat ini. Benarlah, jika satu keburukkan yang hadir, habis seribu kebaikkan terlupa. Hanya begitu sahaja perasaan benci itu hadir untuk arwah suaminya. Apa kurangnya dirinya sehingga si suami sanggup menduakannya? Tipikal perempuan. Bila dicurangi, pasti akan menganggap semua lelaki sama. Puas Aqilah menutup rapat pintu hatinya. Tetapi Allah berkehendak lain, dia menghadirkan seorang lelaki yang cukup sifatnya. Kacak, peramah dan semestinya lemah lembut tutur bicaranya. Bila bertembung sahaja dengan jejaka itu, pasti akan beradu mulut. Seperti anjing dan kucing! "Dasar grumpy munchkin! Dah lah pendek, ketot pula tu!?" -Megat Harith Safwan "Grumpy munchkin awak panggil saya?" -Raden Aqilah Izzara "Average? Kalau aku average, maknanya semua orang dekat malaysia ni giant lah." -Megat Harith Safwan "Disebabkan kau dah langgar aku, kau kena kahwin dengan aku. Kerana secara tak langsung, kau dah langgar hati aku sekali." -Megat Harith Safwan "Pinggan tak retak nasi tak dingin, saya tak nak dan saya tak hingin!" -Raden Aqilah Izzara start: 29/9/2025 end :29/01/2026
Harith Zayn: the Adorable Husband[Completed] by Nazreenayn
Nazreenayn
  • WpView
    Reads 260,529
  • WpVote
    Votes 8,465
  • WpPart
    Parts 70
[2nd story] HARITH ZAYN x ZENYA AURORA Jatuh cinta pada sepupu sendiri, itulah apa yang Harith khawatirkan. Pengalaman lampau mengajarkan dia untuk menjadi seorang yang berani. Mempertahankan perasaan hati tanpa berasa gentar. Kerana dahulunya, dia pernah memilih untuk melukai insan yang telah berjaya mencuri hatinya, gadis bernama Zenya Aurora. Dalam satu pergaduhan yang penuh hinaan, Zenya memilih untuk mengundur diri setelah bertahun- tahun lamanya mengejar sesuatu yang tidak pasti. Sakit didada telah membawa Zenya pergi jauh dari hidup lelaki itu. Tahun berganti tahun, dia kembali lagi memunculkan diri di hadapan Harith dengan satu azam yang baru. Peluang di mata, takkan mungkin Harith sia- siakan lagi. Jika sebelum ini Zenya sentiasa menggunakan helahnya untuk kekal berdampingan dengan Harith. Kali ini, Harith lakukan serangan balas. Menggunakan helahnya pula untuk menambat Zenya dengan satu ikatan yang sah. "Bohong! Kau suka aku peluk kan? Baik mengaku." HARITH ZAYN "Harith... merepek apa ni?!" ZENYA AURORA Meskipun ikatan perkahwinan terjalin, mereka tetap bergaduh. Dan dalam masa yang sama, satu per satu rahsia mulai terbongkar. "Siapa cakap? Aku pernah tapi aku pilih untuk buang perasaan tu." HARITH ZAYN "Awak hampir buat saya jatuh cinta Zenya." MATEEN Siapakah Mateen? Rahsia apa yang disimpan oleh Zenya sehingga boleh berkenalan dengan lelaki itu?
