Kitewww ?
3 stories
DIA SI PEMBEKU CINTA  by aunifildzah
aunifildzah
  • WpView
    Reads 2,761,640
  • WpVote
    Votes 139,896
  • WpPart
    Parts 99
Tiada ungkapan lain yang mampu menggambarkan dirinya selain beku, sejuk dan dingin. Itulah tiga kata yang seakan terpahat pada setiap langkah seorang lelaki bernama Isyraf Nazran. Sukar didekati, sukar difahami, dan lebih sukar untuk disentuh hatinya. Mengapa dia begitu dingin? Mengapa dia lebih memilih jarak daripada kehadiran? Apakah rahsia yang tersimpan jauh di sudut hati, sehingga dia tidak mampu menikmati indahnya dunia seperti insan lain? Begitulah kerasnya tangkai hati seorang lelaki yang enggan membuka bicara, enggan meluahkan rasa, seolah-olah perasaannya terkunci dalam ruang yang tidak mampu dicapai sesiapa. Namun... mengapa? "Kau jiwa aku ." - Isyraf Nazran. Satu ungkapan pendek namun lahir dari jurang yang paling dalam dalam dirinya. Bagaimana seorang lelaki yang beku, sejuk dan dingin itu mampu mencair begitu sahaja? Mencair di dalam dakapan seorang gadis yang sentiasa periang, yang mampu menyalakan hangat di setiap detik bersamanya. Bandana Headband yang sering tersarung kemas di dahinya bukan sekadar aksesori, ia adalah simbol dirinya. Namun, benarkah kisah hidup lelaki itu seindah Bandana Headband yang menghiasi dahinya? Atau adakah ia sekadar topeng untuk menyembunyikan luka yang tidak pernah sembuh? Dalam dunia remaja yang penuh gelora, mampukah cinta mudanya bersama seorang gadis bernama Ilya Nasuha bertahan sehingga ke akhirnya? "Suka Isy atau Tuan Naz?" - Isyraf Nazran. "Isy." - Ilya Nasuha. Mampukah cinta sejati mengikat semula dua hati yang pernah berpisah, lalu mencantumkannya menjadi satu melalui sebuah pernikahan? Adakah cinta remaja itu benar-benar mampu kekal hingga mereka tua? Atau sekadar singgah seperti angin yang menyapa sebentar lalu pergi? Saat kedinginan kembali bermaharajalela dalam hati seorang lelaki yang kosong, mampukah cinta menemukan ruangnya di situ? Tetaplah percaya kerana Dia Si Pembeku Cinta, yang akhirnya mungkin belajar mencair, demi seseorang yang memanaskan hatinya.
Takdir Kita✔ by amlhjhmdlh
amlhjhmdlh
  • WpView
    Reads 551,737
  • WpVote
    Votes 9,684
  • WpPart
    Parts 49
WATTYS2017 [Previously known as Jika Itu Tentang Dia change to Takdir Kita] •COMPLETED• Persahabatan diantara dua insan bernama Shella Aisyah dan Fariz Aiman yang dulunya sangat rapat sehingga dikenali dengan persahabatan senior dan Junior yang sangat manis dizaman sekolah. Salah seorang daripada mereka sudah lama menyimpan perasaan yang tidak terkata sehingga akhirnya dia meluahkan apa yang tersirat didalam hati tetapi ditolak diterus disebabkan telah mempunyai buah hati yang dicintai. Dengan sekelip mata tali persahabatan mereka terputus begitu sahaja. Semuanya berpunca disebabkan perasaan cinta. Tetapi setelah beberapa tahun, takdir telah menemukan mereka kembali iaitu jodoh yang ditentukan oleh Tuhan. Dua orang insan bersatu kembali menjadi satu hubungan yang halal tanpa perasaan cinta. Cinta yang bertepuk sebalah tangan. Bagaimanakah persahabatan dua insan yang dulunya rapat akhirnya terputus kini kembali semula? Tetapi buat kali ini, bersatu dengan ikatan tali yang halal. ----- Start: 29/11/16 Finish: 2/1/17
[HHC] Hari-Hari Cinta by bangpeng
bangpeng
  • WpView
    Reads 2,018,130
  • WpVote
    Votes 69,555
  • WpPart
    Parts 51
Kalau dah namanya isteri, Dia sentiasa mahu jadi yang pertama. Tetapi disebabkan dia berkahwin dengan sang suami atas permintaan keluarga, Dia diduakan. Bagaimanakah pengakhirannya? ******* "Awak tahu tak dalam dunia ni ada banyak perkara yang kita tak boleh jangka?" -Nur Hafiya Balqis- "I will miss you." -Aiman Rifqi- "Tolong saya, Aiman." -Farah Liyana- "Kau akan nampak cantik bila kau tersenyum." -Haziq Haikal- BEST RANK ✔ #rank - 10 in romance (7/07/17) #rank- 5 in romance (20/07/17)