[C] Beneath His Gentle Lies by UaenaaLee
UaenaaLee
  • WpView
    Reads 57,786
  • WpVote
    Votes 3,103
  • WpPart
    Parts 57
[1st book] Dara Nadira adalah seorang anak sulung yang di mana sejak kelahiran adiknya, Dara mula diabaikan, apa sahaja yang dia buat, baik atau buruk, tetap tak pernah benar di mata ayahnya. Dia selalu dibandingkan dengan adik sendiri. Diketepikan oleh ayah yang selalu melebihkan adiknya. Membuatkan Dara tumbuh dengan kehausan kasih sayang dari seorang bapa. Dia rela bekerja sambil belajar, sibukkan diri seharian, kerana baginya hidup akan baik-baik sahaja selagi dia jauh dari rumah. "Kenapa Ayah tak tahu? Sebab Ayah cuma ambik tahu pasal Damia! Pasal Dara, Ayah tak pernah peduli. Apa pun pasal Damia je!" - Dara Nadira "Menjawab kau ya? Sikit pun tak hormat bapak sendiri!" - Encik Malik "Ayah yang buat Dara hilang hormat dekat Ayah." - Dara Seorang lelaki bernama Hazrel Aidan De' Lorien muncul tanpa diduga ke dalam hidupnya. Hanya dengan satu pertemuan tanpa sengaja, cukup untuk buat lelaki itu jatuh cinta kepada Dara. Tiba-tiba dengan satu kejadian, satu malam mengubah hidup seorang Dara. Sejak malam itu, dia bukan sahaja kehilangan kasih, tapi juga makin dibenci oleh ayah kandungnya sendiri. Dan juga memaksanya untuk berkahwin dengan lelaki yang dia kenali hanya sebagai pelanggan di tempat kerja. Tanpa rasa cinta dan sayang hanya kerana mahu menutup malu. Selepas kahwin pula, satu persatu tentang rahsia keluarga Hazrel terbongkar. Mampukah Dara menerima seorang Hazrel Aidan De'Lorien yang hidupnya dipenuhi dendam lama? "Saya dah tahu segalanya Hazrel. Sepenuh hati saya percayakan awak selama ini Hazrel, tapi ini yang awak balas?" -Dara Nadira "Abang pilih untuk rahsiakan sebab abang tak nak hilang love. Love dah jadi separuh nyawa abang, kebahagiaan abang dan hidup abang. Abang tetap sembunyikan semuanya dengan harapan rahsia tu takkan terbongkar langsung suatu hari nanti. Tapi abang silap... penipuan takkan kekal jadi penipuan, cepat atau lambat, semuanya akan terbongkar jua..." -Hazrel Aidan De'Lorien start : 9/11/2025 end : 17/7/2026
[C]✓Mrs. Maiq Hakimi by Faijaa
Faijaa
  • WpView
    Reads 2,687,603
  • WpVote
    Votes 129,143
  • WpPart
    Parts 57
[ Spin off Mrs. Kai Harrieth] MAIQ HAKIMI - Jejaka yang bertugas sebagai penyiasat jenayah. Detektif? Ya dia seorang pegawai polis berpangkat detektif. Mahir dalam mengesan dan menjejaki penjenayah-penjanayah diluar sana. Jejaka yang dulunya seorang penghibur malah suka bergurau. Tapi kerana satu kejadian yang telah memberi impak terbesar dalam hidupnya telah merubah perwatakannya. Dari suka bergaul kini dia suka menyendiri malah mula dikenali dengan perwatakan bekunya. serta tanpa perasaan. JANNAH ADRIANA - Seorang gadis periang yang berkerja sebagai doktor gigi. Dikenali dengan perangai masuk airnya serta kecomelannya. Mempunyai paras yang cantik dan mampu menarik perhatian orang-orang disekelilingnya. Sifatnya yang lemah lembut malah selalu merendah diri. Tapi siapa sangka? Dalam diam dia cuba berusaha menghilangkan perasaan yang sudah terpendam lama terhadap seorang lelaki. Perasaan yang tidak pernah dia luah. Tetapi seakan susah untuk dia menghilangkan perasaan tersebut. Inikan dia luah. Belum dia luah saja dia sudah tahu perasaan lelaki itu terhadapnya. Tidak mempunyai perasaan terhadapnya. Tingkah jejaka itu saja selalu menyakitinya dalam diam. Makanya dia mengambil keputusan untuk berusaha menghilangkan perasannya terhadap jejaka itu walaupun seakan tidak mampu ia lakukan. Ya jejaka itu Detektif Maiq Hakimi. Tiada siapa yang tahu apa yang terpendam dalam lubuk hatinya. Hanya dia saja yang tahu. Yang pasti dalam dia tidak menghiraukan keadaan sekelilingnya. Tapi dalam hatinya ada seseorang. Jannah Adriana. Gadis itu yang bertaktah didalam hatinya. Dalam dia menunjukkan tiada keinginan dekat gadis itu. Tapi akan dia pastikan tiada siapa yang dapat memiliki gadis itu selain dia. Amaran : [Pembaca matang saja] [Cringe] [18SG] ⚠️So read at your own risk⚠️ ⚠️All characters, Location, Places, Incidents in this story are fictional!⚠
Milik Tuan Megat [𝒞 ] by shesdarkcloud
shesdarkcloud
  • WpView
    Reads 664,761
  • WpVote
    Votes 18,183
  • WpPart
    Parts 34
- my 1st romance story - Megat Adam Qhalish x Nur Qaira Ameerah Nur Qaira Ameerah hanya gadis biasa yang bekerja sebagai barista di sebuah cafe hidupnya sedikit berbeza dengan gadis lain walaupun memegang degree namun dia memilih untuk bekerja sebagai barista tetapi ada sesuatu yang di rahsiakan oleh dirinya. Lain pula kisah Megat Adam seorang yang sangat dingin dan tegas pernah patah hati akibat hubungan masa lalunya membuatkan diri lelaki itu semakin dingin dan padanya semua wanita hanya mahu kikis hartanya . Hingga takdir menemukan mereka berdua . " perempuan macam kau mesti nak kikis duit aku je kan!? " Megat Adam Qhalish " ingat kita ni nak sangat ke duit dia tu ? saya tak hingin la encik! silakan bawak masuk duit encik ke dalam kubur. " - Nur Qaira Ameerah pertemuan tanpa sengaja menemukan mereka berdua dan membawa mereka ke Jinjang pelamin tanpa sebarang perasaan cinta namun tanpa di sedari cinta mula berputik. 𝙳𝚒𝚜𝚌𝚕𝚊𝚒𝚖𝚎𝚛: ⚠️ Terdapat kesalahan tatabahasa ( iam lazy to edit ) ⚠️ Broken English ( please ignore ) I'am still new so please be kind anything i wrote just for fun . Not copy any other story at all . Kindly follow me :) also this story might be bored but i try my best . ( Kebanyakan saya merapu je ) Mohon maaf kalau ada kesalahan ( nanti saya perbetulkan ) Instagram; sheslazy Tiktok; shesdarkcloud ( Kindly follow my social media for announcement next story♡. )
Tempat Sempurna by Lollysnow
Lollysnow
  • WpView
    Reads 6,393,763
  • WpVote
    Votes 303,177
  • WpPart
    Parts 72
THAQIF | SAFA Mereka tidak pernah dekat lagikan mahu bercinta. Tidak! Tidak pernah terfikir dek akal Safa untuk bercinta dengan Thaqif, lelaki yang dianggap menjengkelkan. Bagi Safa, cinta pertamanya lebih indah dari kekayaan yang dia miliki sekarang. Dia bahkan berkali-kai dijodohkan dengan lelaki lain yang setaraf dengan dirinya tapi Adri tetap menjadi raja di hati tulus itu. Sehinggalah penjodohan bersama Thaqif berlaku. Puas Safa mencari alasan untuk menolak perjodohan itu tetapi kali ini dia kalah. Dan akur dengan segalanya. Ketahanan hatinya sudah patah. Dengan matanya sendiri dia melihat lelaki yang dia perjuangkan selama ini tidak layak menjadi raja di hatinya lagi. Jadi bagaimana dengan Thaqif? Adakah lelaki itu akan menjadi pengganti yang tepat? "Rilek Safa, sampai kita ada anak. Semuanya tamat!" - THAQIF "Kita cuma perlu ada anak untuk gantikan perkahwinan ni." - THAQIF Di mata Thaqif, perkahwinannya bersama Safa cuma satu tanda hubungan perniagaan keluarga mereka yang terikat ukuh. Mereka cuma perlukan anak untuk menggantikan perkahwinan itu, dan memastikan perniagaan keluarga mereka masih dalam perhubungan yang baik disebabkan anak yang akan dilahirkan kelak. *HAPPY ENDING and not a sad story*
𝐎𝐧𝐞 𝐀𝐧𝐝 𝐎𝐧𝐥𝐲 | C by missdiraa
missdiraa
  • WpView
    Reads 454,385
  • WpVote
    Votes 19,226
  • WpPart
    Parts 81
𝐓𝐮𝐧𝐤𝐮 𝐀𝐥𝐪𝐚𝐟 𝐙𝐚𝐲𝐧𝐞 | 𝐇𝐚𝐧𝐞𝐞𝐧 𝐐𝐢𝐬𝐭𝐢𝐧 "Anggap semuanya cuma perasaan yang tak pernah wujud sekalipun," Tunku Alqaf Zayne tahu satu perkara sejak awal bahawa Haneen Qistin bukan untuk dimiliki. Berkali-kali dia melangkah pergi selepas penolakan yang sama, berkali-kali juga hatinya memilih untuk setia menunggu dari jauh. Namun takdir tidak pernah meminta izin. Satu persatu kehilangan yang dialami Haneen meninggalkan luka yang tak kelihatan, tetapi terasa pada setiap hela nafas Haneen. Dalam ruang kosong yang ditinggalkan duka, Alqaf hadir bukan sebagai pengganti, tetapi sebagai lelaki yang masih menyimpan rasa yang tak pernah mati. Pertemuan demi pertemuan menumbuhkan sesuatu yang mereka cuba nafikan. Di sebalik senyuman dan jenaka ringan, terselit perasaan yang semakin sukar disembunyikan. "Qaf... tolong jadi suami aku?"- HANEEN QISTIN "Tidak. Lebih baik kau cari lelaki lain." - TUNKU ALQAF ZAYNE Di situlah Alqaf mula memahami rahsia yang disimpan Haneen. Dan Haneen pula akhirnya melihat apa yang Alqaf simpan untuknya selama ini. "Something buruk tu takkan terjadi dan aku takkan benarkan benda tu jadi." Antara kenangan yang belum sembuh dan cinta yang datang perlahan-lahan, mampukah mereka memilih satu hati, satu janji, dan satu-satunya yang benar?
[ C ] | Rayyan Ardel Shah: The Annoying Bodyguard Husband [BAKAL TERBIT 2026] by Qstnaafrn
Qstnaafrn
  • WpView
    Reads 687,832
  • WpVote
    Votes 25,605
  • WpPart
    Parts 58
Elara Saffiya, seorang gadis berumur dua puluh lima, hidup bebas mengikut rentak sendiri: tanpa peraturan, tanpa sekatan, dan tanpa sesiapa mampu menundukkannya. Namun, satu perintah daripada ayahnya, Dato' Seri Zayden Khalid, mengubah seluruh dunia Elara. Perkahwinan yang dijanjikan sebagai hukuman dan bukannya cinta membuatnya terperangkap dalam ikatan yang bukan dipilih sendiri. "Papa dah bagi amaran dulu. Sekarang kamu dah calarkan maruah papa lagi sekali. So this time, no more warnings. This is the only way to make you learn." - Dato' Seri Zayden Khalid Rayyan Ardel Shah, pengawal peribadi Dato' Seri Zayden Khalid; lelaki dingin yang muncul tanpa amaran, bukan sahaja bakal menuntut haknya sebagai suami, tetapi juga menjadi pengawal, penguji, dan guru tanpa belas kasihan. Tingkahnya tenang, kata-katanya tajam, dan matanya mampu menembusi dinding ego Elara yang selama ini kukuh. "Kalau bukan sebab bapak kau, aku lagi rela kahwin dengan kuda kat kandang belakang ni daripada kahwin dengan kau yang mulut macam bontot kuda pakai sarung nangka. Tak ada beza," - Rayyan Ardel Shah Setiap hari bersama Rayyan adalah peperangan diam, pertukaran kata-kata kasar yang sarat sindiran, dan ujian sabar yang memaksa Elara menilai semula segala prinsip dan kebebasannya. Dalam rumah kampung lama yang jauh dari gemerlap dunia kota, Elara terpaksa menghadapi realiti baru: kemewahan bukan lagi ukuran, ego bukan jawapan, dan cinta tidak semestinya hadir di permulaan. Dari pertengkaran yang pedas hingga malam yang sepi, setiap detik mengajar Elara satu perkara; bahawa untuk belajar tunduk pada hati, kadang-kadang perlu membiarkan diri tersakiti terlebih dahulu. "Aku sumpah... aku akan pastikan kau menyesal. Kau takkan mampu untuk simpan aku, Rayyan. Kau yang akan lepaskan aku sendiri. Ingat tu!" - Elara Saffiya Apakah Elara mampu mengekalkan identiti dan kebebasannya, atau dia akan rebah di bawah kuasa Rayyan yang dingin tapi misteri? Start: 6 JAN 2026 End: 22 MAC 2026
𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐈𝐊𝐌𝐀𝐋 𝐇𝐀𝐊𝐈𝐌𝐈 by utieyab
utieyab
  • WpView
    Reads 604,854
  • WpVote
    Votes 23,009
  • WpPart
    Parts 60
( 𝓒𝓸𝓶𝓹𝓵𝓮𝓽𝓮 𝓢𝓽𝓸𝓻𝔂 ) ( 𝓑𝓸𝓸𝓴 2 ) RANKING NO 3 ACTION 🏅 RANKING NO 1 DINGIN🏅 Tengku Ikmal Hakimi anak kepada Tengku Irfansyah dan Putri Qhaisara Qistina. Dia seorang yang tampan dan dingin. Dia juga dari keturunan mafia. Dingin, hati beku dan pendiam itulah sifatnya. Tidak suka bergaul dengan orang ramai. Terutama sekali dengan perempuan. Hanya orang terdekat sahaja dapat bergaul dengannya. Pada usia yang muda dia telah mencapai banyak kejayaan. Dia menjadi kebanggaan keluarganya sendiri. Nur Walisah. Seorang gadis cantik molek dan bermulut kasar. Sikapnya yang seperti lelaki yang menyebabkan dia tidak mempunyai ramai kawan. Dia hanya rapat dengan beberapa orang sahaja. Seorang yang degil dan agak menjengkelkan. Mulutnya seperti peluru, ada sahaja benda yang akan dia katakan. Pantang menyerah dalam sesuatu hal. "Woii! Mamat buta, mata mana hah? Tak reti tengok jalan elok-elok ke?" - Walisah "Apa woi? Girl better you diam! Cakap itu biar lembut sedikit." - Tengku Ikmal Hakimi Seorang kasar dan seorang lagi dingin. Jika bertembung, masing-masing tidak mahu kalah. "Minah tomboy ni kan! Mulut kau boleh diam tak? Bising ah!" - Tengku Ikmal Hakimi "Mulut aku, suka hati aku ah! Kau diamlah setan!" - Walisah "Amboi, kau. Suka hati kau je cakap aku setan kan?" - Tengku Ikmal Hakimi "Takkan aku nak cakap kau iblis pula." - Walisah Mereka berdua tidak sehaluan. Ada sahaja benda yang mereka gaduhkan. Tetapi, makin hari makin timbul satu perasaan yang pelik dalam diri mereka berdua. "Awak, aku..aku.." - Walisah "Kau apa?" - Tengku Ikmal Hakimi Apakah perasaan tersebut? Adakah suka ataupun benci? "Jangan berani sentuh dia, kalau korang masih mahu hidup." - Tengku Ikmal Hakimi Adakah takdir menyatukan mereka berdua? Ataupun tidak? Mungkinkah mereka akan berpisah atau bersama?